SEMINGGU kemudian, Mikael menghantar rombongan meminang ke rumah keluarga Aisyah lantas ingin mengikat tali pertunangan antara mereka.
Setelah kedua dua belah pihak bersetuju, mereka telah menetapkan tarikh pernikahan pada akhir bulan November iaitu lagi 2 bulan saja. Alhamdulillah, Aisyah pula baru saja menamatkan pelajaran dan mungkin akan bekerja atau menyambung belajar lagi. Itu pun jika diizinkan oleh bakal suaminya.
Hari ini Aisyah telah dipaksa oleh Mikael untuk mencari busana pengantin mereka. Kalau diikutkan hatinya, ingin saja dia memakai baju raya tahun lepas. Simple lagi okay. Apabila membantah, umi pasti akan berkata yang kahwin hanya sekali seumur hidup. Kalau ummi tahu yang dia kahwin kontrak mesti umminya akan bagi tarbiah sentap sebagaimana ummi lakukan ketika dia senyap-senyap ponteng sekolah ketika di tingkatan 4 dulu.
"Mula mula sekali kita cari baju pengantin and pelamin dulu. Diikuti cincin then hantaran and follow by others. " Aisyah hanya mengangguk malas hendak bersuara. Tiada mood untuk mencari baju pengantin dan sebagainya untuk kelengkapan perkahwinan mereka. Dia ingin buat secara kecil kecilan dan keluarganya tidak kisah tetapi keluarga Mikael pula mahukan yang grand. Mereka kan dari keturunan yang ternama. Jadi terpaksalah diturutkan juga.
Mereka berdua beriringan melangkah ke dalam sebuah butik pengantin yang kelihatan mewah. Tiba tiba datang seorang wanita dalam lingkungan awal 50-an menyapa mereka.
"Hey, Mika. Lama aunty tak nampak kamu. " ujar wanita separuh abad itu kepada Mikael lalu menampar bahu lelaki itu dengan lembut.
Mikael mengukir senyuman manis sebelum dia membalas kata kata wanita separuh abad itu.
"Ouh hehe. Mika datang nak cari baju wedding.. " balas Mikael lalu pandangannya beralih kepada Aisyah. Aisyah menguntumkan senyuman paksa saat pandangan Mikael beralih ke arahnya.
"Oh ya mama kamu ada bagitahu aunty yang kamu nak datang sini. So ni lah bakal isteri kamu? " Mikael mengangguk mengiyakannya.
"Cantik. Nama siapa? " soal Puan Ros kepada Aisyah.
"Nama saya Aisyah Nadrah. Panggil Aisyah je.. Kalau nak sedap lagi dan ringkas panggil Sya.. " balas Aisyah. Senyuman manis terukir dibibirnya.
"Nama secantik tuannya. Pandai Mika pilih. Nama aunty Rossella. Panggil aunty Rose je.. Nak panggil aunty je pun boleh.. "ujar Puan Ros memperkenalakan dirinya. Aisyah senyum. Memang hari ini adalah hari senyuman daripada Cik Aisyah Nadrah.
"So, aunty akan jadi korang punya wedding planner.. Korang minta je apa apa, InshaAllah aunty boleh buat..."
Mikael mengangguk bersungguh sungguh. Aisyah pula sibuk menyelak helaian katalog yang berada di hadapannya.
"So, tema apa yang korang nak?" Soal Puan Ros.
"Simple"
"Modern"
Aisyah dan Mikael saling berpandangan apabila jawapan yang diujarkan berbeza. Mikael memilih 'moden' manakala Aisyah memilih 'simple'.
"Saya nak tema simple je." Ujar Aisyah.
"Saya nak modern!" Ujar Mikael pula.
Maka bermulalah perbalahan antara mereka. Yang seorang ni biasa biasa saja, yang seorang ni pula moden.
Puan Ros pening melihat pasangan ini berbalah hanya kerana tema perkahwinan. Haih!
"Ehem...okay stop!" Puan Ros menjerit sedikit kuat agar pasangan ini menghentikan perbalahan mereka.
Aisyah dan Mikael terus diam. Mulut mereka ibarat terkunci dengan sendirinya. Kini, kedua dua mata mereka menghala ke arah Puan Ros.
"Err..sorry" ucap Aisyah perlahan sambil menunduk.
"Ermm tak apalah." Balas Puan Ros
"Okay why not kalau kita gabungkan tema yang Mika nak and Aisyah nak? Okay? Simple but modern.." , cadang Puan Ros kepada mereka berdua.
Mikael memikirkannya sejenak. Aisyah pula berpeluk tubuh sambil merenung wajah Mikael. Riak ketidakpuasan terpamer wajah gadis itu.
"Okay, Mika setuju. ", putus Mikael.
Aisyah termangu.
"Tak Aisy---", belum sempat Aisyah menyuarakan kata katanya, mulutnya telah ditekup oleh satu tangan besar.
"Aisyah nak cakap apa?", soal Puan Ros. Hairan dia dibuatnya melihat apabila pasangan ini.
"Eh, tak ada apa lah aunty. Aisyah cuma nak cakap yang dia setuju sangat sangat sebenarnya. Tapi kalau boleh dia nak yang terlalu meriah dan mewah.", terang Mikael agar tidak disalah sangka oleh Puan Ros.
Puan Ros mengangguk faham. "Okay kalau macam tu apa apa saja untuk kamu aunty boleh buatkan. Kamu cuma cakap saja. ", ujar Puan Ros. Seyuman tipis diukir buat kedua kedua pasangan itu.
Mikael menarik nafas lega. Ahh, perempuan ni memang menyusahkan betul!
PERGELANGAN tangan Aisyah dicapai lalu gadis itu ditarik keluar daripada butik. Wajah milik gadis itu ditenung tajam.
"Kau ni apahal? ", soal Mikael, geram.
"Kau tanya aku apahal? Kau tu yang apahal? ", soalan dibalas dengan soalan.
Mikael menjeling Aisyah dengan pandangan yang tajam. Geram pula dia dengan sikap Aisyah yang keras kepala. Ada saja yang ingin dijawab oleh gadis itu. Mikael mendegus geram.
"Kau ni cubalah diam sekejap. Asyik asyik nak bising je. Cubalah sesekali ikut cakap aku. Ini tidak ikut kepala kau saja." , ujar Mikail yang terlalu geram dengan sikap Aisyah itu.
"Eh,kau patut bersyukur tau sebab aku nak kahwin dengan kau. Kalau tidak tak hingin lah aku nak kahwin dengan kau sebenarnya.", balas Aisyah.
"Kalau kau tak nak kahwin dengan aku kenapa kau setuju dengan cadangan aku?" soal Mikael kembali. Nak juga dia tengok apa reaksi gadis mulut becok ini.
"Aku setuju kahwin dengan kau sebab aku nak tolong kau lah. Lagipun kau yang terdesak sangat nak kahwin dan aku rasa tak perlu kot nak meriah macam ni. Sebab di penghujung cerita ini kita akan berpisah dan tak ada apa yang akan merubah jalan cerita yang kau dah aturkan ini. Kita akan berpisah! Kita tetap akan berpisah! Faham tak?! ", turun naik nafas gadis itu saat berbicara.
Mikael diam seketika. Pergelangan tangan Aisyah dilepaskan. Mata gadis itu direnung dalam.
"Memang semua ni aku yang rancang, aku yang aturkan dan aku yang dalang di sebalik kisah ni. Tapi tak bermakna yang kita akan berpisah. Kan aku dah cakap... Kalau kau jatuh cinta dengan aku, kau jangan lepaskan aku.. Begitu juga dengan aku, kalau aku jatuh cinta dengan kau, aku takkan lepaskan kau... Faham? ", ujar Mikael. Intonasi suaranya lembut.
"Dan kalau kita takkan jatuh cinta? Kita akan berpisah juga kan?", soal Aisyah.
Mikael menghela nafas berat sebelum dia menjawab pertanyaan gadis itu.
"Aku akan lepaskan kau seperti mana yang kita janjikan... ", balas Mikael. Berat rasa hati saat meluahkan kata kata itu. Kenapa hati ini tiba tiba rasa sakit?
"Okay... Aku balik dulu. Nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum... ", ucap Aisyah sebelum langkah kakinya mengatur pergi.
Setelah bayangan Aisyah menghilang, Mikael menghela nafas kasar. Kakinya juga turut melangkah pergi meninggalkan tempat itu.
(SORRY KALAU TAK BEST ATAU RASA TAK LOGIK OR MENGARUT.. SAYA BENAR BENAR KEBUNTUAN IDEA.. HEHEHE 😅 AND SORRY SBB LAMBAT UPDATE PASTU KEKADANG JE UPDATE..SORRY SANGAT SANGAT 😅😄)