Chereads / Antara benci dan rindu / Chapter 9 - Bab 9

Chapter 9 - Bab 9

Kata kata yang dilontar oleh Mikael tempoh hari benar benar menghantui segenap ingatan Aisyah. Sesekali gadis itu mengeluh. Benar kah apa yang dilakukan? Terasa berat beban yang ditanggung kini. Berkahwin dengan seorang jejaka yang kaya dan ternama. Jarak umur antara mereka adalah 5 tahun. Tapi itu bukan menjadi persoalan. Yang menjadi persoalan mengapa dirinya yang dipilih sebagai 'pelakon extra' dalam drama yang dicipta Mikael?

"Ish serabut je fikir fasal mamat tu? Haihh!" Keluh Aisyah. Dia bangun dari baringan nya lalu menuju ke meja solek. Dilabuhkan punggung di atas kerusi yang berdekatan meja solek itu. Kemudian telefon pintarnya dicapai lalu mendail nombor seseorang.

Tut..tut...tut..tut...

"Assalamualaikum ummi. Ummi apa khabar? Sihat? Abah?" Soal Aisyah bertalu talu.

"Sihat Alhamdulillah. Semua nya kat sini baik baik je. Ecah macam mana? Sihat nak?" Soal Puan Siti pula.

"Alhamdulilah. Cah kat sini sihat je, mi. Ummi, cah ingat kan hujung minggu ni cah nak balik kampung. Rindu lah kat ummi dengan abah. Paling cah rindu jebon." Ucap Aisyah.

"Eh baguslah. Nanti ummi masak lauk kegemaran cah ye. Lagipun along kamu pun nak balik sama. Elok lah kita sekeluarga berkumpul." Tutur Puan Siti.

"Ouh..kalau macam tu baguslah. Lama cah tak jumpa along, kak long dengan boys tu. Rindu."

"Hah ye lah kalau macam tu. Okay lah ummi ada nak buat kerja sikit ni. Ummi letak dulu, assalamualaikum." Ucap Puan Siti sebelum talian di matikan.

"Waalaikumussalam."

Setelah panggilan di matikan, telefon pintarnya di letakkan di atas meja solek semula. Aisyah bangun melangkah ke katil nya dan tubuhnya di rebah ke atas tilam empuk itu. Kipas yang berpusing di renung sehingga perlahan lahan mata nya terpejam.

*******************

Seperti yang telah di katakan, akhirnya pada hujung minggu itu Aisyah tiba di kampung halaman nya yang terletak di Melaka. Ikut pengiraan jarak tiada lah jauh mana. Hampir 2 jam juga masa yang di ambil. Jika jalan jam pada hari tersebut maka ia mengambil masa lebih dari 2 jam.

"Assalamualaikum, ummi oo ummi." Laung Aisyah dengan suara nyaring nya.

"Waalaikumsalam. Sekejap!" Balas Puan Siti dari dalam.

Aisyah senyum teruja apabila mendengar suara ummi nya.

Daun pintu rumah kayu yang di reka moden itu, dikuak dari dalam. Tersembul wajah ummi yang amat di rinduinya. Aisyah lari mendapatkan ummi nya itu, terus tubuh tua itu di dakap erat. Melepaskan rindu yang sekian lama terpendam.

"Ummi sihat, ke?" Soal Aisyah terlebih dahulu.

"Sihat. Ni kamu, sihat dak?" Giliran Puan Siti pula menyoal anak bongsunya itu.

"Of course lah sihat ummi. Sihat waalfiat. Abah mana, mi? Tak nampak pun." Melilau lilau mata Aisyah mencari kelibat ayah kesayangan nya.

"Ayah kamu gi kebun lah. Ke mana lagi." Jawab Puan Siti.

"Ooooo... Along?" Soal Aisyah lagi. Sudah lama tidak bertemu dengan Amir Naufal iaitu along kesayangan nya. Jarak umurnya dan along hanya 4 tahun. Dia kini 21 tahun manakala along 25 tahun. Masih muda okay!

"Dorang gi pekan kejap. Ummi suruh beli sikit barang dapur. Dah hampir sejam tak balik balik lagi. Ke mana lah merayap budak ni. Haih, bertuah sungguh!" Bebel Puan Siti. Aisyah tersengih mendengar leteran umminya. Rindu pula nak kena bebel masa sekolah dulu.

"Dah ummi sat lagi sampai lah tu." Tiba tiba kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah itu.

"Hah tu,mi. Panjang umur dorang." Ujar Aisyah kepada ummi nya sambil bibir nya di juih ke arah kereta toyota camry milik alongnya.

Amir mematikan enjin kereta nya. Dia bersama isteri dan anak anak nya keluar dari perut kereta lalu menghampiri ummi dan adik nya yang mungkin baru saja tiba.

"Hey, sistur! Apa khabar?" Adiknya itu di sapa.

"Hey,brother! Baik baik saja. Kamu? Tak ada nak tambah anak buah lagi ke? Sistur menanti niii...." Usik Aisyah. Saja mahu bergurau dengan along nya. Berona merah muka kakak ipar nya itu dibuatnya.

Puan Siti sudah pun masuk ke dalam. Malas mahu di layan anak anak nya yang gila gila itu. Safiya yang merupakan kakak ipar kepada Aisyah turut mengikut masuk ke dalam membawa anak anak nya sekali.

"Hey sistur! Bila pula nak dapat anak buah dari kamu?" Saja di kenakan adiknya itu semula.

Aisyah mengaru belakang tengkuk nya. Di ingat mahu mengusik orang, tapi tup tup terkena batang hidung sendiri.

"Hehe.. Belum sampai seru lagi lah brother. Dah lah jom masuk!" Saja Aisyah menukar topik agar along nya tidak bertanya lebih lanjut akan perihal itu. Malu setahun di buatnya.