Chereads / Antara benci dan rindu / Chapter 7 - Bab 7

Chapter 7 - Bab 7

"Mikael.. "

"Aisyah.. "

Aisyah memandang Mikael dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Begitu juga dengan Mikael.

Aisyah mengalihkan pandangannya pada wanita yang berdiri tegak bersebelahan Mikael sambil menyilangkan kedua dua tangannya pada dada. Terdetik dihatinya ingin tahu siapa wanita disebelah Mikael. Ada sedikit perasaan cemburu yang menyelinap ke dasar hatinya.

Dan pada saat itu mereka merenung antara satu sama lain. Lama. Sehingga mereka tidak sedar ada orang ketiga yang sedang memerhati lagak mereka.

"Baby!!! " bentak Putri Natasha dengan kuat.

Kedua dua insan itu tersentak. Bentakkan Putri Natasha mengembalikan mereka pada dunia realiti semula.

Mikael membuat muka bosan pada Putri Natasha. "You ni nak apa lagi? " soal Mikael, dingin.

Putri Natasha diam. Saja lah tu nak buat perangai. Mikael mencebik menyampah.

"Kau buat apa kat sini mikael? " soal Aisyah. Dirasakan seperti soalan nya terlalu kolot.

"Sah sah lah datang sini nak makan. Takkan nak repair kereta pulak. " sampuk Putri Natasha dengan nada angkuhnya.

'Siapa perempuan ni?  Semak je! ' marah Putri Natasha dalam hati.

"Putri!  Boleh tak you jangan nak menyampuk. " marah Mikael.

"By the way putri ni aisyah, and aisyah ni put.... " belum sempat kata kata mikael dihabiskan, putri Natasha sudah menyampuk.

"I Putri Natasha merangkap girlfriend kepada Mikael Zafran. " ujar Putri Natasha lalu dihulurkan tangannya pada Aisyah.

Baru Aisyah ingin menyambut huluran itu, Putri Natasha sudah menarik tangannya semula. Aisyah hanya memandang sepi seperti angin yang berlalu.

Makin menebal perasaan cemburunya apabila melihat kemesraan antara Mikael dan teman wanita nya itu.

'Hish Aisyah!  Kau dah kenapa?  Kau kena ingat yang Mikael tu anggap kau musuh je!' Bisik hatinya.

'Kalau dia anggap kau musuh, kenapa dia tolong kau haritu?' Bidas akal pula.

Aisyah menggelengkan kepalanya berkali kali. Perbuatan Aisyah itu diperhatikan oleh Mikael sedari tadi.

"Aisyah... Are you okay? " soal Mikael, risau.

"Ya... I'm okay. " tergagap gagap Aisyah menjawab.

Mikael mengangguk tapi dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Aisyah.

"Mm.. Kalau macam tu aku pergi dulu lah Mikael. Kesian pula biarkan member aku tunggu lama lama. " ucap Aisyah lalu mengukirkan sebuah senyuman kelat kepada Mikael.

Baru saja Mikael ingin membalas, Putri Natasha dahulu sudah membalas. "Pergilah. Semak saja kat sini! " ucap Putri Natasha dengan bongkak. Satu jelingan padu dihadiahkan kepada Aisyah.

Aisyah tergamam saat itu. 'Sesuai lah kau dengan boyfriend kau yang sengal ni!' Aisyah mengutuk wanita itu di dalam hati.

Aisyah terus menghayunkan langkahnya tanpa mempedulikan Mikael yang melaung namanya berkali kali.

"Aisyah.. Aisyah.. " panggilan itu langsung tidak diendahkan. Sakit hatinya dengan perempuan yang mulut laser itu.

Mikael mengeluh berat apabila melihat figura Aisyah semakin tidak kelihatan dari pandangan mata. Marah kah wanita itu padanya? 

"Ini semua salah Putri Natasha!  Ada ke patut dia melontarkan kata kata sebegitu kepada Aisyah. Perempuan ni memang nak kena ajar! " gumam Mikael seorang diri. Setelah beberapa saat, dia memusingkan tubuhnya lalu berjalan menuju ke Putri Natasha yang sedang menantinya sedari tadi.

Mikael malas nak ambil peduli. Jadi dia memilih untuk terus pergi meninggalkan Putri Natasha seorang diri. Padan muka kau!

"Hey Mikael!  " laung Putri Natasha sambil dia menghentakkan heels nya berkali kali.

"Mengamuk lah kau kat situ! Fikir aku kisah ke? " gumam Mikael. Terus kereta mewahnya melucur laju di perkarangan jalan raya.

***

"Weyh aisyah. Asal kau ni? Dahlah tiba tiba ajak aku balik. Belum sempat aku nak makan, kau dah tarik aku balik! " bebel Diana. Pelik juga dia akan tingkah Aisyah selepas wanita itu balik dari mengambil makanan. Balik saja tengok tengok wanita itu tidak membawa makanan malah menayangkan muka muram padanya. Itulah yang membuatkan dirinya tertanya tanya.

"Tak ada apa lah. Ni kan dah bungkus. Makan jelah. Banyak songeh lah kau ni minah!  Aku sumbat mulut kau dengan berus basuh tandas baru tau! " saja aku main ugut ugut. Bising saja lebih si minah murai ni.

Win kan aku ni? Hahaha macam macam nama si diana ni aku bubuh. Kejap minah sengal lah, minah tarzan lah. Tup tup kali ni dapat gelaran minah murai. Tulah bising lagi! Padan muka kau!

"Alah kalau makan kat kedai tadi baru ada feel. Ni makan kat rumah tak ada feel langsung. " adu diana. Aku mencebik. Gedik lah minah ni!

"Hey kau ni nak makan rasa kenyang ke nak makan kaki aku? Banyak cantik kau punya feel. Kau fikir ni filem titanic nak feeling bagai? " sergah aku dengan lantang. Bila hati tengah panas semua orang aku sembur. Lantak lah nak sentap ke apa?  Kau ada nampak aku kesah?  Tak ada kan?  So duk diam diam, main jauh jauh!

"Alah kau ni!  Asal nak marah marah?  Aku cakap sikit nak melenting.  Hish menyampah lah! " rajuk diana. Kakinya dihentakkan tanda protes sebelum dia mendaki anak tangga. Terus pintu biliknya dihempas kuat. Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Ganas bebenor si diana ni!

"Huh...." Aku mengeluh panjang. 'Kenapa eh aku terlalu cemburu?  Takkan lah aku dah jatuh cinta dengan lelaki tu?' Soal hatinya.

' tak mungkin lah!  Kau kan benci dia, tak mungkin hanya kerana sekali dia berbuat baik kau terus jatuh hati.' Balas akalnya membidas.

Aku menggelengkan kepala ku berkali kali. Hati aku benar benar rasa berbolak balik tentang perasaan yang ku tanggung ini. Ia terlalu berat. Dan terlalu sukar untuk aku ungkap kan!