Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 51 - BAB 46 : KEGILAAN

Chapter 51 - BAB 46 : KEGILAAN

Biji mata di tangan Kyoko dipecahkannya menghasilkan jejak cahaya yang bergerak ke tiga arah, satu pada Chyou dan Khairul, biji mata yang berada di poket mereka berdua pecah bersama, riak wajah mereka berdua terus berubah tegang. Chyou menarik tangan Khairul dan mereka teleport bersama.

Pada masa sama, Mikael terus mengekori jejak cahaya itu dengan melancarkan dirinya seumpama katapel menggunakan cecair hitam yang keluar dari kedua-dua tapak tangannya. Khalid memecut Furioswheels diatas jalan raya, Mei yang berada di tepinya memegang erat pemegang pada pintu keretanya.

"Mari bunuh sesama sendiri, Khairul!" Zaki menunjukkan kuku-kukunya yang seumpama bilah pisau.

"Aku akan bunuh kau, orang tua!" jerit Khairul, dia menggerakkan kedua-dua bilah pedang hitam ke belakang dengan jelingan yang tajam. Dia melancarkan dirinya ke arah Zaki, bilah pedang dan kuku bertembung sehingga menghasilkan geseran.

Mata mereka bertemu, kemarahan, dendam dan nafsu darah terpapar pada mata kedua-dua Mutants itu.

Pancaran laser dan cahaya yang terang dari Hazim dan Nasuha menuju ke arah Kyoko dan Chyou, mereka berdua mengelak serangan itu, Kyoko cuba mencapai Nasuha namun tembok tanah terhasil dihadapannya, Nur dengan badan yang disaluti tanah keras menghayun tangan ke arah Kyoko dan berjaya menghentaknya jatuh ke bumbung semula.

Chyou pula cuba menikam Syakir sejurus dia muncul di belakangnya namun Syakir dapat mengelak, lengan pakaiannya terkoyak hasil terkena pisau di tangan Chyou. Serangan laser merah menuju kearah Chyou, dia teleport pergi dari situ dengan segera.

"Sikit je lagi…" keluh Syakir, tiba-tiba akar-akar mengelilinginya seumpama pendinding.

"Aku akan jaga kau…Fokus pada mereka." kata Lilly yang berada di belakang Syakir bersama di dalam akar-akar itu.

"Aku tahu, siapa kau nak arahkan aku?" balas Syakir, Lilly hanya diam saja.

Di sebalik pendinding akar itu, Khairul fokuskan setiap serangannya pada Zaki saja. Bilah pedang hampir terkena kepala Zaki namun dia dapat menundukkan dirinya dan melepaskan tumbukan tepat pada perut Khairul dari bawah.

"Aku fikir aku kena kawal semua kawan-kawan kau baru kau ada semangat untuk berlawan semula! Khairul!" jerit Zaki, Khairul melangkah ke belakang dan terbatuk sedikit.

"Tapi kau memang…memang…memang budak gila! Lepas apa terjadi kau masih nak lawan aku! Dasar budak tak sedar diri!" tambah Zaki lagi.

"Kenapa…Kenapa kau buat semua ni? Aku tak faham! Kalau kau nak bunuh aku. Bunuh jelah! Kenapa perlu sakitkan orang lain? Mereka semua takde kena mengena dengan kau dan aku!?" soal Khairul, Zaki tersenyum sinis, dia mengheret kedua-dua tangan di bumbung itu sambil bergerak perlahan ke arah Khairul.

"Inilah kewujudan aku sekarang! Aku rasaksa kau, Khairul…Selagi aku hidup, aku akan musnahkan semua benda yang kau sayang, semua yang kau ada. Aku takde sebab untuk hidup selain daripada seksa kau." balas Zaki, Khairul hanya bertambah bengang, dia menuju semula kearah Zaki.

Zaki membaling serpihan-serpihan besi dari bahagian bumbung yang diheretnya tadi menyebabkan Khairul terhenti seketika, dia terus menolak Khairul sehingga mereka berdua terjatuh dari bangunan itu dan menghentak Khairul di lantai tanah.

"Nasuha! Sampai bila kau nak tidur?! Bangun dari kawalan dia! Aku boleh buat, kau pun boleh!" arah Kyoko sambil mengelak setiap serangan yang dilepaskan oleh Nasuha.

"St…Star….Beam!" Pancaran Star Beam yang besar menuju Kyoko, dia mengelilingi badan dengan kilat dan memasuki pancaran Star Beam itu. Kyoko tiba di hadapan Nasuha tanpa kecederaan dan terus memeluk Nasuha dan membawa mereka berdua jatuh ke bawah.

"Bangunlah, Nasuha." Kyoko mencapai wayar di belakang kepala Nasuha namun sebelum sempat dia menarik wayar itu, Nur berada di belakangnya memaksa Kyoko untuk mengelak lagi serangan hayunan tangan batu milik Nur.

"Terlalu banyak jenis serangan datang dari setiap arah. Laser, Star Beam, lepastu budak perempuan batu ni…Aku dah terlalu penat, rasa susah betul nak sakiti mereka. Mereka hanyalah mangsa sekarang ni…" keluh Kyoko sendirian, Nur mengumpulkan tanah di kedua-dua tangannya, Kyoko sedia untuk mengelak lagi tetapi Chyou tiba-tiba muncul dan menghentak kuat Nur pada tengkuknya.

Kedengaran bunyi tulang yang retak dan Nur terus terjatuh ke bawah.

"Chyou?" Kyoko terkejut melihat tindakan Chyou itu.

"Mereka Mutants…Setakat patah tengkuk…takkan bunuh mereka…Jangan buang masa kita…Kyoko." kata Chyou, Kyoko terus terdiam.

"Aaarghh!" Hazim melepaskan pancaran lasernya, Chyou teleport pergi dari Nur dan terus muncul di tepi Hazim. Dia menghentak kuat tengkuk Hazim pula dengan tangannya, Hazim terus tidak sedarkan diri.

"Kawalan wayar datang dari tengkuk mereka…Patahkan tengkuk…dan kawalan akan terhenti…Mereka pun tak sedarkan diri…Tekaan aku jelah." kata Chyou sebelum teleport pula pada Nasuha, riak wajahnya kosong saja, tangannya terhayun pada Nasuha.

Bayangan semua ahli HOPE bersama bermain tiba-tiba pada fikiran Chyou, semasa dia dan Khairul bersama Nasuha. Rakan-rakan pertamanya.

Tangan Chyou tiba-tiba terhenti, wajahnya berubah terganggu. Kedua-dua tapak tangan Nasuha menghasilkan cahaya, Chyou terus teleport pergi dari Nasuha sebelum dia terkena pancaran Star Beam yang berkuasa.

"Kenapa dengan kau tiba-tiba?" soal Kyoko, dia perasan akan Chyou yang teragak-agak tadi.

"Aku…tak tahu…" Tangan Chyou bergigil, Kyoko memandang saja dia sebelum mencipta busur dari kuasa kilatnya.

"Bukan pertama kali aku tembak Nasuha…Dalam Dimensi Minda, masa berlatih aku sakitkan dia. Masa lawan Stray Farah pun aku terpaksa biarkan kilat aku terkena Khairul. Nasuha…akan faham." Kyoko menarik tali busurnya dan menghasilkan anak panah kilat yang besar, Nasuha menoleh ke arahnya dengan mata yang bercahaya.

Kyoko melepaskan anak panah itu, sambil Nasuha menggerakkan tangannya ke hadapan. Impak anak panah itu menghasilkan asap yang tebal dan angin yang kuat.

Dari asap yang tebal itu, mata bercahaya Nasuha kelihatan. Selepas asap itu menghilang kelihatan Nasuha sempat menepis serangan itu dengan perisai cahayanya.

"Dia sempat buat perisai selaju kilat?" soal Kyoko dalam hatinya, Nasuha menggerakkan tangan ke atas dan terus menghayunkanya.

"Star Slash!" Bintang bercahaya dan bergerigi banyak itu terus membelah bumbung bangunan itu, Chyou dan Kyoko sipi-sipi saja hampir terkena serangan itu. Nasuha menghayun tangannya berkali-kali, melepaskan Star Slash bertubi-tubi.

Hasil kepenatan, kuasa Kyoko dan Chyou menjadi perlahan menyebabkan salah satu Star Slash terkena dan membelah kaki kiri Kyoko dan tangan kanan Chyou.

"Argh!" Kyoko meraung kesakitan sedang dia terbaring lemah dan Chyou pula terduduk, dia menutup luka tangan kanannya yang terbelah. Dia menggigit pakaian kostumnya, kelihatan air mata mengalir hasil perit kesakitan yang dirasai.

"Menyedihkan…Korang tak perlu sakit pun kalau tunduk pada aku. Dengar saja, ikut saja arahan aku. Jadi alat tanpa hati tak menyakitkan langsung tapi korang pilihan untuk lawan aku. Aku tahu kelemahan korang…Ianya belas kasihan, hati yang lembut. Berangan nak jadi hero…" Syakir berjalan ke hadapan sedang Lilly mengekorinya dari belakang dengan akar-akar berdurinya.

"HOPE akan jatuh pada tangan aku." Wayar-wayar dari tangan Syakir bergerak kearah Chyou dan Kyoko, tiada kekuatan tersisa untuk mereka melawan semula namun tiba-tiba cecair hitam muncul dari bayang Syakir dan Lilly, mengikat mereka berdua dengan ketatnya.

"Bodoh. Kau…Kau fikir kau boleh menang lawan kami? Hahaha…Kau memang tak tahu apa-apa pasal HOPE. Tak tahu kekuatan sebenar kami. Aku dengan budak ni kerja kami bukannya untuk menang tapi untuk makan masa supaya…orang kuat kami datang…Kau yang masuk perangkap." Kyoko tersenyum yakin, Mikael mendarat di hadapan Chyou.

"Tch!" Syakir menjeling Mikael.

Khairul sedang menepis setiap serangan Zaki, serangan tanpa henti oleh Zaki memaksa Khairul untuk mempertahankan dirinya saja. Dari jauh, kedengaran bunyi kereta Furioswheels, Zaki dan Khairul melompat dari sesama sendiri, Furioswheels muncul dan terheret di jalan sedang ia membrek.

Khalid dan Mei terus keluar dari kereta itu, Furioswheels tepat-tepat terhenti sebelum berlanggar dengan dinding bangunan.

"Weapon Card! Wrath Blasters!" Khalid yang memakai perisai Beast Tiger memasukkan kad dua pistol pada slot tali pinggangnya. Dua pistol dengan wajah harimau di picu tercipta di tangan Khalid, dia terus melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah Zaki.

"Keerghhh!" Zaki mengetap giginya, peluru dari Wrath Blasters yang terkena pada badannya seumpama meletus berkali-kali menyebabkan Zaki terasa sakit dan sukar bergerak. Khairul menoleh kearah Mei dan Khalid, riak wajahnya berubah lega.

"Khai…Maaflah lambat." kata Mei.

"Takpe. Pergi tolong dekat atas. Aku dan Khalid boleh lawan ayah aku!" pinta Khairul.

"Baiklah." balas Mei, dia bergegas pergi dari situ dan memasuki bangunan di mana yang lain sedang bertarung diatas bumbungnya. Khairul kembali menghadap Zaki semula.

Tembakan Wrath Blasters terhenti, asap keluar dari kedua-dua picu senjata itu. Zaki segera bergerak semula, dia bergegas kearah Khalid namun Khairul muncul dihadapannya dan dapat membelah sedikit bahagian kiri wajah Zaki sebelum dia mengelak.

"Datang semuanya, hah?! Alang-alang aku bunuh korang semua kat sini!" jerit Zaki, Khairul sambung menyerangnya, memaksa Zaki ke belakang.

"Weapon Change! Claw Sword!" Khalid mengubah pula senjatanya pada Claw Sword, dia menerjah Zaki dari belakang dan melukakan belakang badan Zaki dengan hayunan pedangnya.

Khairul dan Khalid menyerang Zaki dari setiap arah, memaksa dia untuk menepis dan mengelak saja. Lama-kelamaan senyuman sinis Zaki berubah pada wajah yang bengang, dia membiarkan dirinya ditikam oleh Khalid di perutnya untuk mencakar wajah Khairul dan melukakan mata kiri anaknya.

"Arh!" Khairul berhenti menyerang hasil terkena serangan itu.

"Kau cuba butakan anak kau sendiri?!" marah Khalid, dia menyepak Zaki ke belakang dan terus menghala pedangnya ke hadapan.

"Hahahahaaarghhh!" Zaki tergelak dan mengendahkan saja kata-kata Khalid itu, dia menerkam Khalid dan dapat memecahkan perisai Beast Tiger hanya dengan hayunan tangan dan kukunya saja. Malah Khalid juga tidak menyangka serangan itu dapat melepasi perisainya.

"Setakat luka kecil…macam tu…Tak sakit mana." kata Zaki sedang luka tikam di perutnya tertutup dengan pantas.

"Aku tak tahu apa masalah kau…tapi aku tak naif sangat untuk biarkan orang macam kau terus hidup. Terang sangat objektif kau hanya membunuh." balas Khalid, Zaki menjilat darah yang berada di kukunya.

"Cubalah…bunuh aku kalau boleh!" Tiba-tiba Zaki kembali menyerang, dia lebih laju dari Khalid dan dapat memecahkan beberapa bahagian lain perisai Beast Tiger, setiap serangan balas dari Khalid juga pulih dengan pantas dan tidak menghentikan serangan ganas Zaki.

Dia akhirnya dapat melukakan sisi badan Khalid dan terus menghayun tangannya kuat kearah tengkuk Khalid tetapi Khairul muncul semula, dia menikam lengan Zaki dengan kedua-dua bilah pedang hitamnya dan membelah tangan itu pada dua bahagian.

Kelihatan darah mengalir dengan banyak dari mata kiri Khairul namun dia meneruskan saja serangannya dengan membelah pula dada Zaki dan menghentak kepala pada hidung Zaki menyebabkan dia tertolak ke belakang dengan darah terpancut keluar dari hidungnya dengan banyak.

"Argh….Kau…Pada…akhirnya…kau memang anak aku…Susah betul…nak jatuh lepas semua kesakitan yang aku bagi pada kau…Susah nak mati…" keluh Zaki, Khairul diam saja sambil memandang Zaki dengan pandangan maut. Luka pada badan Zaki pulih lagi dengan pantas, senyuman sinisnya kembali.

"Tapi…Kau tak pulih laju macam aku." kata Zaki, Khairul dan Khalid melangkah ke hadapan, sedia untuk bertarung lagi.

Mei akhirnya tiba di bumbung dengan memanjat bangunan itu, kelihatan Syakir dan Lilly masih diikat dengan kuasa bayang Mikael. Dia terus cemas melihat keadaan Kyoko dan Chyou yang terbelah anggota badan, Mei bergegas kearah Chyou.

"Aku bagi kau peluang…untuk tarik kawalan kau dan aku takkan bunuh kau sekarang." kata Mikael, Syakir tersenyum kecil.

"Masih cuba jadi hero? Lawak!" balas Syakir, Nasuha terus melepaskan Star Beam kearah Mikael.

Mikael mengelak, Lilly mengambil peluang pula untuk melepaskan akar bertubi-tubi kearah Mikael sedang dia berada di udara.

"Aku dah bagi kau peluang!" Dua kapak terhasil dari tapak tangan Mikael, dia memusingkan dirinya dan memotong semua akar yang menuju kearahnya. Mikael menuju pula pada Syakir dan Lilly, sedia untuk menghayun kapaknya.

Tiba-tiba Nasuha terbang diantara dia dan Syakir memaksa Mikael untuk menghentikan serangannya dan bergerak dari Nasuha.

"Star Slash!" Nasuha menghantar Star Slash kearah Mikael, dia mengelak serangan itu sambil mengubah kedua-dua kapaknya menjadi sabit.

Akar-akar Lilly menarik cecair hitam yang mengikatnya dengan Syakir, dia juga terus membawa mereka berdua bergerak ke atas, Mikael menghayun hujung belakang pemegang sabitnya ke arah Nasuha namun perisai cahaya tercipta di tepi Nasuha menghalang serangannya.

"Chyou…Kyoko…" Mei memandang mereka berdua risau.

"Jangan…risaukan kami…sekarang…Tolong Mikael!" kata Chyou yang masih menahan kesakitan, Mei terus tersedar semula dan menghala dirinya kearah Nasuha, dia meletakkan tangan pada kepala dan mengaktifkan kuasanya, iris Mei berubah bentuk dan berwarna merah.

Dengan kuasa Psychic, Mei memasuki minda Nasuha namun dia tidak dapat masuk ke dalam sepenuhnya.

Mei berada di gelanggang yang gelap dan diterangi hanya oleh lampu sorot, terdapat ular-ular yang banyak mengesot di sekeliling kawasan itu. Dia melihat sekeliling dengan wajah keliru.

"Ini bukan Dimensi Minda Nasuha…" keluh Mei.

"Kuasa kau yang paling menyusahkan tapi nampaknya aku bernasib baik. Kau tak tahu apa-apa pasal kuasa aku…" kata Syakir, dia berada di hadapan Mei, dihujung gelanggang itu. Di belakang Syakir, terdapat tiga sangkar, Nasuha, Hazim dan Nur berada di dalam sangkar itu.

"Lepaskan kami!" keluh Nur, dia memegang palang sangkarnya.

"Di mana kita? Apa ni?" Hazim pula baru bangun dan terus keliru.

"Akak Mei!" panggil Nasuha dengan terdesaknya, kelihatan riak wajahnya yang sayu.

"Nasuha…Jangan risau. Akak ada!" balas Mei.

"Dia…Dia buat…saya sakitkan…Akak Kyoko…dengan Chyou…M-Maafkan saya…" rayu Nasuha, dia mula menangis teresak-esak dan meletakkan tangan pada dada.

"Apa semua ni?! Apa kau buat dengan badan aku dengan abang!?" marah Nur pula, Syakir menjeling mereka seketika sebelum menghadap semula Mei.

"Dimensi Minda…Aku dapat tahu pasal kuasa menggunakan memori Nasuha. Kuasa aku dan kau hampir kurang sama tapi dimensi ni ianya dibawah kawalan aku!" kata Syakir, ular-ular yang berada di situ mula bergerak kearah Mei.

"Aku akan pecahkan kawalan kau." kata Mei, dia menepuk tangannya, seluruh gelanggang itu tiba-tiba retak dan hancur menyebabkan mereka semua serta ular-ular yang berlambak di situ terjatuh ke kegelapan.

"Apa?!" Syakir terkejut.

"Kau hanya tahu pasal Dimensi Minda tapi kau tak fahamnya macam aku." balas Mei, dia menggerakkan pula kedua-dua tangan.

Sekarang mereka berdua di pejabat lama tempat Syakir bekerja dahulu.

"Nu-Nur?! Kamu tak apa-apa?" soal Hazim, dia menoleh kearah Nur. Mereka masih berada di dalam sangkar mereka.

"Ya…Aku okay…aku okay…" Nur memegang kepalanya.

"Masih tersekat di sini, Syakir?" soal Mei, Syakir menjelingnya.

"Kau mungkin boleh kawal Dimensi Minda ni tapi kawalan aku lebih kuat dari kau…" balas Mei, kedua-dua mata Syakir tiba-tiba bercahaya merah, dia melepaskan pancaran laser kearah Mei namun Mei menangkap laser itu, mengumpulnya dan melepaskan laser itu semula kearah Syakir.

Syakir mendirikan dinding tanah yang menepis seluruh serangan laser itu, dia terbang pula, kedua-dua matanya bercahaya.

"Star Beam!" Syakir melepaskan Star Beam kearah Mei.

Mei menghayun tangannya, segala barangan yang berada di dalam bilik pejabat itu berterbangan namun Star Beam dapat menembusi barangan yang menutup Mei.

"Kuasa aku?" Nasuha keliru bagaimana Syakir dapat menggunakan kuasa Ms.Star miliknya.

Tiba-tiba Mei muncul diatas Syakir, dia berpaut pada monitor yang sedang terbang, Mei menuju kearah Syakir dan menamparnya dengan kuat. Seluruh Dimensi Minda itu retak kemudian pecah seperti kaca. Sekarang mereka semua berada di bumbung bangunan pejabat Syakir dan dia sedang jatuh dari bangunan itu.

Syakir segera mengawal dirinya dan menerbangkan diri menggunakan kuasa Ms.Star.

"Lepaskan mereka, Syakir…" Mei muncul tiba-tiba lagi, dia menjatuhkan Syakir ke bawah sehingga kepala Syakir berada di bawah tapak kakinya.

"K-Kau!" Syakir bengang.

"Kau tak boleh menang." kata Mei dengan dinginnya.