Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 52 - BAB 47 : ANAK, UNTUK DILINDUNGI

Chapter 52 - BAB 47 : ANAK, UNTUK DILINDUNGI

Hazim dan Nur berdiri dengan perlahan, Mikael menoleh kearah mereka, tengkuk mereka kedua sudah kembali pulih. Cahaya merah terhasil dari mata Hazim sambil dia bergerak menghadap Mikael, Nur mengumpulkan sisa-sisa tanah dan batu yang berada pada badannya dan mencipta pemukul tanah yang besar.

Mikael segera mencipta dua kapak dari kuasa bayangnya. Kelihatan Mei sedang menggunakan kuasanya pada Nasuha. Kyoko pula merangkak dan mengambil kaki kirinya yang terbelah, dia mendekatkannya dengan luka belahan.

"Boleh pulihkan?…Tolonglah boleh…" keluh Kyoko. Chyou melihat apa yang Kyoko lakukan juga melakukan benda yang sama, meletakkan tangan kanannya yang terputus pada tempat asal.

"Argh…." Syakir terasa pening yang amat dan terduduk, dia memegang kepala. Lilly meletakkan tangan di belakang badan Syakir.

"Syakir…Kenapa?" soal Lilly.

"Tak boleh…Aku tak boleh…kawal…dimensi ni…sepenuhnya…" keluh Syakir, kelihatan mata kanannya biasa saja namun mata kirinya berubah merah.

"Aaaarghhhh!" Hazim melepaskan pancaran laser kearah Mikael, tembok hitam terhasil dan menahan serangan itu. Nur muncul di belakang Mikael, menghayun pemukul besarnya, dengan kedua-dua kapak, Mikael menepis serangan itu. Nur mengheret Mikael sehingga dia hampir terjatuh.

"B-Bunuh dia, cepat!" arah Syakir.

Nur mengumpulkan semula tanah dari pemukulnya pada tangan dan cuba menghentak Mikael dengannya namun dengan pantas, Mikael dapat memecahkan tanah keras yang berada di kedua-dua tangan Nur dengan libasan kedua-dua kapaknya.

Cecair hitam terkumpul dan seluruh badan Nur dan terus menutupi seluruh badannya dan mengeras, Nur tidak dapat bergerak lagi.

Hazim kembali menyerang Mikael dengan pancaran lasernya namun Mikael dengan mudah menutupi mata Hazim dan seluruh badannya dengan cecair hitam yang sama. Syakir mengetap giginya.

"Arghhh….Tak guna…tak guna…Aku tak boleh kawal mereka…betul-betul…" keluh Syakir.

Sedang di dalam Dimensi Minda, Syakir sedang mengelak bangunan-bangunan yang jatuh kearahnya, kelihatan Mei yang gergasi sedang membaling dan meruntuhkan bangunan disekeliling Syakir.

"Dengan kuasa kau…Kau boleh tolong ramai orang!" kata Mei, satu bangunan terkena Syakir dan menolaknya jatuh ke bawah.

Pancaran Star Beam menghancurkan bangunan itu dan Syakir terbang ke atas namun Mei menamparnya sehingga dia terpelanting.

"Semua ni ilusi! Kau bermain dengan kepala aku je! Jangan fikir aku tak tahu! Aku takkan tertipu dengan benda macam ni!" Syakir memusingkan dirinya dan melancarkan laser di setiap arah, Mei tiba-tiba muncul dihadapannya dan menepuk dada Syakir menyebabkan dia terpelanting jauh lagi.

Memasuki rumah pangsapurinya kemudian menembusi lorong tempat dia menyelamatkan Lilly dan terhentak pada dinding sebuah bilik yang hanya diterangi lampu yang malap.

Syakir melutut, sedang tiga sangkar berisi Nasuha, Nur dan Hazim berada di belakangnya, kelihatan rantai-rantai dari sangkar itu sedang berada di tangan Syakir. Mei berjalan kearahnya dengan jelingan tajam..

"Curi kuasa orang lain…Rampas kehendak seseorang…Menjijikkan. Kau lemah dan kau takkan dapat kawal apa-apa lagi!" Mei menggenggam rantai-rantai yang berada di tangan Syakir dan terus menghancurkanya.

"Tak!" Syakir menjerit di Dimensi Minda dan dunia sebenar. Wayar-wayar yang tersambung pada belakang kepala Hazim, Nur dan Nasuha terbuka dan terus bergerak semula ke Syakir.

Nasuha terus terjatuh, tidak menyedarkan dirinya, begitu juga Nur dan Hazim, mereka bertiga sudah terkeluar dari kawalan Syakir.

"Argh!" keluh Syakir, dia menghentak lantai sedang dia terlutut pula dihadapan Lilly.

"Dia…hancurkan kawalan aku!" Syakir bengang. Lilly memandangnya saja.

"Kita tak boleh menang, Syakir. Mari lari." kata Lilly.

"Sial…Sial…Aku ada dapat semua benda…Kenapa? Kenapa mereka kuat sangat? Kuasa aku…Kuasa aku tak guna langsung hadap mereka!" Syakir mengendahkan saja Lilly, dia terlalu fokus atas kekalahannya dalam Dimensi Minda.

Mei sedang memeriksa Nasuha, Mikael mendekati mereka berdua.

"Nasuha okay…Syukurlah tapi tak rasa dia akan terjaga dalam masa terdekat ni." kata Mei, Mikael menoleh ke belakang, kelihatan Nur dan Hazim yang berada di dalam cecair hitam.

"Tengokkan mereka juga…Aku akan selesaikan dua Mutants kat atas tu." Mikael menoleh ke atas, dia terus melancarkan cecair hitam untuk memanjat mencapai hujung akar di mana Syakir dan Lilly sedang berada.

Mikael muncul di hadapan mereka berdua, dia terus mencipta sabit dan menghayunnya kearah Syakir dahulu, Lilly segera membaling biji benih kelabu yang menghasilkan asap, menutupi seluruh kawasan itu.

Lilly membawa Syakir bersama dengannya terjun dari akar itu, Mikael mengejar mereka, beberapa akar berduri menghalang Mikael untuk mendekati mereka berdua.

Lily mendarat di hadapan Mei sedang Syakir berada di pangkuannya.

"Jangan lari…Serahkan je diri kau. Dia paksa kau jadi Mutant betul tak?" tegur Mei, Lilly menoleh kearahnya sambil meletakkan Syakir semula.

"Dia selamatkan aku…Aku masih terhutang budi pada dia." balas Lilly.

"Tapi dia hanya gunakan kau!" Mei menaikkan suaranya.

"Sama saja…Semua orang menggunakan sesama sendiri. Aku pun gunakan dia juga." kata Lilly, kata-kata itu membuat Syakir memandangnya dengan riak wajah keliru. Lilly terus membaling biji benih merah kearah Mei, Mikael sempat menepis biji benih itu sebelum ia meletup di hadapan Mei.

Lilly mengeluarkan dua biji benih hijau tua dan menjatuhkannya, kedua-dua biji benih itu tiba-tiba berubah besar dan terbuka, terdapat Strays di dalam biji benih itu. Syakir segera memasukkan wayarnya di belakang kepala Strays itu.

"Bunuh dia!" arah Syakir, kedua-dua ekor Strays dari biji benih itu terus menyerang Mikael.

"Terdapat laporan penampakan rasaksa sedang bertarung, mana-mana anggota yang berdekatan sila lihat apa yang terjadi dan segera laporkan."

Kedengaran arahan dari radio polis, Shaurya dan Rose segera memandang radio mereka.

"Ini Inspektor Rose! Di mana? Saya akan bergerak ke sana sekarang!" kata Rose dengan terdesaknya.

Kedua-dua bilah pedang hitam di lengan Khairul mulai retak, dia tercungap-cungap, kesakitan dan penat. Kelihatan Khalid masih sedang bertarung dengan Zaki, perisainya sudah rosak sepenuhnya, tumbukan tepat oleh Zaki pada dada Khalid mengakibatkan bahagian dada perisai Beast Tiger berkecai.

"Kurgh!" Khalid terduduk lemah, Zaki memandangnya saja.

"Ah…Kau memang menyusahkan. Kenapa kau kisah sangat pun pasal budak tu? Kau sedar tak dia bukannya budak baik sangat? Tak berbaloi langsung bertarung demi dia." kata Zaki pada Khalid.

"Kau ayah dia tapi kau tak tahu langsung anak lelaki sendiri, huh? Biar aku bagitau kau…" Khalid berdiri semula, separuh helmetnya hancur, menunjukkan bahagian kiri wajahnya, darah mengalir dari dahi namun senyuman terukir di wajah Khalid.

"Khairul ialah seorang wira…Arwah ibu dia mesti bangga…Aku pasti. Dia selamatkan ramai orang. Dia tak mengalah…Dia terus berlawan…Tapi untuk kau pula. Takkan ada sesiapa banggakan kau, arwah isteri kau mesti kecewa gila tengok apa kau buat…Dia takkan sayang orang macam kau lagi…" kata Khalid, riak wajah Zaki terus berubah suram. Sekelip mata saja, dia menangkap kepala Khalid dan terus menghentaknya kuat di lantai, menghancurkan helmet Beast Tiger sepenuhnya.

"K-Khalid!" jerit Khairul, dia melangkah ke hadapan namun luka di pehanya terbuka dan memercitkan darah menyebabkan dia terhenti seketika.

"Kau tak tahu apa-apa…Pergi mati!" Zaki meletakkan tangannya pada wajah Khalid, Khairul segera menolak Zaki dari Khalid.

"Aaarghhh!" Khairul menghayun tangan kanannya namun Zaki menepis menyebabkan bilah pedang hitam kanan Khairul hancur berkecai ke beribu bahagian.

"Aku takkan…biarkan kau bunuh sesiapa lagi!" Khairul menghayun pula tangan kirinya tetapi Zaki dapat menghancurkan lagi bilah pedang di lengan kirinya pula.

"Arrrhhhhh!" Khairul menumbuk wajah Zaki pula walaupun tiada lagi senjata pada kedua-dua lengannya, Zaki cuba menyerang semula namun Khairul dapat menangkap tangannya dan menumbuk lagi wajah Zaki.

"Ah…Belum lagi…Belum lagi! Kau belum cukup terseksa lagi!" Zaki memburai perut Khairul, usus-usus terkeluar dari luka itu.

"Urgh…" Khairul terus terduduk lemah sambil menutup luka di perutnya itu.

"Aku akan bunuh semua kawan-kawan kau yang ada kat atas tu…dan sidai mayat mereka depan kau!" Zaki tersenyum sedang Khairul lemah, darah mengalir dengan banyaknya.

"T…Tak…." Suara Khairul lemah, Zaki terus melompat kearah bumbung itu.

Aku tak pernah rasa sakit macam ni…

Pulihlah….Aku merayu kali ni…Pulihlah badan…

Kau kena lawan…Jangan…Jangan biarkan dia sakitkan sesiapa…

Zaki muncul di atas bumbung, Kyoko perasan dahulu, dia ingin melepaskan serangan kearah Zaki namun dengan segeranya, Zaki menumbuk wajah Kyoko sehingga dia terus tidak sedarkan diri.

"Satu…"

Tanpa membuang masa, dia melibas pula belakang kepala Chyou, terus menyebabkan dia pengsan.

"Dua."

"Chyou! Kyoko!" Mei terkejut, Zaki mencekik Mei dan menghentak dia pula ke bawah dengan kuatnya, terus menyebabkan kepala Mei berdarah.

"Tiga…"

Bentuk badan Zaki makin berotot dan hodoh, Mikael menyerang Zaki dahulu, menikam Zaki dari belakang dan terus menjatuhkan dia ke bawah semula. Syakir dan Lilly terkaku selepas melihat apa yang terjadi, seluruh ahli HOPE yang berada di bumbung telah tidak sedarkan diri dan cedera parah hanya sekelip mata saja, dua ekor Strays yang digunakan mereka tadi juga telah dibunuh Mikael.

"Dia tu…memang rasaksa…" keluh Syakir.

"Nampaknya…kita pula menang kali ni…" kata Lilly, dia melihat saja semua keadaan ahli HOPE dihadapannya, riak wajah berubah sayu.

"Ahahahahaha! S-Siapa sangka, huh? Macam tu je keadaan berubah?!" Syakir tergelak dan tersenyum.

"Takde masa nak buang…Aku akan kawal mereka." Wayar-wayar dari jari jemari Syakir terus bergerak semula namun dia tidak mengendahkan Nur dan Hazim yang masih terperangkap, cecair hitam yang mengikat mereka tiba-tiba saja hilang.

"Kau Mutant ke Stray sebenarnya?" soal Mikael sedang dia melihat Zaki dalam bentuk rasaksanya.

"Kurg…kurg…kurg…Shemuar turkh takh penthingrs (Semua tu tak penting)…" balas Zaki, Mikael meletakkan sabitnya ke belakang.

"Dendam dengan anak sendiri sampai sanggup lakukan semua ni? Anak-anak sepatutnya dilindungi!" marah Mikael.

"Akhu taksss kishaarhhhh! (Aku tak kisah!)" Zaki terus menyerang Mikael, hayunan sabit dan kuku tajam mereka bertembung berkali-kali namun Mikael yang tertolak ke belakang sehingga terkeluar dari bangunan itu.

Mikael mengubah sabitnya menjadi tombak dan menikam dada Zaki, dia dapat menolak Zaki sehingga dia berlanggar dengan dinding bangunan di belakang mereka.

"M-Mikael…" panggil Khairul, Mikael menoleh kearahnya. Riak wajahnya berubah gerun melihat kecederaan Khairul yang terburai perutnya dan Khalid yang terbaring tidak sedarkan diri sedang perisai Beast Tigernya hancur.

"M-Maafkan aku…Maafkan aku…Aku….lemah…." keluh Khairul.

"Aku ada sini budak…Aku akan bunuhkan dia untuk kau. Kau dah lakukan semampu mungkin. Fokus pulihkan diri saja." balas Mikael, Khairul tertunduk, air mata mengalir dari matanya dan tertumpah ke lantai bersama darahnya.

Aku nak lawan….Aku….nak…

"Serahkan pada aku, nak." pujuk Mikael lagi namun Khairul masih tertunduk lagi.

"Kaaarrghhhhh!" Zaki kembali menyerang, Mikael mengubah tombak menjadi sabit semula dan memusingkan senjatanya menggunakan tangan kirinya sambil tangan kanan mengawal pula bayang Zaki, menghasilkan duri-duri yang mencucuk Zaki di setiap pelusuk tubuhnya.

Mikael menikam Zaki di sisi badannya dan mengheretnya berlanggar dengan kereta-kereta rosak yang berada berdekatan dengan mereka.

Zaki membalas semula dengan membaling bahagian-bahagian kereta rosak itu kearah Mikael, dia mengelak dan menepis. Zaki mengambil peluang untuk mendekatkan dirinya dengan Mikael, dia cuba menerkam Mikael namun Mikael dapat menghantar duri-duri hitam bertubi-tubi menolak dan menikam Zaki.

"Star Beam!" Tiba-tiba pancaran Star Beam muncul dan terkena Mikael, menyebabkan dia terpelanting ke belakang dan terheret di lantai jalan.

"Mikael!" jerit Khairul, Mikael terbaring lemah, pakaiannya sedikit terbakar dan topengnya cair, menunjukkan wajahnya yang kepenatan dan sakit.

"Aku menang! Hahahahaha!" Syakir tergelak bangga sedang Lilly membawa dia bersama Kyoko, Chyou dan Mei turun ke bawah menggunakan akar-akarnya, kelihatan mereka bertiga sedang berada di bawah kawalan Syakir, kaki kiri Kyoko dan tangan kanan Chyou hampir bercantum semula, riak wajah mereka kosong saja.

Di atas mereka pula, Nasuha sedang terbang dengan mata serta rambutnya bercahaya. Khairul memandang saja sedang dia masih berada di lantai, lemah, tidak mempunyai kuasa dan cedera parah.

Kami….kalah…

Khairul hilang kata-kata, Zaki berdiri semula selepas terkena serangan Mikael tadi. Dia menoleh kearah Syakir yang sedang mengawal semula ahli HOPE.

"Nampak tak budak? Nampak…tak?" Seluruh badan Zaki berubah sedikit kecil dari sebelum ini, suaranya juga kembali normal. Dia berjalan kearah Khairul kemudian memaksa Khairul yang menundukkan kepalanya untuk melihat ke tepi.

"Inilah apa terjadi…sebab kau hidup. Sebab kau tak nak pergi mampus je! Kau buat kawan-kawan kau jatuh pada tangan kami…Kau sakiti mereka. Kau bunuh mereka…Semua ni salah kau!" Zaki mengutuk Khairul.

"B…Bunuh…Bunuh jelah aku…" pinta Khairul.

"Huh? Apa?" Zaki buat-buat tidak dengar.

"Bunuh jelah aku! Lepaskan diorang….Tolonglah…Berhenti….Berhenti….Aku minta maaf…Aku minta…maaf…Minta maaf…Aku minta maaf…aku hidup…Aku memang sepatutnya mati…Lepaskan diorang…tolonglah…Bunuh je aku…" Khairul menangis teresak-esak, mengalah, tiada kehendak lain lagi dihatinya untuk melawan semula, Zaki kelihatan seronok melihat keadaan Khairul yang sengsara itu.

"Kh…Khai…" Mikael cuba berdiri, dia memandang saja Khairul itu, keadaan dan kata-kata Khairul itu membakar jiwa Mikael. Kesakitan, penderitaan dan penyesalan lama bermain di kepala juga, kegagalannya untuk menyelamatkan anak perempuannya…

Sekarang, kegagalan untuk menyelamatkan ahli kumpulan barunya…Keluarga barunya.

Bangunlah…

Bangun! Kau boleh lawan lagi…

Diorang perlukan kau…

Jangan…Jangan…berhenti!

Mikael melangkah perlahan, dia ingin mencipta senjata dari bayang namun cecair hitam yang berkumpul pada tangannya sedikit saja tetapi dia tetap terus ke hadapan.

Satu kapak saja tercipta di tangan kanan Mikael, Zaki menoleh kearahnya sambil menjatuhkan semula kepala Khairul.

Siren polis kedengaran, langkah Mikael terus terhenti, semua yang berada di situ menoleh kearah bunyi tadi. Satu kereta polis tiba di situ dan berhenti di hadapan mereka semua, Rose dan Shaurya terus keluar dari kereta itu dan mengacukan pistol mereka.

"Rose…Shaurya…" Mikael terkejut beruk melihat mereka berdua tiba di situ, Rose menoleh kearah Khairul, melihat Khairul cedera teruk dan tertunduk lemah membuat dia terus bengang.

"Hahaha…Apa kau nak buat dengan pistol kecik kau?" soal Zaki dengan nada menghina, Rose melangkah ke hadapan, Shaurya dengan ragu-ragunya mengekori saja Rose dari belakang.

"Tak kisahlah macam mana…Aku takkan biarkan kau sakiti Khairul lagi." balas Rose.

"Bertuah kau, Khairul…Ada ayah baru…ada mak baru…Kalau diorang mati…kau akan lagi sengsara betul tak?" tanya Zaki pada Khairul.

"Tak…Jangan…cukuplah…Cukup…." rayu Khairul, melihat keadaan Khairul yang menyedihkan itu, Rose terus melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah Zaki namun dia membiarkan saja tembakan itu terkena padanya, Zaki membuka kedua-dua tangannya.

Peluru Rose habis, namun tembakan yang terkena pada Zaki pulih dengan segeranya. Rose menurunkan pistolnya, Zaki memandang saja dia dengan senyuman sinis.

"Itu saja ke? Baiklah…Aku bunuh kau sekarang." kata Zaki, Rose segera ingin mengisi pelurunya.

"Akak Rose!" Shaurya menolak Rose sebelum dia terkena hayunan tangan Zaki yang pantas menyerangnya.

Shaurya melepaskan tembakan kearah Zaki namun pelurunya tersasar dan Zaki menumbuk saja dia ke tepi, Shaurya terheret di lantai tanah. Rose terduduk di hadapan Zaki, dia cemas, tiada apa yang dapat dilakukannya lagi.

"Aaarh!" Pancaran laser tiba-tiba dituju kearah Zaki dan membakar sisi badannya, Rose mengambil peluang semasa Zaki diserang mengejut itu untuk menjauhkan dirinya.

"Aku tak tahu…apa kau buat pada aku…Jangan…sakitkan sesiapa lagi…Jangan sakitkan, Khairul!" kata Hazim, matanya berasap, dia memandang Zaki dari jauh dengan wajah bengis.

Tanah dibawah tapak kaki Zaki pula mula bergegar dan retak, batu tanah berterbangan ke atas dan menghentak Zaki berkali-kali.

"Jadikan aku…biasa balik! Sekarang!" jerit Nur pula, dengan kuasanya, seluruh kawasan itu mengalami gempa bumi kecil.