Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 53 - BAB 48 : AYAH DAN ANAK

Chapter 53 - BAB 48 : AYAH DAN ANAK

Gempa bumi kecil hasil kuasa Nur mengakibatkan keadaan menjadi lebih huru hara, Mikael dengan kekuatan yang tersisa menarik Khairul dan Khalid ke arahnya menggunakan cecair hitam dari kuasa bayang.

Zaki cuba berdiri namun gegaran tanah membuat dia terjatuh semula, Rose berpaut pada kereta polisnya. Akar-akar tempat Syakir dan Lilly bersama ahli HOPE di bawah kawalan mereka bertapak juga bergegar kuat membuat mereka hilang fokus. Lantai tanah mula retak, batu dan tanah berterbangan ke udara.

"Huh…Huh…Huh…" Gempa bumi itu terhenti dan Nur tercungap-cungap, kepenatan. Ramai masih berada di lantai, seluruh badan mereka lesu dan kepala terasa berat yang amat selepas gegaran tadi.

"Khai…Badan kau dapat pulih tak?" tanya Mikael, Khairul terdiam saja, Mikael memeriksa luka di perut Khairul itu, ia tertutup sedikit namun masih terbuka.

"Budak." Mikael sedar tiada apa yang dapat dilakukannya, jiwa Khairul sudah mati, dengan kuasa bayangnya dia menutup luka Khairul, memaksanya untuk tutup.

"Urgh…" Khairul terasa sakit seketika, Mikael berdiri semula. Begitu juga Zaki yang kembali pulih, dia melihat sekeliling.

"Tengokkan Khalid." pinta Mikael, Khairul tertunduk. Dia melangkah kehadapan, hanya mampu mencipta satu kapak dari kuasanya.

Rose dapat mengisi peluru pistolnya, Shaurya terjaga, tangan kanan kesakitan hasil terkena tumbukan Zaki sebelum ini. Dia memaksa dirinya untuk bangun sambil mengambil pistol menggunakan tangan kiri.

"Aku takkan main-main lagi…" kata Zaki, Mikael menghalakan kapaknya kehadapan. Rose melepaskan tembakan dahulu, menembusi tengkuk Zaki namun tidak diendahkan langsung, Zaki terus menuju kearah Mikael.

Pada masa sama, Hazim melepaskan pancaran laser matanya kearah Syakir namun Lilly meneps menggunakan akar yang tebal tetapi ianya tetap terbakar dan laser itu dapat menembusi akar itu.

Syakir mengelak sebelum hampir terkena laser, riak wajahnya berubah geram, dia menghala tangannya kehadapan.

"Dasar tak sedar diri…Berani kau serang tuan kau-" Tiba-tiba Syakir terhenti bercakap dan bergerak, Lilly menoleh ke arahnya dalam kekeliruan.

"Kau fikir…semudah tu nak kawal aku?"

Di dalam Dimensi Minda, Mei memegang kepala Syakir.

"Kau…Macam mana…Aku dah kawal kau…Matikan minda kau…"

"Minda ialah dunia yang aku kawal. Kau memang tak sedar diri, huh? Tak belajar apa-apa dari kesilapan kau…" balas Mei sebelum menghancurkan kepala Syakir dengan hanya tapak tangannya saja.

Kembali ke dunia realiti, darah mengalir dari hidung Syakir, dia terus terduduk dan menutup hidung serta mulutnya. Wayar-wayar yang tersambung di belakang ahli HOPE semuanya terbuka, apabila Lilly sedar apa yang terjadi, sudah terlambat, semua ahli HOPE sudah hilang dari pandangannya.

"Kadang-kadang lupa betapa menakutkannya kau, Mei." keluh Kyoko dengan senyuman pahit, dia berpaut pada Nasuha, kaki kirinya tidak pulih sepenuhnya.

"Maaflah korang…Aku tak dapat kawal diri aku…Aku sakitkan korang semua…" kata Nasuha, akhirnya sedarkan dirinya.

"Jangan risau. Selamat kembali, Nasuha." Mei tersenyum kearah Nasuha.

"Dah…takde tenaga…" Chyou terduduk dahulu, dia menghembuskan nafas perlahan.

"Serahkannya semua pada aku." balas Nasuha, riak wajahnya tekad dan dingin. Walaupun dua tapak tangannya sudah terbakar, dia tetap menggunakan kuasanya untuk terbang ke udara semula.

"Hilang kawalan lagi? Macam mana? Perempuan sialan tu!" marah Syakir, Nasuha menuju kearahnya dan Lilly, jelingan tajam terus terkunci pada Syakir.

"Kau buatkan aku sakitkan kawan aku…Aku takkan lepaskan kau!" Mata Nasuha terus bercahaya terang, kedua-dua tangannya juga terang benderang, Lilly terus menghalakan akar-akar berduri kearah Nasuha.

Laser Hazim membakar semua akar-akar itu, Nasuha terus terbang mendekati Syakir, Lilly membaling biji benih merah yang menghasilkan letupan mengakibatkan Nasuha terkebelakang.

Dia segera melompat pergi bersama Syakir, Nasuha mengekori mereka dan melepaskan pancaran cahaya bertubi-tubi, Lilly menggunakan akar untuk menepis semua serangan Nasuha.

"Urgh…Sakit…" keluh Hazim, asap terkeluar dari matanya dan dia tidak dapat melihat sepenuhnya. Nur mendekatinya dan memegang bahu Hazim.

"Abang…Tak boleh…Aku tak faham apa tengah terjadi…Apa semua ni?" keluh Nur, dia mula menangis dan badannya menggigil. Hazim mencapai tangan Nur.

"Aku ada…Aku ada, Nur." balas Hazim, selepas asap menghilang dari matanya, dia memandang pula kearah Mikael yang sedang bertembung dengan Zaki. Kelihatan juga Khairul yang sayu memandang pertarungan mereka.

Ini ke apa yang kau sorokkan, Khai?

Dunia yang penuh kesakitan…Terlalu pelik…Terlalu menakutkan…

Budak macam kau, sakit sampai sebegitu sekali?

Aku takkan fahamnya sekarang. Tapi aku nampak kau berlawan…

Tak dapat terangkan juga, tapi aku tahu sedikit sebanyak cara nak guna kuasa yang aku ada ni. Aku akan tolong.

"Nur…Kita kena turun dan tolong. Jangan takut, aku ada. Duduk je belakang aku." pinta Hazim.

"Tolong?" Nur masih ragu-ragu.

"Ya…" balas Hazim sepatah.

"Berhenti lari!" jerit Nasuha, dia membelah banyak akar dengan Star Slash, Lilly dan Syakir mendarat di tanah, Lilly mengeluh kecil.

"Takde akar dah..." keluh dia, Syakir terduduk di tepinya, juga kepenatan dan darah masih mengalir dari hidung. Nasuha mendarat di hadapan mereka, menyebabkan debu berterbangan di udara.

"Kau dendam dengan aku betul tak? Kenapa? Sebab aku kalahkan kau haritu? Kau sedar yang kau serang kami dulu, kan?" Soalan demi soalan dituju oleh Nasuha, Syakir terdiam saja, Nasuha mengenggam tangannya.

"Aku kenal sangat perangai orang macam kau…Pengecut. Menyorok, gunakan orang lain untuk dapatkan apa kau nak. Kenapa orang macam kau bazirkan oksigen kat dunia ni?" Nasuha mengumpulkan tenaga cahaya yang tinggi.

Zaki menghentak Mikael ke tanah, kapak Mikael hancur berkecai, kuku Zaki terbuka, dia terus cuba mencakar wajah Mikael namun serangan laser dari Hazim terus menolaknya ke tepi. Mikael segera menoleh pada arah Hazim dan Nur yang mendekati pertarungan mereka.

"Aku…Aku boleh tolong." kata Hazim, Mikael mengangguk saja dan terus berdiri, Zaki mengetap giginya.

"Aku dah kata…Aku takkan buang masa lagi!" Zaki dengan pantasnya menuju ke arah Hazim, mata Hazim bercahaya merah namun Zaki segera menutup matanya, pancaran laser terkeluar membakar tangan Zaki.

"Abang!" jerit Nur ketakutan melihat apa yang terjadi.

"Aaarrghhhh!" Hazim menjerit dan menguatkan lagi lasernya sehingga menembusi tapak tangan Zaki.

"Kau dah takde guna! Pergi mampus!" Zaki menikam dada Hazim, darah terpercik ke merata tempat, laser Hazim terus terhenti.

Mikael terkaku, Nur kelihatan gerun, Rose tidak sempat bertindak, riak wajah Shaurya berubah bengis. Mata Khairul terbeliak, Zaki menarik tangannya dari dada Hazim.

"Abang! Tak! Abang!" Nur segera mendapatkan abangnya yang terbaring di lantai tanah dengan lubang di dadanya, Zaki melihat saja Hazim, cahaya di matanya sudah hilang.

"Hazim…" Khairul berdiri.

Hazim tidak bernafas, Nur menggoncangkan badannya berkali-kali namun dia tidak memberi respon, Mikael ingin menyerang Zaki namun dia terjatuh, tiada tenaga dan kekuatan tinggal lagi dalam badannya.

"Kau bunuh dia?!" jerit Rose, dia melepaskan tembakan bersama Shaurya. Terasa gegaran gempa bumi terjadi lagi, Zaki mengangkat tangannya, sedia untuk membunuh Nur pula yang sedang memeluk badan Hazim.

Khairul memegang erat tangan Zaki sebelum sempat menyerang Nur. Gempa bumi terhenti, semua yang berada disitu terkaku, Nur memandang keatas. Khairul tidak memandang sesiapa, Zaki juga terdiam, genggaman tangan Khairul pada tangannya terlalu kuat, dia tidak dapat menariknya semula.

"Khai?" Mikael keliru.

"Khai, pergi dari situ!" arah Rose.

Khairul menoleh kearah Hazim dan Nur, wajahnya sayu saja.

"Maafkan aku...Aku minta maaf…Semua ni salah aku…" kata Khairul sambil bilah-bilah pisau keluar dari belakang badannya dan dari sisi mulutnya, dia memandang pula Zaki, Nur memandang Khairul dengan wajah gerun.

"Cukuplah…Kau dah bunuh kawan aku…Tak puas lagi ke?" soal Khairul , dia membaling Zaki jauh dari Nur dan Hazim.

Dari mana datangnya kekuatan ni?

Ada sesuatu berubah…

Seluruh luka Khairul pulih, dia mengenggam tangannya erat, serpihan-serpihan bilah pedang hitam yang tadinya berkecai keluar dari kedua-dua lengannya dan bilah pedang baru keluar. Bilah pedang itu lebih panjang dan sedikit bengkok, seumpama tangan mentadak.

Zaki tersenyum sinis.

"Kau…memang sama macam aku. Tengoklah betapa hodohnya kau!" Otot-otot Zaki menjadi lebih besar sedang badannya berubah menjadi lebih hodoh.

"Khhaauuur….mendhhheeriitaa, Khhhaiiirulll? (Kau menderita, Khairul?)" soal Zaki, Khairul memandang saja ayahnya itu.

"Betul…Aku memang macam kau. Hanya sakitkan orang lain, punca orang lain menderita. Aku memang sepatutnya mati lama dah tapi aku akan heret kau ke neraka bersama aku, orang tua." Mata Khairul berubah menjadi seperti mata mentadak, dia dan Zaki mengambil langkah kehadapan.

Takde makna dah semua ni.

Semua ni takde makna.

Bunuh je dia ni…

Kemudian pergi jelah mati…

Khairul dan Zaki mula bertarung, kuku dan bilah pedang berkali-kali menembusi, mengoyak dan mencalarkan daging mereka namun mereka pulih tanpa henti juga. Semua yang menyaksikan pertarungan itu terdiam saja dan tidak mampu melakukan apa-apa.

Dua rasaksa yang menyerang tanpa henti, kaki mereka tidak bergerak pun, hanya tangan mereka saja yang menghancurkan sesama sendiri, darah terpercik ke merata tempat. Ayah dan anak yang hanya fokus membunuh sesama sendiri saja.

"H-Hentikannya…Khairul….Hentikannya…" Rose terduduk, sedar betapa lemah dirinya, tidak ada apa yang dapat dilakukan.

"Budak…Cukup…Cukup berlawan…" Mikael kedengaran serak.

"Aaarrghhhh!"

"Kuaaarrghhhh!

Serangan Zaki dan Khairul menjadi lebih pantas, mereka mula menggerakkan kaki mereka, Khairul cuba memancung Zaki namun bilah pedangnya hanya melukakan tengkuk Zaki saja. Zaki mengoyakkan pipi Khairul namun ia segera pulih.

Aku memang tak berubah pun akhirnya.

Masih budak bodoh yang sama…

Aku fikir aku dah berubah sebab aku lakukan sesuatu yang bermakna

Tapi itu semua penipuan yang aku bagitau diri aku setiap hari…

Aku tak layak disayangi.

Kau tak patut sayang aku, Nasuha….

Korang tak sepatutnya kisahkan aku.

Buang semua tu, Khairul!

Buang semua orang!

Bunuh je semua benda!

Khairul menikam Zaki di perut dan memburai perutnya, Zaki tidak berhenti menyerang juga, dia membelah dada Khairul.

Nasuha memandang dari jauh pertarungan antara Khairul dan Zaki, cahaya di mata dan tapak tangannya terus menghilang, riak wajah berubah terkejut bercampur sedih. Syakir dan Lilly juga kelihatan gerun saja melihat pertarungan itu.

Kenapa semua benda jadi macam ni?

"Khai…" Kyoko kelihatan terganggu, Mei menutup mulutnya, Chyou memandang dengan wajah yang kosong.

Kenapa kehidupan aku menderita je?

Shaurya bergerak kearah Rose, dia tersandar pada kereta polis mereka.

Aku nak berubah…

Ini bukan apa yang aku nak…

"Syakir…Mari lari…Kita lari, sekarang!" Lilly menggunakan akar terakhirnya untuk membawa dia dan Syakir pergi dari situ, mereka berdua terus melarikan diri namun tiada yang mengendahkan pun mereka, semua orang terlalu fokus pada Khairul dan Zaki.

"Ini kali terakhir…Kali terakhir aku kalah…" keluh Syakir, Lilly memeluknya perlahan dari belakang, Syakir terkejut.

"Ya…Lain kali kita menang." balas Lilly.

"Lilly kau…" Syakir hilang kata-kata, dia mengalihkan saja pandangan dan biarkan saja Lilly memeluknya.

Kalaulah…

Kalaulah kehidupan aku lain mungkin aku tak perlu sakit macam ni.

Apa maknanya aku hidup?

Selepas semua yang terjadi?

"Aku sayangkan kau jugak Khai. Dah lama aku rasa macam ni…"

"Hah…Hurgh…Kuh…" Khairul dan Zaki berhenti menyerang sesama sendiri, tangan kanan Khairul hampir terputus, dadanya terkoyak, wajahnya dicakar dalam.

"Karh….Karh…Karh…" Mata kanan Zaki pula terkeluar, luka tikam di merata tempat di badannya, perutnya juga terburai.

"Khai…" panggil Nasuha, dia memandang Khairul, kepala Khairul perlahan menoleh kearahnya, wajah rasaksa dan cedera Khairul membuat Nasuha gerun seketika namun dia tetap melangkah kehadapan.

Inilah aku, Nasuha.

Aku hodoh…Aku jahat…

Orang sakit, mati sebab aku…

Semua ni terjadi sebab aku.

Sebab aku tak mati masa di hospital.

Sebab aku tak mati sama-sama dengan ibu.

"Laghi…Laghi…Laghi! (Lagi! Lagi! Lagi!)" jerit Zaki sedang badannya memulih, badan Khairul juga mula memulihkan dirinya sendiri, dia kembali menghadap Zaki.

"Khai…Sudah tu!" kata Nasuha.

"Dhiamlarh! (Diamlah!)" balas Zaki, dia sedia untuk menyerang lagi, Khairul mengangkat tangannya.

Hazim…Aku maaf aku tipu kau selama ni.

Tak sempat pun cakap apa-apa. Kau dah takde sebab aku…Sebab aku tipu…

Nur…Jangan maafkan aku…Benci aku…

Aku yang salah.

Kenapa satu benda pun tak jadi dalam hidup aku ni? Memang takdir aku macam ni? Untuk menderita je?

Ya…Aku nak mati, bunuh jelah aku-

Zaki menumbuk Khairul, dia tertolak kebelakang dan terduduk di hadapan Zaki…

"Mana?! Mana…kemarahkhan khaurrr!? Mana!? (Mana?! Mana kemarahan kau? Mana?!)" jerit Zaki, mata Khairul kosong saja, dia tidak mahu berdiri.

"Bunuh jelah aku."

"Tak nakh! Bukhaan! Machammm nirrr! Lawhaarn…Lawharnnn akhu! (Tak nak! Bukan macam ni! Lawan…Lawan aku!)" arah Zaki namun Khairul tidak bergerak pun.

Apa masalahnya orang tua?

Kau dah menang…

Akhirnya aku tak boleh buat apa.

Puas kan?

Kau bawa aku ke dunia ni untuk menderita…Kenapa aku lahir pun? Takde satu benda baik pun terjadi dalam hidup aku…

"Lawhaan! Lawhaaannn!" Zaki kelihatan sudah hilang akal sepenuhnya, dia memaksa Khairul berkali-kali namun tidak ada apa yang terjadi, Khairul terkaku dihadapannya.

"Khai…Sanggup kau cakap…macam tu?" Nasuha menangis, Khairul kembali memandangnya.

"Kau dah tak sayang aku ke? Kau nak tinggalkan aku?" soal Nasuha lagi.

Bintang harapan aku. Senyuman kau bersinar…Bila aku pandang kau, aku terasa dunia ni taklah teruk mana…

Pada awalnya semua perasaan ni asing bagi aku. Aku tak sangka aku boleh rasa macam ni…

"Khai-rul..." Di bawah hujan, masa kau hampir terjun dari jambatan tu. Aku bersyukur sangat aku pilih untuk ikut kau masa tu…Nasiblah aku sempat tarik kau…

"Apa kau rasa, Khai? Rambut pendek untuk akuKau rasa…can-cantik ke?" Kau tahu tak kau hampir bunuh aku masa tu? Jantung aku berdegup gila kencang. Rasanya masa tulah aku mula perasan perasaan pelik ni…

Sedar yang aku tak nak kotorkan kau dengan kegelapan aku.

Bila kau cakap kau sayang aku…Aku gembira sangat.

Maaflah aku tak pandai puji kau atau cakap benda elok-elok…Buat benda jadi janggal…

Nasuha…bila kau peluk aku…Aku rasa nak jerit sesuatu…Nak minta kau sesuatu…

Nasuha…

"Nasuha…Selamatkan aku…Tolong…selamatkan aku Nasuha…" pinta Khairul, bilah pisau yang tumbuh pada badannya kembali masuk ke dalam badan, Nasuha terus menoleh kehadapan.

Khairul menangis.

Aku nak kau selamatkan aku…dari semua ni.

Aku takut…

Pancaran cahaya Star Beam terus dilepaskan Nasuha dan menyebabkan Zaki terpelanting dan berlanggar dengan bangunan di belakangnya, bangunan itu juga terus runtuh. Nasuha terbang diatas Khairul, senyuman terukir di wajahnya, dengan perlahan dia turun dan menyentuh kedua-dua pipi Khairul.

"Aku ada…Tak perlu takut lagi, Khai. Aku akan selamatkan kau sekarang." kata Nasuha, dia meletakkan dahinya pada dahi Khairul.

Bayangan Khairul semasa dia seorang budak kecil dipeluk oleh Nasuha yang memakai kostum Ms.Star terpapar pada minda Khairul.

"Kaaarghhhh!" Zaki keluar dari robohan bangunan tadi, kedengaran helikopter dan siren berbunyi, Rose dan Shaurya menoleh kearah langit.

"P-Pasukan Khas?!" Rose terkejut.

Dua helikopter Pasukan Khas dan kereta kebal mereka mendekati kawasan pertarungan HOPE, Nasuha terbang ke udara semula, Khairul melihat saja dia.

Khairul selamatkan aku.

Berkali-kali…dia pikul tanggungjawab kotorkan tangan dia demi keselamatan yang lain…

Sekarang demi keselamatan, Khairul.

Aku tak kisah sesiapa pun yang aku perlu bunuh…

"Star Beam…Maximum Output!" Nasuha melepaskan pancaran Star Beam maksimumnya, Zaki terkena serangan itu, serpihan batu bata berterbangan dan terpelanting ke merata tempat sedang Zaki ditolak ke dalam lantai tanah dan bulu-bulu pada badannya mula terbakar.

"Kaaaaaarrghhhh!" Zaki meraung dengan kuatnya namun Star Beam itu tidak berhenti, helikopter Pasukan Khas sudah tiba bersama kereta kebal mereka namun mereka tidak melakukan apa-apa, anggota-anggota yang berada disitu terkaku dan kagum melihat serangan Nasuha itu.

Selepas serangan Star Beam terhenti, kawah yang besar terhasil di lantai tanah yang hitam pekat, tiada sisa pun kelihatan berada disitu kecuali debu dan asap hitam yang tebal, Nasuha terbang menghadap dua helikopter yang sedang mendekati.

Tiba-tiba kilat unggu membawa Nasuha pergi dari situ, semua ahli HOPE juga kelihatan, hilang sekelip mata saja, begitu juga Hazim dan Nur. Rose dan Shaurya melihat sekeliling, kehancuran yang teruk, bangunan yang roboh, serpihan batu bata di merata tempat, kereta rosak yang bersepah.

"Pertarungan antara 'Superhuman' lagi. Kehancuran yang mengerikan…"

"Hanya dalam masa yang singkat, kita nampak hasil pertarungan antara Superhuman…Semua benda hancur, meletup sana, meletup sini. Kita risaukan pasal rasaksa mutasi. Sekarang kita ada pula manusia yang boleh berfikir dan kawal kuasa mereka, perang sana, perang sini."

"Superhuman ni terang-terang perlu dikawal atau dibasmi sama je macam rasaksa mutasi! Mereka berbahaya!"

"Pasukan Khas makan kita punya cukai tapi tak membuahkan hasil…Hanya seorang je 'Superhuman' dapat ditangkap mereka?"

"Sampai bila…kita nak hidup dalam ketakutan…terkurung macam ni? Kerajaan lakukanlah sesuatu!"

"Apa yang kemanusiaan bakal lakukan sekarang apabila mereka sedar betapa bahayanya Mutants sama seperti Strays? Teruja betul tak?" soal Sui'ra, dia menoleh ke tepi, Mikael, Khalid dan Mei memandangnya dengan riak wajah marah.

"Semuanya berjalan macam mana yang kau mahukan betul tak? Kau kata kau tak kena mengenakan diri kau dengan hal manusia tapi kami tahu kau disebalik semua benda yang terjadi…" balas Khalid.

"Apa yang Zaki lakukan bukannya apa yang aku cadangkan…Ianya kehendak dan pilihan dia sendiri. Tetapi bab White Tigers, aku tak tipu yang aku ada selit tangan aku sedikit dalam isu tu. Tapi ingat, aku tak masuk campur, hanya beri cadangan…" terang Sui'ra, senyuman lalai melekat saja pada wajahnya.