Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 54 - BAB 49 : JATUH

Chapter 54 - BAB 49 : JATUH

Nur berdiri saja di hadapan kubur yang baru tertanam, nama Hazim tertulis pada batu nisan yang tinggi. Kuburnya berada di tepi kubur Farah. Wajah Nur kosong, kelihatan Ali, Khairul, Nasuha, Ehsan dan Kyoko juga berada di situ.

Ali membacakan doa dan yang lain mengangkatkan tangan mereka kecuali Kyoko, Nur menyiram kubur Hazim dengan air. Khairul pula menabur bunga dan daun pandan, Khalid bersama Mikael dan Mei mendekati mereka.

"Kalau aku tahu apa terjadi. Aku takkan fikir dua kali untuk tolong korang." kata Ali pada Khalid.

"Tak sangka benda boleh jadi macam ni. Silap kami pandang rendah musuh…" balas Khalid.

"Sekarang apa? Aku join group superhero korang? Mak ayah aku pun tak tahu apa jadi pada abang…atau pada aku...Tiba-tiba je kami hilang…" soal Nur, suaranya berubah serak memikirkan mak ayah serta nasib abangnya.

"Kami takkan paksa. Kau boleh buat pilihan kau sendiri, kalau kau nak hidup macam manusia biasa semula, kami boleh tolong. Tapi kau boleh gunakan kuasa kau, untuk pastikan apa terjadi pada abang kau tak terjadi pada orang lain." tawar Khalid, Nur terus menoleh ke arahnya dengan wajah bengang.

"Jangan nak jadikan kematian abang aku contoh teladan macam tu! Murah…Aku bencinya." kata Nur, Khalid terdiam.

"Kami nak tolong kau…Percayalah. Apa-apa je yang kau nak, kami akan cuba tolong." kata pula Mei, Nur mengalihkan pandangan kembali pada kubur abangnya.

"Mana aku nak balik?" tanya Nur.

"Mari balik sama-sama dengan aku, Nur…Khairul pun tinggal dengan aku sekarang. Takde masalah betul tak, ayah?" ajak Nasuha, dia menghulurkan tangannya kepada Nur sambil tersenyum, Ehsan juga mengangguk setuju.

"Kau perlukan masa." kata Khalid pula.

Khairul memandang apa yang terjadi, tidak mampu berkata apa-apa.

"Jangan salahkan diri kau." Mikael menepuk bahu Khairul, mereka berdua memandang sesama sendiri.

"Aku cuba."

Beberapa hari berlalu sejak pertarungan itu, Khalid tak mahu HOPE lakukan apa-apa aktiviti sekarang, Pasukan Khas sedang fokuskan usaha mereka mencari kami sepenuhnya.

Aku tinggal dengan Nasuha sekarang, begitu juga Nur tapi dia berkunci saja di dalam bilik. Keluar hanya semasa makan saja.

Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan Nur.

Dan aku tak boleh hilangkan perasaan yang aku punca Hazim terbunuh…

Khairul sedang membasuh pinggan, Nasuha mendekatinya dan meletakkan periuk yang kosong tetapi kotor. Dia mengambil berus lain yang berada disitu dan mula membersihkan periuk bersama Khairul.

"Aku…boleh bersihkan jugak yang itu."

"Takpelah. Aku nak cakap dengan kau, sengaja cari alasan." balas Nasuha dengan senyuman kecil, Khairul memandang semula pinggan di tangannya.

"Nampaknya ayah aku dah suka kau sikit. Mungkin sebab dia nampak kau rajin tolong kat rumah ni…" kata Nasuha.

"Kenalah buat dia suka aku. Tinggal kat rumah dia kot." Khairul tersenyum pahit, Nasuha tergelak kecil.

"Ayah aku dah berubah…Sikit jelah tapi hei, lagi elok dari tak, betul tak? Mungkin dia lihat apa yang aku boleh buat dan perasaan takut dia hilang sikit."

"Aku pun sejujurnya…seram dengan kemampuan kau."

"Itulah kan? Aku tak sangka aku boleh buat tu. Lepaskan Star Beam sebegitu…" keluh Nasuha, dia membilas periuk itu pula.

"Aku tak cakap pada kau haritu tapi…terima kasih sangat-sangat." kata Khairul, Nasuha meletakkan kepalanya pada sisi badan Khairul.

"Uhm…Jangan cakap kau nak mati lagi. Janji." balas Nasuha, dia dan Khairul memandang sesama sendiri.

"Janji." Khairul mengangkat jari kelengkengnya, Nasuha pula menyambung jari pada jari Khairul dan menggerakkannya ke bawah dan ke atas.

"Bagus." Nasuha tersenyum semula, mereka melepaskan jari masing-masing. Nasuha meletakkan periuk yang di basuh tadi pada singki bahagian bersih.

Ehsan sedang berada di dalam biliknya, menaip pada laptop. Dia berhenti seketika kemudian menyandarkan badannya pada kerusi, Ehsan membuka telefon pula seketika, dia tertarik pada artikel yang menulis tentang apa yang terjadi tempoh hari.

Gambar kawah besar yang hitam pekat hasil serangan Star Beam milik Nasuha berada di artikel itu, Ehsan menghembuskan nafas panjang.

Nur keluar dari bilik, rambutnya kusut dan serabai, wajah kelihatan lesu. Dia menuruni tangga kemudian berjalan ke ruang tamu untuk menuju dapur, kelihatan Khairul sedang berada di hadapan televisyen, dia menonton kartun Ms.Star.

Mantis sedang memandang Ms.Star dengan jelingan tajam, Khairul menongkatkan kepala sedang dia makin fokus menonton.

"Kewujudan aku hanya bawa kesakitan, kau tak patut capaikan tangan kau untuk orang macam aku, Star. Kau hanya akan berdarah saja nanti." kata Mantis pada Ms.Star. Riak wajah Khairul berubah sayu mendengar kata-kata Mantis itu. Tiba-tiba kedengaran pula tapak kaki di belakang Khairul.

"N-Nur?" Khairul menoleh kebelakang, dia kelihatan terkejut melihat Nur, segera bergegas berdiri dan menuju ke arahnya.

"Kau nak makan ke? Nasuha masak nasi ayam, aku tolong hidangkan kejap.."

"Aku boleh hidang makanan sendiri…" balas Nur, dia langsung tidak memandang Khairul and wajahnya berubah bengang, Khairul terus terdiam.

"Hah…Jangan cakap dengan aku." keluh Nur sambil berjalan ke dapur pula, Khairul melihat saja dia pergi, riak wajah berubah sayu.

Apa patut aku buat? Aku tak faham…

"Nampaknya takkan ada benda menarik berlaku beberapa harini. HOPE tak mahu lakukan apa-apa…Ali pun tak bergerak…Mutants lain jadi takut juga nak keluar sebab Pasukan Khas. Boleh tak korang lakukan sesuatu yang buatkan diorang bertindak semula, Syakir…Lilly?" pinta Sui'ra, Syakir menjelingnya saja.

"Kami dah kalah dua kali dengan HOPE. Kami takkan mulakan apa-apa dalam masa terdekat ni, Sui'ra." balas Lilly.

"Jadi apa sebab korang datang jumpa aku? Tak rasa korang nak bersembang." soal Sui'ra.

"White Tigers…Di mana mereka sekarang? Aku nak sertai mereka." tanya Syakir, Sui'ra terus tersenyum sambil menongkatkan kepalanya.

"Uhm? Menarik…Kau nak sertai White Tigers? Ingat kau nak bebas tanpa kawalan, Syakir." balas Sui'ra.

"Aku takkan menang lawan dengan HOPE…Kalau aku nak kalahkan mereka, aku perlukan Mutants dengan kehendak yang sama. Aku tak bekerja bawah mereka, aku nak bekerjasama saja." terang Syakir.

"Kenapa kau…nak sangat kalahkan HOPE? Apa yang kau nak cuba buktikan?" soal Sui'ra lagi namun Syakir hanya bertambah bengang saja.

"Buat apa alien macam kau nak kisah apa yang aku nak? Kalau kau tak nak bagitau aku…Jangan buang masa aku." Syakir terus mengalihkan badannya dari Sui'ra, sedia untuk pergi dari situ.

"Woah-woah. Aku tanya je sebab aku nak faham kau, Syakir. Aku akan tolong kau jumpa dengan White Tigers…Sertai mereka pasti akan bagi kau peluang jatuhkan HOPE lagipun makin Mutants berlawan dan perang sesama sendiri, makin aku suka." pujuk Sui'ra, Syakir kembali menghadapnya.

"White Tigers…mereka sedang beroperasi di-"

Aku fikir aku dah faham semua benda pasal diri aku.

Sekarang aku terasa aku kembali balik pada diri lama aku…

Satu apa pun aku tak faham…Aku tahu macam mana nak bertindak…Apa yang aku patut lakukan.

"Selamatkan aku…Nasuha…"

Kenapa aku minyak Nasuha selamatkan aku? Apa yang aku nak masa tu sebenarnya? Aku dah naik gila cuba nak faham semua benda…

Khairul mengenggam tangan, bilah pedang keluar dari lengan kanan. Jari telunjuk menyentuh hujung bilah pedang itu, Khairul memandangnya saja sedang dia berada di dalam tandas sendirian.

Bentuk rasaksa milik Khairul di mana bilah pisau tumbuh di belakang badan dan kedua-dua sisi mulutnya, merubah bentuk pedang dan matanya seperti mentadak. Khairul memandang wajahnya di cermin di dalam tandas itu, rambutnya basah, parut yang ada pada wajah hanyalah parut yang dia punyai sebelum menjadi Mutant.

Aku jadi macam Mantis sepenuhnya semasa aku lawan dengan Stray Farah lepas dia hampir bunuh Nasuha dan lagi sekali lepas ayah aku bunuh Hazim…

Tak tahu apa terjadi tapi badan aku terasa lebih ringan, tak terasa sangat kesakitan dan aku pulih hampir sama laju macam orang tua tu. Kenapa aku dengan dia hampir sama?

Aku geli dengan diri sendiri bila memikirkan betapa samanya aku dengan ayah aku sebenarnya…

Khairul terbaring di sofa, ruang tamu sudah gelap, lengan menutup kedua-dua matanya. Memori dia bersama Hazim bermain di kepala, mata Khairul berkaca dan air mata mengalir tidak lama kemudian.

Lepas semua ni selesai pun…Aku tetap kalah.

Aku gagal pertahankan orang lain, kawan pertama aku. Sekarang aku punca kenapa seorang adik hilang abang, mak ayah hilang anak lelaki mereka..

Kenapa orang lain yang lagi layak hidup mati dan aku selalu terselamat?

"Khai…" Nasuha tiba-tiba muncul, dia duduk di tepi Khairul dan mengelap air matanya.

"N-Nasuha." Khai terkejut, Nasuha tersenyum kecil.

"Nangis je…Aku tahu kau tahan perasaan kau dah lama." kata Nasuha, air mata semakin banyak mengalir, Nasuha membelai kepala Khairul.

"Nasuha…aku…tak boleh…maafkan diri aku. Kau sakit…Hazim mati…Semua orang cedera teruk sebab aku…" keluh Khairul, riak wajah Nasuha berubah sayu.

"Apa yang kau cakapkan ni? Ayah kau dengan dua Mutants tu yang jahat. Mereka pun paksa aku sakiti Kyoko dan Chyou. Aku faham kau rasa bertanggungjawab. Tapi kau tak salah, aku pun tak salah, aku tak dapat kawal diri aku masa tu. Kau tak dapat kawal apa yang ayah kau lakukan…" pujuk Nasuha, Khairul mengelap air matanya namun ia tidak berhenti mengalir.

"Kalau kau tak nak maafkan diri kau. Aku akan maafkan kau, terima semua kesusahan, beban yang kau pikul, bawanya bersama." sambung Nasuha lagi, dia memeluk pula Khairul perlahan.

"A-Apa yang kau cakapkan? Aku tak faham…" balas Khairul.

"Janganlah…rasa sakit sendiri. Kongsi dengan aku, semua perasaan kau…Gembira kau, sedih, marah, dendam, keperitan. Mari selamatkan sesama sendiri, itu apa yang aku mahu, Khai." kata Nasuha, dia menyentuh pula kedua-dua pipi Khairul.

"A…Aku tak layak kau…"

"Aku tak kisah. Aku nak kau."

Mereka berdua memandang sesama sendiri agak lama, mata bertembung, Khairul menolak perlahan tangan Nasuha yang berada di pipinya.

Macam-macam kami dah hadap bersama. Kami berubah. Tapi hanya satu kejadian saja bawa kami berpusing balik ke sifar, ke tempat asal kami…

Berapa kali kami akan jatuh bangkit?

Khairul tertidur, Nasuha menutup dia dengan selimut kemudian berdiri dengan perlahan. Dia berjalan pergi dan menaiki tangga.

Kali ni aku pertahankan Khairul pula.

Selama ni dia saja yang asyik pertahankan aku, selamatkan aku. Kalaulah aku lebih kuat, Khairul takkan tercedera teruk macam haritu, aku takkan jatuh pada tangan musuh…

Kuat lagi. Aku kena jadi lebih kuat…

Apa yang aku boleh buat masih belum cukup…

Tingkap bilik Mei diketuk beberapa kali, dia bergerak ke tingkap itu dan membuka tirai, kelihatan Nasuha sedang terbang dan memandang dia dengan mata yang bercahaya.

"Kar! Kar! Kar!" Beberapa ekor Strays mengejar Nasuha, dia terbang melalui lorong-lorong yang sempit, seekor Stray datang dari atas, Nasuha melepaskan pancaran, menolak dia ke tepi namun dia berlanggar pula dengan dinding.

"Buorrghhh!" Stray seumpama kerbau menuju laju kearah Nasuha, dia memegang kedua-dua tanduk Stray itu kemudian menerbangkan dirinya bersama makhluk itu, Nasuha memusingkan diri kemudian menghentak Stray itu ke lantai, menghancurkan kepalanya.

Mei yang sedang menjaga Dimensi Minda Nasuha melihat saja dia berlatih.

Laju lagi…

Kuat lagi!

"Kaaarrghhhh!" Zaki dalam bentuk rasaksanya hampir menerkam Nasuha namun dia dapat mengelak kemudian terus melepaskan Star Slash yang membelah tangan kanannya.

Jangan terus jadi seseorang yang perlu dijaga!

Mei minum dari cawan berisi air sejuk yang berais, Nasuha duduk saja dihadapannya, sesi latihan mereka baru saja tamat.

"Kenapa tak ajak Khairul untuk berlatih sekali?" tanya Mei.

"Dia…Dia masih sakit lagi. Setiap malam dia menangis sendirian, makan pun sikit, wajah monyok saja. Khairul kuat masa aku lemah, aku kena kuat masa dia lemah pula…" balas Nasuha dan memandang Mei dengan tekadnya.

"Baiklah, aku faham. Kita semua memang perlukan masa…Lepas lawan dengan White Tigers dan ayah Khairul serta kumpulan dia. Memang terbukti kita perlu jadi lebih kuat lagi…Mahirkan lagi kuasa Mutants kita." kata Mei, dia meletakkan cawan ais pada dahinya.

"Akak Mei…Apa aku boleh buat untuk tolong Khairul? Aku nak selamatkan dia. Tak nak dia terus rasa apa yang dia rasa sekarang." keluh Nasuha, Mei menurunkan cawannya ke bawah.

"Kita hanya boleh bimbing dia. Yang boleh selamatkan Khairul hanyalah diri dia saja. Dia perlu bangkit, kita hanya tempat berpaut seketika sampai dia boleh kuat dengan sendiri semula. Macam aku cakap, dia perlukan masa. Sama macam kau juga, jangan terlalu terburu-buru untuk ubah semua benda sekarang…Kau perlukan rehat juga." pesan Mei dengan senyuman, Nasuha mengangguk faham.

Mikael sedang duduk di tingkap biliknya, dia menghembuskan asap rokok ke arah luar. Langit diterangi bulan penuh dan bintang-bintang, dari jauh, kelihatan cahaya yang terang sedang terbang.

Kami takkan kalah lagi…

Kyoko sedang berada di balkoni rumahnya, dia terduduk sambil memakan snek kentang. Cahaya terang yang dapat dilihat Mikael juga dapat dilihat olehnya.

Aku takkan biarkan kami kalah lagi…

Nasuha memasuki biliknya melalui tingkap, dia mendarat di tengah-tengah bilik itu.

"Fuwah~" Nasuha menguap, dia terus membaringkan diri diatas tilamnya. Kerusi di meja belajar Nasuha berpusing dan lampu terbuka.

"Mana kamu pergi, huh?" soal Ehsan, mata Nasuha terus terbuka luas.

"A-Ayah?" Dia terus bangun dari katilnya, Ehsan menghembuskan nafas panjang.

"Ayah dah nak naik gila tengok kamu hilang." Ehsan menepuk wajah, Nasuha memandangnya pelik.

"Kenapa masuk bilik Nasuha tiba-tiba pun?"

"Nak pastikan kamu tidur saja…Banyak benda buruk terjadi baru-baru ni, ayah risau kamu tak dapat tidur. Well, ayah memang tak dapat tidur langsung dua kemenjak ni." keluh Ehsan dengan senyuman pahit.

"Kalau ayah nak mula sembang pasal berhenti buat apa yang Nasuha mahu lakukan sekarang…Lupakannya." kata Nasuha.

"Ayah mengalah cuba ubah fikiran kamu." balas Ehsan, Nasuha terkedu seketika.

"Ayah manusia biasa je. Takde kuasa…takde kemampuan macam kamu semua. Bila ayah lihat apa yang kamu boleh lakukan. Sejujurnya ayah lega. Kamu kuat, Nasuha." kata Ehsan lagi, Nasuha terus menghadap Ehsan sepenuhnya.

"Selama ni ayah selalu tak percayakan kamu. Terlalu takut, terlalu ragu-ragu tapi kali ni ayah percayakan kamu, Nasuha. Kamu boleh lakukannya. Kamu boleh selamatkan ramai orang, kamu boleh bertarung…Ayah sokong kam-" Sebelum sempat Ehsan menghabiskan ayat, Nasuha terus memeluk dia erat.

"T-Terima kasih, ayah…Nasuha hargainya. Terima kasih." kata Nasuha, dia mengeratkan lagi pelukannya, Ehsan tersenyum dan membalas pelukan Nasuha.

"Teruskan bertarung, hero ayah."