"Kecil je dunia ni, huh, Ali?" Danielle tersenyum memandang aku, pada masa sama, matanya kelihatan kesal. Dia pakaikan semula topeng dan letakkan tangan kirinya pada dada aku…
Aku dapat lihat apa yang kuasanya boleh lakukan tadi…Dia boleh hancurkan segala di hadapan tapak tangan kirinya.
"Jumpa lagi nanti, Ali."
Danielle nak bunuh aku masa tu.
Tak kisahlah pasal tu sekarang. Macam mana? Apa terjadi? Danielle…Mutant yang bekerja bersama White Tigers?
Dia ialah jantung White Tigers?
"Apa-apa jelah…bengong." Malam semasa Ali dan Danielle berada di meja dan mengulang kaji bersama terpapar di mimpi.
"Huh…" Ali terjaga dari tidurnya, mata terbuka luas, kelihatan dia tidak memakai baju dan katilnya bersepah. Dia mengangkat kepala yang terasa berat, Ali menghembuskan nafas panjang sambil mengurut kepala sendiri.
Sedang dia turun dari katil, Ali membetulkan posisi seluar silatnya sebelum berjalan masuk ke dalam tandas. Wajah terus dibasahi, Ali melihat dirinya di cermin, jambang dan misai sudah sedikit tebal. Jari jemari mengusap jambang sebelum dia menjauhkan wajah dari cermin.
Pasukan Khas banyak lalu lalang sejak pertarungan aku bersama HOPE dengan White Tigers…Tak dapat keluar sangat sebagai 'Lelaki Bertopeng' tapi daripada apa yang aku nampak…
Tiada satu sisa White Tigers pun berada di Klang atau berdekatan sekarang.
Di mana mereka hilang? Luar negeri? Luar negara? Entah ke mana mereka hilang. Aku kena cari mereka secepat mungkin…
HOPE…walaupun aku rasa bersalah harapkan mereka, lepas apa yang terjadi, aku sedar aku tak boleh lawan sendiri. Aku perlukan mereka, bila tiba masanya.
"Assalammualaikum semua…Ini sesi kelas online pertama kita. Maaf ya cikgu still pakai laptop dari zaman uni cikgu jadi kualiti kamera agak buruk." Ali duduk di meja makan dengan tibunan buku di tepin dan berhadapankan sebuah laptop. Kelihatan dia sedang berada di dalam sebuah panggilan kamera dalam talian bersama anak-anak muridnya.
"Takpe cikgu!"
"Wah cikgu berjambang bagai…Hensem cikgu!" Puji seorang pelajar lelaki, Ali tersenyum kecil kemudian membuka buku teks.
"Sudah-sudah tu…So korang bukak muka surat 43." balas Ali.
Masa rasa berjalan lebih lama bila tiada apa sangat nak buat.
"Tengok cikgu! Tengok si Jamal pakai filter, camne dia buat?" Seorang pelajar memanggil Ali untuk melihat seorang lagi pelajar bermain dengan filter yang berada di dalam panggilan video itu. Kelihatan pelajar-pelajar lain tergelak melihat gelagat mereka termasuk Ali.
"Cikgu pun adalah…." Ali menggunakan filter yang mengubah badan dan wajah seperti ikan namun jambangnya membuat filter itu tidak berfungsi sepenuhnya.
"Hahaha!" Ramai pelajar tergelak lagi malah sehingga terbahak-bahak.
Rindu budak-budak ni.
Kuarintin tak nampak seperti akan berakhir dalam masa terdekat ni. Kes Strays juga meningkat sejak HOPE berhenti seketika. Tapi mereka dah kembali sekarang…
Harap-harapnya dunia boleh kembali sedikit normal pun jadilah…
Anak-anak ni layak tempat dan dunia yang selamat untuk belajar.
Bercakap pasal anak-anak…
Ali tiba di perumahan anak yatim, dia berjalan sambil membawa kotak. Dua orang pembantu lelaki mendekatinya untuk membantu dia mengambil dua kotak lain yang berada di dalam kereta.
"Terima kasih korang." kata Ali.
"Jangan risaulah." balas seorang pembantu lelaki itu.
Mereka bertiga memasuki surau kemudian meletakkan ketiga-tiga kotak yang dibawa, Ali membuka kotak itu, terdapat kuih-kuih yang sudah dipaket di dalamnya.
"Nanti boleh bagi budak-budak lepas solat Isyak." cadang Ali dengan senyuman, pembantu yang bersamanya mengangguk setuju. Ali melihat sekeliling pula, mencari seseorang.
"Mana ustaz?" soal Ali.
"Oh, ada bekas penduduk sini jumpa dengan Ustaz Umar sekarang? Mana tahu kamu kenal dia, Ali?" balas pembantu lelaki. Ali meletakkan tangan di dagu.
"Bekas penduduk ya?"
Ali berjalan keluar dari surau, kelihatan beberapa anak-anak lelaki sedang berjalan ke surau, masing-masing berpakaian baju melayu dan berjubah. Mereka menyalam tangan Ali apabila bertembung dengannya, senyuman melekat saja pada wajah Ali sambil melayan mereka.
"Ada nampak Ustaz Umar tak?" soal Ali pada seorang budak lelaki.
"Ustaz ada kat dewan makan tadi." balas budak lelaki yang disoal.
"Okay, terima kasih." Ali berjalan pergi dari surau pula. Dia melangkah agak laju ke dewan makan, pintu dibuka dengan segeranya, senyuman yang ada pada wajah Ali terus hilang sambil riak wajahnya berubah gerun.
"Oh, Ali? Kamu datang rupanya! Tengoklah siapa yang datang menjenguk selepas sekian lama…" kata Ustaz Umar dengan teruja, di tepi tempat duduknya, seorang lelaki berbadan tegap dengan senyuman di wajah, mata Ali terbuka luas.
"D-Danielle…" kata Ali perlahan sedang Danielle menggerakkan kepala ke arahnya.
"Assalammualaikum…Ali."
Apa kau buat sini, Danielle!?
Tangan Ali terus tergenggam erat, riak wajahnya tegang saja. Ustaz Umar perasan akan ketegangan Ali sekarang.
"Ali? Kenapa, nak? Kamu okay?" soal Ustaz Umar, Ali menarik nafas dan menenangkan diri, dengan perlahan, dia membuka tangan semula.
"Waalaikummusalam, Danielle…" balas Ali, Danielle tersenyum saja. Ali bergerak perlahan ke arah mereka berdua kemudian duduk di tepi Ustaz Umar.
"Alhamdulillah,tengoklah Danielle sekarang. Dia dah sihat semula…dan sudah tidak berhutang lagi. Dapat kerja yang elok juga. Syukur sangat semua benda berjalan lancar." Ustaz Umar bangga.
"Semuanya atas bantuan ustaz dan Ali juga. Kalau korang tak jumpa saya dalam keadaan dulu…Entah apa jadi dengan saya sekarang. Allah hantar korang untuk tolong saya." balas Danielle, Ustaz Umar meletakkan tangan di dada dengan riak wajah lega. Di dalam hati Ali, dia terasa bengang yang amat.
J-Jangan guna nama Tuhan untuk tipu!
"Ustaz tinggalkan korang berdua. Ambillah masa untuk bersapa balik lepas sekian lama. Nanti ikutlah makan malam bersama ya." pesan Ustaz Umar selepas bersembang dengan Danielle agak lama sedang Ali diam saja.
Sejurus Ustaz Umar keluar dari dewan makan, Ali terus menjeling Danielle tajam,kedua-dua tangannya mengeluarkan aura biru bercahaya, Danielle masih tenang dan tersenyum.
"Apa kau buat sini, Danielle?" soal Ali.
"Datang jenguk ustaz, itu saja. Tak sangka jumpa kau di sini lagi, Ali." balas Danielle, Ali mengetap gigi.
"Jangan nak perbodohkan aku! Kalau kau terfikir nak sakiti sesiapa kat sini…Aku bunuh kau…" Ali bengang, Danielle menghembuskan nafas panjang.
"Kalau aku nak sakiti orang di sini…Aku dah lama lakukannya. Bertenang, aku bukannya datang harini sebagai samseng. Hanyalah bekas penduduk rumah anak yatim ni. Aku terfikirkan pasal tempat ni sejak berjumpa dengan kau…" Kata-kata Danielle itu membuat Ali terkaku.
"Danielle…Apa jadi? K-Kenapa…Argh! Otak aku rimas dengan semua benda ni. Kenapa kau jadi ahli White Tigers? Kau Mutant pulak tu!" keluh Ali, Danielle menyandarkan badannya pada kerusi.
"Semua tu tak penting. Aku ada sebab tersendiri. Samalah macam kau, aku pilih macam mana aku nak guna kuasa aku…" kata Danielle.
"Aku tak rasa otak kau pun betul sekarang ni. Kau sedar tak dengan siapa kau bekerjasama! Untuk apa kau gunakan kuasa kau?" soal Ali, dia berubah marah semula dan terus berdiri.
"Kau tak tahu apa-apa, Ali. Yang buat pilihan bodoh sekarang ialah kau dan kawan-kawan superhero kau. Alang-alang kau kat sini, aku bagi kau peluang…Sertai White Tigers, Ali…" tawar Danielle.
"Pijak mayat aku, Danielle…Aku takkan sertai kumpulan samseng kau." balas Ali, Danielle juga berdiri dengan perlahan.
"Disebabkan aku dan White Tigers…Dunia kongsi gelap sekarang hanya berada di bawah satu kumpulan samseng yang benar-benar berkuasa. Itu apa yang kau nak betul tak, Ali? Hancurkan semua samseng?" terang Danielle, Ali mengenggam tangan kanan.
"Kemudian kau culik, bunuh, jual dadah, sakiti orang! Sama macam kumpulan samseng yang sebelum ni. Malah sekarang ada Mutants yang kuatkan lagi korang! Ini semua kegilaanlah! Aku tak faham langsung…Danielle…Samseng sakiti kau…sakiti aku…Sakiti rumah kita ni! Kenapa jadi diorang?!" marah Ali, dia menaikkan suara berkali-kali.
"Haih…Bercakap dengan orang naif macam kau memang memenatkan. Kalau kau tak nak sertai kami, teruslah jadi musuh aku, Ali. Sampai jumpa lagi…Jangan mati awal pula." Danielle mengalah kemudian ingin berjalan pergi, namun Ali terus melepaskan tumbukan ke arah Danielle.
Hasil tumbukan itu melepaskan angin yang kuat menyebabkan meja-meja dan kerusi yang berada di dalam dewan makan itu berterbangan. Kelihatan tumbukan Ali ditahan oleh tangan kanan Danielle yang kemudiannya mengeluarkan aura biru terang.
"Apa kau fikir kau tengah buat?" soal Danielle sambil matanya menjeling Ali.
"Kau fikir…aku akan lepaskan kau?!" Ali melepaskan pula sepakan yang menyebabkan Danielle tertolak kebelakang. Dia tidak memberhentikan dirinya, Ali membaling kerusi dan meja yang dapat dicapai, Danielle menghalakan tangan kiri kehadapan.
Aura merah menghancurkan segala kerusi dan meja yang menujunya, Ali mengambil kesempatan untuk melepaskan tumbukan pada Danielle yang sedang terganggu. Dia mengumpulkan tenaga yang banyak di tangan kanannya.
"Allahuakbar! Allahuakbar!" Azan berkumandang, menyembunyikan bunyi yang kuat terhasil dari tumbukan Ali tadi, kelihatan seluruh dewan makan itu bersepah. Tangan kanan Ali terhenti di dada Danielle namun dia langsung tidak terkesan dari tumbukan itu tadi.
"Huh-" Sebelum sempat Ali memahami apa yang terjadi, Danielle menangkap tangan kanannya, memusingkan Ali dan menjatuhkan dia ke lantai.
"Allahuakbar! Allahuakbar!"
Ali cuba melawan semula, dia melepaskan diri dan melepaskan sepakan ke arah Danielle tetapi lagi sekali, sepakannya langsung tidak menyebabkan apa-apa kesan pada Danielle.
"Ashhadu alla ilaha illallah…Ashhadu alla ilaha illallah"
Danielle menghayun tangan kirinya pada Ali menyebabkan dia terpelanting sehingga ke hujung dewan makan itu. Ali terhentak di dinding dengan kuatnya, menyebabkan dewan itu bergegar, dia ingin segera bangun semula namun Danielle tiba-tiba muncul di hadapan Ali dan mengheretnya di dinding dan dibaling pula pada tembok.
"Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah…Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah."
"Aku akan buat kau sedar diri, Ali. Perlawanan kau sia-sia…Semua yang kau percayai, sia-sia…" Aura merah terkumpul di tangan kiri Danielle sambil dia melangkah ke arah Ali. Urat-urat diseluruh badan Ali mengeluarkan cahaya biru, dia kembali bangun dengan pantas kemudian menuju pantas k earah Danielle dengan tangan kanannya sedia melepaskan tumbukan.
"Hayya 'alas-Salah,Hayya 'alas-Salah…"
"Chaos, Entropy." Angin merah hitam yang terbentuk dari aura keluar dari tangan Danielle terus menutup segala yang berada di hadapannya, termasuklah Ali. Serpihan-serpihan siling mengelilingi angin itu, ia menghancurkan segalanya kepada cebisan-cebisan kecil.
"Arrrghhh!" Serangan itu juga menyebabkan badan Ali meletus dari dalam,tenaga-tenaga yang terkumpul di dalam badan hancur dan menyakiti badannya sendiri.
"Hayya 'alal-Falah,Hayya 'alal-Falah."
Selepas kuasa Danielle terhenti, Ali terjatuh ke lantai bersama serpihan-serpihan siling dan bumbung serta beberapa cebisan dari meja dan kerusi. Beberapa bahagian urat Ali terbuka, menyebabkan darahnya mengalir dari setiap pelusuk badan Ali.
"Allahuakbar! Allahuakbar!"
Danielle memandang saja Ali dengan riak wajah kecewa namun tiba-tiba seluruh urat Ali kembali bercahaya. Mata Danielle terbuka luas seketika apabila Ali bangun lagi dengan wajah yang bengis, kelihatan tenaga yang banyak terkumpul di tumbukannya.
"Nuclear-!"
"La ilaha illallah…"
"Order, Restore."
Seluruh dewan makan kembali seperti sedia kala, Ali juga kembali pulih dan pakaiannya yang terkoyak hasil pertarungan mereka tadi juga kembali elok. Tangan kanannya sedang digenggam oleh Danielle, aura biru terang mengelilingi seluruh kawasan itu sebelum menghilang dengan perlahan.
"Tak pernah nampak kau marah sehingga tak dapat kawal diri sebegini, Ali…Kau dah berubah? Ataupun ini memang kau selama ni? Penuh dengan dendam dan kemarahan." soal Danielle, Ali langsung tidak memandangnya sedang dia terduduk di hadapan Danielle.
"Ya…Aku marah…Aku dendam, dendam dengan orang-orang yang bunuh ayah aku! Yang sakiti kau jugak! Tapi sekarang kau jadi samseng jugak. Aku tak boleh terimanya. Kau…abang aku…Danielle…" keluh Ali, suaranya berubah serak.
"Abang kau dah lama mati, Ali. Aku bukan orang yang kau kenal dulu." Danielle melepaskan tangan Ali.
"Tolonglah! Bagitau aku kenapa?! Bagi aku tolong kau…" Ali mencapai pakaian Danielle, merayu dengan wajah yang sayu.
"Aku tak perlukan pertolongan kau atau pertolongan sesiapa…malah Tuhan sekalipun." balas Danielle dengan dinginnya.
"J-Jangan cakap macam tu…"
"Tuhan dah tinggalkan aku, Ali." kata Danielle, Ali kembali bengang, dia menyelitkan kaki dan tangannya kemudian dengan pantas, dia dapat menjatuhkan Danielle ke lantai.
"Istighfar sekarang, Danielle! Mintak ampun…Allah tak tinggalkan kau…" arah Ali sedang Danielle berada di bawahnya, dia menahan diri daripada melepaskan tumbukan pada Danielle.
"Haha…Kau tak pernah lepas teknik silat kau pada aku…Ini pertama kali…" Danielle hanya tersenyum saja.
Danielle mengambil peluang untuk menyepak kaki Ali kemudian menjatuhkan pula Ali dengan menarik pakaiannya. Dia kembali berdiri sedang Ali berada di lantai pula.
"Dunia sedang berubah. Mutants bakal ada lebih ramai musuh dari kawan…Pilih pihak kau Ali, adakah kau nak pupus ataupun terus hidup, atau jadi makhluk terkuat yang Zotura mahukan." kata Danielle, dia berjalan pergi sambil meninggalkan Ali di lantai.
Kuasa apa tu?
Dia dapat hentikan Nuclear Punch dan pulihkan balik semua benda selepas hancurkan semua benda…
Aku tak faham langsung apa terjadi…
Tapi aku sedar.
Kuasa kami jauh berbeza…dan dia lebih berkuasa dari aku…
Ya Allah…Ampunkan…Ampunkan dia…
Berilah peluang pada hambaMu ini untuk bantu dia…Ya Allah…
Dia…keluarga, Ya Allah…
Tak mampu lagi aku hilang keluarga lagi…
Aku takkan tinggalkan keluarga lagi…
Ali terduduk, dia tersandar pada tembok kemudian terus berdoa, untuk Danielle. Beberapa titisan air mata terjatuh ke tapak tangan, Ali kelihatan perit.
Pada masa yang sama, Danielle meneruskan langkahnya melalui perkarangan rumah anak yatim itu. Mata tertumpu seketika di padang permainan yang berhadapan dengan surau, dia memandang pula ke arah anak-anak yang sedang solat berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Umar.
Aku fikir…aku boleh lakukannya…Tinggalkan segala kemanusiaan aku tapi…
Danielle teringat akan Ustaz Umar yang terus memeluknya semasa dia kembali ke rumah anak yatim itu semula. Riak wajahn yang dingin berubah lembut dan dia membalas pelukan Ustaz Umar itu.
Masih…ada sebahagian diri aku ini masih manusia lagi.
Aku kena hancurkannya…
Hancurkan tempat ni…
Hancurkan Ali…
Langkah Danielle terhenti seketika dengan aura merah mengelilingi sekeliling tangan kiri namun dia menyahaktifkan kuasanya selepas seketika dan menghembus nafas panjang.
Danielle meneruskan langkah, pergi dari situ tanpa pandang belakang semula.