Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 61 - BAB 55 : BANTUAN

Chapter 61 - BAB 55 : BANTUAN

"Mereka dah kembali, huh…" Syafiq bergerak bersama anggota Pasukan Khas lain, terdapat badan Strays yang terbiar berada di tengah jalan raya. Makhluk itu berupa manusia bertangan empat dengan tiga jari dan berkuku tajam, wajah makhluk itu juga memanjang dan matanya bercantum, dua luka tikam berada di bahagian dada makhluk itu.

"Ada laporan lagi lima badan rasaksa mutasi terbiar lagi…Ada juga yang laporkan mereka nampak perempuan terbang bersama dua orang lagi dan kereta yang berekzos besar mengeluarkan api tinggi bergerak laju dekat highway." kata seorang anggota Pasukan Khas yang membawa tablet, menunjukkan laporan-laporan yang diterima mereka. Syafiq menoleh ke arahnya.

"Hanya dalam masa singkat, mereka tunjukkan mereka boleh lakukan kerja lebih baik dari kita. Panik kerana rasaksa mutasi berkurang tetapi mereka masih berada di merata tempat. Polis dan kita sekalipun ada masa gagal bunuh mereka. Rasaksa mutasi akan pulih dan kembali, sekarang pun kita tahu ada yang tahu serta berani serang orang dalam rumah mereka…" Syafiq bergerak ke kereta kebal, kelihatan badan Stray yang ditemui mereka itu diangkut ke dalam sebuah lori yang membawa barangan.

"Bagi tuan, apa yang kita kena lakukan untuk dapatkan mereka berpihak pada kita?"

"Kita pernah khianat mereka sebelum ni jadi aku faham kenapa mereka sukar percaya kita. Kena perlahan-lahan tunjukkan yang kita mahukan benda sama…Aku tak nak jadi musuh, Mutants yang gunakan kuasa mereka demi kebaikkan. Merekalah kunci kita untuk keamanan." balas Syafiq, dia memasuki kereta kebal.

Mereka ialah harapan kita.

"White Tigers berkemungkinan masih berada di sini. Semalam aku jumpa Danielle, salah seorang ahli mereka.Kami bertarung tapi aku tak dapat kalahkan dia. Kuasa dia terlalu berbahaya dan kuat." Ali sedang melakukan panggilan video bersama Khalid dan Rose.

"Aku akan cuba cari mana tempat mereka beroperasi sekarang. Yang pastinya mereka bukan di Klang lagi, aku dah cari hingga ke lubang cacing, tak jumpa apa-apa…" tambah Ali lagi.

"Mereka mungkin takde di Shah Alam juga…Kita dapat hentikan operasi mereka di sini juga, di Kuala Lumpur juga mustahil sebab Pasukan Khas berada di sana." Khalid berfikir, dia meletakkan tangannya di dagu.

"Biasanya mereka akan gerakkan operasi mereka ke luar, pergi ke negeri lain. Ahli yang berada sini mungkin mahu bersihkan sisa-sisa apa yang mereka tertinggal di sini." balas Rose pula.

"Jadilah kalau kita dapatkan 'sisa' mereka sekalipun. Aku kena cari jalan dapatkan Danielle juga. Tak boleh lepaskan dia…" Ali mengenggam tangannya.

"Kami akan cuba tolong apa-apa yang kami mampu." Khalid tersenyum dengan tekad.

"Buat masa ni, takde apa sangat yang pihak polis dapat buat bagi White Tigers. Kami langsung tiada intel. Maaflah…tapi kalau korang dapat apa-apa, segera bagitau aku." kata Rose.

"Baiklah."

"Roger. balas Khalid dan Ali serentak

Selepas panggilan video itu tamat, Khalid mengumpulkan pula semua ahli HOPE dan menerangkan apa yang dibincangkan dia bersama Ali dan Rose tadi.

"Ahli White Tigers yang betul-betul pasti masih berada berdekatan ialah Danielle. Mutant dengan kuasa untuk kawal kebinasaan dan realiti, kuasa yang melawan hukum alam, malah untuk Mutant sekalipun…Dia terlalu berkuasa dan luar dari kefahaman serta dunia kita." Khalid teringat akan semasa dia dan ahli HOPE lain bertembung dengan Danielle. Betapa mudahnya Danielle mengalahkan mereka dengan kuasa Chaos.

"Tak habis lagi kita dengan gangster-gangster tu, huh. Mereka dahlah kuat semuanya. Ada tentera Strays dan ada Mutant pelik yang kami lawan tu…" keluh Kyoko, teringat akan Strays yang berada di bawah kawalan White Tigers dan juga Eric, Mutant dengan kuasa hampir sama dengan Khairul tetapi badannya di cantum-cantum dengan Strays lain.

"Apapun kita kena cuba halang apa-apa aktiviti mereka. Sekurang-kurangnya, dapat perlahankan atau hentikan serta merta operasi mereka pun jadilah." cadang Khalid.

"Macam biasa, kita akan lakukan siasatan kita." balas Mikael.

"Betul tu. Untuk Nasuha, Khairul dan Nur…Korang hanya perlu fokus pada basmi Strays saja, tapi kalau kami perlukan korang, aku akan bagitau. Takde masalah ya?" Khalid menoleh kearah Nasuha dan Khairul serta Nur yang duduk dihujung sekali bersama.

"Kami faham yang kami takde skill untuk bantu dalam siasatan…" Nasuha tersenyum pahit.

"Aku okay je. Tak nak menyusahkan." balas Khairul.

"Aku tak faham langsung apa korang tengah cakapkan pun dari tadi jadi memang lebih baik aku tak masuk campur." keluh Nur pula.

"Baiklah. Aku akan fikir apa plan kita sekarang." kata Khalid.

***

"Mutants, itulah apa sebenarnya 'Superhuman' yang kita lihat sebelum ini. Berbeza dengan rasaksa mutasi, mereka masih ada rupa dan minda manusia tetapi daripada Mutant Cell mereka menerima kuasa luar dari kefahaman kita…" Bella sedang berhadapan dengan pemimpin-pemimpin negara Malaysia, di dalam sebuah dewan besar. Masing-masing yang berada disitu fokus mendengar hujah Bella. Anggota-anggota polis menjaga dewan itu, termasuklah Shaurya yang duduk di tepi pintu.

"Sekarang kita ada dua Mutants bawah pegangan Pasukan Khas. Informasi yang kita dapat daripada mereka ialah Mutant Cell datang dari planet lain. Ada makhluk asing yang menyebarkannya, pada malam lima bulan lalu…Hujan partikel berwarna warni pada hari itu ialah Mutant Cell." sambung Bella lagi, sedang dia bercakap, dia perasan akan Shaurya yang memerhatinya.

"Makhluk asing?!"

"Takkanlah satu negara pun tak sedar apa terjadi?"

"Mereka memang sorokkan sesuatu daripada kita! Fikir negara kita ni kecil dan tak penting sangat ke?!"

Semua yang berada di dewan itu mula mempersoalkan negara lain yang mungkin tahu tentang informasi itu, namun Perdana Menteri kelihatan tenang saja, Bella menoleh pula ke arah dia sambil mendekatkan lagi mikrofon di tangan pada mulut.

"Penyelidikan yang menyeluruh masih di jalankan. Ilmu manusia dan kemampuan kita tak cukup lagi untuk faham apa terjadi sepenuhnya. Saya berdiri sekarang untuk minta bantuan kerajaan. Untuk beri sokongan sepenuhnya supaya kita boleh cari jalan, untuk faham, untuk selesaikan masalah ini…" kata Bella, dia menghadap semua pemimpin-pemimpin yang berada di hadapannya, mata Bella fokus pada Perdana Menteri.

"Cara kerajaan cuba selesaikan masalah ni sekarang terlalu short term. Bunuhlah seberapa banyak rasaksa mutasi…Akan ada yang tercipta lagi. Kita langsung takde kekuatan juga untuk lawan Mutants, apa yang terjadi di Putrajaya dan Klang ialah bukti. Kita sangat lemah lagi…Kita perlukan cara untuk atasi masalah ni dalam jangka masa panjang." tambah Bella lagi, dia menghentak tangan di meja dengan tekadnya.

Semua di situ mulai diam, mereka memikirkan apa yang patut dilakukan. Shaurya memandang Bella dengan kagumnya. Bella seumpama bersinar sedang dia dibawah lampu-lampu yang tertuju tepat ke arahnya.

"Puan Bella. Betul apa yang puan katakan. Kita perlu cara untuk atasi masalah ini dalam jangka masa panjang. Saya tak perlu teragak-agak atau berfikir dua kali. Apa-apa yang makmal puan perlukan, saya akan berikan…semampu mungkin." balas Perdana Menteri tanpa berfikir panjang, dia berdiri dari tempat duduknya, senyuman terukir di wajah Bella dan pembantu makmal yang bersamanya.

"Terima kasih…tuan Perdana Menteri."

"Hebat kau tadi, Bella." kata Shaurya, dia dapat bertembung dengan Bella di koridor bangunan tempat mereka bermesyuarat tadi. Bella tersenyum kecil.

"Terima kasih" balas Bella.

"Dan kau, masih tolong sorokkan hal Akak Rose."

"Haha…Kau memang sayang dia betul, Shaurya?" soal Bella dengan nada memerli, Shaurya tersenyum namun matanya sayu.

"Orang lain nampak…Dia je tak tahu…" balas Shaurya.

"Eh, seriuslah?"

"Huh?

Bella memandang dia pelik sedang Shaurya pula keliru.

"Kau…suka Rose…Maksud aku…macam tu?"

"Nak suka dia macam mana lagi? Aik?" Shaurya pening.

"Ah…Hahahaha!" Bella tergelak sehingga tersandar pada dinding, riak wajah Shaurya terus berubah tidak selesa.

"Ak-Aku ingat…kau…rakan setia je. Sebab korang dah lama kerja bersama, kan? Sejak kau pertama kali masuk PDRM. Kau memang jatuh cinta dengan dia rupanya." keluh Bella, Shaurya mengeluh kecil.

"Kau rasa aku takde peluang ke?"

"C'monlah Shaurya…Bagi aku…Kau sorang je ada peluang dengan dia." pujuk Bella, Shaurya kembali kelihatan ceria sedikit.

"Oh? Ye ke?"

"Aku faham situasi sekarang agak janggal nak bagitau dia…Tapi Shaurya, fikirlah. Rose tengah penat, dengan semua benda, cinta selalu beri kita boost tau. Macam kaulah, tak kisahlah betapa penatnya, atau kemungkinan kau mati setiap hari…Kau pilih juga untuk pakai seragam tu untuk dia betul tak?" terang Bella, Shaurya tersenyum semula.

"Lebih kuranglah."

"Apapun, good luck. Kalau dia reject kau pun…Well…Nak buat camne, an? Bakal awkward gila jelah selama 10 tahun lagi kau bekerja, hahaha!" Bella berjalan pergi, Shaurya melihat saja dia kemudian menghembuskan nafas panjang.

"Tolonglah…" keluh dia sendirian sambil menurunkan sedikit topi kecilnya.

Selama beberapa bulan sejak kedatangan rasaksa mutasi dan Mutant…Semua benda yang aku faham tentang kerja aku ni jadi mengelirukan semula. Lagi-lagi masa awal dulu semasa PDRM harus bertarung dengan Strays setiap hari, sebelum adanya Pasukan Khas Superhuman.

Ramai anggota cedera parah dan meninggal dunia. Akak Rose selalu nampak murung apabila kami terpaksa keluarkan plastik hitam namun dia terus bertarung juga.

Aku kenal Akak Rose hampir lima tahun sekarang…Apa-apa terjadi, dia akan buat pilihan yang betul…

Pada awalnya aku pelik kenapa dia kisah sangat dengan dua budak Mutant, si Khairul dan Nasuha tapi aku sedar…itulah Akak Rose. Seseorang yang akan lakukan apa-apa saja untuk pertahankan orang tak bersalah…

Dia bukannya polis saja. Akak Rose manusia yang indah…Bila aku sedar itu, tak kisahlah walaupun kami melanggar undang-undang, aku pilih untuk setia dengan dia.

"Macam mana? Bella dapat tarik hati kerajaan untuk berikan bantuan pada makmal dia?" soal Rose sejurus Shaurya memasuki pejabat mereka.

"Syukurlah, semuanya berjalan lancar." balas Shaurya dengan senyuman.

"Baguslah. Maaf, Shaurya…Aku tahu kau baru balik dari kerja yang memenatkan tapi aku nak kau tolong aku pasal sesuatu. Aku dapat informasi dari HOPE, ada ahli White Tigers masih berkeliaran berdekatan kita sekarang…Kita kena cari laporan atau apa-apa yang dapat bantu kita cari mereka." Rose berdiri dari tempat duduknya, dia bergerak ke arah Shaurya sambil menerangkan apa terjadi.

"Takde masalah, kak. Apa-apa aku boleh tolong,aku lakukannya."

"Baik, terima kasih, Shaurya. Kau sorang je aku boleh harap…Okaylah, kita start denga-" balas Rose, Shaurya fokus saja padanya sambil mereka berjalan keluar dari pejabat tadi.

Budak sekolah menengah ke aku ni?

Rasa susah betul nak cakap apa aku rasa bila tengok Akak Rose…

"Pulak dah…dan kau kalah dengan dia?" keluh Aisyah, dia menoleh ke arah Ali pula dengan wajah kecewa.

"Ya…dan teruk sangat kalahnya." balas Ali, mereka berdua berada di balkoni rumah Aisyah, Ali memakai kostum 'Lelaki Bertopeng' tanpa memakai topeng. Kelihatan beberapa bangunan berdekatan dengan bangunan apartment Aisyah bercahaya dan terdapat juga beberapa kenderaan berada di jalan raya.

"Kau tak boleh menang setiap masa, hero. Tapi tengoklah sendiri, hasil pertarungan kau. Klang antara kawasan yang hampir bebas Strays dan jenayah…Sekarang orang boleh keluar dengan lebih selamat sedikit, mereka tahu ada penjaga yang sedang menjaga mereka sekarang." Aisyah tersenyum kemudian menunjukkan bandar Klang yang kelihatan hidup semula, Ali tersenyum pahit.

"Aku ada bersembang dengan pesakit, pasal kau...Lepas pertarungan kau dengan White Tigers, kau bukannya rahsia lagi. Ramai orang lega dan rasa selamat kau ada, Ali…Percayalah." kata Aisyah.

"Kau pun sama, Aisyah…Dengan kuasa kau, kau selamatkan masa depan ramai orang. Lebih daripada aku." balas Ali, Aisyah terkejut tiba-tiba saja dia pula dipuji.

"Dan takde sorang pun tahu kebaikan yang kau buat. Kau lebih 'hero' dari aku." Ali memandang pula dia.

"Ah..Oh..Haha…Jadi…apa pula langkah kau selepas ni?" soal Aisyah dengan janggalnya, dia mengalihkan pandangannya dari Ali.

"Cari apa-apa yang aku boleh dapat tentang White Tigers…Tak kisahlah sisa apa sekalipun. Mesti ada sebab mereka masih berada disini. Ada sesuatu yang mereka mahukan, atau lakukan." Ali kembali fokus dan serius, Aisyah mengangguk faham.

"Jangan pergi mati je, Ali…" pesan Aisyah.

"Aku takkan. Kau kan ada." balas Ali.

"Aku bukannya Tuhan, aku mana boleh hidupkan orang mati…" Aisyah memandang Ali pelik.

"Tak…Tu bukan maksud aku…Haih. Aku cuba, okay? Aku cuba." keluh Ali.

***

"Banyak benda aku dengar pasal kau berdua…Selamat datang ke White Tigers, Syakir…Lilly." kata Danielle dengan senyuman, dia bertemu dengan Syakir dan Lilly di sebuah restoran yang kosong. Mereka bertiga duduk di sebuah meja makan dengan pelbagai jenis hidangan barat terhidang seperti steak, burger dan ayam belanda serta pelbagai lagi.

"Jadi kaulah, Danielle…Bos kedua betul tak?" soal Syakir.

"Aku tak suka dipanggil bos kedua. Ketua White Tigers ialah White, aku hanya anak buah dengan pangkat yang tinggi saja. Kerja aku sekarang ialah cari jalan untuk White Tigers kembalikan pegangan kami semula…" balas Danielle, dia menuangkan wine pada gelas kemudian menghulurkannya kearah Syakir dan Lilly.

"Aku tak minum." kata Syakir.

"Baiklah. Lilly pula?"

"Saya…boleh minum." balas Lilly, Danielle menuangkan wine pada gelas Lilly.

"Jadi apa yang White Tigers nak lakukan untuk kembali? Alex tak bercakap sangat pasal objektif kami sekarang. Kami ahli White Tigers sekarang, kami layak tahu apa yang kau nak lakukan sekarang, betul tak?" tanya Syakir lagi.

"Kau bersemangat, Syakir. Aku faham. Tapi korang baru saja sertai kami…Kita sambut dulu, kenal sesama sendiri, kerja boleh fikir lain masa. Lagipun, kita tak boleh terburu-buru sangat." pesan Danielle, Syakir mengeluh kecil.

"Hum, sedap…" kata Lilly selepas memakan steak yang terhidang.

"Baguslah kau suka makanan di sini,Lilly." Danielle tersenyum lagi memandang Lilly yang menikmati makanannya.

"Macam mana ada restoran yang buka juga masa-masa kuarintin sebegini?" Syakir tertanya sambil memotong steak dengan pisau kecil.

"Dengan duit, kau dapat semuanya, Syakir. Aku rasa kau faham tu." balas Danielle, Syakir memandangnya kemudian tersenyum kecil.

"Oh. Aku faham…"