Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 62 - BAB 56 : LANGKAH SETERUSNYA

Chapter 62 - BAB 56 : LANGKAH SETERUSNYA

"Saya dah lakukan panggilan pada beberapa negara lain, termasuklah Amerika, Jepun dan China, antara negara dengan kes rasaksa mutasi berbahaya yang tertinggi. Mereka mengaku…selama ni mereka tahu apa yang sebenarnya terjadi dan pastikan kewujudan makhluk asing yang dikatakan Puan Bella." Perdana Menteri bersama beberapa menteri lain berada di dalam sebuah bilik mesyuarat yang gelap, terdapat fail-fail yang dikemukan oleh Syafiq yang berada di dalam bilik itu, dia menggerakkan fail-fail itu ke hadapan.

"Negara masing-masing cari jalan untuk hadap musuh baru ni. Mereka takkan bantu kita, samalah kita takde kemampuan untuk bantu mereka juga. Di luar sana, ada kumpulan Mutant yang gunakan kuasa mereka demi kebaikan, mereka basmi Strays, lawan Mutants lain yang salah guna kuasa…Bukan semua Mutants ialah musuh." kata Syafiq, dia berdiri dari tempat duduknya, menarik perhatian pemimpin-pemimpin yang berada di situ.

"Saya faham, kita semua tengah takut, banyak benda kita tak faham tapi samalah juga bagi mereka yang jadi Mutants, mereka tetap manusia dan rakyat negara kita pada akhirnya. Memang ada yang lakukan kejahatan tapi takkanlah kita hukum semua, betul tak? Kita perlukan program, untuk satukan Mutants bersama kita…Kita perlukan mereka." terang Syafiq, dia teringat akan semasa pertarungan antara HOPE dan White Tigers, di mana walaupun Pasukan Khas bertindak dengan sendirinya dan gagal, Nasuha dan Kyoko tetap memilih untuk menyelamatkan mereka.

"Macam mana kita nak kawal mereka, kapten Syafiq? Fikirlah…Mereka berbahaya! Kita takkan dapat kawal mereka langsung. Apa jadi kalau tiba-tiba mereka tak rasa serasi dengan kehendak kerajaan? Apa jadi kalau mereka khianat kita?! Mutant berbahaya! Mereka perlu dibasmi sama macam rasaksa mutasi!" marah seorang menteri, dia menunding jarinya ke arah Syafiq.

"Kenapa kita layan mereka seumpama mereka bukannya manusia?" soal Syafiq.

"Sebab mereka memang bukan manusia dah!" balas menteri itu, Syafiq mengetap gigi.

"Maaf kalau saya biadap sekarang tapi tuan menteri semua tak nampak apa sebenarnya yang berlaku di luar sana! Berapa banyak orang saya cedera dan mati, ahli PDRM dan tentera yang terkorban juga sebelum ni…Betapa berkuasa sebenarnya musuh di luar sana! Tangan kami penuh! Jika ini berterusan, lebih ramai orang akan mati sia-sia. Ini masa untuk percaya! Percaya pada harapan yang dijual oleh kumpulan Mutants itu…" Syafiq menaikkan suaranya, semua yang berada di situ terdiam, anggota Pasukan Khas pula kelihatan kagum melihat kapten mereka berbalah demi keselamatan mereka.

"Kami bukan angka dan data saja, tuan menteri semua. Yang kita perlukan sekarang bukannya lebih ramai musuh, kita perlukan pakatan sesiapa saja yang ada kemahuan selaras dengan kita." kata Syafiq lagi.

"Saya faham apa yang kapten cuba cakapkan…tapi apa yang kapten mahukan sebenarnya beritahu kami semua ni?" soal seorang menteri wanita.

"Ini projek jangka panjang saya, rasaksa mutasi dan Mutants jahat takkan hilang dalam masa terdekat. Di bawah Pasukan Khas Superhuman, saya mahu dirikan kumpulan baru di mana ahlinya semua Mutants…Mereka akan jadi 'Superhuman' yang bekerja bersama kita, Project Superhero." Syafiq menyerahkan fail dengan tulisan 'Project Superhero'. Perdana Menteri membuka fail itu, ia berisi dengan laporan tentang identiti Mutants yang dapat diketahui hasil siasatan Pasukan Khas.

Nasuha, Khairul dan Nur antara orang yang berada di dalam fail itu.

"Apa yang kita perlukan sekarang ialah wira-wira untuk selamatkan kita."

Jururawat lelaki membantu Ehsan yang sedang berjalan sambil berpaut pada palang, dia kelihatan penat dan sukar untuk menggerakkan kakinya. Peluh tertumpah dari dahi dan dagu, Ehsan tersangkut dan jururawat lelaki yang bersamanya membantu Ehsan untuk kembali duduk di kerusi roda.

"Maaflah, dah berumur saya ni…" keluh Ehsan.

"Takpe, encik Ehsan…Oh? Ada orang nak jumpa encik ke?" soal jururawat lelaki itu sambil memandang ke arah luar bilik pemulihan, Ehsan menggerakkan wajah ke tingkap bilik itu dan riak wajahnya berubah terkejut.

Nasuha dan Khairul sedang memerhatinya, senyuman terukir di wajah Nasuha dan dia melambai tangan. Jururawat lelaki itu membawa Ehsan keluar dan meninggalkan dia bersama Nasuha dan Khairul.

"Boleh ke korang datang sini? Bukan ke Pasukan Khas cari korang?" tanya Ehsan dengan penuh risau.

"Jangan risau, Chyou ada. Dengan kuasa dia, kami dapat menyelinap masuk." balas Nasuha dengan ibu jari menunding ke arah Chyou yang duduk di bangku sendirian.

"Tak…boleh lama-lama…Ingat tu…" pesan Chyou.

"Okay-okay." Nasuha menoleh kebelakang seketika.

"Macam mana sekarang, Nasuha? Ayah risau sangat takde dengar apa-apa dari kamu beberapa minggu ni…" soal Ehsan, dia memegang kedua-dua tangan Nasuha.

"Kami semua okay je. Sekarang tinggal di rumah Mei bersama, kami ambil masa untuk berlatih." balas Nasuha, Ehsan mengangguk faham.

"Khairul, terima kasih tengokkan Nasuha." kata Ehsan pada Khairul pula.

"Dia jaga diri sendiri." Khairul tersenyum pahit.

"Ayah kena rehab…Masih susah nak berjalan lagi, agak teruk juga tulang retak haritu tapi syukurlah takde apa selain tu." kata Ehsan, dia mengangkat kedua-dua bahunya.

"Maaflah, Nasuha langsung tak jenguk ayah…Setiap hari, rasa tak tenang langsung." Riak wajah Nasuha berubah sayu pula.

"Ayah okay je, sayang." Ehsan tersenyum lembut dan menyentuh pipi anak perempuannya.

"Di luar sana, ada orang lebih perlukan kamu. Pergi selamatkan dunia, hero ayah…"

Ali dalam pakaian 'Lelaki Bertopeng' memasuki sebuah bangunan melalui tingkap yang sudah rosak, dia menggolekkan badan dan mendarat dengan selamat. Dia berada di bangunan markas kecil White Tigers yang sudah terbengkalai di Shah Alam, hasil pertarungan Mikael dengan Mutant Getah sebelum ini.

"Takde apa…" keluh Ali sedang dia memeriksa seluruh selok belok bangunan itu, tertinggal hanyalah kotak-kotak yang kosong, terdapat kesan retak besar di dinding. Pita merah dengan tulisan 'Awas' dan 'Dilarang Masuk' di merata tempat di bangunan itu, Ali keluar dari semula dari bangunan itu melalui sebuah pintu kecil.

Selama dua hari ni, aku dan HOPE langsung tak jumpa apa…

Mei bagitau kemungkinan ada Mutant yang boleh sorokkan aura Mutant mereka, sama macam musuh mereka sebelum ini.

Danielle kuat. Aku tak terkejut kalau dia boleh juga...

Semua yang White Tigers tinggalkan berada di tangan Pasukan Khas.

Tak, jangan fikirkannya, Ali…Jangan terfikir pun untuk pergi ke situ."

Langit sudah berubah gelap, Ali memasuki rumahnya melalui tingkap yang dibuka perlahan. Dia terus membuka topeng kemudian duduk di sofa dan menghembuskan nafas yang panjang, tangannya terus menekan remote dan televisyen terus terbuka.

"Rakyat meminta jawapan dari kerajaan! Kita dah lima bulan dalam krisis sel mutasi ni…Tapi apa yang kita tak tahu adalah asal usul sel-sel itu! 304 anggota pihak berkuasa terbunuh, beribu rakyat Malaysia berubah menjadi rasaksa dan sekarang ada pula manusia yang berkuasa kemudian bergaduh di Klang?! Dunia apa yang kita sedang kita hidup bersama sekarang ni?" marah seorang lelaki tua di televisyen, dia menghentak meja dan menunding jari, Ali menukar rancangan televisyen.

"Superhuman yang dipercayai pernah bertarung di Klang dan membasmi rasaksa-rasaksa mutasi ditemui semula oleh Pasukan Khas. Dipercayai mereka hilang selama beberapa minggu selepas pertarungan di Klang dengan kumpulan samseng, The White Tigers. Ramai dari kalangan netizen menggelar mereka wira tetapi ramai juga yang ragu-ragu dan tertanya niat sebenar mereka." Wanita bertudung kelabu dan berkaca mata mengulas berita pula, Ali menonton kemudian meletakkan remote dengan perlahan.

HOPE…terutamanya Khalid dan Mei. Kehendak mereka untuk pertahankan orang ramai dengan kuasa yang mereka terima, itulah sebab aku letakkan kepercayaan aku pada mereka lepas mereka bantu aku sebelum ini…

Tiada siapa tahu apa yang mereka hilang, atau kegagalan mereka, atau pengorbanan yang sanggup mereka lakukan. Aku bukannya wira macam tu. Diri sendiri sedar, hati aku penuh kemarahan…Aku marah dan aku nak lepaskannya.

Dua kereta kebal berada diantara sebuah lori, di dalam ketiga-tiga kenderaan itu terdapat anggota-anggota Pasukan Khas yang bersenjata. Di dalam lori kecil itu pula, dua orang saintis dan mereka membawa beberapa barangan makmal dan badan seekor Strays yang disimpan dalam sebuah kapsul.

"Berkabus juga ya pagi ni…" kata pemandu kereta kebal yang berada di hadapan, mereka dikelilingi kabus yang menutupi pandangan mereka.

"Pelik…Takde hujan ke apa semalam, kan?" soal anggota yang lain.

Mereka tiba-tiba berlanggar dengan akar-akar yang keluar dari jalan raya menyebabkan kereta kebal itu hampir terbabas, lori yang berada di belakang kereta kebal itu cuba membrek namun tidak sempat dan berlanggar dengan kereta kebal di hadapannya, kereta kebal yang di belakang pula sempat membrek dan berhenti.

"Apa terjadi?!" soal anggota Pasukan Khas yang berada di kereta kebal yang berada di belakang, mereka mula keluar untuk melihat apa terjadi.

"Ini…bukan kabus…" Salah seorang anggota di situ menutup wajahnya selepas membau kabus yang mengelilingi mereka namun dia sedar ianya bukan kabus tetapi asap yang tebal.

Beberapa akar bergerak dan terus menjatuhkan beberapa anggota Pasukan Khas, tembakan bertubi-tubi dilepaskan dalam keadaan cemas itu. Lilly keluar dari asap dengan akar-akar yang dibawanya, dia menghentak anggota Pasukan Khas yang ditangkapnya di lantai jalan dengan kuat.

"Kita diserang!" jerit seorang anggota Pasukan Khas. Mereka yang berada di kereta kebal yang dilanggar oleh lori tadi mulai keluar namun ada yang tercedera dan tidak mampu berlawan, Danielle muncul di hadapan mereka dengan senyuman, seorang anggota Pasukan Khas segera mengacukan pistol ke arah dia namun Danielle menghancurkan pistol itu hanya dengan genggaman yang kuat sebelum mencekik anggota yang menyerangnya itu dan mengangkat dia keatas.

"S-Si-Siapa…urgh…kau?" soal anggota Pasukan Khas yang dicekik Danielle., ahli pasukannya yang lain mengacukan pistol dan senapang mereka namun tidak dapat melepaskan tembakan.

"Korang semua tiada guna untuk aku." balas Danielle sebelum mematahkan tengkuk anggota Pasukan Khas itu, yang lain terus melepaskan tembakan namun peluru mereka langsung tidak menembusi badan Danielle.

"Order, Invincible." Seluruh badan Danielle bercahaya biru, menandakan kuasa 'Order'nya sedang aktif. Danielle terus menyepak kepala salah seorang anggota Pasukan Khas yang menyerangnya sehingga tercabut dari badan, darah terpercik ke merata tempat.

"Aaaarghhh!" Anggota Pasukan Khas yang lain mula cemas, Danielle dengan pantasnya membunuh mereka hanya dengan tumbukan dan sepakannya yang berkuasa. Lilly yang berada di situ juga terkejut melihat apa yang Danielle mampu lakukan.

"Walaupun aku Mutant…Aku tak kuat sampai sebegitu sekali." monolog Lilly, Danielle pergi dari kereta kebal itu selepas membunuh semua ahli Pasukan Khas tadi dengan mudahnya, seumpama mengoyak kertas.

Dia dan Lilly bergerak pula ke arah lori, Danielle membuka pintu hadapan, lagi sekali, anggota Pasukan Khas yang berada di tempat duduk hadapan lori itu cuba melepaskan tembakan ke arahnya namun peluru tidak menembusi wajah Danielle dan dia terus menghancurkan kepala penyerangnya itu hanya dengan tumbukan, kelihatan pemandu lori itu juga sudah terbunuh dalam perlanggaran tadi.

Lilly memasuki belakang lori itu, dua saintis masih berada di situ, salah seorang daripada mereka mengacukan pistol kecil ke arah Lilly.

"Tolong, jangan melawan." kata Lilly, sambil menggerakkan akar-akar ke arah kedua-dua orang saintis itu.

"J-Jangan dekat!" Saintis yang bersenjata itu melepaskan tembakan namun akar-akar itu tidak terkesan pun, Lilly terus mengikat mereka berdua.

"Bagus, Lilly…Kerja yang baik." puji Danielle, dia menepuk kepala Lilly perlahan.

"Ouh…ah…terima kasih…" balas Lilly.

"Syakir. Mereka kau punya sekarang. Guna kuasa kau…Dapatkan semua informasi yang kita perlukan." arah Danielle, Syakir muncul.

"Jangan arah-arahkan aku…Aku tahu." balas Syakir, Danielle tersenyum kecil dan dia bergerak ke arah barangan makmal yang berada di situ.

"A-Apa korang nak buat?!" soal saintis wanita yang ketakutan, Syakir mengeluarkan wayar dari jari-jarinya.

"Aku paling tak suka…perempuan yang bising. Aku diamkan kau dulu." kata Syakir sambil wayar-wayarnya memasuki belakang kedua-dua saintis itu.

Mereka bertiga tidak lama kemudian keluar dari lori itu, Danielle meletakkan barangan makmal yang dibawanya dan badan Stray tidak bernyawa di lantai jalan. Lilly mengeluarkan beberapa biji benih yang terus berubah menjadi besar dan terbuka, menggunakan akar-akarnya, dia memasukkan barang-barang itu.

"Aku tak boleh kawal Stray yang dah mati. Kenapa bawa sekali?" soal Syakir, dia berjalan sambil membawa dua orang saintis tadi yang sudah berada dibawah kawalan.

"Kita hanya perlukan organ Stray itu saja…Kau akan faham nanti." balas Danielle, Syakir memandangnya pelik.

"Masih ada sesuatu kau sorokkan?"

"Bukan sorokkan…Lebih kepada kejutan." Danielle tersenyum, Syakir mengendahkan saja dia dan terus berjalan.

Biji benih yang berubah besar tadi menjadi kecil semula dan Lilly menyimpannya, Danielle mendekati Lilly.

"Kuasa kau menarik…Macam mana biji benih tu boleh mengubah barangan dan benda hidup di dalamnya dan mengecil?" soal Danielle.

"Sejujurnya…aku pun tak tahu. Mutant Cell buatkan aku rasa aku ada semua kemampuan ni sejak lahir tapi aku tetap tak faham semuanya. Ianya pelik." keluh Lilly, Danielle menepuk belakang badannya perlahan.

"Kita akan faham semuanya, satu masa nanti…Mari pergi dari sini dulu." balas Danielle, Lilly mengangguk faham dan menggunakan akar-akarnya untuk membawa dia, Danielle dan Syakir dari situ.

Asap yang menutupi kawasan itu tadi menghilang, menunjukkan kesan pembunuhan anggota-anggota Pasukan Khas yang mengerikan, dengan darah berlemuran di mereta tempat dan mayat-mayat yang bergelimpangan dalam keadaan hancur. Salah satu kamera yang berada di jalan raya itu bergerak ke arah kawasan jalan raya itu dan kedengaran ianya berbunyi, menandakan ia sedang merakam apa terjadi.