Syafiq bergegas masuk ke dalam sebuah bilik dalam makmal Bella, wajahnya kelihatan bengis. Beberapa orang saintis menoleh ke arah dia dalam keadaan keliru, Bella juga perasan akan Syafiq yang kelihatan tidak kena itu dan terus bergegas mendekatinya.
"Kapten. Apa jadi?" soal Bella.
"Orang-orang aku kena serang dengan Mutant! Yang pastinya…mereka ahli White Tigers…" balas Syafiq, Bella mengekorinya, mereka berjalan pula di sebuah koridor yang panjang.
"Apa yang buat kau pasti Mutant White Tigers yang serang?" soal Bella.
"Aku kenal salah seorang Mutant berada di situ.Dia ada malam masa kami bertarung dengan White Tigers." keluh Syafiq, teringat akan semasa dia bertembung dengan Danielle dan helikopternya diserang sebelum hampir terhempas.
Mereka berdua berhenti dihadapan sebuah bilik sel dengan papan tanda bertulis 'Danger Level-Medium Risk-Mutant'. Syafiq meletakkan tapak tangan kanan di mesin pengimbas, pintu besi bilik sel itu terbuka, dia dan Bella masuk bersama.
Di dalam bilik itu terdapat lelaki Mutant getah yang bertarung dan kalah dengan Mikael sebelum ini, seluruh badannya dipanjangkan sehingga tidak dapat dipanjangkan lagi, kaki dan tangan digari membuat dia tidak bergerak lagi.
"M-Makanan ke?" soal lelaki itu.
"Takde makanan untuk kau kalau kau tak bagitau aku apa aku nak, Riza!" jerit Syafiq sambil menghentak cermin diantara dia dan Riza.
"A-Aku…dah bagi kau semua yang kau nak…" balas Riza. Syafiq mengetap gigi kemudian menekan salah satu butang berada berada di mesin berhadapan dengan cermin disebalik dia dan Riza.
"K-Kurgh!" Badan Riza dipaksa untuk memanjang, menyebabkan dia terasa sakit.
"Siapa dia ni!? Bagitau aku!" Syafiq meletakkan gambar Danielle melalui rakaman CCTV, riak wajah Riza terus berubah gerun.
"T-Tak…Tak…"
"Dia serang dan bunuh semua anggota Pasukan Khas yang sedang bawa barangan penting! Orang aku pernah menyelinap masuk White Tigers sebelum ni…Kami tahu White, bos korang tapi siapa dia ni?!" soal Syafiq dengan bengisnya.
"A-Aku tak tahu apa-apa! Aku baru sertai White Tigers masa korang dapatkan aku! Aku tak tahu apa-apa! Aku serius! Mana mungkin aku tahu diorang akan serang Pasukan Khas sedang aku kat sini!?" Riza cemas menjawab soalan Syafiq itu. Bella menyilang tangan dan menyandarkan badan di dinding, memerhati Syafiq menyoal siasat.
"Kau tak jawab aku!" Syafiq menekan mesin itu lagi.
"B-Berhenti! Aarrghh! Kurrghhh!" Riza meraung kesakitan, Syafiq memberhentikan mesin itu kemudian memandang saja Riza dengan bengangnya.
"A-Apa lagi kau nak?! Korang dah potong aku…Seksa aku! Aku dah bagitau kau semua benda kau nak!" marah Riza pula.
"Masih…tak jawab aku Riza. Siapa lelaki ni? Semua Mutant dalam White Tigers dapat pangkat yang tinggi betul tak? Aku tahu dia ni Mutant…Siapa dia dan apa kuasa Mutant dia?! Jawab!" Syafiq marah semula, Riza meludah sehingga terkena pada cermin di hadapannya.
"Baik…kau bunuh aku je…Kalau dia tahu aku bagitau kau sesuatu, dia bunuh aku juga…Sama je." keluh Riza,Syafiq menekan butang lain yang membuka pintu sel Riza.
"Kapten. Apa kau nak buat?" tegur Bella, dia ke hadapan cuba menghentikan Syafiq.
"Kau nak main-main dengan aku bodoh!" Syafiq mengeluarkan pistol kemudian berjalan masuk ke dalam sel Riza dan memasukkan pistol ke dalam mulutnya, Bella segera menahan tangan Syafiq.
"K-Kapten! Sudah tu! Bertenang!" rayu Bella, jari Syafiq berada di picu dan Riza menutup matanya.
"Argh!" Syafiq menarik semula pistol dari mulut Riza kemudian menjauhkan dirinya, Riza tertunduk sedang Bella pula memandang saja Syafiq dengan risaunya.
"Buat…Buat dia bercakap, Bella…Aku kena kembali, tolong yang lain…Pastikan dia bercakap…" pesan Syafiq kemudian berjalan pergi dari bilik sel itu, Bella juga segera keluar dan mengunci semula bilik itu, Riza menoleh kearahnya.
"Dia dah mula bergerak. Jawapannya dia akan datang ke sini juga dan bunuh kita semua…" kata Riza.
"Siapa dia?" tanya Bella.
"Hati White Tigers…Itu betapa pentingnya dia. Kalau kau rasa kau dah tengok pelbagai jenis kuasa Mutant…Kau tak tahu apa-apa. Dia terlalu berkuasa, kalau dia pilih untuk serang markas Pasukan Khas dan makmal ni sekarang, dia sendirian boleh bunuh semua kat sini." Riza tersenyum sinis sedang dia bercerita tentang Danielle, Bella menjelingnya.
"Kenapa kau bagitau aku ni dan tak cakap dengan kapten tadi?" soal Bella, mempersoal motif Riza.
"Apa saintis tak guna macam kau boleh buat?"
"Berita tragis, kereta kebal dan lori Pasukan Khas yang membawa barangan penting makmal telah diserang oleh dipercayai sekumpulan Superhuman. Ini ialah kes pertama di mana Superhuman telah menggunakan kuasa mereka untuk menyerang, semua anggota Pasukan Khas terkorban dan dua saintis bersama mereka telah ditangkap…Siasatan masih dijalankan tentang kes ini-"
Semua ahli HOPE berada di hadapan televisyen dan menonton berita tentang serangan yang berlaku pada pagi tadi, riak wajah masing-masing keliru, risau, takut dan tertanya tentang apa yang terjadi. Mikael menyilang tangan dan memerhati rakaman yang ditunjukkan, matanya tertumpu ke arah akar-akar mati yang berada di rakaman itu.
"Syakir dan Lilly ada masa serangan tu…Nampak akar-akar tu? Akar yang sama dia guna masa kita bertarung dengan mereka sebelum ni." kata Mikael.
"Mutants yang jadikan abang dan aku Mutant? Mereka ke?" soal Nur, dia menoleh ke arah Mikael dengan wajah terganggu.
"Ya. Itu nama mereka." balas Mikael, Nur mengalihkan pandangan terus, menyorokkan riak wajahnya.
"Dah lah banyak netizen dan menteri tak suka kita…Sekarang ada pula yang buat macam ni? Kita akan makin dibenci." keluh Kyoko, dia menongkat kepalanya di sofa.
"Ada yang tahu kita kumpulan berbeza tapi apa kau cakap tetap betul. Makin susah kita nak buat hubungan baik dengan mereka sekarang." balas Mei dengan tangannya berada di dagu.
"Kita kena siasat apa terjadi." cadang Khalid.
"Kau nak kita masuk campur dengan kes ni?" soal Mikael.
"Kena tunjukkan dengan Pasukan Khas,kita berpihak dengan mereka dan kita boleh bekerjasama, buktikan kita berbeza…Apa korang fikir?" balas Khalid kemudian memandang semua ahli HOPE yang lain.
"Hum, faham. Tapi…" Nasuha kelihatan ragu-ragu.
"Kita pernah cuba tu, masa bertarung dengan White Tigers sebelum ni tapi mereka khianat kita dulu." sambung Khairul pula, dia kelihatan sedikit marah.
"Betul, aku tak nak letak kita dalam posisi bahaya macam tu dah, Khalid." kata Kyoko pula.
"Aku faham kenapa korang semua tak setuju tapi apa yang Khalid katakan tetap betul…Kena tunjukkan kita berbeza." balas Mei pula.
"Kita ada Rose, Shaurya dan Bella…Mereka boleh dapat info yang kita mahukan tentang apa sebenarnya terjadi. Minta tolong diorang dulu, baru kita buat bertindak. Lagipun sekarang kita tengah siasat tentang White Tigers…Mana tahu mereka mungkin ada kena mengena juga?" cadang Mikael, cuba menenangkan situasi.
"Maaf semua…Aku tak bermaksud nak buat korang semua tegang macam ni…" kata Khalid.
"Jangan risaulah. Kami faham je, Khalid." Nasuha tersenyum kecil.
***
"Lepas apa yang terjadi, dah terbukti, Superhuman sama je berbahaya seperti rasaksa mutasi! Mereka bukannya manusia!" kata seorang lelaki tua berkaca mata di televisyen, Shaurya terus menutup televisyen itu sambil Rose dan anggota polis lain memasuki bilik pejabat mereka.
"Pasukan Khas hilang tiga belas anggota mereka, kita ada pengalaman hadapi rasaksa mutasi dan Superhuman…Aku tawarkan unit kita untuk bekerjasama dengan Pasukan Khas buat sementara waktu ini, kita akan bantu siasat apa terjadi dan dapatkan ahli White Tigers yang bertanggungjawab atas serangan pagi tadi…" Rose memandang setiap ahli pasukan unitnya termasuklah Shaurya.
"Baik, puan." balas anggota yang lain, masing-masing kelihatan yakin dan tekad mendengar arahan Rose.
"Terima kasih semua. Bersiap, kita akan bergerak ke markas Pasukan Khas di Kuala Lumpur…" Rose menepuk tangan, ahli pasukannya yang lain bergerak ke meja masing-masing dan mula mengemas.
Beberapa fail dimasukkan ke dalam beg hitam, Rose memastikan fail yang dibawanya berkenaan kes Mutants dan White Tigers, Shaurya mendekati dia..
"Kenapa, Shaurya?" Rose perasan akan riak wajah tertanya Shaurya.
"Akak serius pasal bekerjasama dengan Pasukan Khas sekarang ni?" soal Shaurya.
"Bella yang minta tolong. Kapten Syafiq pun bercakap dengan aku secara peribadi. Mereka perlukan kita…Lagipun bekerjasama dengan mereka sekarang boleh bantu kita tolong HOPE sekali. Ada informasi dan intel hanya Pasukan Khas saja tahu." terang Rose, Shaurya mengangguk faham tetapi masih kelihatan kurang selesa.
"Aku faham…Kau tolak tawaran mereka sebelum ni. Maaf, Shaurya." Rose meletakkan tangan diatas lengan Shaurya dengan senyuman pahit.
"Jangan risaulah, akak…Asalkan akak ada, saya terus percayakan akak." kata Shaurya.
"Terima kasih, Shaurya."
"Begitu…Baiklah, aku cuba dapatkan apa aku boleh." Ali sedang bercakap dengan Khalid melalui panggilan telefon, selepas panggilan itu tamat, Ali meletakkan telefon di atas meja, riak wajahnya terus berubah bengis.
Apa kau buat Danielle?!
Kau bunuh mereka semua…Anggota Pasukan Khas…
Khalid menghantar gambar pada Ali, ianya gambar rakaman CCTV yang menunjukkan Danielle berada di jalan raya dengan darah berlumuran di merata tempat, Ali mengenggam telefonnya erat.
Khalid : Rose dan unit dia bantu Pasukan Khas dalam siasatan mereka. Dapat pastikan ianya ahli White Tigers yang kita jumpa haritu. Harap ini membantu.
Ali : Terima kasih, Khalid. Aku akan cari dia.
Khalid : HOPE pun akan bantu sekali. Mari hentikan mereka.
"Khalid." panggil Mei, Khalid menoleh kebelakang sambil menyimpan telefonnya, kelihatan ahli HOPE lain sudah bersiap sedia dalam kostum masing-masing.
"Kita tahu Mutants yang ada dalam kes ini, kali ini kita akan hentikan mereka serta merta…Aku faham kita pernah dikhianati Pasukan Khas tapi mereka tak lakukannya kerana mereka nak, aku percaya tu…Mereka hanya takut saja." kata Khalid, dia berjalan ke hadapan.
"Tapi janganlah berhenti berharap. Kita kena lakukan sesuatu yang benar walaupun ianya susah…Itulah kenapa kita cipta HOPE. Untuk beri harapan bagi mereka yang takut untuk berharap dalam masa yang gelap ini." Khalid memandang semua dengan riak wajah tekun.
Kita dah berlatih. Percaya pada kemampuan kita…
Kita dah lalu pelbagai susah senang bersama.
Selama beberapa bulan ni, kita ubah diri kita. Gunakan kuasa kita demi kebaikan.
Percaya balik pada diri sendiri, berharap semula. Demi masa depan yang lebih baik/
Bukan untuk kita saja, untuk Mutants lain yang masih menyorok…Yang masih sengsara…
"Syakir dan Lilly pastinya masih berada di sini…Tambahan pula mereka bekerjasama dengan White Tigers sekarang. Kita pun pastinya dalam sasaran mereka juga." kata Mikael sedang dia berhayun dan melekatkan dirinya pada dinding bangunan menggunakan kuasa bayang, Kyoko terbang ditepinya kemudian berpaut pada bahu Mikael apabila dia berhenti.
"Kita dah cuba cari mereka selama ni tapi tak jumpa apa-apa…Sedar-sedar saja mereka serang Pasukan Khas. Apa je kita boleh lakukan, Mika?" soal Kyoko.
"M-Mika?" Mikael pelik.
"Iya…Nama kau berbelit untuk lidah aku kekadang jadi aku panggil kau 'Mika' je sekarang." balas Kyoko dengan senyuman, Mikael mengeluh kecil.
"Kita kena teka tempat mereka bakal serang. Fikirkannya, mesti ada sebab mereka serang Pasukan Khas, apa yang mereka mahukan? Sesuatu? Seseorang?" Mikael meletakkan tangan di dagu.
"Kalau sesuatu tu…mereka ada curi Stray yang dibawa Pasukan Khas dan barangan makmal betul tak? Kalau seseorang, Pasukan Khas ada Mutant White Tigers dibawah tangkapan mereka…" balas Kyoko.
"Lepas kita serang White Tigers, kita paksa mereka menyorok semula dan hentikan operasi mereka seketika…Pasukan Khas pasti sita barangan mereka yang tertinggal di markas White Tigers. Boleh anggap juga serangan mereka ialah cara nak tunjukkan mereka masih berkuasa." terang Mikael.
"Oh, aku faham…Otak seorang polis memang menakjubkan, huh?" puji Kyoko dengan nada memerli.
"Aku tak terkejut kalau tempat yang mereka bakal serang ialah markas Pasukan Khas di Kuala Lumpur. Mereka ada kemampuan untuk serang markas tu sekarang." kata Mikael.
Mutants bukan lagi manusia. Macam mana kau nak percaya kemanusiaan dalam diri kau sekalipun, pada akhirnya kau sedar menjadi Mutants bermaksud diri manusia kau dah hancur, dah mati…
Bagi mereka yang masih berpaut pada kemanusiaan mereka. Mereka tak dapat jadi Mutants yang sebenarnya, yang sepatutnya.
Aku buang kemanusiaan aku. Masih ada sisa tapi aku akan pastikan, tiada kemanusiaan pun tinggal dalam aku.
Takkan lagi aku lemah, takkan aku tunduk lagi pada sesiapa. Untuk jadi makhluk terkuat.
Aku kena buang…semuanya.
Wajah terdesak Ali sedang dia ingin menumbuk Danielle terpapar di minda, mata Danielle terus terbuka. Dia menghembuskan nafas kemudian berdiri dari tempat duduk dan berjalan pergi.
"Takde apa lagi mereka boleh beri pada kita…Apa nak buat dengan mereka?" soal Syakir sedang Danielle berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang gelap, dua saintis yang ditangkap mereka diikat. Diatas meja terdapat nota-nota bertulis tentang segala informasi markas Pasukan Khas dan juga makmal yang berada disitu.
"K-Kami…dah bagi semua…Tolonglah…Lepaskan kami…" pinta saintis lelaki, Danielle memandangnya dengan senyuman.
"Syakir…Bagi kau mereka ada guna ke?" soal Danielle.
"Kalau kau tanya aku. Kehendak mereka lemah, aku pernah jadikan orang macam mereka menjadi Mutants. Orang macam mereka, yang puas dengan kehidupan tak beri apa-apa kuasa yang menarik dan berguna…" balas Syakir, teringat akan Hazim yang diubahnya menjadi Mutants dan hanya mempunyai kuasa mata laser.
"Aku cemburu…Kau puas dengan kehidupan?" Danielle meletakkan tangannya di tengkuk saintis lelaki itu.
"A-Apa…"
"Ada manusia yang hadapi kehidupan lebih sukar, ada yang lebih mudah. Ianya lumrah kehidupan. Kuasa aku benarkan aku ubah takdir…Dulunya aku manusia lemah, sekarang aku makhluk yang berkuasa. Mutant Cell melihat ke dalam roh manusia, itu apa makhluk asing yang bawa sel-sel tu kata…"Jari jemari Danielle mengetat pada tengkuk saintis itu.
"Jangan! J-Jangan…Tolonglah…" rayu saintis perempuan di tepinya sedang saintis lelaki itu tidak dapat bernafas.
"Jadi Mutant sekarang…Tunjukkan pada aku kehendak kau untuk hidup cukup untuk buat kau jadi seseorang yang berkuasa. Kalau kau tak dapat jadi Mutant atau Strays sekarang, kau akan mati dan terbukti…Kau tak layak untuk terus hidup." Senyuman Danielle berubah lebih sinis, dia mengetatkan lagi tangannya, saintis lelaki itu cuba melepaskan diri namun jari Danielle ketat dan kuat.
"Dalam hati kau, kau takut nak berubah menjadi Mutant, sebab itulah Mutant Cell kau tak dapat aktif…Kehendak untuk hidup kau lemah! Jadi buat apa kauhidup?" soal Danielle kemudian mematahkan tengkuk saintis lelaki itu, dia terus mati.
"Aaaaahhhhh!" jerit saintis wanita itu sambil bergelut cuba melepaskan diri, Danielle mencekik pula dia.
"Kau pula…Mari lihat." kata Danielle, saintis wanita itu memandang Danielle dengan mata gerun,dia semakin sukar bernafas dan tangan serta kakinya bergerak geri cuba melepaskan diri dari ikatan.
Syakir melihat saja Danielle dengan riak wajah kosong kemudian dia teringat sesuatu.
"Hei, perempuan…Fikirkan pasal tunang kau, dia bakal sendirian tanpa kau kalau kau mati." kata Syakir.
"T-Tol-longlah…Jangan…Jangan…Urgh…Kurgh!" Saintis perempuan itu mula menangis, Danielle kelihatan kecewa.
"Kasih sayang dan kehendak kehidupan kau masih lemah…Mengecewakan…mengecewakan betul manusia. Sebab itulah kematian kau tiada makna, langsung tiada apa yang berubah pun kalau kau mati…Bakal ada saintis yang gantikan kau, bakal ada perempuan lain gantikan kau…" Danielle mematahkan pula tengkuk saintis perempuan itu, terus membunuhnya juga.
"Syakir…Kita Mutants, manusia ialah makhluk yang lemah dan sepatutnya dibawah kita. Pertahankan mereka tiada makna, hubungan dengan mereka tiada makna…Itulah apa yang White Tigers perlu percaya." Danielle memandang Syakir pula.
"Aku setuju." balas Syakir.
"Sekarang…masa untuk fikirkan langkah seterusnya. Aku akan dapatkan semula hak White Tigers yang diambil oleh Pasukan Khas. Kita akan tunjukkan pada mereka, betapa lemahnya manusia…"