"Semua ni salah korang jugak! Korang yang tinggalkan aku dulu! Korang…buat tak tahu je! Aku lemahlah, aku bodoh! Aku tahu tu! Jadi kenapa tinggalkan aku!?"
Kelemahan manusia aku…Wajah Ali yang memandang aku sayu. Aku bencinya…Aku benci simpati tu. Dah terlambat baru kau terfikirkan pasal aku?
Aku tak perlukan kau lagi atau Ustaz Umar atau sesiapapun…
"Baiklah, Danielle…Kita akan mulakan sesi kita." seorang wanita bertudung dan berpakaian kemeja kemas duduk di hadapan Danielle dengan senyuman. Pada masa itu, Danielle masih berambut panjang serabai dan kurus kering, dia memandang wanita itu kosong.
Kehidupan manusia aku dah hancur. Tiada harapan lagi bagi aku…
Tuhan dah tinggalkan aku…
Masuklah terapi berapa kali pun, aku dah kosong. Kehidupan manusia aku ni langsung tiada makna…
Danielle berjalan sendirian di tengah jalan dalam pakaian yang lusuh dan seluar yang sedikit terkoyak, langit malam gelap saja. Tiada hala tuju bagi dia, Danielle hanya berjalan saja, telefon berdering, dia membukanya, terpapar panggilan dari Puan Fatimah.
"Danielle mana kamu hilang?!" soal Puan Fatimah.
"Huh?"
"Warden kata kamu hilang dari bilik kamu! Mana kamu sekarang, saya akan ambil kamu…" balas Puan Fatimah, Danielle mengenggam telefon.
"Tak perlu tolong saya lagi…"
Aku benci jadi manusia. Aku tak minta semua ni…
Membesar tanpa mak ayah, terpaksa jadi kuat sebab aku yang paling tua. Aku tak minta jadi bodoh…Aku tak minta dilahirkan pun!
Kenapa Tuhan letakkan aku dalam dunia ni? Kalau aku asyik menderita dan gagal…
Danielle membaling telefon ke lantai sehingga pecah, dia melarikan diri dengan pantas, seliparnya terbuka menyebabkan dia memijak jalan batu yang kasar dengan tapak kakinya.
Sambil itu, hujan partikel berwarna warni turun, Danielle terus berlari saja sehingga dia berada di kawasan bandar, sedang semua orang tertanya dan kagum melihat langit. Danielle berlanggar bahu dengan beberapa orang dan terjatuh ke lantai jalan.
"Kau fikir kau langgar siapa, huh?!" seorang lelaki berjaket hitam mengangkat Danielle dan menumbuk pula wajahnya.
Manusia…
Badan yang lemah, kena tumbuk sikit akan lebam.
Tak makan, badan kau akan kurus kering…
Semua keperluan, kau perlu ada duit untuk dapatkan semuanya.
Kehendak dan kemahuan hanyalah untuk orang yang bertuah dan berduit…
Bukan semua orang terlalu bertuah…dan hidup senang…
"Aku kenal dia ni…Bukan ke dia ni yang pinjam duit lepastu buat rumah anak yatim bayarkan hutang dia! Hahahaha! Aku ingat kau!" kata samseng-samseng yang membawa Danielle ke lorong yang gelap di sebalik bandar yang masih bercahaya, Danielle berpaut pada dinding dengan hidungnya berdarah dan mata lebam.
"Kau cari aku sebab nak gaduh ke? Huh?!" Seorang samseng menyepak perut Danielle menyebabkan dia termuntah.
Aku hidup ikut peraturan…Ikut agama tapi yang aku terima hanyalah tahi saja…
Tengoklah diorang ni…Hidup menyakitkan orang, ambil dari orang, curi dari orang, bunuh orang tapi hidup senang dan selesa.
Tuhan langsung tak adil…
Aku…tak boleh tunggu Dia atau orang lain selamatkan aku.
Tiada sesiapa akan selamatkan aku…
Bukannya ustaz yang besarkan aku ataupun…seseorang yang aku anggap keluarga…
Mereka orang yang bertuah.
Untuk hidup senang kau kena jadi seseorang bertuah dan diberi rezeki oleh Tuhan…
Aku mahu kawal…Kawal kehidupan aku…
Kalaulah aku boleh kawal semuanya…Aku boleh jadi seseorang yang bertuah.
Tumbukan yang dihayun oleh seorang samseng yang membelasah Danielle ditangkap olehnya, samseng itu terkejut dan terus menjeling Danielle.
"Aku nampak apa kau nak. Terima aku…Terima aku…Terima aku, Danielle."
Danielle keluar dari lorong yang gelap, tangan dan pakaiannya berlemuran darah. Dia menolak rambutnya ke belakang, kelihatan badannya berubah tegap dan besar, aura biru terang keluar dari tangan kanan dan aura merah hitam mengelilingi tangan kirinya.
Kebinasaan dan realiti. Takdir ada ditangan aku…
"Kuasa menarik yang kau punyai, Danielle…Potensi kau tinggi untuk jadi makhluk terkuat yang kami mahukan…" Sui'ra memandang Danielle dengan senyuman kecil, mereka berdua sedang berada di tempat persebunyian Sui'ra, kelihatan kapal angkasa Sui'ra yang berada di belakangnya.
"Kau bertuah, Danielle…" tambah Sui'ra lagi.
"Bertuah?"
"Ya…Kehendak kau untuk kawal takdir kau beri kau kuasa dil uar kefahaman manusia malah Zoturian sendiri. Aku sendiri tak sangka, Mutant Cell boleh beri kau kuasa untuk lawan realiti dan kawalnya." puji Sui'ra.
Itu apa yang makhluk asing tu katakan pasal aku.
Yang aku bertuah…Pada akhirnya aku bertuah bukannya sebab aku melutut berdoa. Hanya kerana kehendak aku…
Dengan kuasa ini, aku buat pilihan sendiri…Pertama kalinya dalam hidup aku dapat pegang takdir aku sendiri.
Aku takkan jadi lemah lagi. Itulah Order yang aku letakkan pada diri sendiri…
White tertunduk di hadapan Danielle sedang Alex pula terhentak di dinding, kelihatan kulit besi White retak dan terbuka, mengeluarkan darah. Dia mengetap saja gigi sedang Danielle berjalan ke hadapan.
"Sui'ra bawa aku pada kau berdua…Katanya kau mahu cipta kumpulan Mutants untuk kawal dunia kongsi gelap. Aku dah buktikan aku cukup berkuasa untuk sertai kau, betul tak?" Danielle tersenyum, White menoleh keatas dan Danielle menghulurkan tangannya.
"Aku takkan ambil organisasi kau. Hanya mahu jadi sebahagiannya saja." kata Danielle.
"Jadi…apa sebabnya kau belasah kami separuh mati?" soal White dengan wajah keliru.
"Hanya nak buktikan aku boleh kawal semua benda. Jadi jangan terfikir untuk tikam belakang aku, White." pesan Danielle, White mengeluh kecil dan menangkap tangan yang dihulur oleh Danielle.
"Kita sama. Kau dan aku…Mutants layak berada di atas rantai makhluk lain. Aku akan tunjukkan kau, apa yang kau nak, Danielle." balas White.
Aku pilih untuk balas dendam pada mereka. Pada samseng-samseng yang ambil semuanya dari aku…
Aku bawa Mutants lain di bawah pangkuan White Tigers. Seperti Nora dan Riza.
Tetapi satu masa aku tersedar sesuatu…Semua yang aku lakukan dan mahukan sekarang, ianya kehendak manusia aku.
Sifat ingin balas dendam, itu sifat manusia…
Kehendak untuk inginkan semuanya, itu sifat manusia.
Sifat belas kasihan, sifat manusia paling menjijikan…
Bunuh kemanusian aku…Itu apa yang aku perlu lakukan.
Untuk jadi makhluk di luar jangkauan manusia, untuk jadi Mutant sebenar…Aku kena terima ketidakmanusiaan diri aku…
Badan aku tak lemah lagi, jadi kenapa aku perlu takut?
Hati aku tak takut, jadi perlu ke aku membalas dendam?
Kasih sayang, hanya manusia saja boleh rasainya…
Buang…
"Tolonglah! Bagitau aku kenapa?! Bagi aku tolong kau. " Ali merayu sambil menarik baju aku…Entah kenapa…Hati manusia aku dijentik…
Aku jijik…Jijik sangat…
Masih ada kemanusiaan dalam diri aku.
Aku tak dapat hancurkan rumah anak yatim itu…
Aku tak dapat bunuh Ali.
"Kali ini…aku takkan lakukan kesilapan yang sama." kata Danielle, dia memandang Syakir dan Lilly, mereka duduk di meja bulat dengan peta dan informasi yang mereka perolehi dari dua saintis yang ditangkap mereka.
"Kesilapan?" Lilly kelihatan tertanya.
"Jangan teragak-agak. Fokus pada misi, dapatkan apa yang kita perlukan, bunuh sesiapa saja yang berani mencabar kita…Dengan jatuhnya markas Pasukan Khas, White Tigers dapat tunjukkan kuasa dan pergerakan kita yang seterusnya akan jadi lebih lancar…" terang Danielle.
"Jadi…lepas kita dapatkan apa yang White Tigers mahukan dari markas tu, kita akan mula hancurkan HOPE? Kau ingat aku bukannya orang bawahan kau betul tak?" soal Syakir, Danielle menoleh ke arahnya.
"Semestinya. HOPE masalah untuk kita…tetapi mereka ada kelemahan yang kita dapat gunakan. Hati mereka yang masih lagi melekat dengan kemanusiaan yang menjijikkan."
"Bagitau aku semua benda yang kau tahu pasal Danielle, Sui'ra! Macam mana dia jadi Mutant? Kenapa dia masuk White Tigers!?" soal Ali bertubi-tubi, dia bertemu dengan Sui'ra yang sedang memerhati Mutants lain melalui hologram dronnya, dia segera menutup hologram di sekeliling sedang Ali mendekatinya.
"Kau nampak terdesak, Ali…Aku dah kata, aku takkan masuk campur lagi betul tak?" balas Sui'ra.
"Jangan perbodohkan aku! Kau tahu Danielle berada dalam White Tigers dan sengaja buat aku bertemu dengan dia semula…Aku tahu kau, semua benda yang kau lakukan paksa kami berubah, kau hipokrit yang tetap celup tangan kau dalam dunia dan isu kami!" Ali menunding jarinya dengan riak wajah bengang, Sui'ra menghadap dia dengan senyuman kecil.
"Beberapa bulan lalu, banyak Mutants tiada hala tuju, terutamanya yang berada di Malaysia. Aku terpaksa berikan haluan pada mereka, tapi sekarang aku memang takkan masuk campur lagi...Manusia pilih nasib mereka dan aku akan terus perhatikan saja." terang Sui'ra, Ali mengenggam tangan.
"Kau dah banyak kali menipu, Sui'ra." balas Ali.
"Haih…baiklah sebab aku baik, aku bagitau kau sesuatu. Hanya Danielle saja ahli White Tigers yang berada di Selangor sekarang…dan ada dua Mutants baru yang sertai mereka." kata Sui'ra, Ali mengeluh kecil.
"Aku dah tahu tu! Selama beberapa hari ni aku dah pusing hampir satu Selangor cari mereka, satu sisa White Tigers pun takde tapi tiba-tiba saja semalam mereka serang Pasukan Khas." Ali menepuk wajahnya, Sui'ra mengangkat bahu.
"Kalau macam tu, takde apa aku boleh buat untuk tolong kau lagi…" keluh Sui'ra.
"Bukan ke kau dah bosan takde apa jadi selama beberapa minggu ni? Mesti kau nak sangat kami berlawan lagi betul tak?" tanya Ali.
"Ada benda lain menarik yang berlaku, Mutants bukan berada di Selangor dan Kuala Lumpur saja…Mutants yang berada di negeri lain juga menunjukkan perkembangan menarik." balas Sui'ra.
"Kau memang langsung tak nak menolong aku, huh…" Ali mengalihkan pandangan, Sui'ra menongkatkan kepalanya kemudian tersenyum semula.
"Dengar ni, Ali…Kalau kau tak dapat hentikan Danielle, masa depan manusia di Malaysia akan jadi lebih suram. Itu saja yang aku akan bagitau kau." pesan Sui'ra, Ali kembali memandangnya dengan riak wajah gerun.
"Apa maksud kau?"
"Dah kata…itu je yang aku akan bagitau kau."
"Sui'ra tak beri aku banyak benda berguna tapi itulah sajalah yang dia pesan pada aku." Ali sedang berpaut di hujung bumbung sebuah bangunan, Mei, Khalid dan Chyou sedang bersama dengannya. Dia memberitahu mereka bertiga tentang perbualannya dengan Sui'ra sebelum dia berjumpa mereka.
"Sekarang ni tak dengar apa-apa dari Kyoko dan Mikael, mereka kata mereka sedang siasat kawasan berdekatan dengan markas Pasukan Khas." kata Khalid, dia melihat skrin telefon seketika.
"Markas Pasukan Khas? Kenapa di situ?" tanya Ali.
"Bak kata Mikael…kemungkinan White Tigers mahukan sesuatu atau seseorang yang berada di markas Pasukan Khas. Kami dapat tahu ada makmal di situ, mereka sedang lakukan penyelidikkan tentang Mutants dan ada Mutant bawah tangkapan Pasukan Khas, dia ahli White Tigers." cerita Khalid.
"Masuk akal." Ali mengangguk faham.
"Apapun, kita tunggu apa-apa info atau panggilan dari mereka berdua…Sejujurnya aku berharap kita dapat hentikan apa mereka nak lakukan sebelum White Tigers bertindak dulu." kata Mei pula.
"Setuju juga." Ali berdiri di hujung bumbung bangunan itu.
"Kalau aku dapat apa-apa, aku akan bagitau korang." kata Ali.
"Samalah." balas Khalid pula. Ali terus melompat dari bumbung bangunan itu, dia mendarat di bumbung bangunan lain dan meneruskan langkahnya.
Sekuat mana pun Pasukan Khas, kalaulah mereka diserang lagi, ramai orang tak bersalah akan mati…Aku takkan benarkan Danielle bunuh sesiapa lagi…
Rose dan Shaurya gerun, mata mereka terbeliak. Rose mengenggam tangan yang mula menggeletar, Bella berjalan ke arahnya sambil membetulkan posisi cermin mata.
"Bella…Dari mana datangnya Mutant ni?" soal Rose, reaksinya membuat Bella terkedu seketika.
"Pasukan Khas bawa dia beberapa minggu lalu…" balas Bella, mereka bertiga sedang berada di hadapan kapsul yang menyimpan Zaki, seluruh badannya sudah pulih namun separuh lagi masih dalam bentuk rasaksanya.
"Dia hidup lagi?" keluh Rose.
"Ya. Bila aku fikirkan balik, korang berdua ada kat situ dan HOPE juga…Kenapa dengan Mutant ni?" soal Bella.
"Dia ni ayah Khairul…Dia cuba bunuh Khairul, culik Nasuha dan dia bunuh seseorang…" Rose kelihatan terganggu, Bella menghembus nafas panjang.
"Aku tak tahu apa-apa pasal tu tapi jangan risau…Dia bawah kawalan kita sekarang dan dia tak bangun-bangun dari haritu lagi. Badan dia pulih sepenuhnya tapi aku rasa serangan yang bakar dia sepenuhnya ada kesan dalaman, sel-sel mutasi dia pulih lebih perlahan." terang Bella.
"Apa gunanya dia ni pada kau pun, Bella? Tak boleh ke…bunuh je dia ni? Dia terlalu bahaya…" Rose ragu-ragu.
"Bertenang, Rose…Dia berguna dalam soal selidik kami. Orang sini lagi senang buat penyelidikan mereka pada Mutant yang nampak macam mati…Tak terdengar jeritan mereka bila kita koyak kulit, potong bahagian badan mereka." balas Bella dengan dinginnya, Rose mengalihkan pandangan dari kapsul itu.
"Akak…Akak okay?" tanya Shaurya pada Rose sedang Bella berjalan pergi.
"A-Aku okay." balas Rose, Shaurya memandang Bella seketika, kelihatan Bella sedang mengangkat kedua-dua ibu jarinya dan membuat riak wajah teruja, Shaurya tersenyum pahit melihat tindakannya itu.
"Jangan bagitau Khairul atau Nasuha pasal ni lagi…Mereka baru saja pulih selepas apa yang terjadi. Aku tak nak bebankan mereka dengan 'dia' ni sekarang." pinta Rose, dia memandang lagi Zaki dengan riak wajah bengang.
"Baiklah." Shaurya mengangguk faham.
***
"J-Jorrrmmm! Ma-kan! Ma-kan!" Stray berupa manusia gemuk dengan mulut yang terbuka sehingga ke perutnya sedang mengejar Khairul, Nur cuba membantu Khairul dengan mencipta tembok-tembok menggunakan batu tar di jalan namun Stray itu memakan saja tembok itu dengan pantas, giginya yang tebal membuat tanah yang keras seumpama mengunyah daging.
"Seriuslah! Dia makan tanah!?" soal Nur, tangan besar Stray itu menuju ke arah Khairul dan dia terus membelah jari jemari makhluk itu sebelum sempat menyentuhnya.
"Sya-kitlah! Arrrghhhh!" Makhluk itu berubah marah dan cuba menghentak Khairul dengan tangan kirinya berkali-kali, perisai cahaya tercipta di hadapan Khairul sebelum dia terkena serangan-serangan itu.
"Ambik ni!" Nur mengenggam tangan, di belakangnya tangan tanah tercipta dan mengikut pergerakan tangannya. Tumbukan yang kuat oleh tangan tanah dihayun dan tepat mengena wajah Stray itu, Nasuha yang sedang berada di udara mengangkat tangannya.
"Star Slash!" Nasuha melepaskan Star Slash yang menembusi makhluk itu, Stray itu berhenti bergerak seketika sebelum jatuh ke tanah, menyebabkan debu berterbangan di udara.
"Ahek! Ahem!" Khairul terbatuk-batuk hasil terperangkap dalam debu.
"Khai, okay tak?" tanya Nasuha sambil mendarat dengan perlahan.
"Aku okay…Ahem!" Khairul menepuk pakaiannya yang berdebu.
"Macam mana diorang nak bawak Stray besar macam ni?" soal pula Nur, dia menyilang tangannya sambil melihat saja Stray gemuk yang berada dihadapan mereka sekarang.
"Itu bukan masalah kita." kata Khairul dengan pantas.
"Begitu pulak ya?" Nur memandang dia pelik.
"Tapikan…ingat tak ahli White Tigers yang serang Pasukan Khas semalam? Mereka ada curi Stray juga, aku tak rasa ianya idea baik untuk biarkan je badan Stray ni disini, mana tahu mereka curi?" tegur Nasuha, Khairul dan Nur menoleh ke arahnya.
"Betul juga…" Khairul meletakkan tangan di dagu.
"Apa kata kita tunggu sampai ada yang ambil Stray ni baru kita gerak?" cadang Nasuha.
"Boleh je." balas Khairul.
"Tiba-tiba jadi masalah kita bila Nasuha cakap ya?." Nur meletakkan tangan di pinggang, kata dia sambil memerli Khairul.
"Y-Ya…" Khairul tersenyum geram.
Akhirnya mereka bertiga menunggu di sebuah pembinaan berdekatan dengan tempat mereka bertarung dengan Stray tadi. Tidak lama kemudian, satu kereta kebal dan lori besar mendekati jalan di mana badan Stray gemuk dibiarkan.
"Laju jugak diorang respon…Macam mana diorang tahu pun ya? Ada orang laporkan ke? Mana ada pangsapuri atau perumahan pun dekat sini yang akan perasan apa terjadi?" soal Nur, dia melihat sekeliling kawasan itu.
"Pasukan Khas ada kamera hampir di merata tempat, tengok tu, kalau kau tengok elok-elok di papan tanda tu." Khairul menudingkan jari ke arah kamera tersorok yang berada di sebuah papan tanda.
"Kalau macam tu, macam mana White Tigers boleh lepasi pemerhatian Pasukan Khas?" Nur masih tertanya.
"Kuasa mereka mungkin bantu mereka lepasi pemerhatian Pasukan Khas…Cahaya aku terang jadi cara macamtulah aku sorok wajah aku selama ni juga." balas Nasuha pula.
"Dan sebab itulah juga kita kena terbang tinggi supaya mereka tak tangkap kita pergi mana…" Nasuha membawa Khairul dan Nur terbang bersamanya, Khairul melihat sekeliling, matanya dapat melihat dari jauh dengan jelas, dia juga menggunakan hidungnya beberapa kali untuk menangkap bau Mutant atau Strays.
"Bila kau guna kuasa kau, kau dah nampak macam anjing bukannya mentadak." tegur Nur, dia memandang Khairul dengan wajah keliru.
"Manalah aku tahu, okay? Janganlah pandang aku macam tu…" keluh Khairul.
Tiba-tiba riak wajah Khairul berubah terkejut apabila dia dapat mengesan bau sesuatu yang tidak kena, dia mengangkat tangan keatas.
"Nasuha, berhenti kejap." pinta Khairul.
"Ada sesuatu tak kena?" tanya Nasuha, Khairul menutup mata dan telinganya, dia menfokuskan deria baunya.
"Busuk…Sesuatu yang busuk gila…Bau macam bangkai? Badan Stray yang tertinggal ke? Tak…Bukan…Takkanlah." Khairul membuka mata dan telinga semula, riak wajahnya mual.
"Khai?" Nasuha mula risau dengan melihat reaksi Khairul.
"Ikut jari aku Nasuha…Kita tengok apa bendanya tu." pinta Khairul.
"Baiklah." Nasuha membawa mereka terbang mengekori arah yang ditunjukkan jari Khairul, mereka makin terbang rendah dan melalui beberapa bangunan kilang sehinggalah tiba di sebuah longkang yang besar, kelihatan sisa-sisa kumbahan di situ datang dari kilang yang berdekatan.
"Bau busuk? Longkang memanglah busuk Khairul oi…" tegur Nur.
"Bukan…Ada bau lain." balas Khairul, Nasuha menurunkan mereka dan Khairul segera bergegas mengekori bau itu, Nasuha dan Nur membontotinya saja.
Langkah Khairul terhenti apabila mereka tiba di hujung longkang itu, dia meletakkan tangannya ke tepi, menghalang Nasuha dan Nur untuk ke hadapan lagi.
"Khai?" Nasuha tertanya.
"Mayat." Di hujung longkang itu kelihatan dua mayat saintis, lelaki dan perempuan yang telah dibunuh Danielle, terbiar dengan kot putih mereka kotor hasil terkena air kumbahan.
"Ah…" Nur terkebelakang sedang Nasuha mula menutup mulutnya dengan wajah gerun, Khairul menoleh ke arah mereka berdua.
"Kita kena call polis." kata Khairul.