Bunyi siren yang kuat didengari, dua beg hitam dimasukkan ke dalam belakang sebuah ambulans, anggota polis yang berada di situ menutup sekeliling kawasan dengan pita keselamatan dan ada yang memeriksa sekeliling serta menangkap gambar.
Khairul memerhati dari bumbung bangunan kilang berdekatan, dia bergerak semula ke belakang. Kelihatan Nasuha dan Nur sedang duduk bersama, mereka menoleh ke arah Khairul sedang dia mendekati mereka.
"Aku dapat dengar sedikit apa yang diorang sembang kat bawah sana. Mereka berdua saintis yang kena culik dengan White Tigers." kata Khairul, dia menundingkan jari ke arah telinganya.
"Siapa sangka, huh? Kita yang jumpa." balas Nasuha, dia berdiri dengan perlahan.
"Diorang buang tepi longkang je…Dasar-! Haih…" Nur bengang. Dia teringat akan semasa abangnya dibunuh begitu saja oleh Zaki seketika namun dia segera lupakannya.
"Memang takde apa kita bertiga boleh buat untuk cari diorang ke? Kuasa Khairul bukan berguna ke untuk cari orang?" soal Nur.
"Kiranya kita dah tolong tanpa sengaja juga dapat jumpa dua saintis tu. Kemungkinan diorang tak nak kita masuk campur. Lepas apa terjadi sebelum ni, mereka nak jaga kita, aku tahu tu, dengar diorang cakap tanpa sengaja." keluh Khairul, riak wajahnya kelihatan sedikit kecewa. Nasuha memandang Khairul dan Nur yang tegang kemudian menghembus nafas panjang.
"Semua orang ada tugas masing-masing. Kita basmi Strays demi keselamatan orang juga, janganlah anggap kita buat lebih kurang dari sesiapa." pesan Nasuha, Khairul dan Nur menoleh ke arahnya pula.
"Percaya pada ahli HOPE yang lain, bila diorang perlukan kita, kita akan ada di situ." Nasuha tersenyum.
***
"Kita boleh anggap diorang dapat apa-apa saja informasi yang mereka mahukan dari dua saintis kita yang terbunuh." keluh Syafiq, terdapat beberapa anggota Pasukan Khas, Rose dan unitnya serta Bella bersama saintis lain di tengah-tengah markas Pasukan Khas.
"Amna dan Imran, mereka berdua bekerja dekat dengan aku jadi mereka tahu banyak benda tentang selok belok kita di sini…" Bella menyilang tangan dengan wajah terganggu, teringat akan dua rakan makmalnya yang terbunuh.
"Hasil autopsi tunjukkan ada luka macam lubang di belakang kepala diorang, kesan cekik di tengkuk, punca kematian pula ialah patah tengkuk. Mereka diseksa, itu pasti." balas Rose pula.
"Kalau apa yang White Tigers mahu lakukan ialah serang kita, aku hanya fikir dua sebab saja, kita ada seorang ahli mereka bawah tawanan kita dan mereka nak curi penyelidikan makmal kita. Mereka curi barangan makmal masa mereka serang lori kita. Kita tahu juga mereka ada lakukan penyelidikan dan teknologi berkenaan rasaksa mutasi dan Mutant…" Bella mengangkat dua jarinya, dia menurunkan jari apabila teringat akan Riza yang berada di markas itu dan menurunkan lagi satu jari apabila teringat akan teknologi exoskeleton yang ditemui di markas White Tigers sebelum ini.
"Beranilah mereka serang kita! Aku cabar mereka…Aku tak kisahlah apa kuasa Mutant mereka, di sini kita ada segala jenis senjata dan alatan yang pastikan kita boleh kalahkan mereka. Kita akan balas dendam kematian orang-orang kita! Aku pastikannya…Buat masa ni, kita bersedia saja." Syafiq tekad, dia kelihatan bengis, Rose dan Shaurya memandang sesama sendiri dengan riak wajah risau.
Selepas seketika, mereka bersurai…
"Kalaulah betul kita kena serang, kita akan kalah." keluh Bella, Rose dan Shaurya yang sedang mengekori berjalan terhenti langkah bersamanya, Bella menoleh kearah mereka berdua.
"Bayangkan, peluru takde apa-apa kesan pada mereka, tembak RPG sekalipun tak pasti boleh sakiti mereka. Kebanyakan teknologi untuk berkas Mutants pun masih dalam fasa prototype, kita tak bersedia langsung…untuk pertarungan sepenuhnya dengan Mutants." terang Bella, dia menghalakan tangannya ke arah senjata dan alatan yang berada di dinding sekeliling markas itu.
"Ada ahli HOPE berdekatan dengan markas, Mikael dan Kyoko…Mereka tahu juga ada kemungkinan White Tigers akan serang markas Pasukan Khas ni jadi jangan risau, mereka boleh datang tolong." balas Rose.
"Kau percaya betul dengan diorang, huh? Ingat, diorang kalah dengan White Tigers sebelum ni…" Bella memandang Rose pelik.
"Aku percayakan mereka, Bella. Siapa lagi yang kita nak percaya pun?" soal Rose, Bella mengeluh kecil.
"Harap betul-betullah kita boleh letak harapan pada diorang…"
Kilat unggu dengan pantasnya mengelilingi kawasan berdekatan dengan markas Pasukan Khas, Kyoko mengelak kamera-kamera yang diletakkan Pasukan Khas, dia berhenti di sebuah bumbung bangunan pencakar langit, Mikael berada di situ dan meletakkan khemah kecil terbentuk dari kuasa bayangnya.
"Panas betul cuaca…" Kyoko membuka topeng dan bergerak ke bawah khemah itu, Mikael mencipta kipas dari bayang pula.
"Kuasa kau memang terbaiklah, Mika." puji Kyoko dengan wajahnya menghadap kipas bayang itu.
"Kau ada jumpa apa-apa?" tanya Mikael.
"Takde apa. Ada beberapa bangunan dengan tempat aku tak dapat masuk sebab kamera…Saya hanya ikut arahan saja, tuan! Tuan kata jangan bagi kamera nampak supaya Pasukan Khas tak salah faham, tuan!" balas Kyoko kemudian memerli Mikael.
"Mungkin aku sendiri yang pergi tengok, aku boleh sorok diri dalam bayang tapi aku tak laju macam kau jadi bakal makan masa…" Mikael berfikir, dia berjalan sehingga ke hujung bumbung bangunan itu.
"Dah nak dekat seminggu kita cuba cari diorang ni, satu sisa pun tak dapat. Geram pulak aku…" keluh Kyoko.
"Aku memang berharap kita dapat hentikan mereka sebelum mereka serang markas Pasukan Khas…Tak nak ada orang terkorban, kita tak boleh kalah dengan White Tigers lagi dan lepaskan mereka." Mikael memikirkan semasa White Tigers dapat melarikan diri dengan menggunakan rasaksa dari kuasa Nora.
***
Ali bergerak ke ruang tamu rumahnya sambil membawa bingkai gambar, ianya gambar dia bersama Danielle dan Arfan semasa kecil. Dia terduduk di sofa kemudian membuka telefon, Ali menaip nama Arfan di log telefon dan terus membuat panggilan.
"Assalammualaikum, Arfan, boleh tak kita jumpa?"
Kereta merah berhenti di hadapan sebuah rumah, Arfan terus membuka pagar dengan senyuman. Ali keluar dari kereta dan tersenyum kecil juga.
"Assalammualaikum, Ali." Arfan mendekati Ali dan terus memeluknya perlahan.
"Waalaikummusalam…Serius lama tak jumpa, huh?" balas Ali.
"Kita semua sibuk…tambahan pula dengan kuarintin." kata Arfan, mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah.
"Uncle Ali!" seorang anak lelaki berambut kerinting teruja apabila bertemu Ali.
"Hei, Ryan. Dah besar dah kamu." balas Ali dengan senyuman, Ryan terus berlari dan melompat ke arah Ali. Dengan pantasnya, Ali menyambut Ryan dan mendukungnya.
"Ryan…Bertenang sikit." tegur Arfan sambil duduk di sofa, Ali duduk di tepinya, masih mendukung Ryan.
"Teringat macam seseorang jugak, masa dia kecil, susah nak bertenang." perli Ali, Arfan tergelak kecil.
"Dah besar pun tak bertenanglah dia tu, Ali…Banyak je perangai dia." Wanita bertudung labuh memasuki ruang tamu sambil membawa bayi berbaju merah jambu bersamanya.
"Assalammualaikum, Zati. Apa khabar semua?" tanya Ali.
"Waalaikummusalam…Alhamdullilah, kami okay-okay saja." balas Zatil, Ryan turun dari Ali dan bergerak ke arah ibunya.
"Baiklah, Zati tinggalkan korang berdua…Jom Ryan, jangan kacau Daddy dengan Uncle nak sembang." ajak Ainul, dia meletakkan tangannya di belakang kepala Ryan.
"Okay!" Ryan mengekori ibunya berjalan ke dapur.
"Mesti ada sesuatu penting sampai kau nak jumpa aku sekarang jugak ni…Apa halnya, Ali?" tanya Arfan sejurus keluarganya pergi, Ali menoleh ke arah dia dengan riak wajah yang berubah sedikit sayu.
"Aku nak tanya dengan kau, apa jadi dengan Danielle? Kau yang tolong dia lepas aku dengan Ustaz Umar jumpa dia haritu…Aku langsung tak tahu apa-apa terjadi dengan dia lepas haritu dan aku rasa serba salah sekarang, aku banyak penyesalan…" soal Ali pula, kedua-dua tangannya digenggam erat.
"Danielle bukan dah elok ke sekarang? Ustaz cerita aku dia ada berjumpa dengan ustaz haritu, kau pun ada…" balas Arfan dengan kelirunya.
"Bagitau jelah aku, apa jadi?" keluh Ali.
"Okay-okay…Aku bawa Danielle dapatkan bantuan terapi, jumpa doktor psikologi. Dia diletakkan di rumah sakit jiwa tapi dia larikan diri, takde siapa jumpa dia sejak 5 bulan lepas tapi, dia muncul tiba-tiba haritu, dalam keadaan baik semua…" cerita Arfan.
"Kenapa kau tak bagitau aku apa-apa?" Riak wajah Ali berubah keliru, Arfan menghembus nafas panjang.
"Aku tak nak bebankan kau dengan apa terjadi dengan Danielle, permintaan Ustaz Umar juga, kau tengah fokus kerja baru kau…Kami semua faham kau penat. Tak macam kau, aku tak usaha banyak macam kau…jadi aku ambil tanggungjawab pikul hal ni." terang Arfan, dia menepuk bahu Ali dengan senyuman pahit.
"Aku kena tahu juga, Arfan. Aku bukannya budak lemah yang perlu dipertahankan lagi…" keluh Ali.
"Maafkan aku, Ali." kata Arfan perlahan.
"Aku bukannya nak buat kau serba salah, aku tertanya saja. Kenapa Danielle lari?" tanya Ali, mengubah topik kepada hal Danielle semula.
"Tak pasti sebab sebenar. Rawatan psikiatri dia sebenarnya tak berjalan agak lancar, Danielle tak beri kerjasama." balas Arfan, Ali mengangguk faham.
Aku terus bertanyakan pasal Danielle, ada juga masa kami bersembang tentang masa-masa dulu. Sekesal mana pun aku rasa pasal tindakan Arfan dan Ustaz Umar, pada akhirnya pilihan mereka ialah untuk menjaga aku dan Danielle.
Diri sendiri pun salah, aku terlalu fokus dalam dunia sendiri sampai aku tinggalkan keluarga sendiri untuk sengsara…
Danielle ialah tanggungjawab aku.
"Lain kali, tolonglah jangan sorokkan apa-apa benda penting dari aku." pinta Ali, dia sedang membuka pintu kereta, Arfan tersenyum pahit.
"Aku janji."
"Puan Bella!" Seorang saintis bergegas ke arah Bella sejurus dia memasuki makmal.
"Apa hal?" soal Bella, dia pelik melihat saintis yang kelam kabut itu.
"Mutant tu bergerak!" kata saintis itu, mata Bella terus terbuka luas dan dia bergerak ke arah kapsul Zaki, kelihatan mulutnya bergerak sedikit, matanya terbuka sedikit dan pandangan pertamanya ialah Bella yang dikelilingi saintis dan pembantu makmal lain.
"K-Khai-Khai…rul…." kata Zaki perlahan.
Namun tiba-tiba matanya terbuka luas menunjukkan ia berubah seumpama serigala, bulu memenuhi badan dan wajahnya berubah bentuk seperti binatang, giginya semua berubah taring.
"Mana aku! Lepaskan aku!" jerit Zaki, saintis-saintis lain dan pembantu makmal segera ke belakang dalam kegerunan dan kekeliruan namun Bella berdiri tanpa takut di hadapan Zaki.
Dia tidak dapat bergerak di dalam kapsul itu.
Masalah lain ke masalah lain, huh?
"Kami selamatkan kau! Kalau kau tak bertenang, aku akan bunuh kau kat sini juga." cabar Bella, Zaki menoleh ke arahnya.
"Aku tahu siapa kau dan apa yang kau dah buat…Kau sepatutnya bersyukur kami simpan kau dan tak hancurkan, belah badan kau satu per satu jadikan bahan makmal." kata Bella dengan jelingan tajam, hidung Zaki bergerak kemudian dia tersenyum sinis.
"Kau berani…hanya untuk seorang manusia kecil." kata Zaki dengan nada memerli. Beberapa anggota Pasukan Khas memasuki makmal bersama Syafiq, mereka semua siap bersenjata. Rose dan Shaurya juga memunculkan diri mereka, jelingan tajam terus terkunci ke arah Zaki.
"Bertenang semua, dia tak boleh pun keluarkan diri dia sekarang." kata Bella, dia menoleh ke arah semua anggota Pasukan Khas kemudian memandang pula Rose dengan senyuman yakin, riak wajah Rose berubah keliru.
"Begitu…Pasukan Khas dan polis…Aku kenal kau perempuan." Zaki memandang saja Rose, Shaurya bergerak ke hadapan, menghalangnya dari terus memandang Rose dengan mata yang menunjukkan niat kejamnya.
"Aku hidup lagi? Hahaha….Lawak betul nasib aku…." Zaki tertunduk pula.
"Kau terhutang budi pada kami, Mutant. Kami boleh biarkan kau mati tapi kami pilih untuk tolong kau. Berikan kerjasama, kita tak perlu tumpahkan darah secara sia-sia." kata pula Syafiq, dia berjalan ke hadapan.
"Apa yang korang nak dari aku? Aku tak kisah pasal apa-apa pun, ada seseorang aku perlu seksa dan bunuh…Aku takde masa untuk semua ni." keluh Zaki.
"Kalau kami bunuh kau sekarang…Kau takkan dapat tunaikan apa-apa kehendak kau tapi kalau kau bekerjasama dengan Pasukan Khas, kau tak perlu mati." tawar Syafiq.
"Apa-?" Rose memandang Syafiq dengan wajah gerun.
"Nampaknya aku tiada pilihan sangat." Zaki tersenyum semula.
Selepas situasi berubah tenang, Rose keluar dari makmal itu, dia melajukan langkahnya mengejar Syafiq yang dikelilingi anggota Pasukan Khas yang lain.
"Apa yang kau fikirkan, kapten?!" soal Rose dalam keadaan marah.
"Akak Rose…" Shaurya menarik tangannya, menghalang Rose dari mendekati Syafiq lagi.
"Kita bakal berlawan dengan Mutants, Rose. Kau faham kita perlukan kekuatan dia ataupun kau ada idea lain? Kau ada kawan Mutants yang boleh tolong kita ke?" soal Syafiq semula, Rose terdiam mendengar kata-kata dia.
"Aku tak nak lagi orang aku terbunuh dengan sia-sia. Kita akan cari jalan untuk berunding dengan Mutant tu, apa-apa cara pun, kita perlukan kekuatan dia sekarang,apa-apa jenis kuasa pun dia ada bakal berguna." terang Syafiq kemudian terus berjalan pergi bersama anak buahnya yang lain, Rose mengetap gigi.
"Sial!" marah dia sendirian kemudian memijak tanah dengan kuat.
"Akak Rose, bertenang…" pinta Shaurya.
"Macam mana aku nak bertenang?! Aku…tipu Khairul sekarang, tipu semua ahli HOPE. Aku sorok benda penting ni dari mereka…Aku tak nak sakitkan Khairul saja…tapi sekarang pun aku tak boleh bagitau." Rose memeluk diri sendiri, riak wajahnya serba salah, Shaurya sayu melihat keadaan Rose itu.
Aku langsung tak boleh buat apapun akhirnya…
Kenapalah aku ni lemah sangat?
Macam mana aku nak jadi orang yang layan untuk Akak Rose kalau aku masih macam ni?
Rose meneruskan langkahnya, dia langsung tidak memandang Shaurya dan diam saja. Shaurya mengekori dia dari belakang namun terhenti apabila terdengar bunyi kayu yang retak, dia menoleh ke bawah dan mengangkat kakinya.
Terdapat tumbuhan kecil yang dipijaknya.
"Huh…Huh…Huh…" Mei tercungap-cungap, seluruh badannya berpeluh dek kepanasan, Chyou duduk di tepi dia kemudian meletakkan ais diatas kepala Mei. Khalid bergerak ke arah Furioswheels kemudian membuka pintu dan masuk ke dalamnya.
"Aku…dah cuba tapi tak dapat apa…Badan aku panas dengan pantas bila aku cuba imbas seluruh bandar ni…" keluh Mei,dia memegang kepala yang berat.
"Jangan paksa diri kau dah, Mei…Kau dah guna kuasa kau pada tahap maksima hampir setiap hari, tak nak kau cedera. Rehat dulu." balas Khalid, Mei hanya mengangguk saja.
"Kita tak jumpa apa-apapun, Khalid…Kakak aku dah berusaha sebaik mungkin, tolong jangan paksa lagi penyiasatan yang tak bawa apa-apa ni…" tegur Chyou, Khalid menoleh ke arahnya, Chyou memandang Khalid dengan wajah kecewa.
"Kalau…White Tigers…nak serang Pasukan Khas, kita tunggu dan tolong masa mereka serang…Bagi kakak rehat…" pinta Chyou, Khalid terdiam saja, tidak mampu berkata apa-apa lagi.