Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 66 - BAB 60 : TIADA PILIHAN

Chapter 66 - BAB 60 : TIADA PILIHAN

Strategi aku gagal kalahkan White Tigers dan letak HOPE dalam bahaya…

Dua ahli pasukan aku diserang, seorang cedera parah dan seorang ditangkap…

Lagi sekali, kami hampir kalah dan aku letak HOPE dalam bahaya lagi…

Aku gagal banyak kali.

"Kita pernah cuba tu, masa bertarung dengan White Tigers sebelum ni tapi mereka khianat kita dulu."

"Betul, aku tak nak letak kita dalam posisi bahaya macam tu dah, Khalid."

"Aku dapat kesan apa kau rasa, Khalid. Kau tengah takut dan tak yakin." tegur Mei, dia mendekati Khalid yang sedang sendirian di balkoni dan memandang langit malam, Khalid menoleh ke arahnya dengan riak wajah sayu.

"Semua benda kita buat sekarang tak jadi macam sebelum ni. Siasatan tak bawa hasil…Sebelum ni pun, pertarungan kita dengan kumpulan jahat lain semuanya huru hara, kita kalah dan aku tak nafikannya. Sebagai ketua, semua ni tanggungjawab aku." terang Khalid,Mei meletakkan tangannya di belakang badan Khalid.

"Mei, sejujurnya…Aku tak tahu nak buat apa lagi dah." keluh Khalid.

"Aku pun sama bertanggungjawab dengan kau, HOPE ialah pasukan kita. Ini ialah impian kita." balas Mei, Khalid mengeluh kecil.

"Aku tahu benda ni takkan jadi macam kartun atau cerita-cerita yang aku tengok. Aku tahu aku bakal gagal tapi takkanlah aku gagal banyak kali macam ni? Lama-kelamaan, mereka akan hilang percaya...Seseorang macam Mikael atau Ali lagi layak jadi ketua dari aku." Khalid mengenggam tangan, segala kegagalannya, semasa dia kalah dalam pertarungan dengan White dan Zaki terpapar di minda.

"Khalid." panggil Mei, dia menepuk pula bahu Khalid membuat Khalid memandangnya semula.

"HOPE masih percaya dan perlukan kau, aku tahu tu. Tiada blueprint untuk berjaya dalam apa kita buat, memang ada masa kita gagal tapi aku nampaknya Khalid, sejauh mana kau bawa kami…Kau harapan aku." Mei meletakkan pula tangan di dada Khalid kemudian tersenyum kecil, angin bertiup perlahan, menolak rambut Mei membuat Khalid dapat melihat wajah penuhnya.

"Mei, kau boleh guna kuasa kau untuk bagi aku yakin semula betul tak?"

"Ya tapi itu bukan apa kau nak, Khalid yang aku tahu bina keyakinan itu sendiri."

"Mungkin." Khalid tersenyum pahit, Mei menarik semula tangannya.

Di tingkat bawah pula, Mikael dan Kyoko sedang duduk di halaman rumah Mei bersama, Mikael mengeluarkan kotak rokoknya.

"Ada had sejauh mana aku boleh kawal bayang aku, terfikir nak letak sejenis bayang yang boleh bergerak sebagai penggera di markas Pasukan Khas tapi sekarang ni aku tak dapat rasa atau kesan pun bayang tu…" Mikael membakar sepuntung rokok dan terus menghembuskan asap ke tepi, Kyoko menongkat kepala menggunakan kedua-dua tangannya.

"Mei ada bagi biji mata pelik tu dekat Rose tak silap aku jadi kalau ada kecemasan, kita akan tahu…Harapnyalah." balas Kyoko pula.

"Korang ada dapat jumpa apa-apa ke?" tegur Khairul, dia berjalan ke arah Mikael dan Kyoko dengan kedua-dua tangannya di dalam poket seluar.

"Takde apa." keluh Kyoko.

"Kita berlawan dengan diorang masa tahu serba sedikit pun, kita hampir kalah…Macam mana nak menang bila kita tak tahu apa-apa?" soal Khairul, riak wajahnya kelihatan ragu-ragu.

"Selama bertahun aku bekerja sebagai anggota polis, kebanyakan masa, aku hadap musuh yang aku langsung tak tahu apapun pasal mereka. Kita kena cekap, jangan melulu, jangan takut…Itu je kuncinya, ketenangan buat kita berfikir lebih bagus, bila kita takut, kita terlalu ikutkan perasaan." pesan Mikael, dia menoleh ke arah Khairul.

"Kita hadap saja musuh kita, sama ada kita faham mereka atau tidak, yang penting ialah kita bijak dan tahu kemampuan sendiri." pesan Mikael, dia mengacu ibu jari ke arah kepalanya.

Khairul memikirkan tentang pertarungan-pertarungannya sebelum ini, dia sentiasa melulu dan kadang-kadang hampir hilang kawalan kerana tidak dapat mengawal emosinya, Khairul mengeluh kecil kemudian mengangguk faham.

"Aku cuba, orang tua."

Keesokan harinya…

Anggota Pasukan Khas yang berada di menara sambil menggunakan sniper sedang melihat sekeliling kawasan markas mereka. Terdapat yang menjaga pagar masuk keluar, seluruh markas dipenuhi dengan anggota Pasukan Khas yang bersenjata dan bersiap sedia untuk serangan di mana-mana arah.

Unit polis di bawah Rose menjaga makmal, Rose membetulkan jaket kalis pelurunya dan memakai helmet berwarna biru tua. Shaurya mengikat kain merah di kepala dan memacakkan rambutnya, mereka mengambil senapang automatik masing-masing, Rose melihat isi peluru pistol tangannya sebelum menarik laras pistol itu.

"Selesai…Kau boleh keluar sekarang." kata Bella, Zaki dengan exoskeleton mengikat seluruh badannya keluar dari kapsul, riak wajahnya kurang selesa.

"Aku dah kata…Aku akan sertai program Pasukan Khas itu betul tak? Masih tak percayakan aku?" soal Zaki.

"Semestinya, kau kena buktikan kau boleh dipercayai dulu. Sebelum ni kau sakiti ramai orang, bunuh orang jadi jangan pelik kami tak percaya kau sepenuhnya…Mesin tu boleh kesan sama ada kau menyerang musuh atau anggota kami, kalau kau terfikir sedikit pun untuk sakiti anggota Pasukan Khas atau orang tak bersalah, mesin tu akan kawal pergerakan kau sepenuhnya." terang Bella, Zaki melihat tulang exoskeleton yang berada di tangannya, dia menghembuskan nafas panjang.

"Peluang kedua untuk kau, Zaki…"

Malam sebelumnya, Zaki yang berada di dalam kapsul sedang berbincang dengan Syafiq yang ditemani Bella.

"Aku mahukan Mutants yang boleh bekerjasama dengan Pasukan Khas." kata Syafiq, Zaki tersenyum sinis.

"Apa yang kau buat fikir aku nak sertai kau?" soal Zaki.

"Kami tahu serba sebanyak pasal kau…Dendam kau terhadap anak sendiri, sejarah penderaan kau pada dia. Kau rasaksa, Zaki, sebelum kau jadi Mutant sekalipun. Ikut perasaan, aku dah bunuh kau sekarang." balas Syafiq dengan jelingan tajam, Zaki membalas jelingan itu dengan berubah menjadi rasaksa.

"Cubalah bunuh aku." cabar Zaki.

"Untuk lawan rasaksa kau perlukan rasaksa! Kau fikir kau takde pilihan selain daripada jadi rasaksa disebabkan kuasa kau tapi aku nak berikan kau sebab, jadi rasaksa untuk Pasukan Khas!" Syafiq menaikkan suaranya, Zaki terdiam seketika.

"Kau boleh dapatkan kehidupan kau semula, itu jaminan aku. Tak kisahlah pasal masa lepas kau, jika kau pilih untuk jadi rasaksa kami, kau akan hidup macam raja. Fikirkannya, kau menang, anak kau tetap bakal hadapi kesusahan, kumpulan Mutants dia tak nampak macam ingin sertai kami, kalau mereka terus menentang kehendak Pasukan Khas, satu masa nanti kau akan bertarung lagi dengan dia…" terang Syafiq, Zaki mula kelihatan tertarik dengan tawaran Syafiq.

"Bila tiba masa tu, kau boleh bunuh, seksa anak kau tapi kali ini kau dapat kebenaran, dari Pasukan Khas dan kerajaan. Mutants yang menentang kami akan dianggap seperti Strays saja, tak kisahlah sama ada mereka menjaga kemanusiaan atau tak…Menentang Pasukan Khas dan kerajaan jadikan mereka musuh." sambung Syafiq, senyuman sinis terukir di wajah Zaki, Bella memandang mereka berdua gerun seketika namun dia kembali tenang.

"Hahaha…Dengar ni, 'kapten'…Aku akan bagi kau kekuatan aku buat masa ni tapi kalau kau mungkir kata-kata kau sekarang…Aku akan bunuh kau dan semua anggota Pasukan Khas"

Syafiq teringat akan kata-kata Zaki semalam, dia mengetuk kepalanya.

"Aku takde pilihan…Aku takde pilihan…" keluh dia sendirian, Syafiq teringat akan betapa menakutkannya bentuk rasaksa Zaki kemudian akan semasa Nasuha menyelamatkan ahli Pasukan Khas lain bersamanya.

Aku perlukan rasaksa macam dia, bermaksud aku kena cuba tunaikan kehendak jahat dia…

Takkanlah aku nak biarkan dia bunuh budak-budak?! Jangan haraplah!

Aku hanya perlukan dia sekarang…Cuba cari cara untuk kawal dia atau bunuh saja dia bila aku tak perlukan dia lagi…

Syafiq berjalan keluar dari khemah, dia menarik nafas panjang kemudian mengambil helmetnya. Langkahnya terhenti apabila Bella yang sedang berjalan dengan Zaki keluar dari makmal, Rose menjeling mereka kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Syafiq juga.

Kekecewaan dan kemarahan terpapar di wajah, Rose segera menoleh ke tepi, Syafiq menghembus nafasnya, dia tahu akan perasaan Rose itu.

Aku takde pilihan…

"Respon yang tepat, Pasukan Khas…Lihatlah betapa ketatnya penjagaan markas ini." Danielle yang berada di udara, jauh dari markas Pasukan Khas. Angin bertiup membuat rambutnya berterbangan ke atas.

"Boleh mulakan." Dia mendekatkan walkie talkie pada mulutnya kemudian terus menghancurkannya, serpihan-serpihan alat itu jatuh ke bawah.

"Kau nak lihatnya betul tak, Sui'ra? Perang antara manusia dan Mutants, mari lihat siapa menang…"

Sui'ra memerhati dari hologram-hologramnya, dia mengambil popcorn kemudian meletakkan tin-tin air soda di tepi sofanya. Dia menyuap satu popcorn ke dalam mulut kemudian tersenyum kecil.

"Tunjukannya pada aku, Danielle."

Sedang Bella berjalan dengan Zaki, tiba-tiba tanah bergegar sedikit, Zaki menoleh kebawah kemudian matanya terbuka luas. Dari dahan-dahan daun kecil keluarnya akar-akar yang berduri dan tajam, Zaki segera menangkap Bella dan membawanya jauh dari akar-akar itu.

Beberapa anggota Pasukan Khas tertolak dan seorang tertikam di dada oleh akar, mereka semua terus mengacu senjata mereka ke arah akar-akar itu dan melepaskan tembakan.

"Kita diserang!"

Keadaan terus berubah huru hara, Zaki meletakkan Bella berdekatan dengan Rose dan Shaurya. Bella yang masih terkedu, diam saja dan menoleh ke arah Zaki.

"Haha…Diorang rupanya." kata Zaki, Lilly keluar dari tanah bersama pokok besar yang menghasilkan akar-akar berdurinya dari tanah, menyebabkan lubang luas terbuka di tengah-tengah markas Pasukan Khas, tembakan sniper dan senapang automatik menuju ke arahnya namun dia ditutupi oleh sejenis pendinding yang diperbuat dari daun lutsinar yang kalis peluru.

"Maafkan aku. Jangan risau, aku akan bunuh korang semua secepat mungkin jadi tiada sesiapa akan terseksa." Lilly menghala tangannya ke arah anggota-anggota Pasukan Khad di hadapannya, akar-akar berduri bergerak ke arah mereka, biji benih merah keluar dari akar-akar itu, menghasilkan letupan berkali-kali.

Syafiq bersama beberapa anggota Pasukan Khas ingin bergerak ke tengah markas, tempat di mana Lilly menyerang namun mereka dihentikan oleh beberapa ekor Strays, masing-masing berbeza bentuk, kebanyakannya kelihatan bermutasi seperti binatang. Di belakang mereka, Syakir yang juga di dalam daun lutsinar sama seperti Lilly berjalan ke hadapan, wayar-wayar di jarinya berada di belakang kepala Strays yang dikawalnya.

Tembakan segera dilepaskan, Strays juga mula menyerang, peluru yang mendekati Syakir tidak dapat mengena padanya.

"Di sini, kau semua akan musnah." kata Syakir, seekor Strays dapat menerkam seorang anggota di tepi Syafiq dan terus menggigit bahunya. Syafiq segera mengeluarkan pisau dan menikam belakang kepala makhluk itu.

Seekor Stray mendekatinya dan hampir menghayun tangan berotot seumpama gorilla ke arah Syafiq namun dia segera mengelak dan melepaskan tembakan dari senapang automatik berkali-kali ke dalam mulut makhluk itu sambil menolaknya ke hadapan.

"Aaaarghh!" jerit Syafiq, dia menolak Stray yang menyerangnya tadi ke tepi dan mendekati Syakir. Wajah Syakir tenang saja sedang Syafiq bengis sambil menuju ke hadapan dengan pisau ditangan kanan dan senapang di tangan kirinya.

"Jangan fikir ini ubah apa-apa, kau masih seekor binatang!" hina Rose, Zaki memandangnya seketika tetapi mengendahkan saja kata-kata Rose itu. Dia berubah pada bentuk rasaksanya dan terus melompat ke arah Lilly.

Riak wajah Lilly berubah gerun seketika melihat Zaki yang pantas menuju ke arahnya, kuku tajam Zaki dapat mengoyakkan sedikit daun yang melindungi Lilly membuat dia bertambah terkejut.

"Ingat aku, Lilly? Kau tinggalkan aku untuk mati saja, huh? Kau khianat aku!" jerit Zaki dengan senyuman sinis, satu akar menangkap kakinya dan terus membaling Zaki jauh.

"Kau hidup lagi?" keluh Lilly sendirian, Zaki bangun dengan pantas, dia mengambil RPG dari salah seorang anggota Pasukan Khas yang tumpas kemudian mengelak akar-akar yang menyerangnya, dia dapat melompat ke arah Lilly lagi dan mengacu meriam RPG pada Lilly dengan senyuman sinis.

"Selamat ting-" Sebelum sempat Zaki melepaskan roket itu, dia dihentak oleh Danielle yang tiba muncul dari udara, menyebabkan dia terpelanting dan berlanggar dengan salah satu menara sniper.

"A-Arrghhh!" Sniper yang berada di menara itu terjatuh bersama bahagian-bahagian besi menara itu.

"Kau okay, Lilly?" soal Danielle.

"Y-Ya…"

"Biar aku selesaikan dia, fokus pada Pasukan Khas." balas Danielle, dia turun dari pokok Lilly dan menghadap Zaki yang membaling bahagian menara besi yang jatuh diatasnya dengan senyuman.

Beberapa lagi anggota Pasukan Khas memunculkan diri, menfokuskan serangan mereka ke arah pokok Lilly, salah seorang anggota Pasukan Khas yang memakai pakaian kalis api mengeluarkan flamethrower dan terus menyembur api pada akar-akar yang menyerang Pasukan Khas lain.

Rose ingin melangkah ke hadapan namun Shaurya menarik tangannya.

"Akak, kita jaga saintis dan makmal ini…Itu tanggungjawab kita." pesan Shaurya, Rose mengetap gigi namun akhirnya melangkah ke belakang juga. Dia memegang saja senapangnya, sedia untuk bertarung jika mereka diserang.

"Kenapa kau tolong manusia, Mutant?" soal Danielle, Zaki melangkah kehadapan kemudian menunjukkan kukunya yang tajam seumpama pisau.

"Kau tak perlu tahu sebab aku akan bunuh kau." balas Zaki dengan yakinnya.

"Merugikan…Bila-bila masa kau boleh bunuh saja mereka semua ni tapi kau tunduk pada manusia. Mutant macam kau memalukan." Danielle menghala tangan kirinya ke hadapan, Zaki meloncat ke arahnya, sedia untuk menerkam.

"Chaos, Crush." Aura merah hitam keluar dari tapak tangan kiri Danielle dan terus menghancurkan exoskeleton pada badan Zaki kemudian memecahkan daging dan meretakkan segala tulangnya, terus membuat Zaki terjatuh ke lantai dalam keadaan cedera parah.

"K-Ka…Ka-Argh…" Zaki tidak dapat bergerak, darah keluar dari setiap arah di badannya. Hanya dengan satu serangan, Danielle mengalahkan Zaki sehingga dia tidak bergerak lagi.

"Aku akan berikan kau masa fikirkan tentang kekalahan ini…Mungkin akan buat kau sedar tentang pilihan bodoh kau." Danielle mendekati Zaki kemudian menyepaknya semula ke arah timbunan bahagian besi menara sniper yang runtuh tadi, separuh badan Zaki tertanam ke dalam tanah, tambahan pula bahagian besi yang menyorokkan badannya dari pandangan.

"Macam tu je…Dia kalahkan Zaki?" Rose yang dapat melihat pertarungan itu terkejut beruk, dia teringat akan betapa kuatnya Zaki dapat bertarung dengan ahli HOPE lain dan hampir menang tetapi Danielle mengalahkan dia hanya dengan satu serangan saja.

Danielle menghadap makmal, Bella akhirnya berdiri namun kakinya lemah, Rose mengacukan senapang pada arah Danielle namun tangannya juga menggeletar, Shaurya yang melepaskan tembakan dahulu namun Danielle langsung tak terkesan dari peluru-peluru yang terkena padanya.

"Sedar betapa lemahnya kau semua sekarang, manusia." Danielle menghala tangan kiri ke arah mereka, Shaurya dengan pantas menarik Rose dan Bella ke belakang.

Tiba-tiba palang-palang hitam keluar di sekeliling Danielle dan mengikat seluruh badannya dengan cecair hitam.

"Lebih cepat dari sangkaan, HOPE." kata Danielle dengan senyuman kecil terukir.

Kilat unggu menolak anggota Pasukan Khas yang menggunakan flamethrower sebelum dilibas akar-akar yang datang dari belakangnya. Kyoko meletakkan anggota Pasukan Khas itu di tepi makmal kemudian terus menjeling Lilly.

Mikael keluar dari belakang bayang Danielle, dia terus menikam belakang badan Danielle dengan tombak yang tembus sehingga keluar dari hadapan perut.

"Urgh!" Danielle termuntah darah, dia menoleh ke arah Mikael dengan wajah terkejut seketika.

"Serangan kau…dapat tembusi aku…" kata Danielle.

"Aku malaikat maut kau." balas Mikael.