Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 67 - BAB 61 : SIA-SIA

Chapter 67 - BAB 61 : SIA-SIA

"Markas Pasukan Khas diserang! Segera ke sini semua!"Suara Kyoko kedengaran sejurus biji mata di poket setiap ahli HOPE hancur, Ali segera melompat dari balkoni rumahnya sambil memakai topeng. Dia mendarat di bangunan di hadapan pangsapurinya."Aku kena cepat." Ali mengumpulkan tenaga yang banyak di kaki menyebabkan urat-uratnya bercahaya biru terang. Dia meloncat jauh seumpama terbang dan meninggalkan kawah di bumbung bangunan itu, angin bertiup kuat diikuti dengan serpihan-serpihan bumbung.Khalid menekan minyak Furioswheels sedang dia bersama Mei dan Chyou. Nasuha pula terbang selaju mungkin sambil membawa Khairul dan Nur.Di markas Pasukan Khas...Kyoko membawa semua anggota Pasukan Khas jauh dari jarak serangan Lilly, sepantas kilat, dia meletakkan anggota-anggota Pasukan Khas di hadapan makmal, yang cedera segera masuk ke dalam sedang yang masih boleh bertarunng melepaskan tembakan ke arah Lilly.Rose juga bersama mengacukan senjata dan menembak. Kelihatan lapisan daun yang menutupi Lilly semakin mengoyak, dia menggerakkan beberapa akar di hadapannya, menghalang peluru mengena padanya.Dia meletakkan tangan pada dinding dauh yang mengelilinginya, dengan perlahan lapisan baru terhasil."Malaikat maut? Aku pilih bila aku nak mati..." kata Danielle, dia memegang tombak hitam yang menembusi perutnya dengan tangan kiri. Aura hitam merah mengalir di sekeliling senjata itu, Mikael segera melepaskannya dan terus menjauhkan diri dari Danielle.Cecair hitam yang mengikat Danielle terus terbuka, dia menarik tombak hitam itu dari perutnya dan terus meletakkan tangan kanan di luka tikam."Order, Restore." Danielle kembali pulih selepas aura biru terang muncul dari tapak tangan kanannya. Dia memandang Mikael, kelihatan bilah sabit terhayun ke arahnya, Danielle mengelak."Nampaknya kuasa dia ada kena mengena pasal bayang...Senjata yang dia cipta boleh sakiti aku walaupun dengan Order yang aku letakkan pada diri aku untuk tak cedera." monolog Danielle, Mikael mendekatinya dan menukar senjata pada dua kapak, Danielle menepis hayunan yang datang dari kanan.Cecair bayang keluar dari belakang Danielle dan menghalangnya dari bergerak, Mikael dapat mentetak bahu kirinya, darah terpercik terkena pada wajah Danielle dan Mikael sedang mereka menjeling sesama sendiri."Aku tahu serba sedikit apa dia buat...Tangan kanan memulihkan, tangan kiri merosakkan. Nampaknya dia tak boleh guna kedua-duanya pada masa yang sama. Selagi aku boleh buat dia susah untuk pilih kuasa mana dia nak guna, aku boleh menang!"Danielle menyepak Mikael jauh dan terus melepaskan diri dari cecair bayang yang mengikatnya. Tanpa memulihkan luka tetak di bahu, Danielle menghala tangan kirinya ke arah Mikael, aura hitam merah terkumpul."Chaos, Entropy!" Segala di hadapan Danielle hancur berkecai, Mikael segera mengelak namun dia tertangkap juga di dalam aura berbentuk puting beliung itu."Kergh!" Namun, dia tetap cuba mengawal kuasanya walaupun ia sedang hilang kawalan dalam Chaos, Entropy. Danielle terkejut melihat kemampuan Mikael untuk melawan kemampuan Chaos, dengan kekuatan yang ada, Mikael membaling tombak bayang yang diciptanya ke arah Danielle dengan pantas.Tombak itu tidak sempurna namun cukup untuk membuat Danielle menghentikan kuasanya seketika, Mikael masuk ke dalam bayang dan terus keluar dari belakang bayang Danielle. Dia menikam tepi badan Danielle dengan pisau bayang yang dapat dicipta dengan pantas, Danielle cuba menangkapnya namun Mikael sempat berguling kemudian menikam peha Danielle pula."Aku dah berlatih lawan kau...seratus tiga puluh tujuh kali. Kau mungkin tak faham macam mana, tapi tak perlu. Boleh tanya Tuhan bila kau masuk neraka nanti." kata Mikael."Tak pernah ada Mutant dapat lukakan aku. Malah dapat buat aku berdarah macam ni...Kau kuat. Aku akuinya." balas Danielle, dia tertunduk sedikit.Sedang itu, tinggal hanya dua anggota Pasukan Khas dan Syafiq saja menghadap Syakir dan tujuh Strays yang masih berada bawah kawalannya, kelihatan Syafiq tercedera dengan pakaiannya terkoyak dan helmet yang dipakai retak.Badan-badan anggota Pasukan Khas lain bergelimpangan di hadapannya, Syafiq mengetap gigi dengan wajah yang perit."Rasaksa mutasi yang dikawal dia bergerak bukan macam yang lain. Dia kawal mereka, buat mereka lebih efektif...Aku fikir aku boleh lawan musuh-musuh ni tapi aku langsung tak boleh buat apa..." keluh Syafiq dalam fikirannya. Syakir menggerakkan Strays di bawah kawalannya untuk menyerang lagi."Nak...tahu tak? Tahu-Tahu-tak? Nak tahu tak?!" Stray berupa wanita berambut panjang namun berbadan ular mengesot pantas dan muncul di hadapan Syafiq sekelip mata, mulutnya terbuka, menunjukkan asap dan air liur hijau yang beracun, Syafiq segera menikam makhluk itu sebelum mengelak pula Stray berupa lelaki berkepala seperti ulat yang cuba menerkamnya.Seorang lagi anggota Pasukan Khas yang tinggal tertikam dari belakang oleh Stray tanduk, namun dengan kekuatan yang tersisa, dia membuka bom tangan dan meletakkannya pada kepala makhluk itu."Tidak!" jerit Syafiq, bom itu meletup,membunuh anggota itu dan Stray yang menikamnya. Syafiq bertambah bengang, dia mengambil dua bom tangan dan terus menarik picunya."Mati semuanya!" Syafiq memasukkan bom tangan itu ke dalam Stray wanita ular itu tepat ke dalam mulutnya dan membaling satu lagi kearah Stray ulat, apabila dia mengeluarkan tangannya dari mulut Stray wanita itu, kelihatan tangannya terbakar hasil asid dari mulut Stray tadi.Bom!Kepala Stray wanita ular berkecai sedang perut Stray ulat pula terburai, letupan bom itu terus membunuh mereka. Seorang anggota Pasukan Khas yang bersama Syafiq melepaskan tembakan tepat pada kepala Stray yang menyerangnya berkali-kali menyebabkan ia terbunuh.Tinggal tiga Strays dan Syafiq bersama anggota Pasukan Khas terakhir, mereka berdua telah cedera parah. Syakir memerhati saja dari jauh dengan wajah bosan."Betul cakap kau, Danielle. Makhluk yang menyedihkan...Lawan dengan makhluk-makhluk tak berotak macam ni pun menyusahkan. Apa sebab kau hidup bila lemah macam ni?" soal Syakir, teringat akan perbualannya dengan Danielle sebelum ini, tentang harga diri manusia.Kenapa sel mutasi yang mungkin ada dalam aku tak teraktif dalam masa macam ni?Kenapa ia tak pilih aku? Kenapa? Kenapa?Aku tak faham langsung...Orang aku masih mati juga...dan aku gagal pertahankan sesiapa..."Star Beam!" Pancaran cahaya Star Beam menuju ke arah Syakir, dia segera memandang ke belakang. Pancaran itu terkena pada daun yang melindungi Syakir. Star Beam dapat menembusi banyak lapisan daun itu, Syakir segera melompat ke tepi sebelum lapisan daun itu terbuka sepenuhnya.Khairul dan Nur datang dari udara, dua bilah pedang Khairul terus memancung kepala seekor Stray sedang Nur menghentak kedua-dua ekor yang tinggal dengan bola batu gergasi yang menghancurkan kepala mereka."Iman Nasuha..." Syafiq menoleh ke atas, Nasuha sedang terbang bercahaya berada di hadapannya.Syakir sedar akan situasinya dan terus melarikan diri, Khairul dan Nur segera mengejar dia namun Nasuha masih memandang Syafiq."Segera ke tempat yang selamat." kata Nasuha. Anggota yang bersamanya bantu memangku Syafiq."Iman Nasuha!" panggil Syafiq, langkah anggota yang membawanya terhenti dan mereka berdua kembali menoleh ke arah Nasuha."Aku Ms.Star...Jangan panggil aku Iman Nasuha." balas Nasuha."Terima kasih." kata Syafiq perlahan dengan wajah sayu."Sama-sama, sekarang pergi, kami akan hentikan mereka." Nasuha tersenyum kecil kemudian terus terbang pergi."Lilly!" jerit Syakir, Lilly menoleh ke arahnya dan sedar Syakir sedang dikejar Khairul dan Nur, akar-akar terus menuju pada mereka, menghalang mereka berdua mendekati Syakir."Aku dah naik muak lawan korang!" kata Syakir sedang satu akar mengangkatnya keatas, Khairul memotong beberapa akar kemudian memandang Syakir."Jangan lari, pengecut!" jerit Khairul."Hahahahaha..." Danielle tergelak melihat apa yang terjadi, Mikael pelik memandangnya."Apa yang lawak?" soal Mikael."Kau fikir kau faham sepenuhnya kuasa aku? Kau baru nampak hanya sebahagian saja kemampuan sebenar aku. Lagipun aku dah menang...Aku buktikan betapa lemahnya Pasukan Khas sebenarnya. Mereka langsung tak bersedia menghadapi Mutants." Danielle berdiri dengan tegak, Mikael melihat sekeliling, terdapat beberapa badan anggota Pasukan Khas yang tidak bernyawa bergelimpangan di merata tempat."Mereka perlukan Mutants lain selamatkan mereka supaya mereka boleh terus hidup...Manusia memang lemah!" Segala kecederaan di badan Danielle terus hilang semuanya, bukannya pulih dengan perlahan seperti Mutants lain, mata Mikael terbeliak melihat apa terjadi."Kau rugikan kuasa kau pertahankan manusia yang tiada makna,Mutants yang masih terikat dengan kehidupan manusia mereka hanyalah menyedihkan. Apa yang kau fikir? Kehidupan kau akan kembali seperti sedia kala bila kau tunjukkan kau masih manusia?" soal Danielle, Mikael hanya menyediakan dua kapaknya dan terus berada di posisi sedia menyerang."Kemanusiaan takkan terima kita, Mutants. Itulah realitinya, tiada yang akan kembali seperti dahulu. Saat kau berubah menjadi Mutants, kau bukan lagi manusia." sambung Danielle sedang beberapa tiang hitam keluar dari tempat-tempat berbayang dan cecair hitam menuju ke arahnya."Order, Untouchable." Aura biru terang menerangi seluruh badan Danielle, cecair-cecair hitam tidak dapat menyentuhnya namun Mikael sudah menuju dekat."Si-" Sebelum sempat Mikael bertindak, Danielle memegang kedua-dua tangannya, menghentikan hayunan kapak."Aku tak suka bunuh Mutants kerana aku rasa ianya merugikan, lagi-lagi seseorang yang kuat macam kau...Sertai White Tigers atau aku bunuh kau sekarang." tawar Danielle, Mikael meludah ke arah muka Danielle namun ludanya menembusi wajah Danielle saja."Merugikan betul." Danielle mengenggam kedua-dua tangan Mikael dengan kuat."A-Arrgh!" Mikael meraung kesakitan, Danielle mematahkan kedua-dua tangannya, Mikael terduduk di hadapan Danielle. Tangan kiri Danielle terhala ke arahnya namun Mikael menjelingnya tanpa gerun.Kilat unggu terus mengambil Mikael menyebabkan serangan Danielle tersasar, Kyoko membawa Mikael sejauh mungkin dari Danielle."Plan A gagal nampaknya." kata Kyoko."Aku tahu aku tak boleh menang dengan dia...tapi tch, dia boleh pulih macam tu je." keluh Mikael. Danielle memandang saja mereka dari jauh."Kyoko, betulkan tangan aku." Mikael mengangkat kedua-dua tangannya ke arah Kyoko."Serius?""Ya.""Argh!" Mikael kesakitan apabila Kyoko membetulkan kedua-dua tangannya yang patah tadi, dia menggenggamnya beberapa kali, Mikael dapat menggunakan kedua-dua tangannya semula.Danielle mengendahkan saja mereka berdua kemudian menoleh ke arah Lilly dan Syakir yang sedang menghadapi Nasuha, Nur dan Khairul. Dengan kuasa kawalan tanahnya, Nur dapat membuka ruang untuk Khairul mendekati Lilly dan Syakir sedang Nasuha membelah akar-akar yang mendekati Khairul dengan menggunakan Star Slash.Apabila Khairul sudah berada di hadapan Syakir dan hampir menikamnya, Danielle muncul dengan pantas di hadapannya dan menahan bilah pedang Khairul."Argh-!" Sebelum sempat Khairul menghayun satu lagi bilah pedangnya, Danielle mengemekkan bilah pedang yang ditahannya sebelum menolak Khairul ke lantai tanah dengan kuat."Khai!" Nasuha risau, dia segera ke arah Khairul."Mari berhenti bermain, fokus pada apa yang kita mahukan sebenarnya." arah Danielle. Lilly mengangguk faham, dengan akar-akar yang tersisa, dia menutupi dirinya bersama Danielle dan Syakir kemudian pokoknya memasuki bawah tanah."Di-Dia masuk bawah tanah..." Rose kemudian tersedar, makmal mereka di bawah tanah bersama sel tempat mereka menyimpan Razi."Mereka sedang ceroboh makmal! Segera!" jerit Rose, dia bergegas ingin pergi ke dalam makmal namun unit polisnya dan anggota Pasukan Khas yang tinggal tidak mengekorinya."Apa korang buat?! Cepat!" arah Rose namun dia tersedar akan wajah-wajah mengalah dan gerun manusia lain yang berada di situ."Baik, akak!" Shaurya ke hadapan dulu. Rose menoleh ke arahnya dengan wajah sayu."Kami akan tolong." Kyoko dan Mikael muncul di hadapan mereka, kali ini, memakai topeng mereka."Baiklah..." balas Rose, dia bergerak ke hadapan bersama Shaurya, Kyoko dan Mikael di belakangnya.Bella tiba-tiba melangkah ke hadapan sambil mengambil senapang automatik yang berada di lantai."Harap betul-betullah kita boleh letak harapan pada diorang..."Dengan kata-katanya bermain di minda, Bella mengekori mereka masuk. Beberapa ahli unit polis dan Pasukan Khas berubah hati dan juga mula bergerak bersama."Aku...okay...aku okay." kata Khairul, Nasuha membantunya untuk berdiri, dia perasan akan bilah pedang yang kemek, Khairul dapat membetulkan posisinya semula."Mereka masuk bawah tanah...Nampaknya ada sesuatu yang mereka nak di sana." tegur Nur, Khairul dan Nasuha mendekatinya.Bunyi 'puf!' kedengaran di belakang mereka, Khalid dan Mei bersama Chyou teleport dibelakang mereka bertiga."Maaf lambat! Apa terjadi?" soal Khalid terus.Keadaan di bawah tanah pula berubah cemas dengan akar-akar hasil kuasa Lilly telah menyepahkan dan merosakkan sekeliling makmal, terdapat juga beberapa saintis dan pembantu makmal yang terbunuh. Pintu masuk telah ditutupi dengan serpihan-serpihan tanah dan batu yang diikat akar, Danielle memasuki bahagian sel makmal itu, dia menghadap Riza yang masih diikat oleh mesin."Danielle? Huru hara di luar sana tu kerja kau?" Riza terkejut."Kau nampak menyedihkan Riza." balas Danielle, dia menghancurkan cermin sel itu kemudian masuk ke dalam dan mendekati Riza."C-Cepat! Keluarkan aku-" rayu Riza namun Danielle tiba-tiba meletakkan tangannya di tengkuk Riza."A-Apa?""Order, Truthful." Aura biru terang mengelilingi Riza hasil kuasa Danielle."Bagitau aku Riza, apa yang kau bagitau pada mereka? Pada Pasukan Khas dan pekerja makmal di sini?" soal Danielle."S-Semua! Aku bagitau semua! Mereka seksa aku...Paksa aku cakap benar dan aku tak tahan...Aku tak tahan..." balas Riza, apabila dia tersedar dia tidak dapat menipu, riak wajahnya berubah gerun."Kau tunduk pada manusia. Kau tak layak lagi jadi Mutants...dan ahli White Tigers." Wajah Danielle berubah dingin, dia memasukkan tangannya ke dalam dada Riza kemudian menarik keluar jantung Riza dari dadanya, darah terpercik ke merata tempat."D-Dani-Hurrrgh..." Riza terus terbunuh. Danielle menjatuhkan jantung Riza ke lantai tanah, dia menoleh ke belakang pula, Lilly sedang memerhatinya."Maaf kau kena nampak tu, Lilly." kata Danielle."Y-Ya...Aku dapat kumpul barangan White Tigers yang didapatkan mereka." balas Lilly.Syakir menepuk tangannya, kelihatan teknologi exoskeleton dan beberapa barangan makmal disimpan di dalam biji benih gergasi."Sial tak dapat bukak!" Mikael dan Kyoko cuba membuka pintu makmal itu namun ia tidak dapat dibuka."Ah! Ke belakang semua!" arah Mikael, unit polis dan anggota Pasukan Khas segera ke belakang, cecair hitam yang banyak muncul dari setiap arah di mana bayang dan kegelapan berada dan Mikael memaksa pintu itu terbuka.Timbunan tanah dan batu yang diikat akar pula kelihatan, Mikael mengenggam tangannya, tangan bayang yang besar tercipta di belakangnya dan dia menumbuk timbunan itu sehingga hancur. Akhirnya mereka dapat masuk ke dalam makmal itu namun mereka terus diserang oleh beberapa ekor Stray, Mikael dan Kyoko tertolak ke tepi hasil hampir diterkam Strays.Rose dan Shaurya bersama unit polisnya serta Bella memaksa diri mereka ke hadapan, mereka menghadap Syakir yang sedang mengawal Strays yang mengganggu Mikael dan Kyoko, mereka segera mengacukan senjata mereka namun akar-akar terus melibas senjata mereka ke tepi."Arh!" Rose terjatuh sedang Shaurya terus menembak walaupun tepi badannya tertusuk dengan duri akar-akar itu, Syakir terkena tembakan pada bahu kirinya."Manusia sialan!" marah Syakir, dia melepaskan Stray ke arah Shaurya namun Rose sempat menikam bawah badan Stray itu sebelum Bella menembak kepala makhluk itu berkali-kali.Anggota Pasukan Khas pula fokus pada Lilly namun mereka ditolak ke kiri dan ke kanan hasil akar-akar Lilly yang seumpama tidak berakhir.Mikael dan Kyoko dapat membasmi Strays yang menyerang mereka namun Danielle pula mereka terpaksa hadapi, aura merah menuju ke arah mereka berdua tetapi Kyoko sempat membawa dirinya dan Mikael mengelak serangan itu."Semua ni sia-sia saja."