"Kaki aku dah pulih semula." Kyoko menunjukkan peha kiri yang berparut, Mikael sedang duduk di kerusi dan memandang saja parut itu.
"Nampaknya kecederaan teruk tinggalkan parut, huh…Nasiblah tetap boleh bercantum, Nasuha risau sangat untuk kau dan Chyou. Dia salahkan diri sendiri." keluh Mikael sambil menyilang tangan, Kyoko menghembus nafas pendek.
"Aku pun serang diorang masa bawah kawalan si Syakir tu…Bukan salah dia. Nanti aku bagitau sendiri." kata Kyoko. Mikael mengangguk faham.
"Jadi kenapa kau datang jenguk aku? Tak rasa kau nak sembang-sembang dan pastikan aku okay je kan? Ke kau dah mula suka aku, hehehe…" soal Kyoko dengan nada memerli, Mikael menoleh ke arahnya dengan wajah serius.
"Aku nak bunuh dua Mutants tu. Syakir dan Lilly nama mereka, betul tak?" balas Mikael, Kyoko terkejut mendengar kata-kata Mikael.
"Mereka dapat larikan diri haritu. Kita tak boleh bagi peluang lagi, mereka bahaya dan hampir bunuh kita semua…Tak rasa diorang akan berhenti lawan kita juga. Kemungkinan mereka bersatu dengan musuh pun satu, aku takkan risikokan kita kena kawal lagi." terang Mikael, Kyoko meletakkan tangannya di dagu.
"Aku faham tapi kenapa bagitau aku?" tanya Kyoko.
"Sebab kau sorang saja yang aku boleh harapkan…"
"Kau rasa Khalid atau Mei takkan setuju dengan idea kau?"
"Tak pasti. Aku bukan nak cakap mereka naif, tapi aku tak rasa Khalid dan Mei sebenarnya sedia untuk buat pilihan berat macam ni. Aku dan kau cukup untuk cari mereka dan bunuh mereka terus." cadang Mikael, Kyoko menggaru kepala.
"Biar aku fikirkannya."
"Baiklah, aku faham. Itu saja yang aku nak cakap dengan kau." Mikael terus berdiri dan berjalan ke balkoni apartment Kyoko.
"Hei, sabar." panggil Kyoko, langkah Mikael terus terhenti.
"Kau dah tengok Khairul? Macam mana keadaan dia?" soal Kyoko lagi.
"Belum lagi. Mungkin aku pergi tengokkan dia pula lepas ni." balas Mikael.
Sementara itu di rumah Mei…
"Cuba gerakkan tangan kamu." pinta Mei, Chyou menggerakkan tangan kanannya kehadapan, ke kiri dan kanan kemudian menggenggam beberapa kali.
"Baguslah, dah pulih sepenuhnya." kata pula Khalid, dia kelihatan lega.
"Masih tak dapat rasa tangan aku sepenuhnya…" keluh Chyou.
"Mungkin perlukan masa untuk sel-sel pulih sepenuhnya tapi sekarang kita dapat tahu yang Mutant boleh cantumkan tubuh badan yang terputus. Organ dalaman pun boleh pulih juga, Mutant macam Khairul yang ada pemulihan yang lebih kuat dan pantas boleh tumbuhkan semula bilah pedang dia…" Khalid memikirkan tentang betapa pantasnya Khairul dapat memulihkan dirinya sebelum ini.
"Banyak benda lagi kita tak tahu pasal kemampuan sendiri, huh?" balas Mei.
"Itulah." Khalid mengangguk sambil tersenyum.
Di rumah Nasuha pula…
"Wah…memang tak jadi tomyam ni...Aku rasa nak muntah." Nasuha menutup mulut, wajahnya kelihatan mual. Khairul memandangnya risau.
"Letak banyak sangat cuka ke? Kenapa masin sangat? Kita ikut instruction betul-betul kan?" keluh Nasuha, dia melihat telefonnya, cuba mencari mana silap yang dilakukan.
"Sorrylah aku tak membantu sangat. Burger je yang aku reti buat." kata Khairul, dia tersenyum pahit sambil meletakkan tangan di dada.
"Bukan salah kau…Aku yang sepatutnya lagi tahu benda camni." balas Nasuha, Khairul tertunduk sedikit.
Bilalah…kau nak salahkan aku, Nasuha?
Bilalah sesiapa nak salahkan aku?
"Maaf ya korang…Kita terpaksa makan telur je sebab tomyam tu memang rosak." Nasuha menepuk tangannya dengan wajah serba salah.
"Takpe-takpe, faham." balas Ehsan sambil menyenduk nasi. Khairul termenung saja diatas meja.
"Khai?" tegur Nasuha, Khairul tersedar dan terus memandangnya.
"Ah…ya." Khairul mendekatkan pinggan dihadapannya, Nasuha memerhati saja dia, perasan akan kejanggalan Khairul sekarang.
Selepas makan, Khairul duduk di sofa sendirian. Dia termenung lagi, menonton televisyen, Nasuha mendekatinya, tangan bergerak ke bahu Khairul namun dia terhenti. Khairul langsung tidak memandangnya.
Nasuha terus menarik tangan dan berjalan pergi.
"Nur…Oh, Nur. Kami dah makan…Makan ya." Nasuha mengetuk bilik Nur beberapa kali.
"Okay…" balas Nur, Nasuha bergerak pergi pula dari bilik Nur, riak wajahnya berubah sayu.
Aku tak tahu nak buat apa.
Apa yang patut aku lakukan? Apa yang aku patut cakap?
Aku pernah berada dalam situasi mereka, aku pasti Khairul dan Nur murung sangat sekarang. Terasa sempit, terasa tiada harapan atau pilihan…
"Nasuha…Selamatkan aku…Tolong…selamatkan aku Nasuha…"
Aku kena selamatkan Khairul.
"Buorgh!" Stray berbentuk lelaki dengan badan labah-labah mengejar Nasuha, makhluk itu menembak sesawang, menyebabkan Nasuha terperangkap. Stray itu terus melompat kearah Nasuha untuk mengigitnya.
Mata Nasuha bercahaya terang, pancaran cahaya keluar dari tapak tangan. Dia memusingkan badan, menghancurkan sesawang yang memerangkapnya dan membelah Stray itu beberapa kali.
Selepas keluar dari Dimensi Minda, Nasuha menghembuskan nafas panjang, dia berpeluh dan kelihatan sedikit lesu. Mei memandangnya dengan wajah risau.
"Banyak benda bermain di kepala kau sekarang, Nasuha? Apa kata rehat dulu?" cadang Mei, Nasuha mengenggam tangan.
"Aku kena…jadi lebih kuat secepat mungkin." keluh Nasuha.
"Dimensi Minda seseorang yang terlalu celaru terlalu menyakitkan dan menyedihkan untuk aku lihat. Aku tak suka tahu rahsia buruk kau." balas Mei, Nasuha terus kelihatan risau.
"M-Maaflah…Aku bukan nak…Haih. Maaf." Nasuha menepuk wajahnya, kepala terasa pening, cuba mencari jalan penyelesaian.
Aku sedar sesuatu…
Aku tak tahu apa yang Khairul rasa sebenarnya.
Samalah macam Nur…
Aku memang boleh hulur tangan aku, tapi tanpa kefahaman…kalau aku membuta babi cuba selesaikan masalah yang aku tak tahu, aku hanya akan sakitkan mereka berdua lagi.
"Nasuha keluar berlatih." tegur Ehsan yang sedang membawa dulang dengan cawan dan snek, Khairul berada di hadapan bilik Nasuha, tangannya terhenti daripada mengetuk bilik itu.
"Berlatih?" Khairul keliru.
"Tak tahu selama ni ya? Setiap malam, Nasuha keluar berlatih." balas Ehsan.
"Kenapa dia tak ajak…ak-saya?" soal Khairul.
"Tak payah nak ubah cara kau cakap dengan aku. Guna je 'kau' dan 'aku', rasa pelik kau cakap 'saya'…" keluh Ehsan, dia mendekati Khairul sambil meletakkan dulang yang dibawanya di hadapan pintu bilik Nasuha.
"Semua orang yang pandang kau tahu yang kau ada masalah. Termenung panjang, mata kau kosong. Nasuha mahu jadi kuat untuk selamatkan kau." kata Ehsan, riak wajah Khairul terus berubah gerun.
"Kenapa kau datang nak jumpa dia tiba-tiba? Tengah malam buta ni?" soal Ehsan pula.
"A-Aku…" Khairul gagap, Ehsan mengeluh kecil.
"Aku tahu sangat kau sekarang. Aku tahu kau takkan buat benda buruk dengan anak aku…Kau pilih untuk pergi selamatkan Nasuha lepas semua yang kau hadapi. Aku hormat kau sekarang, untuk seorang budak, kau kuat. Kuat sangat…" terang Ehsan, Khairul terdiam saja sambil tertunduk
"Aku buat silap dulu. Endahkan anak aku yang terseksa. Buat dia hampir hilang harapan tapi kau datang, jadi harapan untuk dia, nampaknya dia pun harapan untuk kau juga. Tapi pada akhirnya, korang berdua tetap budak…Banyak benda korang tak tahu, tak faham, korang masih perlukan seseorang." Ehsan menepuk bahu Khairul.
"Jadi je macam budak-budak lain. Menangis, meraung, minta tolong…Biar orang dewasa tolong korang." pujuk Ehsan, Khairul masih diam.
"Nanti Nasuha balik, bagi dia minum teh dengan bagi snek tu…Rasanya lagi beberapa minit dia balik." pinta Ehsan kemudian berjalan pergi, Khairul berdiri saja di hadapan bilik Nasuha, kedengaran bunyi tingkap berbunyi, menandakan Nasuha sudah pulang.
Pintu terus dibuka Khairul, Nasuha terkejut melihat dia dan bukannya Ehsan yang membawa snek untuknya.
"Khai? Tak tidur lagi?" soal Nasuha.
"Kenapa kau tak bagitau aku?"
"Huh?"
"Aku…lemah sangat ke…sampai takde sesiapa percayakan aku lagi?"
"Apa yang kau cakapkan ni, Khai?" Nasuha mendekatinya, air mata terus keluar dari kedua-dua mata Khairul.
"Kenapa aku lemah sangat? Aku…tak….berubah langsung…Langsung tak boleh buat…apa-apa…" Khairul menangis teresak-esak, Nasuha segera mengambil dulang dari tangan Khairul dan meletakkannya diatas meja, dia terus mengelap air mata Khairul dan memegang tangannya.
"Khai...Jangan salah faham…Aku tak bagitau kau sebab aku nak kau berehat, masuk Dimensi Minda kan susah untuk pemikiran kita." pujuk Nasuha, tangisan Khairul masih tidak berhenti, air matanya mula tumpah dari dagu.
"Aku tak nak…jadi beban untuk kau…atau sesiapa. Aku dah cukup…bersalah…Letak korang dalam bahaya…Korang semua…sakit sebab aku…Hazim mati sebab aku!" Khairul menghentak kakinya.
"Khai! Sudah tu...Bukan kau yang bunuh Hazim…Kau sendiri tahu tu."
"Korang semua…cakap macam tu sebab nak jaga hati aku je…Jangan tipu aku. Semua ni terjadi sebab aku…Sebab aku tak boleh bunuh ayah aku haritu, sebab aku anak ayah aku…" Khairul kelihatan marah pula, Nasuha melepaskan tangan dari tangan Khairul, riak wajahnya berubah terganggu.
"Betul…Abang aku mati sebab kau." kata Nur, kelihatan dia berdiri di hadapan pintu biliknya yang terbuka, Nasuha dan Khairul terus menoleh ke arahnya.
"Puas hati? Kau dengar apa kau nak dengar, betul tak? Selama ni kalau kami tahu kau Mutant, aku dan abang boleh jadi lebih berhati-hati. Kalau aku tahu kau Mutant, jangan haraplah aku kasi kau tinggal dengan kami…Bawa rasaksa tu serang kami." Nur menjeling saja Khairul.
"Nur…Berh-"
"Semua ni terjadi sebab kau tipu. Kau tipu abang, kau tipu kami. Sekarang abang aku dah mati dan aku dah jadi rasaksa. Aku rasa macam aku orang gila sekarang ni, terasa macam badan aku bukannya milik aku, rasakan sedikit gegaran pun buat badan aku terasa jijik." Nur mencelah, membuat Nasuha tidak dapat menegurnya, dia melangkah kehadapan pula, Khairul langsung tidak melawan atau bercakap apa-apa.
"Kenapa abang aku kena mati padahal kau yang buat silap, huh?!" jerit Nur sambil mencucuk dada Khairul dengan jari telunjuknya.
Nasuha terus menampar wajah Nur, riak wajahnya bengis.
"Tutup mulut kau!" marah Nasuha, Nur tersenyum kecil.
"Dah lama aku tunggu…Alasan untuk buat benda gila." kata Nur, dia menggerakkan kedua-dua tangannya kehadapan, batu bata dari dinding rumah Nasuha memanjang dan terus menolak Khairul dan Nasuha kebelakang, mereka terpelanting sehingga berlanggar dengan dinding di hujung tingkat atas.
Serangan yang sama bergerak lagi kearah mereka berdua, Nasuha segera mencipta perisai cahaya yang menghalang batu bata itu terkena pada dia dan Khairul.
"Apa yang kau fikir kau tengah buat ni, Nur?!" soal Nasuha.
"Bagi balik…Bagi abang aku balik!" jerit Nur pula, seluruh rumah Nasuha bergegar seumpama gempa bumi, dinding mula retak.
Ehsan segera keluar dari biliknya dalam keadaan cemas, dia terjatuh sedang dia berjalan kearah tangga. Cebisan-cebisan batu dan debu tanah berkumpul pada badan Nur, Nasuha menghalakan tangannya kearah Nur, dia tidak dapat menfokuskan serangannya.
"K-Kau akan robohkan rumah ni!" kata Nasuha.
"B-Berhenti.." keluh Khairul, tangannya menggeletar. Siling rumah terjatuh, Ehsan yang masih berada di tingkat bawah mengelak namun serpihan yang besar menghimpapnya.
Seluruh rumah Nasuha roboh menyebabkan serpihan batu bata dan debu berterbangan ke udara. Gempa yang kecil juga terhasil daripada robohan itu, Nur berdiri diatas timbunan rumah Nasuha yang roboh.
Batu dan tanah yang berkumpul di badannya menyerupai perisai, hanya wajah dan kepalanya saja yang tidak ditutup.
"K-Kenapa…kau buat macam ni…?" soal Nasuha, dia sudah menutupi dirinya dan Khairul di dalam bebola cahaya.
"Baik kau risaukan ayah kau…Dia terperangkap bawah robohan ni." kata Nur.
"Sanggup kau buat macam ni?! Kami cuba tolong kau!" marah Nasuha.
"Aku tak perlukan pertolongan korang! Aku akan cari orang yang bertanggungjawab atas kematian abang aku…dan bunuh mereka sendiri!" balas Nur, dia terus bergerak pergi, menggunakan batu bata untuk menggerakkan dirinya dengan pantas.
Nasuha segera mencari Ehsan di sebalik robohan rumahnya, dia mengangkat serpihan batu yang besar dan bumbung. Khairul terkaku saja, masih tertunduk dan tidak melakukan apa-apa.
"Ayah! Cakap sesuatu! Ayah!" panggil Nasuha, Khairul menoleh pula kearah Nasuha yang sedang membaling serpihan bumbung dengan cemas.
"N-Nasu…ha…" Kedengaran suara Ehsan, Nasuha segera mengangkat batu-bata kemudian serpihan siling sehingga mencapai Ehsan. Kelihatan kepalanya sedang berdarah, Nasuha mengeluarkan Ehsan dari robohan dan membaringkan dia diatas jalan.
"Nasuha call ambulans…Bertahan, ayah!" kata Nasuha dengan cemasnya, Ehsan terlalu cedera untuk memberi reaksi, Nasuha mengeluarkan telefon dari poket seluar dan terus membuat panggilan pada hospital.
"Hello, ini talian kecemasan, bagaimana saya boleh membantu?"
"Ru-rumah saya roboh, ayah saya cedera! Dia terhimpap bawah batu bata dengan siling…Kepala dia berdarah!"
"Betul…Abang aku mati sebab kau."
"Puas hati? Kau dengar apa kau nak dengar, betul tak?"
Khairul menarik pakaiannya, mata berubah bengis. Dia mengetap gigi, kedua-dua tangan di genggam dan dia mengeluarkan bilah pedangnya dari lengan.
"Tolong…datang segera!" rayu Nasuha. Sedar-sedar saja, Khairul melompat dengan jauhnya, dia berlari pergi dari Nasuha, seumpama mengejar Nur yang bergerak pergi tadi.
Nasuha terus terdiam.
"Hello? Puan? Puan masih berada disitu?"
"C-Cepat je datang…To-Tolonglah." Nasuha terus mula menangis, Ehsan sudah tidak sedarkan diri, telefon terus terjatuh dari tangan, kepala Nasuha terus tertunduk lemah.
"Ah…Ur…Ah!" Nasuha meraung, mati akal cuba memikirkan apa yang patut dilakukannya.
Aku tak boleh buat apa-apa…
Khairul melompat dari bumbung sebuah rumah, kelihatan Nur sedang berada di tengah-tengah jalan taman itu, dia di kelilingi tembok batu dan tanah, terdapat juga tembok yang lebih tinggi dibawah kedua-dua kakinya yang membawa Nur.
"Kenapa kau robohkan rumah Nasuha?!" jerit Khairul, dia menyerang Nur dari belakang, mereka berdua terjatuh ke bawah bersama, Khairul bergolek manakala Nur mengawal dirinya dari terjatuh dengan mengumpul batu pada kakinya.
Mereka berdua berada di hadapan gerai burger Hazim.
"Kau nak bunuh aku macam mana kau bunuh abang aku ke, Khairul?" soal Nur, dia menjeling kedua-dua bilah pedang Khairul.
"Dia…Dia tolong kau selama ni…Beri kau makan, tempat berteduh. Macam tu kau balas dia?!" Khairul mengendah saja kata-kata Nur itu.
"Aku tak kisah!" Nur menyerang Khairul dengan balingan batu dan tanah, Khairul mengelak serangan itu dan terus bergegas kearah Nur.
"Kalau kau ada masalah dengan aku, lawan aku je! Sakitkan aku! Kenapa…Kenapa korang semua nak sakitkan orang sekeliling aku sekali?!" Khairul bengang, dia menyepak Nur ke tepi sehingga dia berlanggar dengan meja dan kerusi yang tersusun berdekatan dengan gerai burger itu.
Beberapa batu berubah bentuk seumpama paku dan bergerak pantas kearah Khairul, dia cuba menepis semuanya namun tiga paku menusuk bahu, peha dan sisi badannya. Nur berdiri semula, dia memandang Khairul dengan pandangan bengang.
"Kenapa kau tipu kami selama ni?!" soal Nur, serpihan batu dan tanah-tanah berterbangan mengelilinginya, Khairul terkedu dan mengambil langkah kebelakang.
"Kalau kau tak boleh pulangkan balik abang aku…Pergi mampus!" jerit Nur, sedia untuk menyerang Khairul lagi dengan kuasanya.