Setelah Asteria kembali ke kelasnya, sekali lagi semua rakan sekelas Asteria memandang Asteria dengan pelbagai jenis reaksi di wajah mereka.
Ada yang memandangnya dengan wajah marah...
Ada yang memandangnya dengan wajah sedih...
Dan ada juga yang memandangnya dengan wajah kecewa...
Asteria tidak perlu meneka kenapa mereka memberikan reaksi wajah seperti itu kepada mereka. Ketika Asteria memandang ke arah Stedy, dia menyedari jika wajah Stedy menjadi semakin teruk dari yang sebelum ini.
Berkerut wajah Asteria melihat keadaan Stedy. Kenapa keadaan dia menjadi semakin teruk? Bukankah saya sudah berikan amaran kepada mereka untuk melawan jika kumpulan pembuli itu menganggu mereka?
Walaupun Asteria tidak mahu menolong rakan sekelasnya setelah mereka mengabaikan Astaria sebelum ini, namun Asteria tidak mahu menjadi dirinya menjadi alasan orang lain yang dibuli pula.
Stedy menoleh ke arah Asteria. Namun, setelah melihat Asteria juga sedang memandang ke arahnya, Stedy segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Tidak mahu dia berbalas pandangan dengan Asteria.
Asteria pula tidak mengatakan apa-apa lagi. Merasa menyesal pun tidak akan berguna sekarang. Semuanya sudah terjadi. Tapi Asteria harus melakukan sesuatu agar Swayde berhenti menganggu rakan sekelasnya.
Asteria tidak mahu jika nanti ada pula yang bunuh diri.
Di dunia lamanya, pembulian merupakan salah satu faktor utama mengapa berlakunya kematian kepada pelajar. Sudah tentu hal yang sama akan berlaku di dunia ini.
"Saya perlukan maklumat mengenai Swayde. Untuk kalahkan musuh, saya harus mengetahui kelemahannya terlebih dahulu."
*****
*****
Swayde menumbuk meja kafeteria dengan hentakan yang kuat. Wajahnya terlihat penuh dengan amarah saat ini. Hal ini kerana, dia masih tidak dapat menangkap Asteria setiap kali Swayde ke kelas perempuan itu.
Asteria selalu berjaya menghilangkan diri lima minit sebelum Swayde datang. Sudah dua minggu perkara ini berlaku dan ini menyebabkan Swayde menjadi sangat marah.
Jika sebelum ini, Swayde hanya akan memberikan satu denda kepada Asteria, tapi sekarang dalam fikirannya, dia hanya ingin membunuh perempuan itu sahaja.
"Apa kata kalau kita keluar awal dari kelas dan tangkap dia di kelas sebelum dia keluar?" tanya Grace pula sambil memandang kawan-kawannya.
"Kita tidak akan dibenarkan keluar awal dari kelas, Grace. Kau pun tahu semua pengajar sudah kenal dengan kita dan sentiasa menghentikan kita daripada keluar awal," ujar Hattie pula.
Piper yang dari awal hanya mendiamkan diri, menyumbatkan seketul daging ayam ke dalam mulutnya. Dia menoleh ke arah Laney yang saat ini sedang menundukkan kepalanya. Setelah kejadian Asteria mengalahkannya, Laney menjadi pendiam dan sering memendam rasa.
Piper tidak berkata apa-apa dan mengalihkan pandangannya ke arah Swayde.
"Budak tu memang pandai melarikan diri sejak akhir-akhir ini. Di bilik dia pun dia tidak ada. Jika kita mahu menangkap dia, kita harus menemukan di mana lokasi dia bersembunyi," cadang Jane.
"It's easy for you to say... Kau ingat senang nak cari dia di sekeliling kawasan Akademi yang luas ni?" ujar Hattie pula. Bulat sahaja matanya menatap wajah Jane saat ini.
"It is better than do nothing at all," bidas Jane semula.
"Sudah semakin bijak pula perempuan tu sekarang. Sudah pandai nak menyembunyikan diri dari kita. Dan dia juga sudah berani melawan salah satu dari antara kita," Hattie berkata sambil menatap wajah setiap teman-temannya.
"Kita kena lakukan sesuatu, Swayde. Kita harus membalaskan dendam Laney kepada dia," kata Grace pula.
Swayde memandang Grace dengan sebuah jelingan tajam. "Diamlah. Kau ingat saya pun tak terfikir seperti itu?"
"Hanya ada satu sahaja cara untuk kita berhadapan dengan dia," Akhirnya Piper yang sedari tadi mendiamkan diri, membuka mulutnya. Cadangan ini membuatkan kawan-kawannya menolehkan kepala mereka ke arah Piper.
"Bagaimana?" tanya Hattie.
Yang lain juga sudah pun menunggu jawapan dari Piper. Mereka ingin tahu apakah Piper mempunyai rancangan untuk menangkap Asteria.
"Sebentar lagi, Pertandingan Elemental tidak lama lagi. Oleh kerana pertandingan ini melibatkan semua pelajar tanpa mengira mereka berada di kelas yang sama atau tidak. Kita pasti boleh mencari dia semasa pertandingan tersebut."
"Ha-ah yelah. Kenapa kita boleh terlupa tentang Pertandingan Elemental ini pula ya?" Jane berkata dengan wajah gembira.
"Ini tentu akan menyeronokkan!" balas Hattie pula.
"Cadangan awak itu terdengar sangat bagus. Ini adalah peluang kita untuk memberi pengajaran kepada budak degil tu! Berani dia melawan kita..." Swayde berkata sambil menunjukkan genggaman tangannya.
Sudah lama dia menahan geram pada Asteria semenjak perempuan itu menyembunyikan diri dari mereka. Pada Pertandingan Elemental ini, mereka harus berjaya menangkap Asteria dan memberikan dia sedikit pengajaran.
***
***
Asteria tidak kembali ke dormnya setelah masa kelas tamat. Ini kerana dia tahu Swayde dan kawan-kawannya akan datang ke biliknya untuk mencari peluang menganggunya lagi.
Asteria akan keluar dari kawasan akademi dan pergi ke tempat-tempat yang sunyi dan terpencil. Dia suka ke sana kerana dia dapat menenangkan hatinya dan tidak perlu memikirkan tentang masalahnya. Hidupnya saat ini sangat sepi dan keseorangan kerana kawan-kawannya sudah pun meninggalkannya.
Tempat persembunyian yang selalu Asteria kunjungi adalah di atas sebuah lokasi di atas gunung. Di atas gunung itu, Asteria boleh melihat matahari terbenam. Di sekeliling pemandangan gunung itu hanya dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan bukit-bukit yang tinggi.
Terdapat juga air terjun yang tinggi berdekatan dan membuatkan Asteria merasa tenang setiap kali dia datang ke lokasi ini.
Di atas gunung tempat Asteria selalu duduk sambil menikmati pemandangan, tumbuhlah bunga-bunga yang cantik dan terdiri daripada pelbagai jenis. Dengan kehadiran bunga-bunga tersebut, serangga kecil seperti rama-rama sering datang ke tempat itu.
Ini menyebabkan Asteria semakin suka dengan tempat itu kerana tempat itu sangat cantik. Berbanding dengan taman yang ada di dunia di sebelum ini, taman kecil tersebut lebih indah dan memukau.
Sebaik sahaja Asteria tiba di sana, dia meletakkan beg yang dibawanya. Sudah banyak kali Asteria datang ke sini, jadi dia sudah pun memasang sebuah pondok kecil sebagai tempat dia berehat.
Selain Asteria, Aya juga suka mengikuti Asteria datang ke tempat ini. Dia suka bermain dengan haiwan-haiwan kecil yang sering datang ke tempat itu.
Asteria mengeluarkan bekas tempat dia menyimpan buah-buahan segar dan telah dicuci. Asteria melabuhkan punggungnya di atas lantai pondok yang dibinanya. Lalu Asteria memandang jauh ke hadapan.
Aya pula duduk di atas kepala Asteria lalu diberikan sebiji buah anggur.
Suasana hening di sekelilingnya membuatkan Asteria tenang. Namun begitu, rasa tenang tersebut tidak bertahan lama apabila Asteria teringat akan bekas teman lelakinya, Jackson Sebastian.
Memori bahagia mereka selama 4 tahun bersama hancur berkecai begitu sahaja saat Asteria mengingati bagaimana Jackson telah mengkhianatinya. Apakah selama 4 tahun ini tidak ada maknanya bagi lelaki itu?
Kenapa Jackson lebih memilih memihak kepada adiknya? Apakah Asteria pernah melakukan kesalahan kepadanya sehingga Jackson harus mengkhianatinya seperti ini?
Tanpa disedarinya, air mata mula bergenang di matanya. Walaupun Asteria mencuba untuk melupakan Jackson, namun kesedihan dan kekecewaannya tidak dapat dibendung.
Aya yang menyedari perubahan pada diri Asteria, berhenti makan dan memeriksa keadaan Asteria. Melihat air mata yang sudah mengalir di wajah Asteria membuatkan Aya turut menjadi sedih. |Master....|
Ditinggalkan seorang diri di dunia ini menjadikan perasaannya menjadi semakin terluka. Asteria merasa lemah dan tertekan. Tidak mudah untuk melupakan perasaannya kepada seorang lelaki yang sudah bersamanya selama 4 tahun.
Rasa cinta Asteria begitu kuat. Buktinya, Asteria tidak pernah mencurigai Jackson jika lelaki itu akan menyimpan perempuan lain di belakangnya. Inilah yang menyebabkan Asteria tidak menyedari sejak bila Jackson dan Laura telah menjalinkan hubungan.
Asteria tidak menyangka jika lelaki itu memutuskan untuk melupakan kenangan yang telah mereka bina selama 4 tahun dan membantu Laura untuk membunuh dirinya.
Di dalam rasa sedihnya itu, rasa benci juga menjadi semakin bertambah. Asteria tidak merelakan dirinya dikhianati seperti ini. Apalagi dirinya yang ditinggalkan mati begitu sahaja.
Bekas makanan tadi ditutup semula dan diletakkan di sampingnya. Meskipun belum habis namun Asteria sudah tidak berselera untuk makan lagi. Asteria mengelap sisa air mata yang masih ada di pipinya.
"Saya akan berlatih dengan gigih untuk menjadi yang terkuat di dunia ini. Dengan begitu, tiada orang lain yang akan membuli saya lagi..."
Asteria turun dari pondok tersebut dan menuju ke tengah-tengah taman tersebut. Rama-rama yang berhampiran terbang menjauh saat Asteria melintasi kawasan mereka.
Aya yang masih merasa sedih itu hanya memandang Asteria. Sejak dari awal Aya menemani Asteria di dunia ini, Aya sudah merasakan perasaan sedih yang menyelubungi hatinya.
Aya tidak pernah melihat Asteria tertawa atau bahagia semenjak dia datang ke sini. Jika dibiarkan seorang diri, Asteria banyak termenung dan ada kalanya dia akan menangis.
Dengan cara melatih elemen Air sahaja tumpuan Asteria akan terhindar dari perasaan sedihnya. Apa yang Asteria tidak tahu adalah setiap kali waktu malam menjelang, Asteria sering menyebut beberapa nama dalam tidurnya.
Terkadang Asteria juga akan menangis dalam tidurnya. Atau dia akan terbangun secara mengejut dengan badannya berpeluh-peluh, seolah-olah dia baru sahaja mendapat mimpi buruk.
Ada satu masa, Aya akan menggunakan kekuatannya untuk membantu Asteria tenang semasa tidur. Melihat keadaan wanita itu yang sentiasa murung dan bersedih membuatkan Aya bersimpati.
Aya tidak tahu apa yang terjadi kepada Asteria sebelum Asteria datang ke dunia ini tapi Aya tahu mesti Asteria sudah mengalami sesuatu yang sangat buruk dan menyakitkan.
Aya hanya mampu menyalurkan kekuatannya kepada Asteria ketika Asteria tidur untuk membantunya tidur dengan lena. Jika dibiarkan dengan berterusan, hidup Asteria tidak akan baik-baik.
Dan sekarang Aya sedang memerhati Asteria yang sedang berlatih menggunakan elemen Air. Aya sudah melihat banyak perkembangan pada kekuatan Asteria.
Seorang pengguna elemen Air mempunyai satu kelemahan yang diketahui oleh semua orang, iaitu mereka tidak boleh menggunakan elemen Air mereka tanpa kehadiran air.
Tapi Asteria membuktikan kepada dunia jika dia bukanlah seperti itu.
Asteria boleh menggunakan elemen Air tanpa sumber air di sekelilingnya. Dia boleh menghasilkan air dari atmosfera. Meskipun bebola air yang dihasilkan oleh Asteria masih kecil seperti saiz buah ceri namun tidak ada orang yang boleh mengalahkan Asteria di dalam hal ini.
Sebenarnya, Asteria sendiri yang menyedari kelemahannya ini dan berusaha keras untuk mengubah kelemahan ini. Dia tidak mahu suatu saat ketika Asteria harus berlawan dengan musuh di kawasan yang tidak mempunyai sumber air langsung.
Seorang pengguna elemen Air yang tidak tahu menggunakan kekuatannya di tempat yang tidak mempunyai sumber air tidak akan selamat sama sekali. Hujung-hujungnya mereka akan berakhir dengan kematian.
Dengan menggunakan bebola air sekecil buah ceri itu, Asteria membuang bola air itu ke hadapan. Bola air itu meluncur laju ke arah udara lalu menghasilkan sebuah letupan yang besar. Letupan yang dihasilkan adalah sama seperti letupan yang dihasilkan oleh sebuah bom tangan.
Hasil daripada letupan itu, sebuah gelombang angin yang kuat terhasil. Daun-daun dari pokok atau semak-samun yang bergoyang dengan kuat ketika terkena gelombang angin tersebut.
Haiwan-haiwan yang berdekatan juga segera bersembunyi kerana ketakutan.
Namun ini juga tidak cukup bagi Asteri. Dia mahukan lebih dari ini. Dia ingin melintasi garis had kekuatannya dan menjadi lebih kuat. Asteria harus menjadi lebih tangguh dan kuat dari yang lain.
'More, I want more!!'