Si jejaka itu memandang Asteria dengan wajah tidak percaya. "Penjelasan kau tidak bermakna apa-apa kepada aku."
"Saya menyelamatkan dia setelah dia diserang di satu lorong tidak jauh dari sini. Saya membawa dia ke sini sebab hanya tempat ini yang terlindung dari hujan," Asteria mencuba untuk memberi penjelasan.
Lagipula, Asteria tidak mahu jejaka itu kembali menyerangnya. Lihat dari auranya sahaja Asteria tahu kekuatannya itu bukan biasa-biasa. Asteria juga tidak mahu bermusuhan dengan orang seperti si jejaka bermata merah ini.
"Lalu apa yang kau lakukan semasa kau menyentuh adik aku? Aku boleh nampak tangan kau mengeluarkan cahaya tadi. Kau cuba untuk membunuh dia?" Jejaka itu berkata pula.
"Saya hanya ingin menyembuhkan dia. He's dying, okay?! Kalau awak tak nak adik awak tu mati, biarkan saya menyembuhkan dia..."
Terlihat perasaan terkejut terpamer pada wajah jejaka tersebut. "Menyembuhkan? Kau boleh menyembuhkan orang?"
Melihat jejaka itu malah terkejut dengan apa yang dia katakan dan bukannya merisaukan lelaki yang dia anggap 'adik' itu, membuatkan Asteria merasa geram. "Your little brother need help. Will you let me save him or not?"
Jejaka tersebut kelihatan sedang memikirkan sesuatu. Kemudian, dia mendekati adiknya yang terbaring di atas meja tanpa sebarang reaksi. "Baiklah..." Lelaki itu memandang ke arah Asteria lagi. "Tolong selamatkan dia."
Asteria melangkah mendekati meja tersebut. Dia memilih untuk berdiri di sisi lain meja itu, di mana dia akan berdiri secara berhadapan dengan jejaka bermata merah itu. Asteria memandang wajah jejaka itu. "Saya perlu fokus untuk sembuhkan dia. Jadi, saya tidak boleh diganggu sama sekali."
Jejaka bermata merah itu tidak mengatakan apa-apa tapi dia mendengar arahan dari Asteria.
Asteria meletakkan tapak tangannya ke atas dada lelaki yang pengsan itu. Matanya dipejam semula. Tanpa mengatakan apa-apa, tangan Asteria mengeluarkan sebuah cahaya berwarna biru lembut.
Semakin lama, cahaya itu semakin terang.
Pada masa yang sama, di sekeliling mereka muncullah bebola air yang kecil dan banyak. Bebola air ini mengeluarkan warna ajaib yang luarbiasa. Bebola air ini melayang menghampiri tubuh lelaki tadi.
Apabila ia menyentuh tubuhnya, bebola air itu pecah dan mula meresap masuk ke dalam tubuhnya. Keadaan ini berterusan sehinggalah cahaya dari tangan Asteria menghilang.
Si jejaka bermata merah tadi hanya mampu memerhati dengan wajah terpaku. Terpesona dia dengan apa yang dilihatnya saat ini. Matanya dari tadi hanya memerhati wajah gadis di hadapannya saat ini.
Asteria membuka matanya setelah proses menyembuhkan lelaki itu sudah selesai. Dia menggerakkan matanya memandang jejaka tadi, dan mendapati yang jejaka itu lebih dulu sedang memandangnya.
"Saya sudah selesai. Awak boleh bawa dia pulang dan biarkan dia berehat lagi untuk beberapa hari..."
Asteria berputar ke belakang dan mengangkat bakul buah dan payung yang dia letakkan di tepi sebelum ini.
"You're leaving?" Suara si jejaka itu terdengar di telinga Asteria. Tidak seperti tadi, suara jejaka itu terdengar tenang dan lembut.
Asteria berhenti bergerak dan menoleh semula ke arah jejaka itu. "Pekerjaan saya sudah selesai. Tidak ada yang perlu saya lakukan lagi." Asteria membuka payungnya sebelum diangkat ke atas. "Oh, dan satu lagi... Jika awak tidak mahu adik awak itu jadi begini lagi, awak seharusnya menjaga dia sepanjang masa..."
"Tunggu, apa kata awak ikut saya kembali ke kediaman saya. Awak adalah penyelamat adik saya dan saya berhutang budi pada awak. Izinkan saya untuk membalas budi ini kepada awak..."
Asteria yang sudah melangkah beberapa langkah itu terpaksa berhenti lagi. Sekali lagi dia menoleh ke arah jejaka bermata merah itu. Pada raut wajahnya terlihat Asteria ragu-ragu untuk menerima pelawaannya.
'Patutkah aku terima tawarannya untuk kembali ke kediamannya? Dia memiliki kekuatan yang sangat tinggi dan aku yakin dia juga berasal dari keluarga bangsawan. Jika aku berjaya membuatkan mereka tinggal di sisi aku, akan lebih mudah untuk aku untuk melaksanakan dendam aku kepada Lizzie...'
'Hanya saja aku tidak tahu keluarga mana satu si mata merah ini berasal. Aku tidak pernah dengar atau lihat di memori Astaria mengenai jejaka bermata merah. Aku tidak mahu ditangkap jika ketahuan menggunakan jejaka ni atas kepentingan aku sendiri...'
"ROAN! ZION! Kamu berdua ada di mana?"
Terdengar suara seseorang menjerit tidak jauh dari sana. Asteria dan jejaka tadi sama-sama menoleh ke arah asal suara itu datang.
'Ada orang hendak datang ke sini? Apakah yang harus aku lakukan? Stay atau pergi?'
Si jejaka bermata merah itu tidak mengatakan apa-apa walaupun suara jeritan itu masih memanggil nama. Dia menoleh ke arah Asteria pula. "Itu adalah kawan saya. Awak tak perlu risau..."
Tapi Asteria merasa yang dia harus pergi meninggalkan tempat ini. Ada sesuatu yang mengatakan kepadanya jika saat ini bukan masa yang saat untuk menunjukkan dirinya kepada orang lain.
Asteria harus berhati-hati menggunakan kuasa Healingnya kerana tidak mahu orang-orang yang mempunyai rancangan jahat akan mengejarnya. Jadi, dia harus meninggalkan tempat ini dengar segera.
"Saya minta maaf tapi saya harus pergi. Jaga adik awak itu baik-baik..." Setelah itu, Asteria melangkah pergi dan meninggalkan tempat itu.
Melihat gadis itu hendak meninggalkan tempat ini, si jejaka bermata merah tadi mencuba untuk mengejarnya lagi. Tapi seseorang telah menarik tangannya dari belakang, sekaligus menghentikan pergerakannya.
"Roan, awak hendak ke mana? Bukankah itu Zion? Awak mahu mencari apa lagi?" tanya Cassian.
Roan memandang Cassian dengan perasaan bengang. Jika bukan kerana Cassian yang menghalangnya tadi, sudah pasti dia dapat menghentikan Asteria daripada pergi tadi.
"Cassian, saya mahu mengejar perempuan yang sudah sembuhkan Zion tadi tapi awak sudah menghalang saya. Sekarang kita sudah kehilangan dia..."
Desmond juga datang bersama Cassian. Dia memandang Roan dengan wajah bingung. "Perempuan yang sembuhkan Zion? Maksud awak, dia ada kuasa Healing?"
Roan menarik tangannya dari cengkaman tangan Cassian. "Ya."
Cassian ternganga tidak percaya. "Apa?? Perempuan tu ada di sini? Adakah dia perempuan yang sama dengan yang saya ceritakan pada kamu semua tempoh hari?"
"Saya tidak tahu," Hanya sesingkat itu sahaja yang dijawab oleh Roan.
Ini membuatkan Cassian merasa tidak puas hati. "Tell me more about her..."
Roan mengabaikan Cassian dan mendekati Zion yang masih tidak bangun dari atas meja tempat Asteria letakkan dia. Kemudian, Roan membuatkan beberapa gerakan tangan yang besar, menghasilkan sebuah sinar berwarna merah.
Sinar merah itu dimasukkan oleh Roan ke dalam tubuh Zion. Dalam beberapa saat kemudian, Zion pun terbangun dari keadaan pengsan. Dia memandang ke arah abangnya yang sedang memandangnya dengan wajah dingin.
Satu sengihan lebar ditunjukkan oleh Zion kepada Roan. "Brother, you finally here. Hampir saja saya mati kerana dikerumuni dengan kumpulan pencuri tu. Malang sekali, hujan lebat turun. Jika tidak, kekuatan saya tidak akan menjadi lemah dan saya mampu mengalahkan mereka..."
Desmond mendekati Zion dan memeriksa keadaan Zion. Lelaki itu tidak mendapat sebarang luka atau lebam di tubuhnya, bermakna memang Zion dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
"Bukan abang awak yang selamatkan kau tapi seorang perempuan..." Cassian pula yang menjawab bagi pihak Roan. "Dan perempuan tu mungkin adalah orang yang sama yang saya ceritakan tempoh hari..."
Zion memandang Cassian dengan wajah terkejut. "Bukan abang saya yang selamatkan saya?" Barulah saat itu Zion teringat, kali terakhir sebelum dia betul-betul pengsan, ada seorang wanita yang berdiri di sampingnya dan melindunginya.
"Oh, baru saya ingat..." kata Zion dengan wajah kesal. "Tapi saya tidak sempat tengok muka dia sebelum saya pengsan."
"Awak sudah tahu jika cuaca yang sejuk adalah kelemahan awak. Badan awak itu tidak akan bertahan dengan cuaca yang sangat sejuk, jadi kenapa awak tak kembali ke rumah sebelum hujan tiba?" Desmond pula berkata.
"Saya sudah berikan dia sedikit tenaga dalam badan saya. Dia akan baik-baik sahaja untuk beberapa hari ini. Lagipun, perempuan itu juga sudah menyembuhkan dia," Roan pun berjalan pergi dari sana setelah berkata seperti itu.
Zion memiliki Elemen Api dan kelemahan terbesar Zion adalah cuaca yang sejuk. Mengapa Zion akan menjadi lemah sekiranya cuaca sejuk datang sedangkan pengguna Elemen Api yang lain tidak seperti itu?
Ini kerana Zion mempunyai darah keturunan naga. Termasuklah Roan. Tapi ketika mereka berdua masih kecil, kampung halaman mereka diserang dengan ahli sihir yang kejam dan terkuat di kala itu.
Meskipun hidup, tapi Zion terkena dengan sihir dari ahli sihir itu. Kesannya, Zion akan menjadi lemah setiap kali cuaca sejuk. Lebih teruk lagi, dia akan tertidur panjang sekiranya cuaca sangat sejuk.
Berbanding Zion, Roan mengalami keadaan yang lebih teruk. Ini kerana, Roan mengorbankan tubuhnya untuk menyelamatkan Zion daripada dibunuh oleh ahli sihir. Kesan daripada itu membuatkan tenaga di dalam tubuh Roan sentiasa tidak stabil.
Setiap kali bila bula merah datang, tenaga Roan akan menjadi dua kali ganda lebih kuat membuatkan Roan akan bertukar rupa menjadi naga. Jika Roan sudah menjadi naga, dia tidak akan dapat dikawal lagi dan akan menyerang tempat tinggal manusia.
Selama beberapa dekad ini, Roan dan Zion sudah hidup lebih lama dan tinggal bersama manusia. Mereka berusaha mencari jalan bagaimana untuk menghilangkan kesan sihir dari ahli sihir jahat itu.
Cassian, Desmond dan Arzhel berkawan dengan Roan dan Zion, dan setelah mengetahui situasi yang berlaku kepada mereka, tiga orang sekawan itu mahu membantu Roan dan Zion. Sehingga sekarang mereka masih berkawan.
Desmond membantu Zion untuk turun dari meja tersebut. "Mari kembali ke rumah. Saya akan sediakan minuman coklat panas untuk awak."
Zion bersorak dengan gembira. "Yeay, Desmond adalah yang terbaik."