Gosip mengenai Asteria berjaya mengalahkan Laney semasa kelas latihan telah menyebar ke seluruh Akademi. Setiap pelajar yang mendengar gosip itu akan menjadi terkejut kerana tidak menyangka jika Asteria boleh melawan kembali.
Gosip itu telah tiba ke telinga Swayde dan ini membuatkan Swayde menjadi sangat marah. Dia tidak menyangka jika Asteria bukan sahaja melawan, malah dia juga berani mencederakan salah seorang dari rakannya.
Lizzie juga mendapat gosip ini melalui gosip rakan-rakannya. Dia juga agak terkejut kerana Asteria boleh melawan Laney dalam kelas latihan. Dia tertanya-tanya apakah yang berlaku sehingga Asteria yang dahulunya lembut dan baik, kini sudah berani menyerang Laney lagi.
Salah satu kelemahan yang Lizzi lihat melalui pemerhatiannya terhadap Astaria ialah Astaria seorang yang baik hati. Dia tidak akan sanggup menyerang manusia dan haiwan, apalagi mahu memusnahkan tumbuhan.
Dan kelemahan Astaria itulah yang digunakan oleh Lizzie untuk menjatuhkan Astaria. Sudah hampir enam bulan berlalu ketika Lizzie melakukan rancangan pertamanya.
Adakah Astaria sudah berubah? Tidak mungkin! Lizzie menggigit bibir bawahnya sambil berfikir apakah Astaria sudah berubah. Raut wajahnya juga terlihat penuh dengan rasa risau.
Keadaan ini menarik perhatian James yang sedang duduk di sebelah Lizzie sambil membaca buku. Melihat Lizzie yang seperti merisaukan sesuatu itu, James tidak sampai hati melihatnya seperti itu. Dia meletakkan buku yang dipegangnya ke atas meja dan kepala gadis itu diusap perlahan.
"Apa yang awak sedang fikirkan sekarang ini? Apa yang merisaukan awak sampai muka awak pun berkerut seperti itu?" Lembut suara James bertanya kepada Lizzie.
Lizzie memalingkan wajahnya ke arah James. "Saya merisaukan keadaan kakak saya. Awak ada dengar tentang berita jika Asteria mengalahkan salah satu dari rakan Swayde, bukan? Awak pun tahu Swayde tu ialah pembuli jahat di Akademi kita. Saya tahu Swayde tidak akan melepaskan kakak saya selepas ini..."
Mendengar nama Astaria disebut oleh Lizzie, wajah James berubah menjadi sedikit dingin. Sejak kejadian tersebut, James tidak mahu mendengar nama Astaria lagi. Wanita itu sudah mengkhianatinya dan malah memfitnah orang lain atas kesalahannya pula.
"Awak tak perlu risau tentang dia, Lizzie. Dia yang sendiri cari masalah dengan kumpulan pembuli itu." James mengusap pipi kanan Lizzie dengan lembut. "Saya tak mahu lihat awak libatkan diri dengan kumpulan pembuli itu. Saya tak nak awak terluka pula nanti."
Lizzie menunjukkan wajah sedihnya pula. "Tapi Astaria ialah kakak saya. Saya harus membantu dia jika dia dalam kesusahan. Jika dia dibuli dengan teruk oleh Swayde dan kawan-kawannya, saya tidak mahu melihat kakak saya pulang dalam keadaan cedera."
"Lizzie..." James memandang Lizzie dengan wajah dingin. "Kita sudah bercakap tentang ini, bukan? Saya tak mahu dengar nama dia disebut jika kita bersama. I hate that woman and I don't want to do anything related to her anymore. Jadi berhenti berfikir tentang wanita itu..."
Mata Lizzie menjadi berkaca sekejap saat mendengar kata-kata James. Kepalanya ditundukkan ke bawah, memperlihatkan dirinya yang seakan-akan ingin menangis.
James yang melihat mata Lizzie sudah berair, dia tahu jika gadis itu sedang bersedih. Jika tidak dipujuk dengan segera, gadis itu akan menangis pula nanti. Dengan itu, James pun menarik tanga Lizzie dengan lembut sehingga badan gadis itu menghadap ke arahnya.
James menarik Lizzie ke dalam pelukannya. Sambil membelai kepala gadis itu, James berkata, "Saya cuma tak mahu tengok awak terluka lagi, Lizzie. Sudah cukup selama ini dia membuatkan awak terluka. Saya tak mahu tengok air mata awak keluar lagi. Bolehkah sekali ini sahaja awak mendengar nasihat saya?"
Di dalam pelukan James, Lizzie hanya menganggukkan kepalanya dengan kecil, seolah-olah menurut apa yang dikatakan oleh James.
Tanpa James sedari, sebenarnya Lizzie sengaja berkata seperti itu kerana ingin menarik perhatian James dan membuatkan James semakin membenci Astaria. James sendiri tidak melihat bahawa Lizzie sedang tersenyum sinis di dalam pelukannya.
Apa pun yang kau cuba untuk lakukan, kau tidak akan pernah dapatkan kembali James, Astaria. Dia sudah menjadi milik aku selamanya. Aku akan rampas semua milik kau termasuk kebahagian kau selama ini...
Di sisi lain...
Asteria sedang berjalan di tengah-tengah koridor seorang diri. Bersamanya ialah Aya yang terbang melayang di samping kepala Asteria.
Keadaan koridor terlihat kosong dan sunyi. Keadaan koridor ini terlihat kosong kerana kawasan bangunan ini hanya boleh digunakan pelajar-pelajar yang berada di kelas S sahaja.
Di Akademi mereka terdapat lima pecahan kelas iaitu A, B, C, D dan E.
Astaria ditempatkan ke Kelas A dan Lizzie pula ditempatkan di kelas B.
Kelas yang terakhir dan hanya boleh dimasuki oleh pelajar terkuat dan elite dikenali sebagai Kelas S. Pelajar-pelajar di kelas ini tidak bergabung dengan pelajar dari kelas lain. Mereka memiliki kelas, tempat belajar, dorm dan kafeteria yang tersendiri.
Walaupun Astaria ialah seorang pelajar terpandai, namun dia hanya mampu naik sehingga ke Kelas A sahaja. Ini kerana Astaria selalu gagal dalam ujian fizikal. Ditambah dengan itu, Astaria juga gagal dalam ujian Elemen.
Jika Astaria mendapatkan kekuatan Healing, barulah dia akan dipindahkan ke Kelas S. Sekarang ini, Asteria sudah pun memiliki kekuatan Healing dan boleh berpindah kelas tapi Asteria membuat keputusan untuk tinggal di Kelas A sementara waktu sehingga dendamnya terhadap Lizzie sudah habis.
Ini kerana, setelah Asteria masuk ke Kelas S, masa dan jadualnya akan berbeza dengan kelas biasa. Malah, dorm Asteria juga akan berpindah. Jika dia sudah berpindah, masanya akan menjadi terhad dan Asteria tidak mempunyai peluang yang banyak untuk melaksanakan rancangan balas dendamnya.
Asteria datang ke kawasan bangunan ini secara senyap-senyap walaupun dilarang. Dia hanya mahu melihat bagaimanakah struktur bangunan yang dibina hanya untuk pelajar Kelas S. Jika dia ditangkap oleh para pengajar yang ada di Kelas S, tentu dia akan diheret ke bilik Pengetua.
"Tiada yang menarik di kelas ini. Biasa-biasa saja macam kelas lain..." Asteria menjengukkan kepalanya ke dalam setiap kelas. Kesemua kelas yang dia jenguk itu adalah kosong saja. Hanya ada meja dan kerusi saja.
|Master mahu masuk ke Kelas Elite ini?| Aya bertanya dengan suaranya yang kecil.
"Mungkin nanti... Saya tidak mahu berpindah ke kelas ini sebelum saya membalaskan dendam saya pada Lizzie..."
Setelah memeriksa kesemua kelas di dalam bangunan tersebut, Asteria bergerak ke menuju ke arah taman kecil yang berada di belakang bangunan tersebut. Taman tersebut merupakan salah satu taman yang dibina di bangunan Kelas S.
Taman tersebut dibina dalam sebuah rumah kaca. Terdapat pelbagai jenis pokok perhiasan yang ditanam di taman itu. Di tengah-tengah taman itu dibina sebuah pancuran air yang berbentuk malaikat dan sebuah kolam kecil dibuat di sekeliling pancuran air tersebut.
Ikan-ikan koi yang bersaiz kecil dipelihara di dalam kolam itu. Bunga teratai berwarna merah jambu juga diletakkan di kolam tersebut untuk menambahkan seri kolam tersebut.
Beberapa kawasan di taman itu diletakkan bangku sebagai tempat berehat kepada sesiapa sahaja pelajar yang datang ke taman ini.
Asteria memandang sekeliling taman itu dengan wajah kagum. Dia tidak menyangka jika taman itu dijaga dengan sangat baik sehingga nampak cantik dan memikat mata.
"Saya juga mahukan satu taman seperti ini jika saya mempunyai rumah saya sendiri nanti..." Ucap Asteria berkata pada dirinya sendiri. Asteria berjalan mendekati salah satu kerusi panjang yang menghadap ke arah pancuran air.
Dilabuhkan punggung ke atas kerusi tersebut. Matanya mula melilau memandang sekeliling. Kelihatan dari raut wajahnya, Asteria sangat menikmati suasana di taman ini. Senyumannya sejak dari tadi tidak pernah putus dari wajahnya.
Lalu Asteria melihat ada sebuah ranting pokok di tepi kerusi tersebut. Ranting tersebut ditanam di sebuah pasu kecil. Tiada sehelai daun pun yang tumbuh di ranting tersebut.
"Kenapa ditanam kalau tidak dapat tumbuh dengan baik?" gumam Asteria pula.
|Master, kuasa Healing Master dapat sembuhkan tumbuhan ini juga.|
Asteria memandang ke arah Aya dengan wajah terkejut. "Saya boleh buat seperti itu?"
|Semua benda hidup dapat disembuhkan dengan kuasa Healing Master. Hanya saja setiap jenis sihir yang Master gunakan itu berbeza untuk setiap hidupan. Contohnya seperti tumbuhan ini. Tumbuhan ini tidak mempunyai luka yang mengeluarkan sebarang darah. Tapi tumbuhan ini sudah hampir mati dan kekurangan nutrisi. Jika Master menggunakan sihir yang betul, Master boleh selamatkan pokok ini...|
Sekali lagi, Asteria merasa kagum dengan kekuatan Healing yang dimilikinya. Sayang sekali Astaria tidak dapat merasai kehebatan kekuatan ini. Jika Astaria masih hidup, tentulah dia adalah orang yang paling bahagia sekali.
"Baiklah, saya faham maksud awak. Saya akan cuba menggunakan kekuatan saya ini untuk merawat pokok ini."
Asteria tidak takut menggunakan kekuatan Healingnya di kawasan taman ini kerana dia yakin, tiada orang lain selain dia seorang sahaja yang berada di taman saat ini.
Kerana Aya sudah memberitahunya cara untuk menyembuhkan pokok mati tersebut dengan menggunakan kekuatan Healing, Asteria mahu mencuba cara tersebut sekarang juga.
Asteria membetulkan kedudukannya di atas kerusi panjang tersebut. Setelah keadaannya sudah selesa, Asteria menumpukan perhatiannya ke arah kolam kecil tadi.
Asteria menarik sebuah nafas yang panjang. Lalu perlahan-lahan, tangan kanannya diangkat ke udara, separas dengan bahunya.
Asteria tidak mengucapkan sebarang sihir. Namun dia menggunakan imaginasinya sendiri untuk membentuk sebuah bola air yang terhasil dari air dalam kolam tersebut.
Bola air itu terbentuk dari saiz yang kecil sehinggalah menjadi besar, sebesar tapak tangan Asteria. Bezanya bola air itu dari bebola air yang dia hasilkan selama ini adalah bola air ini mempunyai warna biru topaz yang berkilau.
Fokus Asteria tidak pernah hilang. Renungan matanya hanya diarahkan ke arah bola air tersebut.
Lalu perlahan-lahan, Asteria menggerakkan tangannya, sekaligus membuatkan bola air tadi juga ikut bergerak. Bola air tersebut menuju ke arah pokok mati tadi.
Secara perlahan-lahan, bola air tadi mencair dan membasahi pokok mati tadi. Setelah beberapa minit, akhirnya pokok mati tadi menampakkan perubahan. Sedikit demi sedikit, beberapa helai daun muncul pada ranting kayu tersebut.
Apa yang mengejutkan Asteria adalah sebuah bunga kecil yang berwarna merah jambu tumbuh pada pokok bunga tersebut.
Aya menjadi teruja melihat Asteria berhasil menggunakan kekuatan Healingnya untuk menyembuhkan keadaan pokok mati tadi kembali kepada asal. Dia terbang mengelilingi pokok tersebut dengan senang hati.
|Master, Master berjaya! Master berjaya hidupkan semula pokok ini!!|
Asteria juga merasa senang kerana berjaya. Senyuman lebar terpamer di wajahnya sejak tadi. "Ini adalah kerja senang bagi saya."
Aya terbang mendekati Asteria pula. Sambil dia mengelilingi kepala Asteria, Aya tidak habis-habis memujinya. Ini membuatkan Asteria merasa sedikit malu kerana pujian dari Aya.
"Baiklah, berhenti memuji saya. Kita sudah terlalu lama berada di luar ini. Lebih baik kita kembali ke kelas biasa. Jika ada pengajar yang tangkap saya ponteng kelas, saya akan diberikan amarna lagi." Asteria berdiri dan meninggalkan kawasan tersebut.
Beberapa minit setelah Asteria beredar dari tempat itu, seorang lelaki yang tinggi dan memiliki rambut berwarna perang keluar dari tempat persembunyiannya, di mana tempat persembunyiannya terletak di belakang sebuah pokok tempat Asteria sedang duduk tadi.
Asteria dan Aya tidak menyedari kehadiran lelaki berambut perang tersebut kerana dia menggunakan kekuatannya untuk menyembunyikan kehadirannya di sana.
Sejak awal dia datang ke sini, dia melihat Asteria yang tiba-tiba masuk ke kawasan taman ini. Pada mulanya, dia merasa marah kerana ada pelajar dari kelas biasa yang masuk ke taman ini.
Ini bukan pertama kalinya seorang pelajar biasa masuk ke taman ini. Dan setiap kali mereka masuk, mereka akan membuat kecoh.
Lelaki berambut perang ini berfikir jika Asteria yang tiba-tiba muncul itu akan membuat masalah di taman tapi dia tidak menyangka dia akan melihat suatu kejadian yang membuatkan dia terpegun.
Lelaki tersebut berfikir mahu melaporkan tindakan Asteria yang masuk ke kawasan taman ini tanpa kebenaran. Namun apabila dia melihat Asteria yang tiba-tiba menyembuhkan tanaman mati membuatkan lelaki itu mengubah fikirannya.
Perlahan-lahan, dia mendekati pasu bunga yang kini sudah hidup kerana disembuhkan oleh Asteria. Dia duduk melutut dengan kaki kanan di tepi pasu bunga tersebut.
Lama dia merenung tumbuhan tersebut.
Lalu tangannya diangkat dan diusapnya bunga kecil yang berwarna merah tadi. Segaris senyuman kecil muncul di wajahnya. "Interesting..."