Chereads / Moonlight Blessing (Malay Version) / Chapter 2 - Dunia Baru

Chapter 2 - Dunia Baru

Di sisi lain dunia baru...

Di dalam sebuah bilik, terlihat seorang wanita muda terbaring di atas sebuah katil. Raut wajahnya terlihat tenang, walaupun ada sedikit pucat.

Jika bukan kerana dadanya yang turun dan naik, menunjukkan dia masih bernafas, tentu orang akan berfikir jika dia sudah meninggal.

Di sekeliling bilik itu dihiasi dengan perabot-perabot yang mewah dan berkualiti. Perabot-perabot tersebut diberi warna putih, seputih susu yang dihiasi dengan corak bunga, yang mana kemudiannya corak ini diwarnakan dengan emas.

Dua buah tingkap kaca yang sangat besar itu juga dihiasi dengan langsir yang panjang dan berwarna putih. Di luar tingkap ini merupakan sebuah balkoni yang cukup besar dan di setiap sudut balkoni itu, diletakkan dengan pelbagai jenis bunga.

Beberapa saat kemudian, si wanita yang masih terbaring tadi tiba-tiba membuka matanya. Yang rasa peliknya dengan wanita ini adalah renungan matanya yang terlihat kosong.

Sangat kosong, seolah-olah tiada sebarang tanda kehidupan pada tubuh wanita itu.

"Saya di mana?" Ucapnya, perlahan.

Matanya melilau ke seluruh ruangan, mencuba beradaptasi dengan keadaan sekeliling yang terlihat asing.

Kali terakhir dia ingat, dia bukanlah berada di dalam sebuah ruangan. Melainkan berada di tengah-tengah hutan, seorang diri sambil menunggu ajal menjemputnya.

"Ada orang yang datang menyelamatkan saya?" Asteria memegang bahagian dada dan perutnya. Di sanalah lokasi tusukan itu berada yang ditinggalkan oleh si pembunuh.

"Tapi kenapa saya tidak rasa sakit di mana-mana? Sudah berapa lama saya terbaring di sini?"

Asteria memeriksa tubuhnya untuk melihat apakah luka-luka tusukan itu meninggalkan kesan parut. Alangkah terkejutnya dia saat melihat tubuhnya bersih dari sebarang parut luka. Tiada parut? Saya yakin pembunuh itu menusuk saya sebanyak 20 kali... Kenapa tiada sebarang parut pun di tubuh saya?

Asteria memandang sekeliling lagi. Dan kenapa bilik ini nampak pelik? Sebenarnya saya ada di mana?

Pada masa yang sama, berjuta-juta jenis imej yang tidak dikenali oleh Asteria muncul di ruang minda Asteria. Kemunculan tanpa henti dari imej tersebut memberikan kesan kepada Asteria. Sakit yang teramat di bahagian kepalanya membuatkan Asteria menutup matanya sambil kedua tangannya ditekup ke kepalanya.

"Apa ni?"

Setengah jam berlalu dan sekarang sakit kepala itu sudah berkurangan. Asteria membuka matanya perlahan-lahan. Imej yang muncul di mindanya tadi merupakan sebuah memori yang diberikan oleh si pemilik lama tubuh yang telah dimiliki oleh Asteria sekarang.

Memori itu menceritakan tentang kisah seorang gadis yang bernama Astaira Rosenberg yang berumur 17 tahun saat ini, lahir dalam keluarga bangsawan. Ayahnya merupakan seorang Duke di Kerajaan Inkana. Astaira mempunyai keluarga yang bahagia dengan dua orang ibu bapa yang sangat penyayang dan tidak pilih kasih.

Tapi yang menjadi masalah kepada Astaira ialah adik kandungnya yang bernama Lizzie Rosenberg.

Sejak kecil Astaira dan Lizzie sangat rapat sering bermain bersama. Ke mana-mana mereka akan bersama. Malah alat permainan juga mereka kongsi bersama. Hubungan antara dua orang adik-beradik itu juga sangat baik dan harmonis.

Namun ketika Astaira mencapai umur 13 tahun, dia memasuki akademi dan harus tinggal di akademi. Meskipun tidak sanggup berpisah, mereka berdua harus menerima jika lambat laun mereka harus menjalani hidup masing-masing.

Ketika Lizzie juga mencapai umur 13 tahun, dia masuk ke dalam akademi yang sama dengan Astaira. Pada awalnya, hubungan mereka berdua baik-baik sahaja. Sehinggalah suatu hari, Lizzie menyedari jika Astaira memiliki banyak kelebihan berbanding dirinya.

Astaira digelar sebagai pelajar terpandai dan tercantik di akademi. Ramai yang menyukai Astaira tidak kira lelaki atau perempuan. Lizzie tidak merasa iri hati malah sangat bangga mempunyai kakak seperti Astaira.

Namun suatu hari, Lizzie mendapat tahu jika lelaki yang disukai olehnya hanya menggunakan Lizzie untuk mendapatkan Astaira. Lizzie menjadi marah kerana dirinya dipergunakan.

Ketika dia mengetahui banyak pelajar lelaki di akademi mereka juga menyukai Astaira, Lizzie menjadi semakin cemburu. Rasa cemburu itu memakan dirinya apabila Lizzie mula membuat sebuah rancangan jahat untuk menjatuhkan nama baik Astaira.

Astaira yang tidak tahu rancangan jahat Lizzie, selalu jatuh dalam perangkap Lizzie. Sedikit demi sedikit, Lizzie membuatkan nama baik Astaira menjadi buruk di akademi mereka.

Lebih teruk lagi, Lizzie mengupah seorang lelaki. Tujuannya adalah untuk memfitnah Astaira mempunyai lelaki lain agar hubungan diantara Astaira dan teman lelakinya yang bernama James Emmanuel retak. Setelah James Emmanuel pergi meninggalkannya, Lizzie menggunakan kesempatan ini untuk menggoda lelaki itu.

Akhirnya, Astaira mengetahui semua rancangan jahat Lizzie tapi sudah terlambat kerana Lizzie telah membuatkan semua orang terdekat Astaira membencinya.

Malah Lizzie juga memfitnah Astaira sehingga kejadian tersebut sampai ke telinga kedua orang tua mereka. Kerana merasa malu, Astaira diberikan denda dan nasihat berulangkali. Astaira cuba membela dirinya namun tidak di dengari.

Tidak cukup dengan itu, Lizzie juga menyuruh orang membulinya di dorm. Rakan sebilik Astaira berpindah ke tempat lain setelah tidak tahan kerana dia turut dibuli bersama Astaira.

Merasa tidak tahan dengan semua pembulian ini, akhirnya Astaira mengambil keputusan untuk membunuh diri. Dia membeli sebuah ramuan berbentuk racun dari sebuah kedai yang terpencil.

Racun itu memiliki kesan yang sangat kuat. Apalagi ia mempunyai warna yang jernih dan tidak berbau. Jika Astaira meminum racun itu, tiada yang akan tahu.

Setelah Astaira meninggal dunia, di saat itulah Asteria masuk ke tubuhnya dan menggantikan Astaira.

Meskipun kehidupan Astaira dan Asteria berbeza tapi mereka memiliki satu persamaan. Mereka berdua sama-sama dikhianati oleh adik mereka sendiri.

Dan Asteria masih mempunyai dendam terhadap adiknya. Perbuatan Lizzie yang membunuh kakaknya sendiri walaupun bukan secara langsung membuatkan Asteria semakin panas hati.

"Saya tidak menyangka saya akan diberikan peluang kedua untuk hidup lagi. Saya tidak akan sia-siakan peluang ini. Astaira, awak dan saya adalah sama. Kita masing-masing dikhianati oleh insan yang kita sayangi. Jangan risau, saya akan bantu awak untuk membalaskan dendam..."

Memori yang ditinggalkan oleh Astaira membuatkan Asteria memahami dunia seperti apakah yang telah Asteria masuk.

Berbeza dengan dunia moden, tempat asal-usul Asteria, dunia ini mempunyai ilmu sihir dan binatang ajaib yang Asteria hanya pernah dengar dari mitos sahaja seperti naga, grifin atau ikan duyung. Selain itu, manusia yang mempunyai kelebihan berbanding manusia biasa boleh mengendalikan elemen-elemen yang ada di dunia ini.

Terdapat empat elemen utama di dunia ini, iaitu Api, Air, Angin dan Tanah.

Bagi mereka yang merupakan pengguna Satu-Elemen, mereka boleh menguasai satu daripada empat elemen ini. Manakala bagi mereka yang merupakan pengguna Dwi-Elemen, mereka boleh menguasai dua daripada empat Elemen tersebut.

Setiap pengguna Elemen dapat mengubah elemen mereka menjadi elemen yang lebih kuat.

Contohnya :

1. Bagi Elemen Air, mereka boleh menguasai Kuasa Penyembuhan (Healing).

2. Bagi Elemen Angin, mereka boleh menguasai Kuasa Kecepatan.

3. Bagi Elemen Api, mereka boleh menghasilkan Laser.

4. Bagi Elemen Tanah, mereka boleh menguasai Elemen Besi.

Tapi kekuatan ini boleh berevolusi kepada pelbagai jenis kuasa yang berbeza-beza, selaras dengan tingkat kekuatan pada tubuh mereka.

Akademi yang dimasuki oleh Astaira dan Lizzie dinamakan sebagai Akademi Percivus dan merupakan antara Akademi yang terbaik di kerajaan mereka.

Akademi ini memberikan peluang kepada mereka yang mempunyai kekuatan untuk memperluaskan pengalaman mereka. Dan nanti setelah mereka graduate, mereka mempunyai banyak peluang pekerjaan.

Kerajaan mereka mempunyai beberapa jenis pekerjaan, khas untuk mereka yang mempunyai kekuatan. Antaranya ialah Magician/Sorcerer, Holy Knights, Guardian dan Adventurer.

Astaira mahu menjadi seorang Guardian yang terkenal. Kerana dia mempunyai kekuatan Elemen Air, Astaira mencuba untuk mencuba untuk melatih kekuatannya supaya dapat berevolusi. Astaira mahu mendapatkan kekuatan 'Healing' kerana dia mahu membantu banyak orang.

Semua orang di akademi tahu tentang impian Astaira ini tapi setelah Lizzie memulakan rancangan jahatnya, Astaira tidak mempunyai masa untuk berlatih. Akibatnya, sehingga dia meninggal dunia, Astaira tidak dapat mewujudkan impiannya.

|Bip!Bip!|

|Pengesahan identiti New Master 080|

Suara yang tiba-tiba muncul di dekatnya itu membuatkan Astaira menjadi terkejut. Kepalanya ditelengkan ke semua arah untuk mencari asal datangnya suara itu. "Siapa tu?"

|Pengesahan selesai. Salam perkenalan kepada New Master 080. Panggil saya Aya. Saya telah dihantar oleh Moon Goddess untuk menolong Master.|

"Aya?"

Asteria memandang sekeliling untuk mencari di mana bunyi itu datang lagi.

|Master, saya di sini.|

Saat itulah muncul sebuah cahaya yang keluar dari dahi Asteria. Cahaya kuning itu bertukar menjadi seorang pari-pari. Saiznya sangat kecil seperti buah epal.

Bulat mata Asteria melihat wujud pari-pari itu. "Kau seorang pari-pari?"

|Ya, Aya adalah pari-pari bulan yang dihantar oleh Moon Goddess untuk menbantu Master. Jika Master ada soalan, boleh tanya kepada Aya.|

"Moon Goddess, siapa itu?"

Aya melentokkan kepalanya ke tepi. Wajahnya terlukis raut kebingungan. |Master tidak ingat?|

Asteria menaikkan keningnya, tidak tahu dengan apa yang dikatakan oleh Aya.

|Moon Goddess yang telah menyelamatkan nyawa Master saat Master telah meninggal di dalam hutan. Roh Master dibawa ke sini kerana Moon Goddess ingin memberikan kesempatan kedua kepada Master.|

"Kesempatan kedua?"

Asteria terdiam sejenak. Ligat otaknya berfikir saat ini. Dia ingat jika terakhir kali sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, Asteria menatap ke arah bulan mengambang. Dia melihat seolah-olah ada seseorang yang berada di bulan tersebut. Dan tidak menyangka jika susuk tubuh yang dilihatnya ialah Moon Goddess seperti yang dikatakan oleh Aya.

Walaupun semua ini terdengar seperti karut tapi Asteria percaya kerana saat ini dia telah hidup kembali walaupun di tubuh orang lain.

"Apa maksud awak saya diberi peluang kedua?" Tanya Asteria.

|Kamu akan diberikan kesempatan kedua untuk kembali ke kehidupan pertama kamu jika kamu berjaya membantu mengubah takdir Astaira. Bertahan hidup di dunia ini, dan Moon Goddess akan mengembalikan kamu ke kehidupan pertama kamu.|

"Kenapa tidak berikan saya kehidupan pertama saya secara terus? Kenapa saya harus dihantar ke sini dahulu?"

|Setiap permintaan semestinya mempunyai bayarannya sendiri. Jika kamu mahukan kehidupan kedua kamu, kamu harus membayarnya dengan kehidupan kedua ini.|

Asteria mendiamkan diri. Dia sedang memproses apa yang dikatakan oleh Aya. Tiada yang free di dunia ini. Sudah semestinya saya harus membayar Moon Goddess kerana sudah membantu saya.

Asteria menunduk hormat kepada Aya. "Tolong sampaikan ucapan terima kasih saya kepada Moon Goddess. Saya akan lakukan apa saja demi Moon Goddess untuk membalas kebaikannya."

Aya tersenyum lebar. Dia pun terbang mengelilingi kepala Asteria dengan penuh gembira. |Aya juga berterima kasih pada Master. Sebab akhirnya Aya mempunyai pekerjaan baru. Aya tidak sabar mahu membantu Master.|

Asteria tersenyum kecil. Setibanya dia di dunia ini, Asteria sudah pun merasakan perasaan Astaira yang ditinggalkan seorang diri. Kehadiran Aya sedikit sebanyak mengisi kekosongan hidup Asteria.

Tapi Asteria sudah tidak mahu mempercayai sesiapa lagi. Perasaan dikhianati oleh insan yang selama ini dia percaya membuatkan Asteria menerima padahnya. Dia tidak mahu perkara itu terjadi kedua kali.

|Master, Aya dapat detect dua gelombang kuasa lain dalam tubuh Master. Satu daripadanya ialah kuasa Healing dan satunya lagi, Aya masih tidak kenal.|

Asteria terkejut mendengar kata-kata Aya itu. "Healing? Saya mendapat kuasa Healing?"

Aya menganggukkan kepalanya. |Ia mungkin berlaku setelah Master menguasai tubuh Astaria. Master memiliki energi yang cukup untuk membantu Elemen Air Master berevolusi menjadi kuasa Healing.|

"Wow..." Lalu Asteria dengan segera turun dari katil. Dia mendekati meja solek yang terletak di kiri bilik ini. Di memorinya, Asteria tahu jika Astaria menyimpan gunting di sana.

Setelah menjumpai gunting itu, Asteria menggunakan gunting itu untuk menghiris tapak tangan kirinya.

Aya terkejut dengan perlakuan Asteria.

|Master!|

Melihat sudah ada darah keluar, Asteria meletakkan gunting itu ke atas meja. Lalu diangkat tangan kanannya ke atas luka tersebut.

Asteria menggunakan imaginasinya sendiri untuk menghasilkan kuasa Healing. Hasilnya, keluarlah cahaya dari tangan Asteria. Cahaya tersebut menghasilkan air di sekeliling luka Asteria.

Air tersebut bergerak mengelilingi kawasan tapak tangan Asteria. Setelah Asteria mengalihkan tangan kanannya dan memandang tangan kirinya, ternyata luka yang dibuatnya tadi sudah hilang. Malah parut juga tidak terlihat.

Asteria tersenyum bangga. "Seperti yang saya jangkakan!"

|Ma... Master..|

Asteria memandang Aya. "Ada apa?"

Aya memandang Asteria dengan mata yang bersinar. |Master sangat genius! Tidak semua orang boleh menggunakan kuasa Healing tanpa menyebutkan mantera sihir.|

Barulah Asteria teringat jika pengguna Elemen di dunia ini harus menggunakan mantera sihir untuk mengaktifkan kekuatan mereka yang telah berevolusi.

Tapi apa yang dilakukan oleh Asteria tadi pula berbeza. Dia hanya menggunakan imaginasinya sahaja dan Asteria sudah boleh menggunakan kuasa Healingnya.