Chereads / Princess Luana / Chapter 39 - Bab : 39

Chapter 39 - Bab : 39

Beberapa hari kemudian.

Memandangkan dia tidak boleh peroleh maklumat dari mana-mana manusia yang ada di dalam istana ini, Luana ambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada Aryan. Dan dia tahu untuk korek maklumat dari Aryan bukan perkara yang mudah kerana suaminya itu bukannya boleh di tebak apa yang bermain dalam fikirannya.

Sudah la licik!Mood pula kadang kala seperti roda. Sekejap okay sekejap tidak. Kadang serius, kadang childish. Untuk itu Luana terpaksa guna kaedah lain dan dapatkan bantuan orang lain untuk lakukan misinya.

          "Ada apa-apa yang awak perlukan ke Luana?"tanya Aryan semasa tunduk membaca buku sebelum masuk tidur selepas di perhatikan oleh Luana sejak tadi.

Luana buat muka. Baru nak di tanya. Sepatutnya di tanya sejak dia perhatikan.

         "Tuanku sibuk lagi?Bila saya boleh pulang ke Marlowe?"

           Helaian muka surat yang seterusnya di buka. Aryan baca tulisan yang ada di kertas itu dengan tekun. "Beberapa hari lagi..."

Dengusan kasar lepas dari hidung Luana. Beberapa hari...beberapa hari..asyik menangguh saja kerjanya. Tahu tidak dia sudah naik kebosanan duduk di istana ini tidak ke mana-mana selain keluar dan masuk ruang istana. Rasanya dayang dan pengawal di sini pun sudah bosan menghadap muka dia setiap hari melakukan hal yang sama. Kalau dinding dan tembok ni boleh bersuara,  mereka pun akan katakan hal yang sama.

          "Beritahu saya dengan jujur...apa yang buatkan tuanku ambil masa yang lama untuk lepaskan saya pulang ke sana...boleh saja tuanku hantarkan orang untuk awasi saya ke apa ke...tanpa tuanku ikut sekali kalau dah sibuk sangat?"tanya Luana sambil memeluk bantal rapat ke dada.

Bacaan Aryan terhenti. Dia angkat mata dari bacaannya lalu kerling dari balik kaca matanya itu ke Luana.

           "Kalau nak tunggu urusan tuanku selesai, sampai kesudah la saya duduk istana ni..."bebel Luana lagi.

Aryan tersengih. Dia tutup buku dan di letakkan atas meja sebelah katil dan duduk sandar pada headrest katil tersebut. Tidak berkata apa-apa. Hanya memberi ruang kepada isterinya untuk luahkan rasa tidak puas hati kepadanya.

          "Dah masuk sebulan...okay...masuk sebulan saya tak jumpa pakcik dan makcik saya...berkirim surat lagi la tidak...semua pergerakan saya di kawal dan diperhatikan... ingat sikit ya, saya dah selamatkan tuanku dari bonda Aries...tak boleh ke bagi penghargaan sikit dekat saya dengan izinkan saya keluar dari sini.."sambil berkata, sambil tu Luana lemparkan tangannya ke kanan dan kiri.

Harap-harap strategi dia untuk buatkan Aryan jengkel dengan bebelannya ini menjadi!

Buat beberapa ketika selepas Luana mendiamkan diri, Aryan baru la bersuara.

         "Dah habis?"tanya Aryan dengan kening terangkat sebelah. "Ke ada lagi?"sengih dia selepas itu semasa memandang Luana.

          Aik?Sempat tanya lagi?Tak rimas ke dengar dia membebel?"Nak saya tambah lagi?" Luana buat muka terkejut bila melihat reaksi bersahaja Aryan.

Aryan menjungkit bahu.

         "Terpulang...kalau awak hendak tambah saya sudi mendengarnya. Menurut kajian, wanita ini secara nature memang akan banyak bercakap. Sebab apa?Sebab mereka mempunyai banyak fikiran?Kenapa?Sebab otak mereka sentiasa bekerja. Pendek ceritanya otak manusia adalah yang paling tersibuk dibandingkan pemerintah sendiri. Untuk itu saya tidak kisah untuk mendengar bebelan dari awak.."syarahnya yang tahu hendak main permainan yang Luana hendak gunakan kepada dia.

Terus jatuh bahu Luana hilang semangat mendengar jawapan Aryan. Bukan ini yang dia jangkakan dari Aryan. Dia harapkan Aryan akan balas 'fine...jangan membebel lagi. Kalau nak kita gerak ke Marlowe esok' atau paling tidak lelaki ini akan berkata 'baik...awak boleh pergi ke Marlowe sendirian'. Ini tidak, dia pula yang di'sekolah'kan semula.

          "Seriously?"tanya Luana dengan muka tercengang.

Tidak semena Aryan berdekah ketawa.

        

         "Hahahaha!!!"Aryan ketawa kerana berasa lucu. "Kenapa?Kecewa sebab saya tak masuk perangkap awak seperti cara yang awak lakukan di ruang study saya hari tu?" sakatnya.

Luana membutang mata.

          Isy!Aryan dah tahu ke?Alah!Tak gunanya!Sia-sia aje la dia membebel sejak tadi. Buang air liur betul. "Ha-ha...lawak la sangat.."gerutunya.

           Lantas Aryan berhenti ketawa, tetapi dia tersenyum. Alangkah bagusnya kalau semua rahsia ni tiada dan hidup mereka normal tanpa persengketaan macam ni. "Nak balik Marlowe ke?"tanya dia.

          "Yalah...kalau tidak mananya saya membebel tadi.."rungut Luana dengan kening mencerlung.

          "Boleh...tapi ada bayarannya.." ujar Aryan yang gerak dari bersandar untuk baring selesakan diri di atas bantal. Lalu dia selak selimut yang menutupi badannya.

           Luana perhatikan Aryan dengan muka tidak faham. Tertanya-tanya, apa pulak yang Aryan mahukan kali ni. Ada sajala syaratnya. "Apa dia?" tanya dia dengan kasar.

Lantas Aryan menepuk tempat kosong di sebelahnya.

           "Peluk saya.."minta Aryan.

Luana pandang 'gila apa' kepada Aryan. Ih...!

Aryan perasan akan reaksi itu. Lantas dia lepaskan hela panjang.

           "Kalau awak tak nak...saya akan lewatkan dua hari...kalau awak buat...esok juga kita bertolak."tambah Aryan lagi.

Luana yang bersila di situ pandang teragak-agak. Cuba buat pertimbangan sama ada dia patut setuju atau tidak. Tapi dia perlu pulang ke Marlowe untuk bertanya sendiri kepada makciknya mengenai kebenaran persahabatan bonda dia dan juga bonda Aries secepat mungkin!

Ah! Peluk pun peluk la!

        "Peluk aje ya.."beritahu Luana sambil tunding jari telunjuk beri amaran. "Jangan nak melebih."

         Aryan mengangguk kepala sambil tersenyum meleret. Dalam dada sudah menyorak bagai nak apa. "Okay.."

Mahu tak mahu Luana pun merangkak mendekati bahagian tempat Aryan baring di katil itu. Dia masuk ke dalam selimut setelah baring mengiring di sebelah Aryan. Rasa bahang serta merta dapat di rasai oleh dia apabila berada hampir dengan badan itu.

           "Panasnya tuanku ni.."sungut Luana hendak kurangkan rasa gugup dia mahu meletakkan tangan ke sekeliling dada Aryan.

          Aryan terus tarik tangan Luana dan paksa tangan itu memeluk badannya sementara tangannya berada di bawah kepala Luana. "Barula sedap nak dipeluk...awak patut bangga sebab dapat rasmikan saya terlebih dahulu.."

Bila Luana baru hendak letakkan kepalanya ke dada Aryan, dia angkat kepalanya hendak pandang muka tu.

           "Rasmikan tuanku? Serius? Habis Nikita peluk tu bukan kali pertama tuanku ke?" orang tua ni..nak cakap pun tak fikir-fikir. Ingat dia ni apa?

           "Itu bukan atas kehendak saya.." kata Aryan yang menolak kepala Luana jatuh ke dadanya dan dia peluk Luana seeratnya. "Ini baru yang saya mahukan.."lafaznya dari balik nafas semasa mula memejam mata.

Bila telinganya berada dekat dengan jantung Aryan, Luana dapat mendengar dengan jelas degupan kencang Aryan. Laju seperti lelaki ini yang gemuruh. Sepatutnya dia yang rasa begini! Dia termenung memandang pelita yang terletak di tepi jendela yang sedang menyala itu. Buatkan dia teringat ingin bertanya kepada Aryan mengenai hubungan anak beranak lelaki itu dengan Aries. Tapi terlupa pula. Mungkin lain kali sajala. Kali ni dia lepaskan dahulu.