Chereads / Princess Luana / Chapter 2 - Bab : 2

Chapter 2 - Bab : 2

🌻Pengembaraan Bermula🌻

Krak!

Dengan ranggup lobak merah segar yang ada di tangannya itu di ratah oleh gigi lalu di kunyah berselera sekali.

Sambil tu,  matanya meliar lihat sekeliling kawasan tempat tinggal dan manusia yang lalu lalang di sekelilingnya.

Ahah!

Untuk kali kelima,  dia dapat keluar semula ke kawasan bandar ini untuk mencuci mata. Dan kali ini dia yakin yang pengawal istana atau kesatria berlagak mintak makan kasutnya pakciknya takkan dapat temui dia.

Tidak jauh dari tempat dia berdiri,  dia ternampak sekumpulan kanak-kanak duduk bersila menghadap sebuah pondok kecil dimana persembahan puppet sedang diadakan.

Tertarik dengan hal itu,  tanpa berlengah Luana dekati kawasan tersebut dan duduk di celah antara kanak-kanak yang ada di situ menonton persembahan tersebut.

Di pondok seakan kuakan muka jendela itu terdapat patung naga,  patung kesatria berbaju besi dengan pedang serta seorang puteri.  Ianya mengisahkan bagaimana kesatria itu bertarung dengan naga yang menjadilan tuan puteri sebagai tebusannya.

Tukang pencerita dengan rancak menukar suara setiap kali ada dialog antara tiga watak di situ malah siap membuat bunyi efek dari pertarungan tersebut.

Teruja dengan cara penyampaian tersebut,  Luana bersama dengan kanak-kanak di situ bertepuk tangan dengan gembira kerana berasa seronok akan persembahan puppet tersebut.

Namun tidak lama.

Semua itu menjadi rosak apabila Luana ternampak dua orang pengawal istana muncul di celah orang ramai di situ.

Takut sekiranya tertangkap,  Luana sedaya upaya lindungkan mukanya dengan rambut panjangnya itu.

Namun samarannya tidak berjaya,  sebab pengawal tersebut berjaya mengesan Luana yang duduk di celah anak-anak kecil di situ dengan baju kemeja lepas petak-petak dan topi di kepala.

           "Sh*t!" lafaz Luana setelah dua orang itu mula jalan mendekati ke arahnya. Mereka ni memang tidak suka tengok dia bebas sekejap tau!

Dia pelik la dengan mereka semua ni? Entah bagaimana mereka sekali...sekali pun tidak pernah berputus asa dari cuba menjejak dirinya setiap kali dia larikan diri dari istana?

           "Berhenti! "arah mereka serta merta selepas nampak Luana bangun dan mula melarikan diri dari situ.

Berhenti? Na'ah!  Memang tidak la dia akan berhenti.

Langkahnya di atur sepantas mungkin merentasi laluan pejalan kaki di situ. Siapa saja yang lalu di laluannya cepat-cepat dia elak dan di tolak ke tepi supaya tidak di langgar.

Beberapa meter dari arah depan Luana kemudiannya muncul tiga lagi pengawal istana di situ.

Gara-gara berhenti mengejut ekoran kehadiran mereka,  Luana terpeleset di lantai pavement itu hendak terjatuh. Tapi dia cepat-cepat seimbangkan diri dan belok ke kanan menyeberang jalan dan masuk ke lorong di celah kedai di situ.

Bunyi tapak kasut berlari kedengaran banyak dari arah belakangnya.

        "Berhenti sekarang sebelum kamu cedera!" arah pengawal di belakang yang tidak boleh sebut nama atau gelaran Luana demi keselamatan tuan puteri mereka itu.

Luana tidak dengar,  malah dia dengam berani panjat atas tong kayu di situ lalu bergayut atas besi bumbung bangunan di situ sebelum naik atas bumbung premis di situ.

Tidak takut jatuh sebab memang sudah terbiasa, Luana jalan meniti bumbung di situ dengan kedua-dua tangan di depakan. Dan sesaat kemudian dirinya jauh dari perhatian pengawal-pengawal dirajanya.

Setiba di hujung bumbung, Luana lompat turun dari situ lantas mendarat atas kereta lembu muatan jerami. Jatuh berguling di atas jerami itu,  dia terus bangunkan diri dan lompat turun dari kenderaan tersebut bersama sisa jerami di rambut serta pakaiannya.

Ahah!

Got you!

Kali ni dia yakin dia dapat larikan diri terus tanpa di jejak oleh sesiapa!

Senang kerana mereka semua jauh di belakang, Luana jalan berlegang keluar dari lorong dan berada di laluan terbuka.

Ketika itu la satu rentapan di rasai dari belakang badan di kolar kemeja yang dipakai secara mengejut. Tidak sempat hendak berbuat apa-apa atau beri reaksi sekelip mata Luana sudahpun terangkat dan tergantung atas bahu seseorang.

          "What the hell?" sebut Luana dengan terkejut. 

          "Berhenti bermain 'Cik'Luana..." ujar lelaki yang sedang mendukung Luana di atas bahunya.

Menyedari siapakah lelaki itu berdasarkan suara yang di dengarnya, Luana lepaskan hela nafas mengalah.

Ugh!

Si mangkuk ayun mintak tapak kasut dia rupanya.

           "Seriously? Macam mana awak boleh dapat tangkap saya?"soal Luana dengan nada tertekan sebab tergantung begitu. "Saya dah cuba larikan diri dengan baik tadi tu... "

           "Kalau begitu cik perlu cuba dengan lebih baik dari sebelum ni... " sebuah kereta muncul di tepi jalan tidak lama kemudian.

Luana di sumbat masuk ke dalam perut kereta dengan paksa oleh pengawal istana itu.  Setelah semuanya selamat kenderaan itu di pandu pergi menuju istana utama Marmelow semula.

Here we go!

The Golden Cage!

Penjara yang mewah dan membosankan dalam dunia ini!