Chereads / Princess Luana / Chapter 4 - Bab : 4

Chapter 4 - Bab : 4

🌻Next Plan.🌻

🍃No one ever gets tired of loving.

But every one gets tired of waiting,  assuming, bearing lies,  saying sorry and hurting.🍃

Bingkai gambar yang terisi dengan orang tuanya di capai. Lalu di pandang dengan renungan marah. Dia persoalkan mereka berdua ini. kalau mereka berdua mahu pergi meninggalkan dia sendirian di sini?Kenapa mereka tetap biarkan dia di lahirkan di sini!

Geram betul!

Dengan kasar dia duduk menghenyak punggu di atas tilam dan menghadap jendela bilik. Termenung melihat pemandangan malam berbintang melalui kuakan itu.

             "Serius?Kenapa aku jugak yang dia orang nakkan jadi pewaris...tak Nampak ke aku ni macam mana."bebel Luana sendiri sambil angkat kaki kanan lalu di silakan atas katil sebelah lagi di tegakkan untuk menopang tangan padanya. Lalu hujung kukunya di gigit resah dan hujung kaki yang di silakan itu bergoyang tidak tenang. "Tak boleh jadi ni...aku kena buat sesuatu sebelum di kahwinkan dengan lelaki tua entah siapa-siapa dekat luar sana tu..."

Knock!

Knock!

           Melompat terkejut Luana dibuat ketukan pintu itu. Habis terbang melayang semua lamunan dia. "Siapa?"tanya dia sewaktu pandang ke pintu biliknya.

          Dayang Vienna berjalan masuk sambil menatang dulang berisi makanan dan minuman. "Makan malam tuan puteri.."maklumnya.

Luana buat muka. Makanan pulak. Nampak dia ada mood nak makan ke?    

            "Bawa ianya keluar, saya tiada selera hendak jamah apa-apa.." ujarnya sebelum pandang ke jendela semula. Mengimbas semula idea yang dia akan lakukan untuk pertemuan jodohnya esok siang!

Dayang Vienna tidak dengar, dia malah muncul di depan Luana dengan kepala tunduk ke bawah dan dulang di aju ke Luana.

          "Maafkan saya tuan puteri, Raja Issak hendak pastikan tuan puteri makan sedikit makanan"

Luana pandang ke dulang makanan itu dengan muka menyampah. Orang tua tu!Dah buat dia sakit masih lagi peduli akan kebajikan dia! Pelik betul!

          "Kan saya beritahu saya tidak mahu makan. Did you understand my word?" soalnya. "Keluar sana. Tinggalkan saya sendirian."

Dayang Vienna mengangkat kepalanya. Dia pandang susah hati ke puteri yang sudah di asuh selama 10 tahun di depannya ini. Sejak kematian Raja Ronan, sejak itu la puteri Luana tunjuk sikap degil ini pada sesiapa saja. Dia faham apa perasaan yang sedang dirasai oleh Puteri Luana. Sebab itu dia sikit pun tidak pernah terasa dengan sikap kasar yang di berikan kepadanya.

Puteri Luana sebenarnya sedang kecewa dan patah hati. Tapi tiada siapa yang faham apa yang Puteri Luana rasakan atau mahukan. Anak gadis ini hanya mahukan perhatian seorang ibu dan ayah yang boleh berikan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi. Tapi tiada seorang yang dapat penuhi keperluan Puteri Luana sebab apa yang orang mahukan dari Puteri Luana adalah menjadi seorang puteri yang sempurna dan seorang pewaris taktah sahaja.

           "Tuan puteri...demi saya. Jamah la sedikit makanan...berlapar tidak akan dapat bantu tuan puteri jalankan apa saja misi yang tuan puteri sedang rancangkan sekarang ini.."minta Dayang Vienna lagi. Masih tidak mahu berputus asa mahu memujuk Puteri Luana.

          "Kamu memang tidak akan pergi selagi saya tidak makan ya?"soal Luana setelah itu.

           Dayang Vienna tersenyum nipis. "Tuan puteri tahu saya bagaimana orangnya kan?"

           Luana menggeleng kepala. "Fine...saya makan sebab saya nak happykan kamu Vienna, bukan sebab saya dengar kata Raja Issak untuk ini.."ngalahnya setelah itu.

Berasa senang dengan hal itu, Dayang Vienna gerak ke tepi Puteri Luana dan duduk di atas katil itu.

           "Makan banyak sikit ya.."ajunya semasa meletakkan dulang atas riba untuk Luana capai pinggan dari dulang itu.

Luana capai peha ayam yang ada di pinggang lalu di gigit tanpa kisah akan etika makan yang betul. Kakinya masih tegak ke atas dan tangan berehat di lutut.

            "Jadi...bagaimana?Tuan puteri keluar hari ni lawat ke mana saja?"borak Dayang Vienna yang ingin tahu kemana sajala Puteri Luana hilangkan diri selama satu hari suntuk sendirian. Mujurlah tidak di apa-apakan oleh orang.

           Peha ayam itu di ratahnya dengan kasar sebelum di kunyah dengan malas. "Nothing special.."menungnya memandang keluar jendela. Berfikir kalau dia menyamar jadi tukang penghantar bekalan makanan dan seludup keluar menggunakan lori, agak-agaknya dia tertangkap tak nanti?"Orang ramai...tempat sibuk penuh kenderaan." boraknya sambil tu.

             Dayang Vienna capai napkin di dulang itu lalu mengesat tepi bibir Luana yang comot dengan kesan minyak ayam goreng tersebut. "Saya harap tuan puteri tidak akan lari lagi untuk sesi pertemuan esok. "

            Laju kepala Luana berpaling sebaik mendengar makluman itu. Macam tahu-tahu aje dia cuba nak larikan diri. "Bila tu?"tanya dia.

          "Sebelum waktu makan tengah hari." beritahu Dayang Vienna.

              Hah?Luana pandang Dayang Vienna dengan kening terangkat tinggi. Secepat ni?Kalau macam tu dia kena buat preparation banyak la gayanya ni! "Awalnya?Siapa calon?Orang mana?Tua ke muda?"

         "Apa yang tuan puteri tanyakan ni...sudah tentula muda, tuan puteri hendak muda yang mana lagi..."

Luana pandang penuh muslihat ke jendela biliknya. Peha ayam yang masih di tangan di gigit rakus. Nice!Kalau macam tu ini peluang dia! Conform pengawal istana dan kesatria pakcik dia takkan dapat jejak dia sama sekali.