🌻Hilang Lagi.🌻
Ke sana ke mari dayang dan pengawal istana di dalam kawasan yang ada. Memanggil-manggil nama yang sama sejak tadi. Cuba mencari kelibat tuan puteri mereka yang hilang buat kali ke berapa mereka sudah tidak dapat hitung lagi.
Puteri mereka seorang saja, tapi hanya seorang saja sudah cukup untuk haru birukan seluruh kawasan istana ini. Mahu bagaimana lagi mereka hendak uruskan pun sudah tidak tahu.
Pening dibuatnya!
       "Puteri Luana! "
       "Mana tuan puteri!!"
       "Tuanku!!!"
Panggil mereka yang sedang meronda di sekitar pelosok istana.
       "Cari Puteri Mahkota secepat mungkin!" arah Raja Issak dengan tegas kepada semua orang yang ada di situ sambil jalan merentasi hallway lekas-lekas. Dia kena menghadap pihak diraja yang hadir hendak melamar anak saudaranya itu.
Entah berapa kali dia pesan kepada semua pengawal istana serta dayang untuk mengawasi puteri mahkota mereka itu. Tapi tiada seorang pun yang melakukan tugas mereka dengan baik.
Bagaimana mereka boleh tidak dapat menjaga seorang anak gadis sedangkan jumlah mereka lebih ramai!
        "Tuanku..saya dapat laporan satu daripada kuda di kandang diraja telah hilang... " muncul kesatria di raja dari satu selekoh dengan tiba-tiba dan jalan seiring dengan Raja Issak.
       "Tunggu apa lagi! Kerah semua pengawal istana supaya ronda satu tempat ini untuk mengesan puteri mahkota! "arah Raja Issak dengan tegas.
        "Baik tuanku! "sambut kesatria itu sebelum berpatah balik ke arah belakang dan meninggalkan Raja Issak.
Tidak lama berjalan, Raja Issak tiba di balairung. Tempat menghadap raja-raja. Dan masuk saja dia ke situ, Raja Issak di sapa dengan seorang lelaki yang kemas mengenakan pakaian perutus diraja.
       "Maaf.... Adakah tuan sudah lama menunggu?" tanya Raja Issak.
Bila perutus itu nampak Raja Issak, satu tundukan hormat diberikan olehnya.Â
        "Selamat pagi tuanku..." sapa perutusan itu.
        Raja Issak mengangguk kepala tanda menerima sapaan itu. "Selamat pagi."
Perutusan itu berdiri tegak di depan Raja Issak lalu hulurkan satu sampul surat yang di seal dengan wax emas bercop rasmi diraja.
        "Saya berikan perutusan dari Raja Negeri Vulpecula. Baginda menyatakan mahu menjemput tuanku ke majlis ulang tahun kelahiran baginda yang ke 25 tahun bagi menghormati kerjsama antara dua negeri ini sejak 20 tahun pemerintahannya." beritahu perutus itu dengan tertib.
Raja Issak agak terkejut mendengarnya. Dia fikirkan dia mendapat lamaran lagi buat anak saudaranya Puteri Luana. Rupa-rupanya hanya jemputan rasmi.
      "Baiklah... Maklumkan kepada baginda beta berbesar hati menerimanya." sambut dia sambil pegang sampul tersebut.
Perutus itu turunkan tangan setelah surat tersebut di capai. Lantas dia berikan tundukan hormat sekali lagi ingin meminta diri.
       "Itu saja dari saya. Sekian. Saya minta diri dahulu."ujar perutus sambil itu.
        "Baik. Terima kasih untuk usaha keras kamu ke sini." angguk Raja Issak dengan merendah diri. Mujur la bukan putera mahkota atau raja dari negeri lain atau anak bangsawan yang mahu melamar Luana. Tidak la dia menanggung malu dengan kerenah anak saudaranya yang seorang ini.
Setelah perutus itu pergi, Raja Issak buka sampul surat itu lantas mengeluarkan helaian kertas darinya lantas di baca isi kandungannya. Mereka sekeluarga telah di jemput hadir untuk ke istana utama.
        "Pengawal!"panggil Raja Issak sewaktu membaca perutusan itu.
Bunyi tapak kaki orang berlari kedengaran sebelum seorang pengawal istana berdiri di tepi Raja Issak.
         "Ya tuanku.... "
Raja Issak palingkan kepala. Memandang muka pengawal di depannya dengan kening berkerut.Â
        "Kerahkan semua tentera yang ada dan geledah setiap pekan dan pelosok yang ada sehingga mereka temui Puteri Mahkota. Beta mahu lihat dia berada di meja makan sebelum waktu makan malam tiba." pesannya.
         "Baik tuanku. " angguk pengawal itu serta merta sebelum berpaling dan keluar dari balairung tersebut.
Keluhan panjang lepas dari bibir Raja Issak. Dia palingkan kepala ke arah bingkai gambar milik abangnya. Kenapa la cepat sangat abangnya pergi meninggalkan dunia ini? Lagi-lagi ketika Luana perlukan role model untuk membesar. Anak kecil itu sudah la kehilangan ibu semenjak di lahirkan, baru hendak menginjak dewasa ayah pula yang meninggal dunia kerana sakit. Sekarang tugas dia pula yang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga dan bapa buat Luana.
Nama saja Luana, tapi sikapnya mengalahkan puteranya sendiri. Mudah lagi dia mendidik Lukariah dari Luana. Perangai anak saudaranya itu saling tidak tumpah sewaktu abangnya muda. Lasak dan juga penuh dengan sikap ingin tahu!