Chereads / Princess Luana / Chapter 8 - Bab : 8

Chapter 8 - Bab : 8

🌻Putera Lukariah.🌻

Malam itu selepas berita kehilangan Luana tersebar, seluruh orang istana di kerahkan untuk mencari sepupunya sehari suntuk. Sehingga la waktu masuk senja. Baru la kelibat kakak sepupunya itu munculkan diri Bersama sepasukan pengawal istana. Dan bila dia nampak akan wajah sugul itu, serta merta dia tahu pasti Luana sedang susah hati.

Ayahandanya pula bukan hendak bertanya apa-apa malah dileteri Puteri Luana hingga malah menghukum Luana untuk tidak makan sehingga la keesokan harinya. Kerana itu, dia ambil keputusan untuk temui sepupunya yang satu ini. Mana tahu dengan kehadirannya Luana akan lega.

Knock!

Knock!

Ketukan diberi sebelum pintu bilik itu di tolak ke dalam.

          

               "Kau tidur ke?"tegur Lukariah sewaktu mengintai lihat ke dalam kamar lantas ternampak Luana sedang baring telentang di atas katil termenung memandang siling.

               "Ada apa?"tanya Luana dengan perlahan tanpa bergerak.

Lukariah masuk lalu tutup pintu Bersama sebelum gerak mendekati katil Luana. Dia naik di atas katil itu sebelum bersila di sebelah badan Luana. Dia pandang sekejap wajah itu dengan renungan kasihan.

Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

              "Kau okay?Nak share dengan aku?"aju Lukariah dengan nada separuh berbisik.

Mata Luana bergerak ke Lukariah tanpa gerakkan mana-mana anggota badan termasuk kepalanya sendiri.

            "Kau nak apa?Aku tak mood nak bercakap banyak hari ni."

Lukariah lepaskan keluhan panjang. Bahunya jatuh ke bawah dan dia duduk membongkok tiada semangat.

           "Kau buat aku sedih la...berhenti lah macam ni..hari-hari kau kena marah dengan ayahanda...kalau aku orang dewasa lama dah aku cakap dengan ayahanda berhenti layan kau macam ni...masalahnya aku sendiri baru 16 tahun...nak tidur pun kena mintak izin inikan lagi bercakap suarakan pendapat."beritahunya.

Luana tidak memberi sebarang respon. Dia penat. Penat menangis, penat di leteri dan penat berlapar satu hari tidak makan apa-apa.Sama Sama seperti perutnya, otaknya juga kosong.

Tangan Luana yang berada di sisi di capai Lukariah.

                "Aku mintak maaf bagi pihak ayahanda untuk kata-kata dia hari ni..kau tahukan dia memang sayangkan kau dan kisah pasal kau...sebab itu dia marahkan kau...jadi kau jangan la ambil hati mengenai semua kata-kata yang dia lemparkan kepada kau tu.." ucapnya dengan lirih. Dia tahu Luana sudah hadapi banyak perkara dan tekanan sepanjang hidupnya. Jadi dia tidak mahu Luana tanggung apa-apa lebih dari ni.

Luana melepaskan keluhan panjang lalu bawa lengannya naik ke atas mata. Dia tidak mahu bercakap banyak kerana takut dia akan menangis semula. Tapi hendak buat bagaimana, hati tisunya ini tidak dapat membendung perasaan sebu yang membuku di dadanya ini.

                  "Aku cakap semua ni bukan sebab nak kau paksa kau. Tapi aku rasa better kau dengarkan saja kata ayahanda. Dengan cara ini kau tidak akan dimarahi lagi."pujuk Lukariah lagi walaupun Luana tidak berkata apa-apa sejak tadi. Sebab memang ini tujuannya dia ke sini. Dia mahu nasihatkan Luana supaya berhenti bersikap keras kepala dan memberontak pada ayahanda lagi,lagipun tiada gunanya pun.

Luana berdengus kecil. Dia tarik sengih meleret.

            "Kau cakap senang la...cuba kau yang berada dekat tempat aku Luke...baru kau tahu.."lafaz Luana dengan perlahan.

              "Aku tahu...aku faham...sebab itu aku nak kau berhenti...berhenti buat hati kau sakit...kau dengar je kata ayahanda dan jadi seorang puteri mahkota yang baik..."Lukariah mengangguk kepala sambil mengerutkan keningnya sewaktu memandang Luana.

Luana turunkan lengannya ke bawah. Dia palingkan kepala ke Lukariah Bersama mata basah dengan air mata.

Lukariah menarik senyuman nipis di bibir setelah kakak saudaranya itu memandang dia.

              "Jangan la menangis...aku tahu semua ni susah untuk kau...be strong okay. Esok kita akan ke Istana Vulpecula..kalau kau menangis macam ni jadi panda la jawabnya esok pagi..."selorohnya.

Luana pandang hairan.

             "Huh?Istana Vulpecula?Untuk apa kita ke sana?"tanya Luana dengan kening berkerut tidak faham.

             "Raja Aryan hantar jemputan kepada kita untuk sambut ulang tahun kelahirannya."

Duh! Raja muda tu? Psst! Bersemangat betul sambut hari lahir.

              "Dia jemput Raja Issak dan keluarga kau aje kan...maknanya aku tak terlibat sekali.."keluh Luana dengan letih setelah itu.

               "Apa kau merepekkan ni, kalau ayahanda di jemput itu bermakna kau pun sama terlibat. Ingat sikit ayahanda hanya mewakili kau saja.."jawab Lukariah.

Luana menjuling mata menyampah. Paling dia benci dengan royal event ni. Paling dia malas!

        

             "Perlu ke?"soalnya selepas itu.

             "Mesti la..."jawab Lukariah dengan bersungguh.

Reaksi Lukariah buatkan Luana buat muka. Ya-ya la tu! Nanti kalau dia ke sini. balik-balik makcik-makcik serta puteri-puteri yang hadir ke situ hanya mahu mencemuhnya saja.Bukannya dia tidak tahu. Sebab itu la dia malas hendak dedahkan rupa sebenarnya kepada orang lain. DIa tidak suka bola orang kenalpasti dirinya siapa, sebab mereka akan pandang serong kepada dia dan beri jelingan kononnya simpati mereka itu terhadapnya.

                 "Kau ikut sekali ya...kalau kau tak ikut aku conform...mesti kebosanan aku dekat situ sepanjang malam."ajak Lukariah lagi sambil menggoyangkan lengan yang di pegangnya sejak tadi.

Luana tidak memberi sebarang jawapan. Dia hanya diam memandang siling dengan muka kesalnya. Dia tahu sekalipun dia menolak untuk tidak pergi,  Raja Issak pasti akan memaksa dia.