Chereads / Princess Luana / Chapter 12 - Bab : 12

Chapter 12 - Bab : 12

🌻Surat Makluman🌻

Suasana pagi itu sungguh tenang di kawasan Istana Vulpecula. Awan cerah. Matahari pula memancar terang hingga membias pantulan ke embun yang berkumpul di permukaan daun serta cermin kaca di jendela istana.

Seawal 7 pagi, para dayang, pengawal istana dan pekerja istana lain sudah bangun untuk bekerja. Dapat di lihat dimana-mana sekitar kawasan istana luar mahupun dalam, orang sibuk melakukan sesuatu. Dayang sibuk mengemop lantai, membersihkan perhiasan yang ada, mengilap pemegang anak tangga dan chandelier, pekebun berada di luar menyiram pokok dan merias pohon renek di situ membentuk cantik setiap pokok yang ada.

Di dalam kawasan dapur pula tukang masak mahupun dayang bertugas untuk menjaga makanan diraja sibuk mengatur meja, pinggan, hidangan serta masakan untuk sarapan para pekerja serta kerabat diraja yang lain.

Di bangsal haiwan diraja, penjaga haiwan sibuk memberi makan serta membersihkan kawasan. Dari kendang kuda, kambing. lembu, itik dan ayam yang ada disitu di urus dengan baik.

Tidak jauh dari bangunan, para petani sibuk bercucuk tanam, menyiram tanaman yang ada mahupun memetik hasil tanaman di situ untuk di berikan kepada orang dapur istana atau rakyat miskin yang perlukan kebajikan lebih.

Banyak-banyak balkoni di situ, duduknya Aryan sendirian dengan pyjama tidur dan muka baru bangun tidurnya di situ. Menikmati secawan kopi sewaktu membaca buku kegemaran. Rutin harian yang dia lakukan sebelum mulakan harinya.

Cawan yang berada di meja kecil sebelah bangku kayu melunjur di capai oleh Aryan lalu di bawa dekat dengan mulutnya. Sebelum hirup sempat dia tiup perlahan akan air yang berwap panas itu buat seketika. Setelah itu baru la dia hirup perlahan.

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi tapak kasut mendekat dari dalam sebelum ia berhenti di situ.

        "Selamat pagi tuanku."sapa Rys.

         "Selamat pagi."balas Aryan tanpa berpaling. "Ada surat untuk beta?'soalnya selepas itu. Biasanya kalua Rys datang menghadap dia seawal pagi ini pasti ada urusan penting.

           "Ya tuanku. Ianya dari Menteri Dalam Negeri, Tuan Miliano telah menghantar surat lamaran kepada Tuanku untuk menerima cadangan tuanku Bersama dengan anak perempuannya. Cik Nikita Amora. Ini sudah masuk kali ke empat dia hantar lamaran kepada tuanku."jawab Rys sebelum serahkan satu skrol ke tepi muka Aryan.

Mata di balik cermin mata itu mengerling ke skrol di tepi mukanya. Aryan letakkan cawan tadi semula atas meja lantas capai skrol itu.

           "Bukan ke beta beritahu beta sudah menolaknya dari awal."

           "Sepertinya beliau berdegil dan tidak mahu berputus asa.."beritahu Rys.

Sambil mengeluh, Aryan buka ikatan dari skrol itu lalu membaca catatan di situ. Dan seperti yang di agaknya, Miliano menawarkan anak perempuan lelaki itu dan sebagai pertukaran lelaki itu akan menyerahkan dia kuasa ketenteraan kepada dia sekiranya dia terima lamaran ini.

            "Tuanku hendak biarkan dia lakukan hal ini sewenang-wenangnya?Mengugut tuanku dengan kuasa ketenteraan?"tanya Rys yang sedia maklum akan hal lamaran ini kerana Aryan sendiri beritahu dia mengenai cadangan merepak Miliano.

Aryan gulung semula skrol itu lantas di sua ke Rys untuk di ambil. Memang dia raja, tapi disebabkan dia raja yang muda, ramai pihak tidak berpuas hati dengan kedudukkannya ini. Malah ada juga Menteri yang dalam diam cuba merancang ingin turunkan dia dari takhta. Dengan keadaannya yang rapuh dan tidak kukuh lagi-lagi dengan ketiadaan ayahanda dan bondanya yang sedang sakit. Ianya benar-benar menolak dia ke tebing!

        "Haih..."hela Aryan dengan panjang.

Rys yang dengar pandang susah hati. Pasti Aryan sedang bingung memikiran masalah ini. Yalah, ramai orang tinggi yang mula berganding bahu dan cuba conquer sebanyak pengaruh yang ada semata mahu lihat Aryan jatuh. Entah apa la mereka fikirkan?Bagaimana lelaki sebaik Aryan ini boleh dibenci dan tidak di sukai?

           "Bagaimana tuanku?"soal Rys.

Aryan bangun dari situ dan gerak mendekati tembok beranda di situ. Keningnya berkerut semasa pandangannya di lempar jauh ke sekeliling pemandangan sekitar istana. Nampak luas dan lapang, tapi tidak selapang fikirannya saat ini.

         "Woi!Mangkuk!Ke sini kau sekarang!"tidak semena satu suara menempik kedengaran.

         "Ahahah...sorry!Aku mintak maaf!Jangan pukul aku!"

         "Berani kau kan!Beria aku nak ikut kau balik semalam!Kau tinggalkan aku!Kau tahu sebab siapa aku dekat sini kalau bukan nak temankan kau!"

Aryan tersentak dari lamunan selepas dengar suara bergaduh itu. Dia tundukkan kepala ke bawah tingkat tiga itu.

           "Ayahanda yang suruh kan...bukan aku yang suruh kau stay!Auw!Sakit la!Jangan tarik rambut aku!"

         "Oh...sakit!Habis sakit hati aku ni kau tak peduli la!"

         "Ahhh!"

Di bawah kelihatan Luana serta Lukariah sedang berkejaran mengelilingi kolam air pancur kecil di halaman belakang istana.

Rys muncul sesaat kemudian di sisi Aryan selepas dengar akan kekecohan itu. Dia ikut tunduk memandang ke bawah hanya untuk menyaksikan Luana sedang tarik rambut Lukariah lalu menggigi lengan remaja tersebut.

         "Itu Puteri Luana ke?"tanya Rys yang agak terpegun melihat situasi itu.

Aryan ikut tersengih taktala memerhatikan gelagat dua bersaudara itu. Namun senyumannya pudar sesaat kemudian apabila mentol idea muncul di dalam minda dia.

          "Ya tak ya..kamu kata hari tu beta menerima surat lamaran dari Raja Issak untuk merisik Puteri Luana bukan?"soalnya kepada Rys tanpa alihkan mata dari dua orang tu.

         "Ya betul tuanku."Rys tersentak. "Kenapa dengan hal itu?"

Aryan berkira-kira sebentar. Kalau Miliano bertegas hendak main kotor dengan dia, kenapa dia tidak boleh main kotor dengan lelaki tu. nak paksa dia turun takhta?Boleh je.

            "Halang Raja Issak dari beredar dari sini...maklumkan kepada baginda, beta mahu menemuinya nanti."pesannya.

             "Baik tuanku."tunduk Rys serta merta sebelum berpaling pergi dari situ.

Aryan pandang ke Luana dengan kening berkerut. Dia tidak bersedia hendak berkahwin lagi kerana factor bondanya yang sakit, tapi sekiranya orang yang dia kahwini adalah Luana, dia tidak rasa yang harinya akan lebih buruk dari sekarang.