Chereads / Princess Luana / Chapter 15 - Bab : 15

Chapter 15 - Bab : 15

🌻Lawatan Mengejut.🌻

Seminggu kemudian.

Heh!

Dah agak punya.

Raja annoying tu cuma cakap je. Buatnya tidak. Yalah, siapa yang hendak memperisterikan orang macam dia ni kan.

Pengecut!

Mesti Raja Aryan sudah tahu bahawa dia bukan la calon isteri yang seuai untuk lelaki tu. Dan lihat la buktinya sendiri. Sejak kepulangan mereka dari Vulcapela satu khabar pun tidak diterima dari pihak Raja Aryan.

Sia-sia saja dia aturkan pelan tindakan untuk melarikan diri sekiranya Raja Aryan benar-benar maksudkan niat lelaki itu ingin jadikan dia sebagai permaisuri baginda.

Luana tersengih senang semasa dia mencalit cat pada kanvasnya semasa duduk di laman istana hujung minggu itu. Biasanya kalau Luana tiada rancangan untuk larikan diri atau melakukan sebarang aktiviti lasak seperti menunggang kuda atau berlatih memanah, inila rutinnya. Iaitu melukis dan mewarna. Sambil ditemani dengan dua orang dayang dan lima orang pengawal istana di laman itu.

Apabila Luana tunduk mahu memasukkan berus yang kotor ke bekas mencuci hujung berusnya tersalah sasar lantas buatkan bekas kaca berisi air itu tergolek menumpahkan air di dalamnya. Air kotor itiu kemudiannya terkena pada kain dress warna putihnya.

Terkejut kerana hal itu, Luana bingkas bangun dari bangku itu ke belakang dengan tiba-tiba. Tindakannya itu buatkan bangku itu ikut terbalik ke belakang dan disandung dengan kakinya. Hilang keseimbangan hendak terjatuh ke belakang. Dua orang dayang yang ikut kalut kerana hal itu cuba hendak dapatkan Luana.

KEDEBUK!

Bersama muka terkejut dan berus masih ada di tangan, Luana pandang ke depannya semasa seseorang berada di belakang dia dan kedua-dua tangan berada di bawah lengan dia. Mencempung dirinya dari jatuh ke belakang sesaat kemudian.

Luana pun dongakkan kepalanya ke atas hendak lihat siapa yang menyelamatkannya itu.

Huh?

Berkedip-kedip mata Luana selepas lihat akan lelaki yang sedang tunduk memandang dirinya. Dia cuba proses apa yang sedang berlaku. Dia mimpi atau sedang berkhayal sekarang ini?

You gotta be kidding me!

"Tuan puteri okay?"tanya Aryan.

Apabila Luana sedar dari lamunannya dia cepat-cepat tegakkan dirinya dan tolak dirinya jauh dari lelaki di depannya ketika itu.

"Apa ni?Kenapa tuanku ada di sini?"soalnya sambil pandang atas bawah akan penampilan casual dan ringkas yang dikenakan oleh Aryan. Bertuah la...kalau dah segak, pakai pakaian bundle pun tetap nampak kacak.

"Berjumpa dengan Raja Issak untuk membincangkan soal perkahwinan kita la, apa lagi.."ujar Aryan sambil seluk tangan ke dalam poket seluar. Melirik Luana buat seketika dari penampilan dan wajah polos tidak tercalit dengan sebarang riasan. Cantik tapi kasar.

Hah?

Luana buat muka. Lah!Dia ingatkan rancangan Aryan untuk mengahwininya tidak jadi?Dan sekarang apa?Bincang?

"Apa yang tuanku berdua bincangkan?"tanya dia semasa tunduk menegakkan bangku tadi lalu angkat bekas yang sudah kosong dari air itu lantas di sua kepada dayang di situ. Minta di isi semula. "Kenapa saya tak tahu mengenai kedatangan tuanku ke sini?"

"Tarikh telah ditetapkan. Dan sebulan dari sekarang majlis perkahwinan akan diadakan." beritahu Aryan semasa memerhati Luana sebelum ternampak lukisan yang hampir separuh siap di kanvas berhadapan dengannya itu. "Dan kalau tuan puteri tahu mengenai kehadiran beta ke sini sudah pasti tuan puteri larikan diri dari sini untuk elak dari bertemu dengan beta."

Aik!

Macam tahu-tahu je?

"Apa yang buatkan tuanku fikir saya akan buat begitu?"soal Luana sambil menyilang tangan ke dada. Lelaki ni sememangnya cabaran besar untuk dia selepas Raja Issak.

"Beta faham bagaimana cara tuan puteri berfikir...kalau tidak kenapa beta berikan masa kelonggaran selama seminggu begitu saja tanpa khabar berita."seloroh Aryan penuh maksud.

What the heck!So?Selama seminggu ni?Aryan hanya mahu main tarik tali dengan dia?Saja hendak tahu apa yang dia bakal lakukan?Adakah lelaki ini tahu akan rancangannya untuk pergi dari sini dari awal lagi?

"Ha-ha-ha...terima kasih la kalau macam tu...elok kalau tuanku faham bagaimana saya berfikir..jadi baik tuanku batalkan saja niat tuanku untuk mengahwini saya.."beritahu Luana dengan serius.

Dia bukannya apa, dia takut sekiranya ketulahannya ini tempias pada Aryan. Ramai kata dia adalah seorang pembawa nasib malang dan tidak baik pada sesiapa saja yang cuba Bersama dengan dia. Oleh itu dia tidak mahu Aryan jejaskan nasib sendiri semata hendak mengahwininya. Serius dia takut!

Aryan tahu apa yang Luana sedang fikirkan. Tapi dia tidak akan menyatakannya secara terang-terang.

"Beta tidak akan lakukan hal tu." balas Aryan serta merta.

Luana berkerut kening. Dia kecilkan mata memandang curiga pada Aryan. Lalu perasan ada pengawal lain di sekitar tempat itu. Mungkin pengawal milik Aryan sewaktu lelaki ini datang ke sini.

"Tuanku serius ke dengan keputusan ni?Tak menyesal?"tanya dia sambil mengesat tangannya yang kotor dengan kesan cat menggunakan tuala yang di serahkan dayang seorang lagi.

Aryan lentokkan kepala sedikit lalu tersenyum nipis.

"Kenapa beta perlu menyesal?Bukan ke perkahwinan dan mendirikan rumah tangga itu perkara yang baik."

Aik. Pandai betul berkata ya. Sekarang cakap senang la. Luana menjungkit bahu. "Saya rasa tuanku cukup bijak untuk faham apa yang saya maksudkan.."

"Tidak...beta tidak faham."

Air muka Luana jatuh kepasa serius. Haih!Yang dia bercakap dengan lelaki ni kenapa pulak. Patutnya dia pulaukan saja Aryan ni biar lelaki ni serik dan batalkan niat untuk mengahwininya. Kalau dia layan, pasti Aryan akan ambil kesempatan di sebaliknya.

"Fikir sendiri kalau macam tu.." balasnya acuh tak acuh. Langkahnya di atur untuk pergi dari situ.

Aryan lirik langkah Luana lalu memandang belakang kepala itu ketika gadis itu meninggalkannya di situ. Lalu pandangannya terarah pada kanvas di depannya kemudian.

"Puteri Luana..."panggilnya sambil lihat bunga yang separuh siap di situ.

Luana yang baru saja hendak tiba di pintu masuk berhenti. Dia berpaling ke belakang semula dan memandang Aryan dengan kening berkerut.

"Apa kata kita buat perjanjian.." cadang Raja Aryan sambil memalingkan wajahnya ke Luana. Dia perlukan kerjasama yang baik dengan Luana untuk mudahkan segala urusan.

"Perjanjian apa?"tanya Luana yang agak tertarik mendengarnya.