"Selamat pagi tuanku.."sapa dayang dan pengawal apabila Raja Aryan jalan melintasi mereka.
"Selamat pagi"balas Raja Aryan sambil kerling sekeliling kawasan hallway itu. "Nampak isteri beta?"tanya dia.
Dayang dan pengawal itu memberi senyuman nipis di bibir. "Tuanku permaisuri berada di taman dengan Permaisuri Aries, tuanku"
Aryan pandang terkejut pada dua orang di depannya. Sudah la dia masih belum sober dari terkejutnya bila tahu Luana tiada di dalam bilik, di tambahkan lagi yang Luana kini bersama dengan bondanya?
"Mereka dengan siapa?"risau menjalar di seluruh urat sarafnya. Jangan diapa-apakan sudah bondanya itu.
"Berdua saja tuanku...sedang bersarapan sama di pondok gazebo kegemaran Permaisuri Aries."jawab pengawal itu lagi.
Aryan terus berlalu meninggalkan mereka berdua. Kaki panjangnya itu melangkah seluas mungkin untuk keluar dari istana dan tiba di perkarangan. Dia berjalan lagi sehingga la tiba di Istana Orkid Biru. Sepanjang perjalanannya itu, pelbagai fikiran tidak elok bermain dalam fikiran Aryan. Dia terbayangkan mungkin Luana sakiti bondanya yang sedang sakit itu, paling tidak Luana mungkin memperlekehkan keadaan yang di hidapi oleh bondanya?Atau macam mana kalau Luana tahu bonda dia nyanyuk dan buatkan bonda dia tertekan?
Habis la!
Langkah Aryan kaku tiba-tiba. Telinganya bagaikan menangkap suara tidak jauh dari tempatnya sedang berdiri. Ceria, membuatkan hatinya sedikit teruja. Dia semakin ke depan. Kali ini dia dapat lihat dengan jelas kelibat dua orang wanita yang sedang duduk membelakangkan dirinya di bawah gazebo tiga meter dari situ.
"Ahahaha...serius?Lepas tu?Lepas tu apa yang jadi??"
"Lepas tu saya buatkan tiga kuda milik pakcik saya lari dari kawasan istana. Dua darinya adalah kuda kesayangan dia...jadi hamper 50 orang tentera dikerah untuk kesan kuda-kuda tu...dan sebagai hukumannya saya tak boleh nak keluar dari bilik selama dua minggu berturut-turut.."cerita Luana sambil suap makanan dalam mulut.
"Hah?Kena kurung?"
"Heh...mana ada. Tidak mungkin la saya akan duduk diam tidak berbuat apa-apa selama dua minggu itu...dan Permaisuri nak tahu apa yang saya buat untuk lepas dari hukuman tu?"tanya Luana sambil buat muka.
Permaisuri Aries mengangguk kepala dengan laju. "Apa dia?"
"Saya lari...padan muka mereka. Ingat saya ni apa?Suruh saya duduk dalam bilik konon. Memang tidak la jawabnya."beritahu Luana. "Saya selinap keluar melalui lori angkut bekalan kemudian saya rentah bandar dengannya..kemudian saya berjalan ke sana ke mari hiburkan diri"
Clap!Clap!
Dengan bersemangat sekali Permaisuri Aries tepuk tangan.
"Seronoknya. Saya pun mahu ikut kamu juga la kalau begitu. Saya terkurung di sini tidak dapat ke mana-mana.."beritahunya sambil goyangkan lengan Luana.
"Of course...tiada masalah. Nanti saya uruskan. Kemudian kita boleh keluar dari sini dan lawat pelbagai tempat"angguk Luana sambil bantu Permaisuri Aries kesat tepi mulut itu dengan napkin di situ.
Aryan yang saksikan situasi itu terdiam sendiri. Tidak menjangka akan kejutan yang dia terima buat pertama kali selepas ketibaan Luana di sini. Dia tidak sangka yang Luana mampu melayani bondanya dengan baik sekali.
Selama ini Aryan sentiasa gusar dan takut sekiranya dia bawa mana-mana wanita masuk ke dalam istana dan dikenalkan pada bondanya, mereka mungkin akan benci dan tidak suka pada keadaan bondanya. Kerana itu dia tidak bersedia hendak berkahwin. Dia risau sekiranya dia berkahwin, wanita yang mengahwininya itu tidak dapat menjaga bondanya sekali, dan paling teruk wanita itu akan buatkan dia lalai akan tanggungjawabnya sebagai anak terhadap bondanya. Dan sebab itu juga dia agak cerewet dalam pemilihan pasangan hidupnya.
Selain itu, alasan Aryan tidak mahu memberi tahu hal sebenar dari awal pada Luana adalah kerana, Aryan tidak tahu apa yang Luana akan beri reaksi selepas mengetahui kenyataan yang bondanya sakit dan perlukan perhatian lebih. Dia tidak mahu Luana berkata tidak baik mengenai bondanya.
Namun semua sangkaannya meleset sama sekali. Tanggapan dia terhadap Luana berbeza sama sekali dari apa yang dia saksikan sekarang ini.
"Bonda..."panggil Aryan di belakang selepas berdiri dekat dengan mereka di situ.
Dengan serentak dua kepala itu berpaling. Luana dengan mulut kembung penuh makanan sementara Permaisuri Aries pandang bingung.
"Siapa dia?"tanya Permaisuri Aries sewaktu tunding jari ke Aryan dan memandang Luana pada masa yang sama.
Mahu tercekik Luana lepas dengar soalan itu. Dia pandang ke Aryan lalu ke Permaisuri Aries. Dah sudah!Takkan la Permaisuri Aries tidak ingat pada anak sendiri?
"Dia anak kamu ke Sophea?" tanya Permaisuri Aries lagi.
Kening Aryan berkerut bila dia tengok reaski bondanya yang langsung tidak dapat mengingatinya tidak kira segigih mana dia cuba ingatkan kepada Permaisuri Aries yang dia ini adalah anak wanita ini.
Luana mati kutu di situ. Alamak!Tak pasal-pasal pula dia tersepit dengan masalah dua beranak ini. "Ini anak tuanku...Aryan Eros..."beritahunya teragak-agak.
Permaisuri Aries menggeleng kepala. "Seingat saya saya belum ada anak, Sophea."jawabnya.
Aryan kerling ke Luana.
"Kenapa bonda saya panggil awak Sophea?"dia sering dengar bondanya ulang nama ini berkali-kali. Tetapi dia tidak pernah tahu siapakah orang yang bondanya mahu bertemu sangat ni.
"Nama bonda saya.."jawab Luana sambil telan sisa makanan dalam mulutnya. Dia yang sedang pegang kuih di tangan itu menjungkit kening. "Sarapan?"ajunya dengan kekok lepas teringat lelaki yang dia sedang bercakap sekarang adalah suaminya.
Aryan pandang terkejut ke Luana.
"Apa?Sophea Ingrid yang bonda saya selalu sebutkan adalah nama bonda awak?"
Luana mengangguk kepala.
Permaisuri Aries tidak mempedulikan Aryan. Dia tepuk bahu Luana.
"Beritahu saya cerita lagi...apa yang berlaku selepas itu?"mintanya.
Aryan pandang tepi wajah Permaisuri Aries yang sedang tersenyum lebar itu Bersama perasaan sedih sebelum tunduk memandang ke bawah kerana tidak tahu hendak apakan lagi.
Luana perasan akan perubahan air muka Aryan. Dia serta merta berasa simpati pada nasib yang di alami oleh suaminya. Dia tahu apa perasaannya bila tidak dapat perhatian dari ibubapa sendiri. Percaya la, dia sudah senior dalam hal-hal sebegini.