"Ingat...masuk saja kamu sapa Raja Aryan elok-elok. Pastikan kamu tarik perhatian dia. Sebolehnya jauhkan dia dari isterinya itu.."pesan Miliano kepada Nikita semasa mereka berdua jalan seiringan memasuki bangunan istana.
"Perlu ke kita buat semua ni?"tanya Nikita dengan keluhan letih. Ayahnya ini memang tidak reti putus asa betul la. Ada saja yang hendak dirancangnya.
"Jangan degil...untungnya kamu juga nanti.."desis Miliano dengan garang.
Nikita menjuling mata menyampah. Dia pandang ke depan dimana dayang dan pengawal menyambut kedatangan mereka ke situ.
Selain Miliano ada Menteri lain yang turut telah hadirkan diri ke situ. Miliano kemudiannya berborak sesama mereka dan saling berjabat tangan menanti kehadiran raja untuk menyambut kedatangan mereka ke situ sewaktu berkumpul di lobi istana,
Ketika mereka semua di situ berborak, Nikita yang berdiri di sebelah ayahnya terpandang ke arah anak tangga lalu ternapak pasangan diraja yang menuruni tangga depannya. Ternganga sedikit lepas pandang Raja Aryan. Visual yang dimiliki oleh Aryan sememangnya tidak dapat dinafikan kesempurnaannya.
"Ayah...mereka dah sampai.." beritahu Nikita sambil menggoyangkan lengan ayahnya itu.
Miliano tersentak lalu alihkan pandangannya ke depan lalu ternampak Raja Aryan turun dari anak tangga bersama Luana di sisi. Senyuman senang terukir di bibirnya.
"Selamat siang tuan-tuan dan puan-puan sekalian.."sapa Aryan dengan nada formal."Maaf kerana buat anda semua lama menunggu."
Mata Luana jatuh pada perempuan yang indah mengenakan dress merah cekak leher lengan panjang dan bersanggul kemas disebelah lelaki tua yang memandang terkejut ke arahnya. Jadi ini la anak beranak yang dimaksudkan oleh Aryan?Miliano dan Nikita.
"Selamat siang semua.."sapa Luana. "Rasanya saya tidak pernah lihat tuan-tuan hadir ke majlis perkahwinan kami tempoh hari?"tegurnya selepas berdiri di depan mereka. Terpaksa punya pasal.
Mendengar komen Luana, setiap seorang di situ beri senyuman terpaksa.
"Biasala...orang sibuk.."
"Ya..sebab itu kami datang ke sini sebagai gantinya."
"Apa khabar tuanku. Senang dapat berjumpa."
Masing-masing hulur tangan ingin berjabat tangan dengan Luana.
Sambil buat muka suka terpaksanya, Luana sambut tangan setiap seorang lalu di genggam sekejap dan lepaskannya sesaat kemudian. Please la!Senang hati konon!Kalau mereka tidak hadirkan diri Nampak sangat mereka tidak senang dengan perkahwinannya. "Ya...saya pun begitu."
Aryan yang sejak tadi memerhati mengangguk kepala senang hati. Pandai Luana baca situasi.
"Aryan!"Nikita berjalan lekas lalu melemparkan diri ke Aryan dan peluk badan itu dengan erat.
Buatkan Luana berkedip mata dan jauhkan diri dari Aryan serta merta. Mereka yang ada di situ yang sudah masak dengan Nikita sikit pun tidak beri reaksi.
"Oh my god!Rindunya saya pada awak."tambah wanita itu lagi dengan lantang. Jari berkuku panjang dan mengerikan itu mengosok manja belakang badan Aryan. Dia sudah lama mengenali lelaki ini. Sejak di akademi diraja lagi. Hampir 10 tahun. Kerana itu dia berani bersikap begini dengan Aryan.
Luana buat muka kerana berasa terganggu dengan bau haruman yang datang dari perempuan yang seperti baru saja keluar dari tong minyak wangi. Dia berkerut hidung menahan bau kuat yang datang dari tubuh itu. Serius?Busuk sangat ke body odour tu sampai segelen minyak wangi di pakai, senak tahu tak kepala dia hidu!
"Apa khabar Nikita.."balas Aryan sambil pegang kedua-dua belah lengan tu dan tolak perlahan tubuh itu untuk dipisahkan darinya. Sedaya upaya untuk tidak berkasar dengan Nikita.
"Berbulu pulak aku perhatikan perempuan ni?"gerutu Luana di dalam hati semasa memerhati.
Nikita enggan melepaskan pelukan itu. Dia malah dengan paksa memeluk badan Aryan semula. "I miss you..." sebutnya dengan manja lalu gerak memberi kucupan ke tepi pipi Aryan sampai melekat gincu merah di kulit pipi itu.
Eww!Luana berdengus melihat adegan di depan matanya. Pasangan kekasih apa dua orang ini?Kepalanya di palingkan ke arah lain, Malas hendak pandang. Dia malah anjak ke tepi sedikit menjarakkan diri supaya tidak menggangu sesi bermesra mereka berdua itu. So ini la Nikita yang dikatakan oleh Aryan. Tidak hairan la kenapa Aryan mentah-mentah menolak lamaran Miliano. Tengok la sendiri bagaimana Nikita berkelakuan.
Nak kena pelangkung agaknya kepala tu!
"Ehem!"dehem Luana dengan kuat-kuat. "Uhm... Saya rasa dekat sini ada yang sesat bini mungkin? Seingat saya, ini suami saya bukannya cik. " Sekuatnya Luana turunkan tangan Nikita dari lengan Aryan. Dan dia pula yang rangkul lengan tu erat-erat. Suka hatinya pegang suami orang. Gigit baru tahu.
Nikita menarik muncung. Bibir merah terpalit dengan gincu itu tidak ubah seperti itik.
Aryan tersengih senang semasa tunduk memandang tangan Luana yang memeluk lengannya. Nasib baikla Luana ada. Kalau tidak mesti Nikita sudah menginding rapat dengannya seperti lintah satu hari ini.
"Marila kita beransur ke ruang makan kalau begitu. Pasti tuan-tuan sudah lama lapar."pelawanya kepada tetamu di situ pula .Sedaya upaya nak control keadaan.
"Ya..."
"Terima kasih sekali lagi tuanku kerana menjemput kami ke sini.."
"Buat susah-susah sahaja."
"Tidak mengapa. Beta patut jemput tuan-tuan semua kerana tidak sempat hadir ke majlis resepsi kami tempoh hari ini sebagai gantinya." basa basi Aryan.