Seriously?Apa isu perempuan ni?
"Sedap? Nak tambah lagi? "
Luana lirik akan Nikita yang tidak habis-habis cuba menarik perhatian Aryan.
Aryan pula sejak tadi tidak makan hingga buatkan makanan dalam pinggan tu mula bertimbun menggunung.
"Nak yang ini ke? " tanya Nikita lagi.
Luana buat muka 'what the hell!' Keningnya berkerut tidak suka bila jarak Nikita begitu dekat dari comfort zone Aryan. Kalau dia yang lihat sudah rimas inikan lagi Aryan. Pasti lelaki itu dua kali ganda rimas darinya.
"Terima kasih. Kamu nikmati saja makanan itu. Tidak perlu hiraukan beta." tolak Aryan yang menjauhkan tangan Nikita dari meletakkan makanan di atas pinggannya.
Lantas Luana palingkan kepala. Dia isyaratkan dengan jari memanggil dayang supaya mendekat.
Dayang yang perasan pun datang mendekat. Dia tundukkan kepala ke bawah untuk Luana.
"Saya tuanku... "
Luana letak tangan di tepi mulut lalu berbisik di tepi telinga itu.
"Bawakan sebuah jag berisi air dan ais atas sebuah dulang. Kemudian tumpahkan ke atas tetamu bernama Nikita ni.. " arahnya.
Mata dayang itu terbutang luas. Dia menahan nafas terkejut selepas mendengar arahan itu.
"Kenapa? Tak nak? "tanya Luana dengan kening terangkat sebelah.
"Ta-tapi bagaimana kalau tuanku marah? "bisik dayang itu pula.
"Jangan risau. Saya back up kamu. Sekarang pergi... "gesa Luana.
"Ba-baik tuanku." tunduk dayang itu sebelum beredar.
Setelah itu Luana kembali duduk sandar di kerusi. Senyuman senang terukir di hujung bibir. Jelas-jelas dia kelihatan senang hati walaupun Nikita sedang sibuk menggeletis dengan suaminya. Memang salah pilih orang kalau Nikita mahu cabar. Memandangkan Aryan sendiri yamg minta dia untuk temani lelaki itu, terpaksa la dia lakukan tugasnya kan?
"Jadi ini la rupa sebenar Puteri Mahkota dari Marlowe yang menjadi buah mulut ramai orang..siapa sangka ya, Raja Aryan Berjaya jinakkan puteri mahkota paling bermasalah ini?"
"Hahaha...tuan Menteri Pertahanan..kenapa berkata begitu"
"Benar kata tuan...anak saya juga pernah menjadi seorang daripada calon yang datang untuk melamar tuan puteri, tetapi telah khabarkan tuan puteri itu hanya seorang wanita gemuk berwajah buruk"
Perhatian Luana dan Aryan terus tersentak apabila mendengar bual bicara Menteri di situ. Masing-masing tunjuk reaksi sendiri. Aryan dengan kening berkerut, Luana pula hanya tersenyum senang.
"Rupa-rupanya puteri mahkota Marlowe adalah seorang jelitawan muda yang sungguh manis di pandang mata ya..."
"Bertuah tuanku kerana dapat memperisterikan wanita yang muda...semoga dapat anak yang ramai ya.."
Semua di situ ketawa dengan gembira sewaktu berborak dan mengangguk kepala senang hati.
"Memangnya saya ni binatang ke sampai hendak dijinakkan??"tanya Luana dengan nada bersahaja memecah suasana ketawa di meja itu. "Siap kata manis lagi tu..memangnya saya makanan?" tambahnya lagi. Dasar orang tua tidak sayang mulut! Nak sangat kena maki agaknya mereka semua ini.
Semua di situ menjadi senyap, sisa senyuman dan ketawa perlahan-lahan hilang di wajah mereka. Lelaki mahupun perempuan semuanya terarah pada Luana yang cantik bermahkota permaisuri di atas kepala.
Senyuman jahat terukir meleret di hujung bibir Luana.
"La kenapa dah senyap?Borak la lagi...ketawa lagi..saya rasa puan-puan dan tuan-tuan di sini hadir ke sini hanya hendak memperlekehkan kedudukan saya sebagai seorang tuan puteri Marlowe serta isteri kepada Raja Aryan tidak begitu?"
Terus menelan air liur gemuruh mereka di situ. Tidak menyangka yang Luana berani bersuara di situ.
"Saya rasa saya letak terlalu sedikit racun dalam makanan tu sebab tuan-tuan masih mampu berkata buruk mengenai saya. Adakah saya perlu arahkan dayang untuk tambahkan lagi racun ke dalam hidangan seterusnya?"Mata Luana liar melirik setiap wajah di situ.
Memang dulu dia adalah seorang tuan puteri. Dan sekarang dia adalah permaisuri, selain Raja Aryan, tiada siapa boleh turunkan dia dari jawatan ini dan mansuhkan kuasa yang dia sedang pegang. Jadi apa dia buat dan apa dia kata tiada siapa boleh halang.
Terkedu tetamu-tetamu di situ semasa mereka pandang makanan yang ada di pinggan masing-masing. Garfu dan pisau berdentingan jatuh dari tangan sebelum suara orang memuntahkan makanan dan tepuk dada sendiri.
"Racun?"
"Tuanku pelawa kami hanya untuk berikan kami racun?"
"Uweek!"
"Tuanku apa semua ini?"
Aryan yang sedia tahu tiada racun dalam semua hidangan di situ palingkan kepala. Dia berkerut kening tidak faham.
"Apa yang sedang berlaku Luana?"tanya dia.
Luana beri senyuman manja kepada Aryan. "Jangan risau...saya bergurau saja.."beritahunya kepada Raja Aryan. Lantas dia pandang mereka semua di situ sebelum ketawa. Lembab!Cakap macam tu dah kecut! "Hahahaha...terkejut bukan?" soalnya semasa mencapai pisau berkilat di tepi pinggannya lalu di genggam erat.
Semua yang sedang kalut hendak bersihkan mulut dan tekak masing-masing terus kejung di kerusi apabila mereka palingkan kepala memandang Luana dengan mata terbutang luas dan tercengang teruk.
"Alahai...bagaimana ni, saya bergurau saja..hahaha...jangan risau..kalau ada racun sekalipun tuan-tuan semua sudah lama mati.."kata Luana lagi Bersama renungan mesra kepada mereka. "Mungkin dilain masa, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan di sini tidak menjaga Bahasa dan tutur kata itu, bukan racun saja yang saya letak, tapi dengan lidah-lidah sekali saya kerat...okay?"
Nikita yang berada di sebelah Raja Aryan perlahan-lahan jarakkan diri. Takut tiba-tiba bila dengar kata-kata tadi.
Dan pada masa itu la seorang dayang Bersama jag di tangan muncul. Seperti yang diarahkan oleh Luana sebentar tadi, dayang tadi pura-pura hendak menuang minuman ke dalam gelas Aryan tapi dengan sengaja dia tumpah jag itu tepat ke Nikita yang berada di sisi Aryan.
SPLASH!
Bunyi suara orang menahan nafas turut kedengaran.
"Arghhh!Sejuk!Sejuk!"berdiri laju Nikita dari kerusi sebelum melompat-lompat setempat.
Termasuk la Raja Aryan sendiri sebab dia terkena tempias air sejuk itu apabila Nikita mengibas-ngibas tangan seperti lunatic dek siraman tersebut.
Luana di meja makan buat muka tidak peduli malah dia menikmati makanannya dengan berselera.
"Ma-maafkan saya cik..."ucap dayang itu dengan muka cemas.
Sementara Aryan yang sudah faham apa yang berlaku palingkan kepala ke isterinya. Tiada kata-kata yang dapat di lafazkannya sekarang ini. Tidak pasal-pasal hanya dalam satu masa Luana Berjaya mengenakan mereka yang cuba memberontak ke atasnya selama ini.
Para tetamu di situ yang sememangnya sudah tidak tentu arah kebingungan sendiri.
Sementara Nikita yang sudah kebasahan menghentak-hendak kaki kerana malu dengan situasi itu. Mana tidaknya habis cair maskarannya di wajah, rambutnya sudah kuyup seperti anjing kebasahan keluar dari kolam air.
Mission Accomplished!