Keesokkan harinya, Luana bangun dengan hati yang girang kerana mengenangkan pelannya untuk pulang semula ke Istana Marlowe untuk menemui keluarganya di sana. Sepanjang masa Luana tersenyum. Dari bantu Aryan bersiap sehingga la bersarapan. Yang mana disambut senang dengan Aryan akan perubahan angin Luana. Dia pun sudah mula bercakap dengan Luana semula.
Tengah hari kemudian, Luana dan Aryan makan bersama terlebih dahulu sebelum bersiap untuk bertolak ke Marlowe.
"Cepat la jalan tu.."gesa Luana yang sudah tidak sabar di bawah anak tangga. Siapa berjoging setempat lagi di situ.
Aryan menuruni anak tangga di situ satu persatu dengan tenang. "Tak kemana pun istana tu...ada je dekat situ."beritahunya. Seronok sungguh Luana ya. Mengalahkan hari perkahwinan mereka saja.
"Nanti sampai sana kemalaman sangat.."Luana lambai tangan menyuruh Aryan cepat. Isy! Orang tua ni. Kura-kura betullah.
Tidak mahu berbalah, Aryan diam dan turun anak tangga itu dengan tenang. Dia jenisnya bukan suka tergesa-gesa. Lagipun perjalanan hendak ke sana hanya empat jam saja. Tidak jauh mana. Jadi kalau cepat atau lambat, mereka tetap akan tiba ke sana juga.
Apabila Aryan tiba dekat dengannya, Luana pegang tangan tu lalu ditarik bersama dengannya menuju ke pintu keluar.
Namun belum sempat pasangan itu tiba di depan muka pintu tersebut, seorang pengawal berlari dalam keadaan cemas dari arah kiri koridor lobi.
"Tuanku!Kecemasan!"panggil pengawal itu sambil berlari ke arah Luana dan Aryan.
Dengan serentak, Luana dan Aryan pun berpaling. Mereka masing-masing pandang akan pengawal yang berwajah cemas tiba di depan mereka.
Kening Aryan berkerut sedikit. "Ada apa ni?"tanya dia.
"Per-mai-su-ri Aries.."sebut pengawal itu dengan nafas tercungap-cungap. "Dia hilang kawalan lagi...kami tidak tahu apa yang berlaku...tiba-tiba saja ada dayang datang berjumpa dengan saya untuk maklumkan hal ini kepada tuanku.." katanya.
Luana turunkan tangannya dari tangan Aryan serta merta. Apa pulak lagi ni?
"Di mana bonda saya?"tanya Aryan.
"Di bilik tidurnya.."beritahu pengawal itu.
Aryan terus pecut lari dari situ untuk ke arah koridor tadi tanpa berlengah. Meninggalkan Luana kebingungan di situ.
"Apa yang dah berlaku pada permaisuri?"tanya Luana pada pengawal tadi.
"Saya tidak tahu tuanku...angin Permaisuri Aries kadang-kadang tidak menentu...jadi tiada siapa dapat mengagak apa yang dia bakal lakukan."jelas pengawal itu.
"Bawa saya ke sana segera.."arah Luana yang ikut berasa cemas. Jangan ada apa-apa yang berlaku sudah!Risau pula dia tiba-tiba.
Pengawal itu mengangguk kepala patuh.
Sementara di ruang bilik tidur Permaisuri Aries....
Keadaan ruangan itu sungguh bersepah, cadar berada di lantai, bantal di atas almari, buku terbuka di sana sini, sisa kaca pecah bersepah atas lantai, kain langsir koyak rabak. Bulu pelepah isi bantal berterabur di serata bilik tersebut.
"Jauh dari aku!Biarkan aku mati!Arghhh!!!!!"teriak Permaisuri Aries dengan berang. Dia serabutkan rambutnya dengan kasar lalu cuba mencapai pasu yang ada di atas almari untuk dihempas ke atas kepalanya.
"Tuanku tolong hentikannya.." nangis dayang yang menjaga dan merawat permaisuri Aries sambil pegang tangan wanita itu untuk tidak cuba cederakan diri sendiri.
"Argh!Lepaskan!Lepaskan aku!"
SPRANG!
Pecah berderai pasu tadi atas lantai betul-betul di depan sepasang kaki berkasut hitam berkilat di situ.
Aryan berdiri kaku di situ memandang keadaan bondanya yang begitu meruntun hati dan tidak terurus itu. Keningnya berkerut sedikit.
"Biarkan aku mati!Kepala aku sakit!Semuanya sakit!Huarghhh!" raung Permaisuri Aries lagi yang mengundurkan diri ke belakang sambil mencengkam terdesak rambutnya ketika itu.
Dua orang dayang yang kelihatan begitu devastated dek cuba menghalang Permaisuri Aries sejak tadi.
Aryan jalan mendekati bondanya dengan langkah yang tenang. Dia tidak terkejut lagi dengan situasi ini kerana sudah terbiasa. Bukan sekali bondanya hilang kawalan begini. Sudah berkali-kali.
"Bonda cukup la..."
Bila Permaisuri Aries nampak Aryan mendekatinya, dia terus menggeleng kepala.
"Tak!Jangan dekat!Jangan dekat aku!Kau siapa!Kenapa kau selalu muncul depan mata aku!!"marahnya dengan mata menjegil bulat.
Aryan terus terpas bondanya. Dia peluk tubuh itu mahu menenangkan bondanya. "Ini anak bonda...Aryan...Aryan anak bonda...tolong la jangan begini"beritahunya.
Permaisuri Aries bergelut. Dia geleng kepala dan tolak sekuat tenaganya dada Aryan agar anaknya itu menjauh darinya.
"Tak...aku tak ada anak!Aku belum kahwin lagi!!!!Tepi!Lepaskan aku!!!!ArghhH!!!"
Oleh kerana Aryan tidak mahu menyakiti bondanya dia terlepas akan pelukannya dari tubuh itu hingga buatkan dirinya hilang kawalan lantas jatuh ke belakang di atas lantai itu.
Permaisuri Aries yang begitu berang itu capai lampu pelita kaca yang ada di atas meja itu lalu menerpa ke arah Aryan mahu memukul anaknya dengan objek tersebut.