Chereads / Princess Luana / Chapter 36 - Bab : 36

Chapter 36 - Bab : 36

           "TIDAAKKK!!!!!!!!!!'

Aryan tekup kedua-dua belah telinga sambil tutup sebelah mata menahan sakit bingit di telinga dek jeritan Luana.

          "NO!NO!NO!!!!!!!!!"

          "Hentikannya Luana!"

          "Tak nak!Tak nak! Arghh!!!" tangan Luana terkapai-kapai di depan Aryan. Tidak mahu didekati apa lagi di sentuh! "Don't touch me!"

Aryan buat muka sewaktu jauhkan diri dari terkena tangan Luana yang sudah tidak tentu arah.

            "Boleh tak awak berhenti...saya tak sentuh pun.."

Luana tarik selimut lalu berkelubung dengannya sebelum duduk jauh ke tepi katil untuk tinggalkan jurang di antara mereka berdua di atas katil itu. Matanya terarah pada Aryan dengan curiga.

             "Dah kenapa?Kita suami isterikan?"Aryan merangkak mahu mendekati Luana. "Jadi tiada salahnya kalau saya sentuh isteri saya.."

           "Ja-jangan dekat!Kalau tuanku dekat, saya tendang!"cepat-cepat Luana aju kaki kanannya ke arah Aryan.

Tersengih kerana lucu melihat reaksi Luana, Aryan malah pegang kaki Luana dan Tarik Luana jatuh baring di atas katil dalam sekelip mata dia sudah berada di atas badan Luana.

Masih berkelubung dengan selimut. Luana cengak erat selimut itu dekat dengan dadanya. Hanya mata saja yang kelihatan dari baliknya.

           "Cepat lepaskan selimut ni!"Aryan pegang selimut itu mahu merentap ia jauh dari Luana.

           "No!"protes Luana yang mengeratkan lagi cengkamannya pada selimut itu.

Tidak mahu main-main lagi, Aryan gunakan tenaga lelakinya lalu dengan mudah merentap selimut itu lepas dari cengkaman Luana dan dedahkan muka dan badan yang berselubung tadi.

           "Argh!"Luana bawa kedua-dua tangan naik menutup muka. Berasa malu hendak bersemuka dengan Aryan apabila 'shield' dia tiada lagi.

Tidak mahu menghempap tubuh di bawahnya, Aryan topang sebelah lengannya di tepi kepala Luana. Sebelah lagi di gunakan untuk alihkan tangan dari muka Luana.

           "Hei...pandang saya dulu.."mintanya dengan perlahan.

           "Tak nak!"protes Luana.

           "Fine...kalau macam tu saya akan cancel perancangan kita untuk ke Marlowe bila dahi awak dah sembuh."ugut Aryan cuba memancing Luana.

Mulanya Luana turunkan sikit saja tangannya. Hanya membenarkan matanya saja yang kelihatan. Lepas dia nampak muka Aryan betul-betul di atasnya, dia naikkan semula.

            "Cakap tu cakap je la..tak payah la macam ni sekali..."takutnya dia sekarang ni!Jangan di apa-apakan sudah!

            "Kalau awak tutup muka macam mana saya nak bercakap." Dengan lemah lembut, Aryan capai tangan Luana dan di pegang. "Kalau bercakap tu kena la pandang orangnya kan"

Tangan Luana beralih secara paksa dengan Aryan. Pada awalnya dia melawan, tetapi bila dia terasa sakit dek cengkaman pada pergelangan tangannya, akhirnya Luana mengalah. Bila tangan Luana menjauh dari muka, reaksi blushing penuh di wajahnya. Dia ketap bibirnya erat-erat semasa bertentang mata dengan Aryan.

            Bila dekat-dekat begini makin handsome pula dia tengok Aryan ni!Buat dia berdebar je la. "Cakap la.." arah Luana dengan nada grumpy.

           "Dengar...saya faham kalau awak tak bersedia lagi, jadi saya takkan paksa awak untuk lakukannya. Seperti pada hari pertama lagi saya pernah beritahu awak. Saya akan berikan ruang pada awak untuk pertimbangkan perkahwinan ni...tapi kena la cuba jugak...jangan la kalau dah tak suka...terus tak sukausaha la sikit untuk timbulkan rasa suka tu...okay?" beritahu Aryan yang masih berada di atas Luana yang sedang terbaring.

            Luana berkedip-kedip bingung beberapa kali. Dia cuba proses setiap bait kata-kata Aryan. Oohh..dia ingatkan Aryan betul-betul serius. Lelaki ini hanya mahu beritahu saja. Haih!Buat lemah semangat je la Aryan ni! "Okay."angguknya dengan perlahan.

             Tersenyum senang Aryan lepas dengar. Dia kemudiannya tunduk mengucup dahi Luana yang tidak terluka. Selepas itu dia pandang Luana semula. "Kalau macam tu mulai hari ni saya tidur atas katil...dan awak tidur di atas sofa.."ajunya dengan bersahaja.

            Heh?Luana buat muka. "Sorry?Apa dia tadi?"lelaki ni bergurau ke! "Saya tidur sofa?Kenapa pulak?"

           Aryan pegang cuping telinga Luana lalu di gentel perlahan. Khayal sendiri dek kelembutan kulit isterinya. "Kenapa tak boleh?Saya dah tidur atas sofa. sekarang giliran awak pula la.."

           "Jangan nak buat lawak ya...saya tak pernah pun suruh tuanku tidur atas sofa tu...kenapa saya kena tidur atas sofa pula...."bidas Luana.

            "Betul ni?Tak nak tidur atas  sofa?"Aryan jungkit kening beri amaran.

Luana bawa tangannya lalu memegang bahu Aryan. Lalu di tolak sekuat hati.

             "Argh!Jauhkan diri tuanku dari saya..tak kira!Saya tak mahu tidur atas sofa!"

             Aryan bangun dari Luana dan duduk bersila di situ. "Okay..kalau macam tu jangan salahkan saya kalau saya lakukan perkara yang saya tak sengaja lakukan semasa tidur ya.."pesannya sambil larikan rambut ke celah jari jemarinya.

Terus Luana merangkak ke timbunan bantal sebelum meletakkan bantal goleh di tengah-tengah katil.

            "Kalau macam tu...ini sebagai sempadan tuanku.Sini bahagian tuanku..ini bahagian saya. " tunjuk dia pada katill tempat dia duduk dan Aryan sedang duduk.

            Aryan perhatikan sekejap situasi itu. "Nah... Maybe not. "Sambil buat muka bersahaja, dia pegang bantal golek itu lalu di campak jatuh keluar katil."Sekarang tiada sempadan. Dari sini sampai la situ adalah sempadan saya.."beritahu dia semasa tunjuk tepi katil dia duduk sehingga di tempat Luana duduk.

Mulut Luana terbuka luas. Dia pandang tak percaya ke sikap childish suaminya. Ugh! What a pain in the neck! Kalau melayan, sampai ke subuh la jawabnya dia tidak tidur.

            "Ugh!Malas nak cakap dengan tuanku ni!Buat sakit hati sajala!" ngerangnya dengan jengkel sebelum tumbangkan diri di atas bantal dan baring mengiring membelakangkan Aryan. Lantak situ!Buat penat dan buang air liur!

Tanpa berkata apa-apa, Aryan baring sekali. Tetapi dia merapat ke Luana. Tidak sentuh. Hanya baring di situ menghadap belakang Luana.

           "Selamat malam Luana.."ucap Aryan dengan berbisik.

Luana tidak menyahut. Dia hanya mendiamkan diri di situ dan pegang selimut rapat ke lehernya. Akan dia balas semula kepada Aryan nanti!