Aryan tiba di ruangan dimana bondanya di tempatkan. Dan setibanya di situ baru la dia sedar yang dia kini berada di kamar tidur milik ayahandanya.
Sejak kemangkatan ayahandanya, sejak itu dia tidak pernah jejak kaki ke dalam bilik ini. Ianya sentiasa buatkan dia teringat akan mendiang ayahandanya itu.
Sakit, tapi hendak bagaimanakan lagi, yang mati hanya boleh diingati, yang hidup perlu teruskan hidup.
"Doktor.."sapa Aryan kepada lelaki yang sedang duduk di sebelah badan bondanya yang sudah terlena.
Tersentak dirinya di panggil doctor tersebut terus bangun dan berdiri menghadap Aryan. Tangannya serta merta di bawa ke depan perut. "Tuanku.."
Mata Aryan tertancap pada wajah tenang bondannya sebelum hela nafas lepas darinya. "Bagaimana keadaan bonda beta?"tanya dia membuang pandangan ke doctor pula.
Kepala doctor itu tergantung ke bawah. Dia tidak berani hendak bertentang mata dengan Raja Aryan kerana dia gagal menjalankan tugas sebagai doctor diraja buat keluarga ini.
"Maafkan saya tuanku...saya cuba sedaya mampu saya untuk membantu tuanku permaisuri...tapi nampaknya sebarang usaha dan ubat-ubatan yang saya gunakan tidak dapat membantu memperlahankan sakit permaisuri dari melarat" beritahunya dengan suara kecil.
Aryan silangkan tangan ke dada. Keningnya mencerlung tajam.
"Apa maksud doctor?Adakah nyawa bonda saya dalam bahaya?"
"Dalam bahaya tu tidak la...cuma...keadaan mental Permaisuri Aries semakin lama semakin merosot. Ianya seakan, permaisuri Aries cuba lupakan banyak perkara secara paksa. Seperti yang pernah saya beritahu pada tuanku, sakit Permaisuri Aries ini muncul dari masalah tekanan yang di alami beberapa tahun sebelum ini dan bertukar menjadi penyakit kerana dia tekankan diri sangat...kalau kita tahu apa punca dia tekankan dirinya, mungkin sedikit sebanyak boleh kurangkan stress Permaisuri Aries."jelas doktor dengan berhati-hati. Takut kalau dia tersalah cakap.
Aryan pandang semula ke Permaisuri Aries. Dia ketap giginya. Ya!Dia tahu apa punca bondanya sakit begini. Cuma dia tidak tahu bagaimana hendak katakannya kepada sesiapa. Buat masa sekarang dia hanya diamkan dulu. Kalau dia beritahu bukannya dia boleh lakukan apa-apa mengenainya. Ayahandanya sudah tiada. Bondanya pula tidak pernah ingat tentang siapa dirinya yang sebenar.
"Lakukan sebaik mungkin..bantu bonda beta untuk kurangkan sakitnya."arah Aryan dengan serius.
"Baik tuanku. Titah dijunjung.."tunduk doktor itu dengan patuh.
Selepas itu Aryan luangkan masa menemani bondanya buat beberapa ketika. Hanya perhatikan wajah itu dengan renungan kosong sebelum gerak ke meja belajar di situ. Meja dimana ayahandanya selalu luangkan masa ketika hayatnya masih hidup.
Duduk saja di kerusi, Aryan usap permukaan meja itu dengan perasaan syahdu. Rindunya dia pada ayahandanya. Kalau lelaki itu ada bersama dengannya, pasti dia tidak akan berasa sunyi. Sekurang-kurangnya dapat la dia berborak dan luahkan perasaan. Dan kini semuanya hanya tinggal kenangan sahaja.
"Ayahanda tahu semua ni sukar buat kamu lakukannya sendirian...tapi percayala ianya akan ajar kamu untuk menjadi seorang anak dan raja yang tabah dan bijaksana...bersabar la Aryan...sekiranya suatu hari nanti ayahanda sudah tiada lagi, kamu bertabahla...maafkan bonda kamu...maafkan segala kesalahannya. Baik buruknya dia adalah bonda kamu"
"Tak...ayahanda..tolong jangan. pergi jangan tinggalkan anakanda sendirian di sinibonda..dia takkan terima anakanda.."
"Ayahanda tak boleh Aryan...maafkan ayahanda"
"Bonda...dia tak pernah terima Aryan sebagai anaknya sampai bila-bila...sampaikan dia sakit macam tu sekali..Aryan orang pertama yang dia lupakan....kalau ayahanda pergi bagaimana dengan anakanda"
"Semuanya salah ayahanda semua ini terjadi pada bonda kamu...maafkan ayahanda Aryan...semuanya salah ayahanda. Kalau bukan kerana sikap pentingkan diri ayahanda...bonda kamu tidak akan tertekan dan semua ini tidak akan terjadi"
"Tuanku"satu suara menyentak lamunan Aryan.
Dengan perlahan, Aryan mengangkat matanya dari meja naik ke depan dimana pengawalnya sedang berdiri. "Ada apa?"tanyanya dengan dingin.
Pengawal itu membuat muka resah sebelum tundukkan kepala ke bawah. "Maaf.kami lalai. Permaisuri Luana tiada di kamarnya semasa kami periksa tadi.."
"Haih"keluh Aryan sebelum bangun dari situ. "Dah kerah orang untuk cari?"tanya dia meluruskan pakaiannya semula.
"Sudah tuanku. Kami sedang meronda sekitar kawasan luar dan dalam istana. Memandangkan pintu keluar dan masuk di kawal ketat, kami syak tuanku permaisuri Luana masih berada di dalam kawasan istana."jelas pengawal itu.
"Hmm...."Aryan menjeda panjang. "Kamu semua teruskan pencarian. Beta akan lihat sendiri dimana permaisuri mungkin berada."ujarnya semasa keluar dari belakang meja itu.
"Baik tuanku."
Apabila Aryan melewati katil dimana bondanya sedang terbaring, dia pandang sekilas sebelum keluar dari situ dengan wajah tanpa reaksi. Hanya dingin.
Pengawal yang berada di belakang Aryan pandang kepala itu dengan renungan penuh maksud. Dia tertanya-tanya apa sajala raja sadisnya ini ingin lakukan.