Tiga hari kemudian.
Tiga hari yang sama Luana terpaksa meluangkan masa di dalam istana selepas Aryan membalas dendam terhadap dia dengan mengerahkan pengawal istana berkawal depan belakang pintu yang ada untuk mengelakkan Luana cuba keluar dari situ.
Bukan setakat itu,Aryan sama sekali tidak mempedulikan Luana. Bercakap tidak. Pandang pun tidak. Lelaki itu berkelakuan ibarat Luana langsung tiada di depan matanya. Semua itu gara-gara kerana Aryan berasa marah dan kesal dengan tindakan Luana.
Sebagai pengajarannya, apa saja yang dimahukan oleh Luana tidak dikurniakan izin untuknya. Bukan Luana tidak bercakap, dia ada saja cuba hendak bercakap dengan Aryan untuk lelaki itu melepaskan dia keluar dari istana dan keluar dari perkarangan. Tapi tiada gunanya.
Bagi Aryan, Luana degil, Aryan dua kali ganda lebih degil. Biar Luana rasakan.
Dan hal ini benar-benar tidak dapat diterima oleh Luana dengan baik.
Masuk seminggu berkahwin, hubungan suami isteri antara dua orang ini saling tidak ubah seperti anjing dengan kucing. Orang dalam istana pun bingung sendiri dengan dua orang ini. Tetapi mereka tidak mengatakan apa-apa keluar dari istana demi menjaga nama baik dua orang ini.
Tap!
Tap!
Tap!
Sepasang kaki bertumit rata dua inci itu memijak lantai dengan lekas dan kuat. Dia marah. Marah kerana kehendaknya di tidakkan selama ini. Dan kini kesabarannya sudah melepasi tahapnya.
Apa?
Takkan dengar apa yang dia mahukan?
Really?
Kita tengok!
Tengok siapa yang menang!Siapa yang kalah dahulu!
Bersama langkah luas dan penuh dengan semangat, Luana jalan rentasi koridor dimana dayang sedang sibuk melakukan kerja. Mereka yang perasan cepat-cepat beri tunduk sapa kepada Luana. Tetapi Luana tidak hiraukan mereka kerana dia terlalu tergesa-gesa untuk ke suatu tempat.
Tidak lama kemudian, maka berdiri la Luana di hadapan pintu bilik study Aryan yang di kawal empat orang pengawal istana.
Mereka tidak memandang Luana, mata mereka terarah ke depan dan badan berdiri tegak.
Sementara Luana sedang mengumpul mood dan segala strategi yang telah dia atur sejak malam tadi. Strategi untuk pujuk Aryan supaya benarkan dia kembali ke Marlowe semula!
"Buka pintu."arah Luana kepada mereka.
Pengawal itu dengan patuh pun membuka pintu itu untuk Luana tanpa berkata apa-apa.
Bersama senyuman lebar di bibir, Luana atur langkahnya masuk ke dalam ruangan itu. Serta merta dia disambut dengan pemandangan dimana Aryan sedang duduk di belakang meja tunduk meneliti sesuatu dengan tekun.
Ini dia target dia!
"Good day my king.."sapa Luana dengan ceria sambil jalan sebelum berhenti di depan meja itu. Tangannya bersilang di dada dan matanya terarah pada suaminya yang mengangkat kepala kerana tersentak dengan sapaannya.
Aryan mulanya hendak pandang sekejap saja, sekali selepas dia nampak akan wicked smile yang terukir di bibir Luana, niatnya terbatal serta merta. Dia mula merasakan ada yang tidak kena.
Mahu apa lagi ni?Ini mesti lain tidak bukan mahu meminta izinnya lagi la tu?
Keadaan diam itu berlangsung buat seketika. Suasana tegang yang aneh memenuhi ruangan.
"Tuanku taknak tanya kenapa saya ke sini?"Luana terlebih dahulu yang memecah kebisuan di antara mereka. Renungan di matanya jelas-jelas menunjukkan dia terdesak mahukan reaksi dari Aryan. Yang mana berjaya.
Aryan menurunkan matanya ke bawah dari terus memandang Luana, ingin menyambung semula kerjanya.
"Fine!Tak payah tanya sebab saya takkan beritahu."tambah Luana dan melangkah pergi dari depan meja itu hanya untuk ambil tempat di kerusi kayu yang berada betul-betul menghadap Aryan.
Aryan kerling sekejap untuk perhatikan Luana. Gadis itu duduk di situ dengan tangan bersilang di dada, mata pula terarah tepat kepadanya. Seakan cuba beritahu kepada dia yang Luana tidak akan ke mana-mana selagi dia tidak beri perhatian kepada isterinya itu.
Entah apa lagi idea dari otak kartun Luana ni?
30 minit kemudian
Aryan menyelak helaian muka surat dokumen yang seterusnya dan menelitinya. Namun tiada satupun perkataan yang masuk ke dalam kepalanya. Dia tidak nampak atau beri sebarang reaksi, tetapi dia boleh rasakan kehadiran orang itu di belakangnya. Namun tidak lama kemudian hembusan nafas mulai terasa melalui telinga kanannya.
"Hmm...menarik...walaupun saya tak faham apa maksud graph di sini...nampaknya sesuatu tidak berjalan dengan lancar seperti yang dimahukan."tunjuk Luana pada kertas di tangan Aryan ketika itu.
Tangan Luana hinggap di atas bahu Aryan setelah itu.
Aryan palingkan kepala. Memandang ketepinya dimana Luana berada rapat dengannya, kertas di letakkan atas meja sebelum tangan itu di turunkan dari bahunya. Fine!
"Kenapa awak ada di sini Luana?" tanya Aryan akhirnya yang tidak dapat menghiraukan kewujudan Luana lagi. Kehadiran Luana benar-benar menganggu konsetrasi dia.
"Dah ke?Baru setengah jam tuanku mengalah?"tanya Luana seakan mengejek Aryan. Dia berdiri tegak dan silangkan tangan ke dada semasa memandang wajah Aryan dengan renungan kagum. Nampaknya strategi dia berjaya!Muahahahah!
Weak!
Aryan menjuling mata menyampah. Tidak memberi sebarang komen mengenainya.
Lantas Luana pun lepaskan keluhan dan turunkan tangan dari dada jatuh ke sisi.
"Baiklah..memandangkan tuanku dah tanya. Saya beritahu. Jadi dengar elok-elok,saya mahu pulang ke Marlowe kerana ingin dapatkan beberapa lagi barang yang tersimpan di sana...kalau saya kenal selok belok tempat ini sudah lama saya keluar dari sini tanpa risau tak adanya saya menyemak depan tuanku begini...jadi saya perlukan tuanku beri arahan kepada mereka untuk hantar saya ke sana.." beritahu Luana dengan satu nafas.
Buat seketika Aryan diam menilik wajah Luana. Berkira-kira mahu bersuara atau tidak memandangkan dia sudah berpuasa selama tiga hari untuk tidak menegur isterinya ini.
"Kalau saya ikut permintaan awak ni, adakah awak akan bertolak ansur dengan saya bila masanya tiba?"tanya Aryan dengan nada mengalah.
Luana cepat-cepat ketap bibir dia untuk tidak tersenyum kerana teruja. Aryan setuju ke?
"Ya."angguknya tanpa berlengah.
Giliran Aryan pula yang melepaskan keluhan. Terpaksa la!
"Okay...saya izinkan awak ke Marlowe...tapi bukan bersendirian. Saya akan ikut sekali sebab ada urusan lain yang saya ingin selesaikan dengan Raja Issak nanti."ujarnya semasa kembali mengambil kertas di meja untuk di periksa.
"Oh my god!Yes!"sorak Luana yang melompat dekat sebelah kerusi Aryan dan angkat tangan ke udara dengan bersemangat sebelum kembali tunduk untuk memeluk sekeliling leher Aryan. "Thank you!" oleh kerana terlalu teruja, Luana kucup laju-laju pipi Aryan dan berjalan keluar dari bilik itu dengan langkah yang riang sambil humming lagu.
Aryan terpempan di situ dalam keadaan bingung sendiri. Menahan nafas terkejut dia lepas Luana kucup pipinya tadi. Sambil tersenyum nipis, dia menggeleng kepala.
Haih!Ada-ada saja la Luana ni!
Aryan-1
Luana-1