"Hello!"panggil Luana sewaktu mendekati lelaki yang berada di atas kuda. Angin sedikit kuat ketika dia berada di kawasan kandang kuda itu, mujur la dia ikat rambutnya dengan kemas.
Lelaki di atas kuda itu memandang ke arah Luana dan untuk seketika Luana tanpa sedar meneliti penampilan serta rupa paras lelaki itu. Boleh lah tahan dan mungkin di sekitar awal atau pertengahan 20-an. Tubuh lelaki itu tegap dan sasa. Dan setelah lelaki itu turun dari kuda, Luana perasan yang lelaki itu mungkin lebih tinggi beberapa inci darinya.
Dalam kepala, Luana tepuk dahi sendiri. Entah apa-apa aje la yang dia fikirkan. Kan dia sudah bersuami! Sempat lagi hendak usha lelaki lain!
Lelaki itu beri senyuman mesra kepadanya lalu tunduk hormat.
"Tuanku permaisuri.."sapa suara dalam dan menarik telinga untuk dengar lebih lama itu.
Luana mengedipkan mata dan membalas. Pelik pula bila dirinya di gelar seperti ini. Rasa macam sudah tua pun ada.
"Haih...tak perlu panggil saya seperti itu, gelar saja saya Luana atau tuanku. Permaisuri tu tak perlu di sebut.."beritahunya. "Dan awak?"
Lelaki itu masih memandang ke tanah. "Jason, saya bertanggungjawab menjaga dan mengurus kuda serta padang di istana ini."
"Jason ya?"ulang Luana mungkin untuk bantu dia ingat nama akan lelaki di depannya. Mana tahu suatu hari nanti dia perlukan bantuan. Mungkin Jason boleh bantu dia. "Kuda?Ada lagi kuda lain?"tanya dia lagi.
"Ya tuanku. Kebanyakan kuda di sini di biak serta di lahirkan di sini. Tuanku hendak lihat?"
Soalan terakhir itu buatkan mata Luana terbutang sedikit. Hell yeah!Jangan di tanyakan lagi kepada dia!
"Boleh ke?"tanya Luana hendak dapatkan kepastian.
"Sudah tentu, tuanku kan isteri Raja Aryan."tambah Jason lagi dengan nada ceria.
Hati Luana jadi tenggelam semula lepas mendengar nama tu. Buat rosak mood dia saja la.
"Ha-ha..ya tak ya.."ketawanya yang di buat-buat seakan tidak ikhlas mendengarnya.
Lelaki itu pusingkan kuda ke arah mereka hendak pergi dan Luana ekori Jason di sebelah tanpa berkata apa-apa buat seketika. Namun tidak lama, oleh kerana tidak mahu biarkan keadaan kekok di situ, Luana berkata.
"So...Raja Aryan menunggang kuda-kuda di sini juga ke?Yalah...kan ada kuda...mesti dia suka kan?"
"Dulu tu ada la...sebelum Raja Aryan menjadi raja, dia gemar menunggang..tapi sejak lima tahun kebelakangan ini, tuanku sudah jarang untuk berkuda kerana kesibukannya mengurus urusan kerja.."cerita Jason.
Luana pandang tepi muka Jason dengan perasaan berminat. So...Aryan pandai berkuda. Kalau ajak race agaknya siapa yang menang ya nanti.
"Sejak bila Raja Aryan di lantik menjadi raja?"
"Tiga tahun lepas...tapi sebelum dia di lantik menjadi raja....Raja Aryan sudahpun mengganti tugas mendiang Raja Eros sewaktu baginda gering seawal usia 19 tahun." beritahu Jason sambil memandang ke depan.
"Adakah Permaisuri Aries sakit pada masa yang sama sewaktu Raja Eros gering?"tantya dia, rasa ingin tahu buatkan dia bersemangat tiba-tiba. Memandangkan dia mengahwini Aryan, dia perlu la tahu sedikit demi sedikit mengenai latar belakang suaminya yang poyo itu. Atau mungkin sebab dia tidak peduli memandangkan perkahwinan ini hanyala sementara dan dipaksa.
Jason diam buat seketika semasa lelaki itu termenung memandang langit biru yang terhampar luas mata memandang di padang depannya.
"Permaisuri Aries sakit semasa Raja Aryan berusia 18 tahun, kemudian Raja Eros tenat. Pendek ceritanya Raja Aryan yang tolong uruskan segalanya yang berlaku keluar dan masuk di istana ini.sungguh saya beritahu. Saya bangga dan bersyukur kerana di kurniakan seorang raja seperti tuanku Aryan."lantas dia palingkan kepala memandang Luana. "Dan saya harap tuanku pun begitu. Mungkin saya kurang ajar kerana jaga tepi kain orang lain, tapi apa saya harapkan dari tuanku, tuanku dapat jadi pasangan yang terbaik untuk Raja Aryan.."
Bila Luana lihat renungan berharap Jason, dadanya terus sesak. Mendengarkan kata-kata itu buat rasa serba salah dan terkilan mula menjalar di tangkai hatinya. Yalah, selama ini dia fikirkan nasibnya saja yang begitu malang, rupanya ada juga yang hadapi lebih teruk dari dia.
Hendak dibandingkan, sekurang-kurangnya dia ada pakcik yang mahu menjaga dirinya. Sementara Aryan?Lelaki itu survive sendiri dengan situasi sukar seperti ini tanpa bantuan sesiapa di sisi.
"Tuanku hendak tunggang kuda ke?"tanya Jason selepas mereka tiba di kendang dimana kuda di tempatkan.
Lamunan Luana mati di situ. Dia pandang akan kandang di depannya dengan renungan berminat. "Sudah tentu. Berikan saya kuda terpantas di sini."mintanya.
"Baik."tunduk Jason dengan hormat sebelum masuk ke dalam kandang itu.