Memegang helaian kertas di tangan, Aryan berdiri sambil mendengar penyampaian Rys mengenai isu semasa yang di hadapi oleh rakyat dan juga pergerakan rahsia yang di jalankan oleh Miliano serta anak buah lelaki itu.
"Projek empangan air berjalan dengan lancar dan para penduduk yang dipindahkan ke penempatan yang lebih selamat dan turut di berikan wang pampasan. Kes yang melibatkan dua bangsawan yang berebutkan kuasa serta hak milik tanah telah di selesaikan oleh mahkamah tanah."beritahu Rys semasa memandang catatannya. "Menurut mata-mata Miliano kini sedang membuat sidang Bersama dengan beberapa orang Menteri yang lain pada hari yang sama tuanku adakan majlis perkahwinan."
Pada masa Aryan menghadap jendela, mata dia terarah di dikawasan padang tidak jauh dari bilik kerjanya. Dari situ dia dapat melihat Luana Bersama dengan pekerja di pandang. Gadis itu tersenyum ceria mengatakan sesuatu kepada pekerja itu. Keluhan lepas dari bibir Aryan sesaat kemudian.
"Tuanku?"panggil Rys yang menyentak pemerhatian Aryan.
"Baik...sekiranya itu saja. Sediakan laporan rasmi untuk pengesahan beta dan letakkannya di atas meja."pesan Aryan.
Kemudian, Rys beransur keluar dari bilik itu.
Aryan seluk tangan ke dalam poket seluar dan perhatikan Luana dari situ buat seketika. Mungkin dia tidak sepatutnya bertegas dengan Luana seperti tadi. Nak buat macam mana, dia agak sensitive sekiranya hal itu melibatkan bondanya. Untuk beberapa minit, dia pergi dari jendela.
Aryan bersandar pada kerusi kerjanya. Dia melepaskan keluhan berat sementara matanya di pejam rapat. Rasa penat majlis resepsi semalam masih tersisa. Namun ia tiada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan berat galas di hatinya.
Dia tersenyum apabila teringat gelagat Luana ketika berborak dan bergurau senda dengan bondanya tadi pagi. Seakan berborak dengan kawan sendiri, Luana sikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi tidak suka atau berpura-pura Bersama bondanya. Malah bersahaja dan ceria seakan tiada apa-apa berlaku.
Nasib baik la bonda dia tidak bertanya banyak mengenai kehadiran Luana di sini dan siapa Luana sebenarnya. Kalau bonda dia bertanya, jadi satu kerja lagi untuk dia jelaskan berkali-kali akan siapa Luana dan kenapa Luana berada di sini.
Sejak bondanya sakit, banyak mulut bercerita mengenai keadaannya. Sampaikan Aryan jadi tidak suka untuk bergaul dengan ramai orang atau berhubungan dengan sesiapa dari luar. Dia khuatir sekiranya dia terlalu mesra dan baik pada ramai orang, orang lain akan ambil kesempatan di atas kesempitan yang dia alami.
Menerima Luana adalah satu keputusan yang sangat besar yang pernah dia buat.
Bila difikirkan, Aryan rasa cemburu dan pada masa yang terdetik rasa kagum pada Luana. Dari bagaimana Luana masih mampu tenang, masih mampu ketawa, Padahal Luana hadapi situasi yang sama sukar seperti dia.
Tidak lama selepas itu, Aryan kembali menyambung urusan rasmi kerajaannya. Dia kemas kini dokumen dan check apa yang patut.
Beberapa jam kemudian baru la Aryan keluar dari bilik kerja untuk mengambil angin sementara menunggu waktu makan tengah hari tiba. Dan setiba dia di kawasan lobi Utama, kelihatan Luana sedang bertinggung di tepi bibir kolam ikan di tepi ruang tersebut.
"Luana"panggil Aryan.
Kepala Luana berpaling ke arah suara familiar itu sesaat kemudian. Di situ, lelaki itu berdiri, depan anak tangga, dengan wajah poyo seperti biasanya dan tangan di dalam poket seluar. Kalau dah buat muka seperti itu, ini sudah mesti ada benda yang hendak dileteri kepadanya lagi.
"Ada sesuatu yang saya mahu katakan kepada awak.."nyata Aryan tidak bergerak dari situ.
Buat seketika Luana teragak-agak. Namun dia lepaskan keluhan panjang dan bangun dari kolam itu dan pergi dapatkan Aryan. Isy!Apa lagi yang Aryan mahukan katakan kepada dia lagi ni!
Buat beberapa minit, Aryan hanya merenung Luana. Setelah Luana berdiri di depannya, Aryan gerak membawa dia ke satu arah iaitu dimana bilik study Aryan berada.
"Berapa lama saya kena berdiri dekat sini ka-"tanya Luana setelah dia masuk di dalam bilik itu menghadap Aryan yang berdiri membelakangkan dirinya tapi tidak cakap apa-apa.
"Luana...seperti yang pernah saya nyatakan kepada awak, awak adalah isteri saya"sampuk Aryan semasa Luana hendak berkata dengan tegas.
Terdiam Luana setelah itu. Matanya berkedip beberapa kali. Excuse me?
"Jadi saya harapkan awak berkelakuan dengan berhati-hati. Cuba bersikap mithali. Ingat awak bukan saja seorang isteri tetapi seorang permaisuri.."tambah Aryan lagi.
Luana yang berasa tidak puas hati dengan kenyataan itu, mendekati Aryan. Dia capai lengan tu. "Apa maksud tuanku dengan bersikap mithali hah?"Memangnya dia buat salah apa?
Menunggu dengan sabar menerima jawapan dari Aryan, Luana perhatikan Aryan menarik lengannya dari cengkaman Luana lalu perlahan-lahan palingkan badan menghadap dia.
"Awak nak saya beritahu dengan lebih jelas?"tanya Aryan. "Fine. Awak terlalu mesra dengan pekerja saya. Dan nampaknya awak gembira mengurat lelaki lain di belakang saya?"
"Mengurat!?"seru Luana dengan terkejut sambil buat muka 'what the f*ck is going on' semasa pandang Aryan. Lalu dia ketawa semasa menyilang tangan ke dada. "Apa maksud tuanku?"Aryan nampak dia bersama dengan Jason ke tadi?Well...well..nampaknya ada yang cemburu. "Saya cuma bersikap baik pada orang di sini dan itu yang tuanku katakan sebagai mengurat?"dia atur dua langkah dekat ke Aryan. "Jangan beritahu saya yang tuanku sudah jatuh cinta pada saya dan sekarang cemburu?Sayangnya...sebab saya tak rasa sikit pun perasaan suka pada tuanku."komennya dengan berani.
Aryan hanya tunduk memandang Luana tidak memberi sebarang respon.
Tiba-tiba dengan mengejut Aryan dekatkan wajah ke depan muka Luana. Yang mana buatkan Luana secara reflex kebelakangkan kepalanya nak jarakkan wajah mereka.
Lantas Aryan tarik sengih meleret mencabar. "Orang yang akan jatuh cinta terlebih dahulu adalah awak Luana...dan saya bukan cemburu...saya cakap kerana tidak mahu khabar angin tidak baik tersebar mengenai awak." beritahunya sambil dekatkan lagi wajahnya ke Luana.
Tidak dapat hendak kebelakangkan kepalanya, Luana gerak ke belakang sebelum jatuh terduduk di atas lantai itu.
What the heck!
Luana dongak memandang Aryan yang berdiri melangit di depannya. Cis!Tak guna betul!
"Huh...need help?"aju Aryan menghulur tangan ke Luana untuk di sambut.
Luana tampar tangan Aryan lantas bingkas bangun dari lantai dengan sendiri. Sengaja!
Hujung bibir Aryan terjungkit sedikit.
"Jom...waktu makan tengah hari sudah tiba...kita patut ke ruang makan.."ajak Aryan yang gerak ke arah pintu meninggalkan Luana yang sedang menggerutu geram di belakang.
Sambil mengetap gigi menahan sabar, mulut Luana terkumat-kamit menyebut bahasa carutnya. Geram betul!