Chereads / Princess Luana / Chapter 19 - Bab : 19

Chapter 19 - Bab : 19

Paginya Luana bangun awal. Sudah terbiasa untuk bangun awal kerana Raja Issak didik dia sejak kecil untuk bangun awal sebelum matahari terbit lagi. Jadi sampai ke tua la jawabnya perangai ini dibawa-bawa. Tidak kira la dia tidur lewat atau awal, rutin bangun sebelum matahari terbitnya tidak pernah tinggal.

Dan pada masa Luana bangun, Aryan masih terlena di atas sofa berkelubung dari atas kepala ke hujung kaki. Penat sungguh suaminya itu. Mengalahkan dayang dan mereka yang bertungkus lumus meraikan majlis perkahwinan mereka semalam.

Tergerak hendak pastikan Aryan masih hidup lagi, Luana dekati sofa tersebut lalu selak sedikit selimut yang menutupi wajah itu. Terselak sahaja kain selimut itu, Luana terus tersengih sendiri. Alahai...kenapa Aryan ni handsome sangat?Tapi poyo, entah macam mana la dia boleh jadi isteri lelaki ni?

Seusai mandi dan tukar persalinan. Luana atur langkah keluar dari bilik untuk ambil angin. Setibanya dia di luar hallway, dia di sapa dengan pemandangan gelap subuh tidak bercahaya. Baru dia perasan dari tengah hari semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan pun.

Sambil menggosok perut yang pedih minta di isi, Luana kerling sekeliling interior design istana itu. Semuanya Nampak mewah dan terpelihara. Segalanya berkilat dan tiada satu pun sarang labah-labah di lihat atas siling atau ceruk. Sekiranya hendak dibandingkan dengan istana Marlowe..istana Valcupela lebih besar dan megah.

Tidak lama selepas itu Luana berhenti di depan sebuah dinding dimana bingkai gambar gergasi milik Aryan dan ibubapa lelaki itu berada. Dengan mulut terbuka sedikit, Luana dongak memandang akan wajah tiga beranak yang ada di dalam gambar yang di lukis dengan penuh teliti sekali. Setiap reaksi dan garis emosi di lakar pengikut perincian yang tepat. Jadi sesiapa saja boleh Nampak akan ekspresi mereka bertiga dengan jelas.

Mendiang Raja Eros sendiri, penuh dengan aura sofistikated, smart dan tegas. Tetapi ada sedikit emosi mendung dari mata itu. Aryan seperti biasa, senyuman dengan lekukan lesum pipi dan ceria. Dan akhir sekali, Permaisuri Aries. Sama seperti Aryan, di wajah itu turut mempamerkan ekspresi ceria dan berseri. Jelas-jelas di wajah Permaisuri Aries beritahu yang wanita ini adalah wanita paling bahagia di dunia ini.

Kening Luana berkerut setelah dia teringat akan bonda Aryan. Pada wedding mereka, wanita itu tidak dapat hadirkan diri. Pada awalnya dia tidak mengerti kenapa bonda Aryan tidak hadirkan diri pada hari penting dan bermakna buat putera wanita itu.

Lantas Raja Issak pun menceritakan kepada Luana mengenai alasan kenapa Permaisuri Aries tidak dapat hadirkan diri.

Betapa terpempannya Luana setelah mendengar kenyataan yang di sampaikan oleh pakciknya itu sewaktu di majlis resepsinya.

"Apa maksud pakcik, bonda Aryan sakit?"soalnya dengan perlahan.

Bersama air muka susah hati, Raja Issak berbisik kepadannya. "Sebenarnya, Permaisuri Aries menghidap penyakit Alzheimer, sekalipun baginda hadir ke majlis ini, dia tidak dapat mengenali sesiapa termasuk Raja Aryan sendiri..anaknya.."

Ya Tuhan...sesak terus dadanya bila dengar. "Sejak bila?"

"Sejak Raja Eros mangkat...sejak itu kesihatan Permaisuri Aries merosot. Demi keselamatan dan kebaikan baginda. Raja Aryan letakkan Permaisuri Aries di kamarnya saja.."

"Kenapa pakcik tak pernah beritahu hal ni pada saya?"

"Raja Aryan sendiri yang pesan supaya pakcik tidak war-warkan hal ini kepada kamu sehingga la dia yang beritahunya sendiri.."

Hatinya mula dihambat rasa serba salah. "Kenapa Aryan nak beritahu sendiri pada saya?"tanya dia lagi yang berasa tidak puas hati.

"Mungkin dia tidak mahu kamu menerima perkahwinan ini kerana kasihan pada nasib yang menimpa dirinya. Atau dia tidak bersedia lagi untuk dedahkan orang lain mengenai sakit bondannya itu.."tambah Raja Issak dengan nada sugul. "Ni pakcik nak pesan...kamu ni sudah menjadi isteri orang..sikap tu ubah. Lagi-lagi bila kamu berhubung dengan mentua kamu nanti...pakcik beri pesan awal pada kamu jadi ingat baik-baik. Raja Aryan sayang pada Permaisuri Aries. Kalau dia diberi pilihan sama ada pasangan atau bondanya, Raja Aryan rela pilih berpisah demi kebaikan bondanya itu. Untuk itu kamu perlu jaga Permaisuri Aries sebaik mungkin sekiranya perlu."

Keluhan panjang lepas dari bibir Luana, buatkan dia gosok kedua-dua belah tepi lengannya semasa menilik wajah ceria Permaisuri Aries. Agak-agaknya bila la Aryan mahu temukan dia dengan ibu mentuanya itu. Sampai bila agaknya Aryan mahu sembunyikan bonda lelaki itu dari dia.

"Siapa tu"tegur suara seorang wanita dari belakang tiba-tiba.

Luana tersentak. Dia pantas memusingkan badannya menghadap empunya nama. Keningnya terangkat tinggi setelah melihat wajah wanita bersanggul kemas dan mengenakan pakaian pyjama tidur di badan berdiri di tepi sebelah kanan koridor itu.

"Selamat pagi Permaisuri Aries."sapa Luana dengan tertib sambil memberi tundukan kecil.

Permaisuri Aries buat muka tidak mengerti setelah melihat gadis cantik di depannya yang asing buat ingatannya. Entah kenapa hatinya terusik setelah melihat wajah ini. Ianya seakan begitu familiar buat pandangan matanya, tetapi dia tidak ingat dimana dia pernah lihat atau dimana dia pernah temui gadis ini.

"Sophea Ingrid...itu kamu ke?"tanya Permaisuri Aries sambil mendekat.

Air muka Luana berubah selepas mendengar nama bondanya lepas dari bibir itu. Oh my god!Nganga Luana kerana terkejut. Nafasnya tertahan-tahan. Matanya mula kepanasan. Macam mana nama bondanya boleh disebut dengan Permaisuri Aries.

Apabila Permaisuri Aries berdiri dekat dengan Luana, tangannya naik lalu menekap kedua-dua belah pipi Luana dengan perlahan. Dia mula mencebik sedih. "Sopheaini kamu ke?"tanya dia lagi dengan sedih kerana baru teringat akan kawan lamanya yang sudah lama meninggalkan dia. Dia tidak ingat kenapa. Tapi apa dia ingat wajah dan nama yang masih tersisa di otak yang sakitnya ini.

Air mata mula berkumpul di kelopak Luana bila tapak tangan hangat Aries menyentuh pipinya. Dan semakin sebak dia bila nama bondanya di sebut. Mungkin dulu sewaktu bondanya masih hidup, Permaisuri Aries adalah kenalannya.

"Oh my goodness..Sophea...akhirnya kamu datang juga menemui saya"Permaisuri Aries tarik Luana ke dalam pelukan eratnya. "Kenapa baru sekarang kamu datang...tahu tak lama saya tunggu.."beritahunya dengan sebak kerana berasa gembira kerana dapat menemui rakan baiknya semula. Rakan yang selalu menemani dia untuk berkait atau berkuda sewaktu muda dahulu.

Terhambur terus air mata Luana apabila pelukan itu hinggap di tubuhnya. Secara instinct Luana angkat tangannya lalu membalas pelukan itu dengan mata terpejam rapat dan dagu berehat di atas bahu itu. Jarang orang sebut nama bondanya di depan dia. Ini la kali pertama dia dapat dengar nama penuh bondanya di sebut.

"Jangan tinggalkan saya lagi Sophea...suami saya sudah tiada lagi...tiada siapa yang berada di sisi saya.."nangis Permaisuri Aries dengan suara kecilnya.

Luana tepuk belakang badan itu dengan perlahan. Dia tidak mampu hendak berkata kerana terlalu sebak.