Chereads / Princess Luana / Chapter 11 - Bab : 11

Chapter 11 - Bab : 11

🌻Penginapan Tidak Diduga🌻

Geez!

'Seronoknya'!!!!!

Rasanya dia adalah orang paling bertuah dekat dunia ni sekarang!

Hooray!

Rasa macam nak terjun bangunan pun ada sebab rasa 'teruja' yang dia sedang rasakan sekarang ni!

            "Memangnya kenapa kita tak boleh balik ke hotel semula?Perlu menginap di sini?"soal Luana kepada Permaisuri Leona yang sedang berdiri di sebelahnya menunggu Raja Issak selesai berborak dengan Raja Aryan.

            "Raja Aryan yang menegaskan kepada pakcik kamu untuk bermalam di sini Luana...boleh tidak dalam sekali itu kamu tidak grumpy seperti ini?Ianya bukan perkara buruk...Raja Issak selalu luangkan masa di istana ini setiap kali kunjungan diplomat di sini.."

Luana pandang tak percaya ke makciknya. Kalau macam tu biar saja Raja Issak yang menginap di sini. Dia duduk di hotel sana. "Kalau begitu biar Luana duduk di hotel saja." beritahunya.

Permaisuri Leona pandang Puteri Luana dengan kening berkerut.

             "Kenapa kamu ni?Makcik perhatikan kamu sejak tiba di sini dan juga layanan kamu terhadap Raja Aryan?Benci sangat ke kamu pada baginda?"

              "Bila Luana kata Luana bencikan dia...Luana cuma tidak suka pada Raja Aryan sebab pakcik selalu bandingkan Luana dengan lelaki tu...entah apa yang special sangat dengan Raja Aryan tu sampai begitu tinggi sekali pandangan pakcik terhadap dia."gerutu Luana dengan perlahan.

Permaisuri Leona menggeleng kepala. Berasa tidak percaya dengan sikap cemburu anak saudaranya ini.

            "Jangan beritahu makcik yang kamu cemburukan Raja Aryan kerana pakcik kamu layan dia baik dari kamu?"

Luana berdecit menyampah. Cemburu?Lebih daripada tu. Pandangannya di hala ke arah Raja Aryan dan Raja Issak. Matanya di kecilkan dengan benci ke arah lelaki segak yang berbual dengan pakciknya itu. Bukan cemburu. Tapi dia memusuhi lelaki bernama Raja Aryan ini. Kalau bukan kerana Aryan, pakcik dia tidak akan bertegas dan disiplinkan dia untuk jadi seperti Aryan!Paksa dia untuk jadikan Raja Aryan sebagai role model dia bagai! What the heck!Tak masuk akal betul!Ini dirinya, peraturan dia. Hidup dia. Tiada siapa yang dapat mengubahnya!Role model konon! Jangan nak bergurau la!

Tidak lama selepas itu Raja Issak datang menyertai mereka dengan senyuman lebar di bibir. "Mari kita beransur ke bilik..'ajunya kepada Permaisuri Leona. Tangannya hinggap di belakang badan itu.

Sementara Luana hanya berdiri tegak di situ dan tangan bersilang di dada. Pandangan mencerunnya terarah pada Raja Issak.

          "Kenapa kamu pandang pakcik macam tu?"tanya Raja Issak lepas perasan akan renungan anak saudaranya.

           "Kenapa pakcik buat semua ni?"soal Luana dengan nada tidak puas hatinya.

Raja Issak tidak faham. Dia buat muka semasa bertanya."Apa yang pakcik buat?"

           "Bawa Luana ke sini, ajak menginap di sini...paksa Luana 'goda' lelaki perasan bagus tu.." soalnya semasa jeling ke arah dimana Raja Aryan hilangkan diri selepas diiring dengan beberapa orang pengawal.

POK!

Satu ketukan hinggap di kepala Luana oleh Raja Issak.

           ."Auw!"aduh Luana serta merta sambil pegang kepalanya. Sakit la! "Dah kenapa?"

             "Cuba cakap tu hormat sikit. Pakcik ni orang tua kamu...dan namanya Aryan...Raja Aryan. Sebut elok-elok. Kita ke sini kerana di jemput. Dia minta kita menginap di sini kerana pakcik sudah biasa menginap di sini...kedua...pakcik bukan suruh kamu goda dia tanpa sebab. Ianya demi kebaikan kamu juga. Kalau kamu berdua berkahwin. Ianya akan kukuhkan hubungan dua hala yang terjalin di antara dua negeri ini.."beritahu Raja Issak dengan nada tegas yang perlahan.

Luana buat muka. Merepek ah!

             "Berapa kali Luana nak beritahu, Luana tidak mahu berkahwin...pakcik tak faham-faham ke?"soal Luana lagi dengan mata menjegil bulat.

           "Isy Budak ni kan...sudah la sana. Masuk bilik kamu. Kita akan bertolak selepas sarapan sama. Jangan kamu cuba-cuba keluar dari sini dan susahkan orang dalam istana ni. Ingat sikit kita di tempat orang.. berhenti Malukan kami.."Raja Issak kemudiannya jalan sama dengan Permaisuri Leona ke arah anak tangga.

Sementara Luana yang di tinggalkan Bersama dengan pengawal keselamatan peribadinya pandang geram akan belakang kepala Raja Issak. Kecik besar je dia tengok pakciknya ini.

              "Ugh!"kepalan penumbuk di bawa ke Udara lalu di tumbuk ke arah dimana Raja Issak sedang berjalan. Sumpah!Satu hari nanti kepala orang tua itu akan botak di buatnya.

               "Tuanku..mari saya iring tuanku ke bilik tetamu."aju pengawal yang berada di belakang Luana dan saksikan semua itu sejak tadi.

               "Jangan cakap dengan saya!"arah Luana dengan marah kepada pengawal itu lalu jalan menghentak kaki memberontaknya.

Pengawal itu hanya mengetap garis nipis di bibir menahan sabar. Haih!Mujur la dia ni orang yang penyabar. Kalau tidak sudah lama dimaki anak orang di depannya ini.