Chereads / Princess Luana / Chapter 3 - Bab : 3

Chapter 3 - Bab : 3

🌻Nagging Nonstop🌻

🍃Real love you feel it, You show it🍃

Putera Lukariah, Permaisuri Leona dan para dayang yang ada di sekitar meja makan itu lirik akan dua orang yang sejak tadi berbalas renungan tajam ke antara satu sama lain. Kalau buat yang tidak biasa dengan suasana pasti akan berada kekok. Tapi bagi mereka yang sudah menghadap hal ini sejak 8 tahun yang lepas, tidak dapat mengatakan apa-apa mengenainya.

          "Berapa kali pakcik nak beritahu kamu?Jangan keluar dari kawasan istana tanpa pengetahuan pakcik atau kawalan dari pengawal istana?Perlu ke kamu ulang semula perangai kamu yang menyusahkan semua orang ini Luana?"soal Raja Issak dengan tegas sambil menunding jari ke permukaan meja sebab terlalu berang dengan sikap anak buahnya yang seorang itu.

        "I'm fine right. Nothing happen to me as long as your annoying bodyguard stop roaming around looking for me."bidas Luana pula.

Raja Issak pandang tidak percaya akan Puteri Luana. Sesak dadanya dibuat sikap keras kepala anak saudaranya ini.

           "Kamu tahu bukan yang kamu adalah puteri mahkota negeri ini. Keselamatan kamu adalah segalanya. lagipun kamu tahu bukan hari ini ada pertemuan dengan calon suami kamu...mana pakcik nak letak muka kalau tetamu datang tapi kamu hilang entah ke mana?"lawan Raja Issak lagi.

Puteri Luana tarik nafas dalam-dalam lalu di hembus dengan kasar. Gelas berisi air kosong di capai sebelum air di dalamnya di teguk habis untuk hilangkan rasa marah yang membuku di dalam dadanya ketika itu.

           "Pakcik bukan saja-saja paksa kamu lakukan semua ini Luana..ianya demi kebaikan kamu. Demi kebaikan negeri ini. Rakyat di sini memerlukan seorang raja dan pemerintah yang dapat bantu dan bangunkan negeri ini"keluh Raja Issak dengan nada mengalah. Dia sudah penat hendak berbalah dengan anak saudara yang sudah di anggap seperti anak perempuannya sendiri ini. Dia tahu kalau dia bercakap banyak, puteri mahkota ini sikit pun tidak akan peduli dengan nasihatnya. Malah sikit pun Luana tidak pernah ambil kisah dengan semua ini. Balik-balik mahu tunjuk sikap keras kepala dan memberontaknya ini.

Luana berdengus mengejek. Dia kerling akan ibu saudara dan adik saudaranya yang duduk di seberang meja. Berlakon!Yalah!Mulut kata lain, hati berniat lain! Ingat dia tak tahu ke apa niat mereka! Mereka cuma berlagak baik dan kisah padanya untuk halau dia keluar dari istana ni!Sebab tu mereka nak dia kahwin cepat!Memang dia seorang yang degil dan tidak mendengar kata. Tapi itu tidak bermakna dia bodoh!

            "Luana dah beritahu pakcik bukan, Luana tak peduli tentang taktah atau apa saja yang pakcik hendak lakukan. Kalau pakcik mahu, pakcik saja la yang jadi pemerintah negeri ini. Lepaskan Luana dari jawatan ini.."protes Luana dengan nekad. "Do what ever you want.."

              Rahang Raja Issak berketik. "Adakah kamu buat semua ini kerana mahu melampiaskan rasa marah kamu kerana pakcik suruh kamu berkahwin?"soalnya. "Kalau kamu itu lelaki sudah lama pakcik jadikan raja serta merta.Tiadanya pakcik paksa kamu berkahwin bagai. Masalahnya kamu itu seorang wanita, wanita tidak boleh menjadi raja dan pemerintah. Ingat Luana, kamu adalah waris sah Marmelow! Sekalipun pakcik mahu menjadi raja, ianya tidak dapat menafikan hak kamu menjadi pewaris taktah kerajaan ini.."katanya dari balik ketapan gigi.

Nafas Luana mula naik turun hendak naik angin bila dengar kenyataan itu.

           "Kelakar betul.."dengus Luana dengan nada menyindir. Dia pandang mengejek ke makciknya sebelum ke pakciknya pula. "Perempuan tidak boleh menjadi seorang pemerintah dan ketua?Jadi apa aje yang perempuan boleh buat?Duduk rumah? Layan suami?Jaga anak? Memasak?Itu?"soalnya. "Sekalipun Luana bukan lelaki, Luana boleh jadi seorang ketua. Isunya sekarang, Luana tidak mahu berkahwin. Berapa kali Luana perlu beritahu hal ini kepada pakcik!"

Permaisuri Leona ketap garis nipis menahan sabar mendengar kata-kata Luana. Dia benar-benar mahu meninggikan suara saat ini. Kalau bukan kerana mengenangkan suaminya berada di situ, lama dah anak saudaranya ini di kerjakan.

            "Cukup Luana!"tegas Raja Issak. "Kamu suka atau tidak, kamu tetap perlu berkahwin."

Berang dengan desakan itu, Luana bangun dengan kasar dari situ dan berpaling keluar dari ruang makan Bersama hentakan kaki memberontaknya. Kepalan penumbuk di kedua-dua belah tangan. Renungan mencerun. Nafas naik turun hendak mengamuk di situ.

             Apabila kelibat Luana sudah tiada di situ, Permaisuri Leona berpaling memandang Raja Issak. "Tuanku...saya bukan hendak masuk campur, tapi saya rasakan tuanku terlalu berkeras dengan Puteri Luana. Tuanku sering persoalkan kedudukan Puteria Luana, tanpa sedar tuanku sendiri perlakukan Puteri Luana seperti seorang anak lelaki"tegurnya. "Tuanku kena ingat, Puteri Luana itu anak gadis, masih mentah dan banyak perkara perlu di pelajari...dia perlukan seorang ayah dan kawan. Bukan lawan."

Bila Raja Isaak dengar isterinya berkata begitu, dia palingkan kepala memandang ke Permaisuri Leona dengan kening berkerut.

Putera Lukariah yang sudah terbiasa dengan sikap tegas ayahnya setuju dengan kata-kata bondanya. Ayahandanya terlalu tegas pada Luana sejak kecil lagi. Mungkin sebab itu Luana bersikap keras kepala dan suka melawan seperti ini.

            "Beta lakukan semua ini demi kebaikan dia Permaisuri Leona.."kata Raja Issak dengan nada tidak percaya. Seakan dirinya pula di persalahkan dalam hal ini. Dia sebolehnya sudah lakukan yang sebaiknya untuk uruskan anak saudarannya yang seorang ini.

             "Saya tahu...tapi tuanku terlalu keras dengan Puteri Luana."ujar Permaisuri Leona lagi.

Raja Issak melepaskan dengusan kasar. Dia pandang akan hidangan di dalam pinggan makanannya dengan kening mencerlung bengang. Geram sungguh dia saat ini sampai tidak tahu hendak berkata apa lagi!