🌷Saksi🌷
Flashbacks
Dua minggu yang lalu,
Rentak muzik yang kuat lagikan memekakkan telinga berkumandang di setiap pelosok kelab malam ekslusif itu. Ianya di penuhi dengan pengunjungnya yang terdiri daripada pemuda pemudi. Oleh kerana ianya ekslusif, buat anak orang kaya yang hadir di situ tidak terhalang untuk masuk walaupun bawah umur. Apa mereka tahu, mereka dating untuk menghiburkan diri dan hati dari kebosanan serta tekanan hidup sama ada kerana bekerja atau belajar.
Jauh di dalam, atas tingkat dua premis itu kelihatan beberapa kumpulan anak muda berkumpul di dalam sambal berdiri menghadap antara satu sama lain. Masing-masing buat muka tak puas hati.
"Awak...ini bukan seperti yang awak sangkakan.."ujar seorang wanita yang kelihatan lebih berusia di bandingkan lelaki-lelaki yang ada di situ pada teman lelakinya, berpakaian serperti gangster.
Alan dan Joshua yang ada di dalam bilik itu memandang pelik.
"Kau siapa?"tanya Alan.
"Aku yang sepatutnya tanya kau...siapa kau?Apa hubungan kau dengan girlfriend aku.."tanya lelaki itu.
Joshua memandang ke arah wanita seksi yang berdiri di sebelah lelaki tersebut. Keningnya berkerut tidak faham. Memangnya dia kenal ke siapa perempuan di depan mereka ini?Kenal pun tidak apa lagi kisah nak dekatinya. Wanita ni yang datang kepada mereka terlebih dahulu!
"Dia yang datang dekat kita orang dulu.."beritahu Joshua. "Kita orang tak buat apa-apa pun."
"Jadi kau nak kata girlfriend aku yang terhegeh-hegeh dekat kau orang la ni?"ujar lelaki itu sambil menunjal bahu Joshua dengan kasar. Membuatkan Joshua berang.
Menggunakan pengetahuannya dalam seni bela diri pelbagai, Joshua memegang tangan lelaki itu dan di pulas ke belakang sebelum mencampak tubuh itu dengan mudah ke lantai.
"Ahhh!"teriak wanita tadi kerana terkejut.
Lelaki yang di campak itu pun mengerang kesakitan di atas lantai. Mungkin kerana melihat kejadian tersebut, anak buah lelaki tersebut itupun mula membuka langkah dan membalas serangan Joshua tadi. Mereka dengan serentak menerkam ke arah Alan dan Joshua.
Namun begitu Alan dan Joshua yang lebih muda dan tangkas Berjaya menangkis serangan mereka dan membuatkan dua daripada mereka tercampak ke dinding dan meja di ruangan itu.
Habis!
Pergelutan itu berlaku sehingga keluar dari kawasan itu dan meroskkan beberapa harta premis turut musnah dan rosak.
"Cukuplah!!!"teriak teman wanita kepada lelaki samseng tadi sewaktu berjalan keluar untuk mendapatkan teman lelakinya yang sedang bergelut dengan Joshua.
Kejadian itu telah menarik perhatian beberapa orang pengujung yang kebetulan berada berdekatan dengan tempat kejadian.
Taktala Joshua bergelut, dia hilang keseimbangan lantas kedua-dua mereka gerak jatuh terbaring ke atas lantai setelah itu. Kepala Joshua berada betul-betul di hadapan sepasang kaki. Dan bila dia terbaring di situ, dia sempat pandang ke atas dan bertentang mata dengan sepasang mata bercontact lens biru, mengenakan short pangkal peha dan crop top di situ.
Hera pandang Joshua dengan renungan tidak berminat saat penumbuk Joshua hendak hinggap di muka lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu. Mereka saling berpandangan buat seketika.
End of flashbacks
"Saya tak tahu."jawab Hera untuk soalan yang diajukan oleh Deena tadi. Dia silangkan tangan ke dada dan palingkan kepala ke arah lain.
Deena di seberang meja buat muka. Dia mengetap garis nipis di bibir menahan sabar. "Kalau begitu kenapa Alan dan Joshua menyatakan bahawa kamu berada di malam kejadian itu?" tanya dia lagi.
Bukan masalah dia untuk jelaskan apa yang telah terjadi. Kenapa la sibuk tanya dia! Ugh!
Rimas dengan desakan demi desakan yang diberikan, Hera jeling menyampah ke Deena. Hampir mencarut dia di situ. "Mungkin sebab mereka nak susahkan hidup saya..sebab itu mereka mention saya...kenapa puan tak tanya saja sendiri dari mereka...kan ini masalah mereka. Apa kaitannya dengan saya sama ada mereka bergaduh atau tidak." cebiknya.
Kening Deena berkerut tak puas hati. Dia berasa jengkel dengan sikap kasar Hera.
"Haih.."keluh Deena dengan panjang. Dia tenung wajah Hera buat seketika. Cuba memahami anak muda di depannya ini. "Saya tanya kamu buat kali terakhir Hera....adakah benar Alan dan Joshua bergaduh di kelab malam tempoh hari dengan seorang lelaki hanya kerana seorang wanita?"
Ih! Orang tua ni kan! Nak dia cakap berapa kali!? Hera lemparkan renungan mencerunnya ke Deena.
"Kan saya cakap saya tak tahu ya tak tahu la...berapa kali saya nak ulang?" marah Hera tidak semena. "Seriously?Orang tua memang jenisnya kalau di beritahu sekali memang tak faham-faham ya?"ujar dia sewaktu memandang jengkel ke Deena. "Orang tak tahu...tak tahu la!Terima je la. Isy!Merimaskan betul!"
Mendengar kata-kata itu Deena capai pen lalu mencatit sesuatu di atas kertas depannya. Keningnya berkerut-kerut susah hati. "Kamu tahu..kalau kamu jelaskan kepada saya situasi sebenar. Mungkin Alan dan Joshua boleh di bantu.."katanya.
Hera buat tidak dengar, dia hanya buat muka bosan memandang ke satu arah.
It's not her problem! Lantak la situ apa nak jadi pada dua orang jebon tu!