Chereads / That's Not My Problem / Chapter 7 - Bab : 7

Chapter 7 - Bab : 7

🌷Never Listen Never Understand 🌷

Hera tolak pintu biliknya ke dalam dengan malas sebelum berjalan masuk dengan langkah yang berat. Baru sahaja dia tutup pintu itu tidak selang beberapa saat kemudian ia terbuka semula saat Nadia berarak masuk dengan marah.

"What the hell is wrong with you Hera?"soal Nadia serta merta semasa mengekori Hera yang sedang meletakkan beg di katil ketika itu. "Beritahu mama, apa masalah yang telah kamu timbulkan kali ni sehingga dekan sendiri yang menghubungi mama?"

"Beritahu apa lagi...apa yang dekan cakap, itu la yang berlaku"balas Hera acuh tak acuh. Dia tak kuasa la nak bertekak dengan mamanya sekarang. Lain masa tak boleh ke?Penat ni hah!

Dengan kasar Nadia pegang belakang bahu Hera dan pusingkan badan itu kasar-kasar.

Oleh kerana tiada tenaga nak melawan atau memberontak, tubuh Hera pun berpaling dengan lemah seperti orang tiada tenaga. Dia pandang tidak berminat akan mamanya di situ.

"Apa nak jadi dengan kamu ni?Susah payah kami bela kamu..bagi makan pakaian dan tempat tinggal...takkan dengan memalukan kami dan menyusahkan ibubapa kamu adalah bayaran kamu untuk balas budi kami selama ni?"soal Nadia dengan kening berkerut.

Hera menarik nafas dalam sebelum dihela dengan Panjang. Dia sebenarnya pun tak tahu apa nak jadi dalam hidup dia sekarang ni. Serious talk, bukan dia yang mintak semua hal ni terjadi. Hendak di buat bagaimana lagipun Hera sudah mati akal.

"Tak penat ke?Sampai bila kamu nak berterusan hidup seperti ni?Dalam tiga bulan lima kali kamu tukar kolej...mama penat tahu tak!"bentak Nadia lagi selantangnya.

"Hera pun penat Ma.."keluh Hera di dalam hati sewaktu memandang mamanya dengan perasaan bercampur baur. Kalau dia diberi pilihan dia pun tak nak hidup seperti ini. Tapi mahu ke mama dia faham apa yang dia sedang lalui sekarang ini sebagai remaja yang mahu melonjak dewasa?Hidup dia sekarang ibarat seperti layang-layang yang terputus talinya. Tidak tentu hala dan tiada tempat bergantung. Bagaimana dia nak jelaskan semua ini pada orang tuanya

"Lepas ni kalau kamu dalam masalah lagi...last...Last mama tolong kamu, lepas tu kamu fikirlah sendiri bagaimana nak jalani hidup kamu tu. Mama dah tak nak ambil peduli mengenai diri kamu lagi"lafaz Nadia buat kali terakhir.

Hera mengetap gigi dengan erat, dia menggengam jari jemarinya semasa mendengar kata-kata sadis itu. Berasa bengang kerana memikirkan wanita di depannya ini adalah ibunya. Wanita yang telah mengandungkan dan melahirkan dirinya ini. Hendak ditengking tidak sampai hati. Tapi rasa geram yang berbuku di dadanya mintak di luahkan!

Nak meletup saja rasanya!

"Kalau Hera cerita pada Mama...mama nak dengar ke?"tanya dia dengan perlahan. "Kalau Hera mintak mama luangkan masa untuk fahamkan anak mama ini bagaimana orangnya...adakah mama sanggup lakukannya?"Menjadi seorang anak bukan perkara yang mudah. Terutama sekali sekiranya mempunyai ibubapa yang terlalu pentingkan diri dan obsess terhadap dunia sendiri tidakmenghiraukan perkara lain selain kepentingan serta ego mereka. "Pernah tak dalam satu masa tu mama dengan papa cuba dengar?"dadanya mula terasa sempit kerana begitu tertekan.

Nadia pandang tak percaya ke Hera dengan tangan dibuka kanan dan kiri.

"Apa lagi yang kamu mahukan dari kami?Duit?Kesenangan?Kemewahan?Segala keperluan telah kami sediakan, malah berlebih-lebih lagi tu...apa yang kurangnya?Tak cukup ke dengan semua ni"ujar Nadia sambil aju tangan ke katil, almari serta apa yang ada di dalam bilik itu.

Kening Hera mencerun tajam apabila dia pandang sedih akan Nadia sewaktu ibunya berkata begitu. Dia tak expect mama dia akan faham akan kata-kata dia, tapi takkan la sikit pun tak mengerti?

"Yalah...Hera ni anak yang tidak reti berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang Hera ada...mama dan papa adalah ibubapa yang terbaik...tapi mama dengan papa lebihkan kerja...percayakan kata-kata orang dari anak sendiri..salah siapa kalau Hera jadi macam ni"luahnya dengan nada kecewa.

Nadia berniat mahu membuka mulut, sekali tu Hera dorong dia keluar dari situ dengan paksa.

"Cukup...sekarang keluar.."arah Hera ketika itu.

Kaki Nadia yang berkasut tumit tinggi itu terundur-undur ke belakang dek tolakan Hera. Mahu tak mahu dia terpaksa ikut akan dorongan itu hingga tiba di luar bilik.

Hera mengunci pintu bilik sebelum bersandar padanya.

Oleh kerana tidak dapat membendung lagi rasa sebu di dada, air mata akhirnya tumpah membasahi pipi. Hera bawa tangannya ke atas lalu menekup mukanya untuk mengelakkan suara tangisannya kedengaran lantas dia perlahan-lahan turun terduduk di lantai itu.

Tangisan tanpa suara itu buatkan bahu Hera bergetar kuat sewaktu dia bawa kedua-dua kaki rapat ke dada dan rehatkan dahi pada lututnya menangis melampias rasa yang terkumpul di dadanya sepanjang hari itu.