Chereads / That's Not My Problem / Chapter 9 - Bab : 9

Chapter 9 - Bab : 9

🌷Senior Kayden🌷

"Senior Kayden!"teriak pelajar perempuan kepada lelaki lampai yang memakai jersi warna biru berjalur kuning di gelanggang bola keranjang. Di tangan masing-masing memegang belon bersaiz roti panjang sewaktu mereka melaungkan kata-kata semangat buat lelaki itu. "Go!Go!Royal Team!" teriak hampir kesemua penonton di dalam dewan gymnasium itu.

Pelajar lelaki berjersi nombor 28 dengan nama Kayden di bahagian belakang itu berlari merentasi gelanggang sambal bumping bola di atas lantai gelangang dengan cekap sambil di lindungi oleh ahli pasukannya. Bermain dengan kerjasama dan komunikasi yang baik membuatkan penjaring Utama pasukan bola keranjang lelaki senior akademi itu terkenal kerana kekuatan mereka. Malah turut dipanggil sebagai Beast Avenger kerana kemenangan mereka selama empat musim berturut-turut.

"Kayden...masuk kana!"panggil Arion kepada shooter pasukan mereka itu.

Kayden yang dengar melirik ke arah goal defense lawannya. Dia berhenti berlari lalu membali bola itu ke arah rakannya yang ketika itu lapang tidak di kawal dari sebelah kanan gelanggang.

Arion yang lihat Kayden berhenti. Membuatkan ahli pasukan dari pihak lawan kebingungan. Mereka tidak tahuapa yang perlu di buat setelah pasukan lawan mereka berhenti tidak bergerak dan kaku berdiri di situ.

Melihatkan taktiknya Berjaya, Kayden terus berlari ke arah lain setelah bola yang di lemparnya sampai ke pemain sayap kanan pasukannya. Kayden melewati Arion lalu mengisyaratkan pemain yang memegang bola supaya pass kepadanya.

Pemain sayap itu pun baling bola tersebut ke arah Kayden. Jadi pihak lawan pun apa lagi gerak ke arah Kayden hendak rampas bola oren itu.

Tetapi rupanya bola itu sebenarnya di pass ke Arion bukan Kayden. Jadi lepas Arion peroleh bola dia gerak melarikan diri ke arah jaring lawan. Buatkan pemain dari pasukan lawan kelam kabut nak kejar Arion dan mahu merampas bola itu dari lelaki itu.

Sekali lagi, giliran Arion pula buat trick. Sebelum sempat dia nak jaringkan bola itu ke jaring, dia sebaliknya lemparkan bola itu ke arah Kayden semula yang berada jauh dari tempat mereka berdiri dan jaring berada.

Berdesup laju bola itu terbang di Udara melewati kepala di situ dan masuk ke dalam tangan Kayden sesaat kemudian.

Berjarak tiga meter dari jaring di situ, Kayden lempar bola itu jarak jauh terus ke lubang jaring sewaktu masa hanya berbaki beberapa saat sahaja untuk jaring penentu mata terakhir mereka ketika itu.

Dan bola itu dengan kemas masuk ke dalam jaring pada detik terakhir.

"PRIIIITTTTT!!!!"tiupan wisel yang panjang kedengaran sebagai tanda berakhirnya perlawanan bola keranjang itu.

"WAHHHHHHH!"teriak semua pelajar akademi dan pasukan Royal Team sekuat hati dengan gembira atas kejayaan mereka ketika itu. Bagai meraikan Piala Dunia, semua di situ melompat-lompat sambil melemparkan tuala di Udara dan sebagainya tanda meraikan.

Kayden di tengah gelangang ketika itu sudahpun di kerumuni oleh ahli pasukannya yang lain. Mereka berlari dan berkumpul, melakukan upacara sorakkan rasmi mereka setiap kali kemenangan menjadi milik mereka.

"Hu...hu...hu...!"sorak mereka di situ sambil menindihkan tangan antara satu sama lain. "Royal Team....Royal Team...The Beast..The Best!"dengan serentak mereka julang tangan mereka ke Udara hingga bergema suara sorakan mereka di dalam dewan itu.

Kayden yang berdiri di kekecohan itu turut melompat girang dengan rakan-rakannya.

"Malam ni...parti dekat rumah aku!"laung arion dengan lantang.

"Huuuu!!!Kapten memang yang terbaik!"

Sesaat kemudian Arion dan Kayden saling berpandangan dan mereka beri anggukan bro ke arah satu sama lain dengan senyuman bangga terukir di bibir masing-masing.

Disaat semua orang sedang sorak sakan dan bersurai untuk keluar dari dewan itu, seorang wanita yang bersanggul kemas duduk diam di satu daripada bangku penonton di situ perhatikan Kayden dari jauh dengan kaki bersilang dan tangan bersilang di dada. Memerhati dengan mata helangnya dengan renungan dalam penuh misteri.