🌷Every Father-Side Enemy🌷
Ugh!
Rimas!
Makan malam je..pun.
Nak bertuksedo bagai kenapa pulak?
Panas la!
"Cepat la sikit jalan tu.."gesa ibunya di sebelah sambil tarik lengan Kayden supaya lekas.
"Orang tahu la...tak payah la tarik.."cemberut Kayden dengan muncung tak puas hati. Keningnya berkerut kerana kerimasan.
"Kamu dah tahu kita dah lambat kan?"bebel Mama Kayden dengan rengusan kecil. "Itu la mama suruh kamu cepat, malah kamu berlengah saja sewaktu bersiap tadi...drive kereta pula slow..."
Anak beranak itu jalan menyusuri koridor hotel dimana restoran mereka bakal pergi ketika itu.
"Penting sangat ke sampaikan Kay kena ikut sekali?"keluh Kayden sewaktu membetulkan tali leher di kolar baju dengan muka kejengkelen. "Nanti balik-balik kita yang kena bayar makan dia orang lepas kutuk kita.."sungutnya.
Elisa menoleh, satu pukulan hinggap mengenai belakang kepala anak lelakinya itu.
SMACK!
"Auw!"tertunduk kepala Kayden setelah itu. What the heck?!Dia pandang akan ibunya dengan muka dumbfounded.
"Budak bertuah..kalau mengutuk memang nombor satu...nak sangat ke mama jahit?"desis Elisa sewaktu berjalan seiring dengan Kayden di sisi.
Kalau sesiapa Nampak dua beranak ini, pasti tiada siapa yang menyangka bahawa Elisa ini ibu. Wanita ini mempunyai rupa paras awet muda yang mana buatkan dia kelihatan seperti pasangan Kayden ditambahkan lagi dengan visual lelaki itu yang segak dan bergaya. Sesiapa yang tidak mengenali dua orang ini pasti menyangka dua orang itu adalah pasangan kekasih.
Wajah Kayden bercemberut. Paling dia tidak suka adalah bergaul dengan keluarga belah bapanya. mana tidaknya, nanti pasti ada saja yang hendak di ungkit. Kalau baik-baik saja tak apa la. Ini tidak sebolehnya saudara mara belah ayahnya hendak perendahkan keluarga mereka dan ibunya yang satu ini.
Setelah berjalan beberapa minit dua beranak itu akhirnya tiba di dalam ruangan makan khas restoran untuk VIp itu. Yang ditempah khas untuk makan malam mereka di situ.
Sebaik sahaja pintu terbuka, mata Kayden terarah pada sekumpulan manusia yang duduk mengelilingi meja bulat di dalam ruangan itu. Sekitar 15 orang kesemuanya termasuk diri serta mamanya.
"Elisa...sampai pun. ingatkan tak datang tadi.."sapa makcik, anak sulung keluarga belah bapa Kayden.
Kaydan sudah membuat muka sewkatu berdecit menyampah. Yalah!Mestila datang takut nanti ada yang balik naik kereta polis pulak. Kena tahan sebab lepas makan tak bayar!
"Maaf...jalan sesak."jawab Elisa dengan senyuman terpaksa kerana malu di tegur begitu. "Sebab itu la kami lambat sedikit tiba ke sini.."
"Uh..Kayden ke ni?Lama tak Nampak...semakin kacak kamu ya. Saling tidak tumpah seperti ayah kamu."tegur makcik yang lain pula.
Ugh!Kayden hanya buat muka suka yang terpaksa dia demi jaga air muka ibunya. Ikut hati mahu saja dia jeling setiap makcik dan pakcik yang ada sampai juling! Beberapa pasang mata sedang memandangnya namun sikit pun tidak dihiraukannya. m
"Duduklah kalau begitu"
"Sini ada tempat untuk kamu.."aju makcik Kayden kepada Elisa. "Hah...Kayden. kamu duduk antara dua orang yang ada dekat sana tu.."juih makcik itu ke arah dua anak muda di situ.
Mata Kayden gerak mengerling ke arah yang dimaksudkan lantas melekap pada dua orang sepupunya yang duduk di antara kerusi kosong di situ. Membuatkan dia mengeluh jengkel.
Here we go again..!
Dalam keterpaksaannya, Kayden pun ambil tempat di situ.
"Oi Kayden...amboi kau. Berlagak eh...tegur pun tak?"tegur sepupu sulung anak kepada makcik kedua. Lelaki berkerjaya CEO syarikat. Harapan keluarga. Karakter penting, suka berlagak!
"Apa khabar.."sapa Kayden cuba berbasa basi sewaktu duduk di sisi lelaki berumur 30 tahun itu. "Lama tak nampak..."dia kemudiannya palingkan kepala ke arah lain dengan kesal. Better dia ikut Arion skate boarding dekat park!Lagi bagus!