Chereads / That's Not My Problem / Chapter 5 - Bab : 5

Chapter 5 - Bab : 5

🌷Salah Faham🌷

Bersama keluhan penat lepas di bibir, dia bawa tangannya ke sanggulan rambutnya lalu di lepaskan jatuh beralun ke belakang badan, membiarkan tiupan angin tengah hari itu membelai lembut rambutnya.

Hera duduk menghenyak punggung di atas bangku penonton di padang itu dengan kaki melunjur ke depan. Tangannya di topang ke belakang tegak sebelum kepala dia di dongak menghadap langit bercahaya matahari tetapi berawan kelompok.

"Leganya la dapat hirup udara!"fikir Hera sewaktu memejam mata.

Buat seketika Hera berkeadaan begitu tanpa bergerak. Dia mahu mengosongkan fikirannya tetapi suara bising dan tiupan wisel dimana sekumpulan pemain ragbi sedang menjalani latihan menganggu konsentrasi Hera untuk bertapa.

Berkerut-kerut la jugak kening Hera ketika itu setiap kali dengar suara orang lelaki bersorak atau jurulatih ragbi tiup wisel buat beberapa kali. Tapi dia malas nak pindah atau bergerak dari situ sebab dah memang itu spot dia setiap kali nak rehat.

Namun ketenangan itu tidak berkekalan lama, Hera di ganggu dengan kemunculan satu bayang-bayang memayungi tubuh Hera dari disinari cahaya matahari tiba-tiba.

Tidak hairan atau terkejut kerana sudah terbiasa, Hera hanya melepaskan keluhan letih sebaik perasan adanya kehadiran orang berdekatannya ketika itu.

Seriously?

Dia tertanya-tanya la.

Kenapa ramai-ramai manusia dan makhluk yang hidup di tempat ini, dia saja yang menjadi aim mereka?

Memangnya dia kacau mereka semua di sini ke?

Tak boleh ke dalam satu masa tu dia di tinggalkan sendirian tanpa di ganggu?

Huh?

Tak boleh ke? 

Perlu ke dia buat permit kebenaran untuk hidup bebas tanpa di ganggu?

Merimaskan betul la semua ni!

Berat hendak membuka mata, namun dia dipaksakan juga untuk pandang siapa la si perosak mood yang menganggu waktu dia cari ketenteraman ni! Dah puas hidup ke? Lantas Hera melihat satu susuk tubuh lampai sedang berdiri melangit di hadapannya di bangku itu.

Pelajar lelaki itu pijak bangku di situ lalu rehatkan lengannya di atas lutut kaki yang memijak bangku untuk songdong ke depan mendekat ke Hera.

Oh! Mamat ni ke?

Hera yang lihat hanya diam memandang lelaki di hadapannya tidak berminat.

"Asal?"sapa Hera dengan jengkel.

"Seorang je?"tegur Que pemain quarterback pasukan ragbi kolej mereka.

Hera kemudiannya duduk tegak, dia bersila atas bangku itu selesakan diri sebelum pandang muka berpeluh Que dengan kening berkerut kerana silau cahaya matahari tengah hari itu. "Kau nak apa?"tanya Hera dengan malas.

Que berdengus kecil sambil tersengum mengejek. "Aku dapat tahu kau telah buatkan Joshua dan Alan di gantung kolej...betul ke?" tanya dia.

Hera tidak membalas, dia hanya memandang wajah Que dengan kening berkerut sebab silau. Tetapi sedikit pun tidak terkutik dengan aura penuh amaran dari lelaki itu.

Que kemudiannya berdiri tegak sambil pandang tak percaya. Memang la dia sedia maklum akan Hera ni bagaimana orangnya. Tapi dia tidak sangka pulak, gadis ini sikit pun tidak pernah berubah malah semakin parah keadaannya.

"Kau tahu tak-"baru Que hendak melenting Hera terus potong.

"Aku tak nak tahu.."potong Hera dengan nada selamba tidak kisah. "Dan tak peduli untuk ambik tau pun."

Mencerlung terus kening Que bila dia tercengang dengan tindakan Hera itu. Menyirap betul dia pandang Hera ni la! "Kau tahu tak disebabkan tindakan melulu kau tu, pasukan ragbi kolej dah kekurangan pemain sayap yang terbaik sekarang ni?Dah la pertandingan semakin hampir, kau boleh pulak buat laporan mengenai kes di kelab hari tu...!"

Sambil buat muka 'duhh'. Hera berkata. "So?"

Que membuat muka tidak percaya apabila melihat reaksi Hera yang selamba dan bersahaja itu. Sakit hati dan pada masa yang sama hendak tersenyum kerana jengkel pun ada.

Siut betul jenis perempuan!

"Jadi aku nak tahu betul ke kau orang yang bertanggungjawab buat laporan pada jurulatih dan dekan?"

Hera bangun dari duduknya dengan marah.

Isy!

Menyirap la betul la!

"Kenapa kau tak tanya je dia orang sendiri.." kata Hera sebelum berpaling ke kanan mahu pergi dari kawasan bangku padan tersebut mahu pergi.

Namun tubuh Hera berpaling secara paksa ke belakang apabila Que menarik lengannya menghadap lelaki itu semula.

"Aku tak habis cakap lagi dengan kau Hera!Aku tanya kau...jadi jawab lah...ya atau tidak!"bentak Que dengan lantang di depan muka Hera.

Dengan kasar, Hera tanpa berlengah terus merentap lengannya dari cengkaman Que hingga buatkan lelaki itu tersentak sedikit ke depan. Dia pandang tepat ke mata Que bersama ketapan gigi yang erat. "Kalau aku nafikannya kau akan percayakan aku ke?"tanya Hera dengan senyuman kelat di bibir.

Bila Que pandang akan renungan Hera, dia terkedu sendiri.

Melihatkan Que terdiam di situ, Hera pun melepaskan dengusan mengejeknya. "See....tak ada beza la kalau aku beritahu kau hal sebenar atau tidak...kau still takkan percayakan aku.."kata dia sebelum melangkah pergi dari situ dengan mimic muka kecewanya.

Que perhatikan langkah Hera dengan renungan terkilannya dan kepalan penumbuk di kedua-dua belah tangan.