Chereads / That's Not My Problem / Chapter 4 - Bab : 4

Chapter 4 - Bab : 4

🌷Kebetulan Tidak Sengaja🌷

Dengan kasar,  tangan itu menuang isi beg keluar dari ia hingga bersepah barang-barang di atas lantai oleh pembuli di sekeliling ketika itu.

Oleh kerana tidak berdaya berbuat apa-apa, yang dibuli  hanya mampu menangis merayu minta di kasihani.

"Mana?Huh?Aku tahu kau ada...mana duit tu?"soal Natalia kepada orang yang melutut di depannya ketika itu. Ditunjal-tunjal kepala itu dengan kasar sebelum rambut tersebut di renggut!

"Auw!"aduh Cassy sambil memegang tangan yang sedang menarik rambut dia seperti mahu tertanggal dari kulit kepalanya. "Saya tak ada duit...duit gaji saya yang hari tu awak dah ambil semua Natalia..."berdarah sudah tepi bibir dan tulang pipinya ketika itu.

Natalia si penagih dadah itu sikit pun tidak berasa kasih. Dia malah menggoncang kepala Cassy kanan dan kiri dengan bersahaja.

"Kau ingat aku bodoh ke nak percaya cakap kau tu!Aku tahu kau ada duit..kalau tak mana kau makan tengah hari tadi kan..ingat aku tak nampak?"

Cassy mencebik bibir sedih semasa dongak memandang Lydia. "Memang dah tak ada Lydia..tolong la lepaskan saya.sakit.."

"Ahh!Kau memang tak guna!Baik kau mati jer!"Lydia sepak Cassy hingga buatkan dia terbaring lalu di tending lagi rimbuk gadis itu beberapa kali.

Merintih-rintih Cassy dek sepakan itu, Dia cuba lindungi perutnya dengan lengan, tapi lengannya yang sedang retak tapi tak sempat sembuh itu juga dalam kesakitan. Jadi usahanya tiada guna sama sekali. Kakinya tersentak-sentak setiap kali tendangan hinggap ke tubuhnya kerana menahan diri dari menjerit namun gagal kerana terlalu lemah.

"Tolong la...jangan macam ni...berikan saya masa.."rayu Cassy lagi sewaktu dia diberdirikan oleh Natalia pula di atas anak tangga itu.

Natalia yang dipengaruhi dadah itu tidak menghiraukan rayuan Cassy hanya tersenyum jahat. Dia berasa puas kerana dapat melampias rasa tak puas hati yang berbuku di dalam dadanya dengan membelasah Cassy. Siapa suruh jadi lembab!Memang kena aim dengan dia je la jawabnya.

"Ahahaha...sakit?Hah?Sakit ke?"tanya Lydia sambil dorong Cassy ke anak tangga. Mahu menolak gadis itu supaya jatuh berguling-guling dekat situ. Biar padan muka! "Cuba la...jerit?"agahnya lagi.

Cassy menggigit bawah bibirnya dengan terdesak. Rasa sakit pada seluruh badan buatkan dia langsung tidak berdaya hendak melawan apatah lagi menjerit. Mahu mati pun ada sekarang!

Sesaat sebelum Lydia lepaskan cengkamannya pada kolar baju Cassy, satu suara menyapa mereka secara mengejut dari arah belakang di koridor itu.

"Bising betul la..."sungut suara perempuan yang kemudiannya muncul empunya badan di selekoh koridor sesaat kemudian.

Cassy dengan susah payah mengangkat kepala untuk memandang ke belakang bahu Lydia. Sementara Natalia dengan kening terangkat pusingkan kepalanya ke belakang untuk lihat siapa yang berani-berani menganggu waktu dia itu!

Hera berdiri beberapa langkah dari anak tangga di situ sambil menggulum lollipop di dalam mulut Bersama tangan terseluk pada poket skirtnya. Dia tunjuk muka samseng biasanya menilik Cassy yang sudah teruk dibelasah dan muka cengkung penat Lydia silih ganti.

"Bukan urusan kau...berhambus sana!"arah Natalia dengan bengis.

Serius beritahu, dia sebenarnya tak suka libatkan diri dengan masalah orang lain, tapi takdir menentukan diri dia ini untuk berada di tempat yang salah di masa yang salah senantiasa! Jadi dia tak dapat nak buat apa-apa untuk menghalang semua itu dari terjadi.

"Macam mana aku nak pergi kalau kau halang laluan aku.."kata Hera sambil menjuih dagu ke tangga dimana Cassy dan Natalia sedang berdiri.

Natalia pandang tempat dia berdiri lalu ke Hera. Setelah dia menyedari apa yang dimaksudkan oleh Hera, baru la dia tersentak untuk gerak ke tepi.

"Sir Liam on the way ke sini kalau kau nak tahu.."beritahu Hera sewaktu jalan melepasi Natalia dan Cassy begitu sahaja. Dia sama sekali tidak susahkan diri untuk kerling ke Cassy atau mempedulikan gadis malang tersebut.

Cassy melirik ke arah Hera, berharap yang Hera akan bantu dia dan selamatkan dia dari Natalia, tapi tidak. Angannya itu ibarat angin lalu apabila Hera tidak menghiraukan dirinya. Hera hanya turun tangga begitu sahaja.

Natalia lepas dengar nama pensyarahnya itu cepat-cepat kalut lepaskan Natalia. Dengan cemas dia pandang kanan dan kiri. Bingung nak lari ke mana. "Sh*t!Sh*t!Sebutnya sebelum bertentang mata dengan Cassy semula. "Kau ingat eh..jangan sesiapa tahu pasal ni...atau kau aku cari!"ugutnya sebelum gerak turun anak tangga di situ bersama Lydia.

Terduduk Cassy dibuat pemergian Lydia dari situ. Ekoran terlalu letih, dia terus ke dinding dan sandar padanya hendak mencari sokongan sebelum terduduk di situ sambil memegang tulang rusuknya yang sakit. Lantas mata dia pun mula hendak terkatup.

Disaat Cassy mahu rebah menimpa anak tangga di situ muncul satu tangan yang menyambut tubuh itu tepat pada masanya,

"Ya tuhan...Cassy.."tegur suara lelaki,

Dengan kudrat yang ada Cassy membuka matanya yang sudah tertutup tadi sebelum nampak wajah Sir Liam di sisinya. Lelaki itu sedang berlutut di sampingnya. betapa syukurnya dia rasa saat itu. "Sir..." panggilnya sebelum menyembam muka ke dada lelaki itu tidak sedarkan diri.

Dari balik dinding di bawah tangga pula berdirinya Hera. Dia jeling ke balik bahu buat seketika untuk pantau keadaan tersebut. Setelah pensyarahnya tiba baru la Hera

melangkah pergi dari situ bersama muka menyampah.

Habis la dia lepas ni!