🌷Lepas Pekung Di Dada Sendiri🌷
Tiga orang pelajar yang berdiri di depannya di pandang lama oleh Deena. Dari balik cermin mata bingkai bulatnya, mata dia meneliti dua orang lelaki yang terusk dibelasah sementara gadis di sebelah mereka hanya berdiri mendiamkan diri membelek kuku seakan tiada apa-apa telah terjadi.
Selama 20 tahun dalam bidang Pendidikan, ini bukan kali pertama dia menghadap isu pelajar bermasalah di kolejnya. Cuma dia kagum dan hairan. Kenapa la anak-anak muda di depannya ini timbulkan masalah?
Kalau sekali tu tak apa la masih boleh dimaafkan.
Ini tidak, orang yang sama jugak yang menghadap dia!
Sampai naik bosan dia uruskan masalah mereka!
"Apa lagi masalah kamu berdua ni?Alan?Joshua?Dan kamu Hera...masalah apa lagi yang telah kamu timbulkan kali ni?"tanya Deena dengan kerutan di kening. lama-lama kalau begini mahunya dia berkedut cepat!
Alan hanya tundukkan kepala memandang lantai, sementara Joshua pula mengusap dagu yang berasa sakit dek tumbukan yang diberikan oleh Hera tadi. Tak padan dengan saiz, boleh tahan jugak minah seorang ni. Hati mereka masih berbuku sakit mengenangkan surat gantung kolej yang diterima oleh ibubapanya dari pihak kolej.
"Saya tak ada masalah.Masalahnya dua orang ni...tiba-tiba je datang dekat saya. Serang saya macam orang kurang siuman terlepas dari hospital mental. Beruk pun tak jakun macam mereka ni.Apa yang saya cuma lakukan hanya la cuba pertahankan diri saya dari diserang mereka.."jelas Hera dengan bersahaja tanpa rasa bersalah mahupun takut dekan di depannya itu.
Deena menoleh, dia memandang Hera dengan kening mencerlung tidak puas hati. Dasar anak bertuah! Langsung tiada rasa sikit pun malu atau takut ketika hendak berkata!
"Jadi perlu ke kamu hentam mereka begitu sekali di hadapan pelajar yang lain?"
Hera memandang wajah Deena dengan renungan dalam, seperti hendak mengatakan sesuatu. Tetapi tidak terluah. Tengok tu!Asyik-asyik dia saja yang di persalahkan. memangnya ada dia suruh ke mereka serang dia tadi. Tak ada kan!Ramai lagi tu saksi yang nampak apa yang berlaku sebenarnya!
Haish!
Haera hanya melepaskan keluihan berat. Dia sudah tidak kuasa hendak mempertikaikan sikap bias yang diterima sejak belajar di kolej ini. Baik atau buruk, semuanya salah di mata orang apa yang dia lakukan!
"Hera yang laporkan kepada dekan tentang hal kejadian amuk di kelab malam tu kan...sebab itu saya serang dia!Alang-alang dah digantung, baik saya buat betul-betul...tak begitu?"ujar Joshua tiba-tiba.
Dengan pantas, Hera palingkan kepalanya ke Joshua, dia pandang tak percaya ke lelaki itu seperti Joshua tidak berbaju di depan mereka ketika itu.
Dekan Deena menjungkit kening dengan tinggi sebaik mendengarnya.
"Apa yang membuatkan kamu berfikir bahawa Hera yang melaporkan kejadian di kelab malam tu pada saya?"tanya Deena semasa pandang ke Hera pula. "Hera?Mind to explain?"dia pandang kehairanan, meminta penjelasan dari gadis itu.
"Sebab Hera ada sekali dekat kelab pada malam tu...dia nampak pergaduhan tu..."sampuk Alan pula.
Hera melepaskan dengusan pendek, dia memejam mata seketika sebelum dibuka semula. Ooh...
Pasal tu ke?
Now...baru dia faham situasi apa yang sedang berlaku! Hera silangkan tangan ke dada lantas menarik sengih mengejeknya.
Well....
Well...
Tengok siapa yang buka pekung di dada sendiri?
Salah dia ya?
Dekan Deena pandang Hera dengan reaksi terkejutnya sebelum berdengus kecil.
"Bukan Hera yang beritahu hal itu kepada saya..."Deena beritahu sambil memandang Alan, Joshua lalu ke Hera. "Dan nampaknya Cik Hera Xiana, kamu ada urusan yang belum selesai dengan saya...tak begitu?"selorohnya dengan senyuman mesra yang dibuat-buat.
Joshua tersentak, lalu dia menoleh ke Hera. Tepi wajah itu dipandangnya dengan reaksi tercengang. Huh?Bukan Hera?Habis tu siapa?
Perasan dirinya di perhatikan, Hera pun pandang lantas bertentang mata dengan Joshua. Hanya melalui renungannya dia berkata 'see...I told ya' kepada lelaki itu. What a funny guy..
"Kau..."sebut Joshua dengan nafas tertahan-tahan apabila menyedari bahawa dia yang membuka pekung di dada sendiri.
Haih!
Menyusahkan betul la mereka berdua ni! Ada mulut tak reti nak tutup!Nak kaitkan dia sekali tu kenapa!
Hera selak rambutnya ke belakang kerimasan dan kejengkelan!
"Joshua!Alan...kamu keluar dari sini. Hera...jelaskan kepada saya apa yang berlaku di kelab malam tempoh hari?"arah Deena dengan tegas.
Joshua dan Alan buat muka cuak.
Sementara Hera hanya melepaskan hela nafas panjang kejengkelan.