Chereads / Pertemuan Takdir / Chapter 5 - Ahmad Hilal

Chapter 5 - Ahmad Hilal

September 13 2022, hari Selasa. Para murid tingkatan 4 sedang bersedia bagi sesi rehat. Siti, bersama Nabila hanya makan di kelas kerana mereka membawa bekal sendiri.

Hilal dan Asyraf pula turun untuk berbelanja di kantin dan koperasi sekolah, Naufal dan Aniq juga turut serta. "Korang, jom pergi perpustakaan." ajak Aniq. Ketiga-tiga lelaki itu mengangguk tanda setuju. "Aku dan Hilal nak jalan-jalan jap yer." sambung Asyraf dan terus bawa Hilal bersamanya.

Mereka sedang berjalan di sekitar sekolah pada waktu rehat. Sejak pagi, Hilal hanya diam, seperti dia berharap hari ini berakhir dengan sekelip mata.

"Asyraf, boleh ke kalau kau pergi dulu? Nanti aku datang." kata Hilal sambil terus ke arah tandas. "Okey, jangan lama-la tau." jawab Asyraf dan terus naik ke perpustakaan. Lelaki tadi terus ke tandas, kemudian termenung ke arah cermin dan membasuh mukanya.

September 13 2020, Hilal berada di kelas 2 Ali ketika itu, bersama Asyraf dan Naufal. "Hilal, meh tolong aku lukis ni!" jerit Asyraf. Hilal segera ke mejanya. Dua orang rakannya turut serta. Selama beberapa minit, mereka hanya berjenaka dan ketawa tidak ingat dunia.

Cikgu Azlina kemudian memberi salam, dan kelas bermula seperti biasa. Pada waktu ini, Hilal adalah murid yang paling ceria, kuat berjenaka dan tidak begitu bagus dalam bidang akademik, tetapi dia masih seorang pengawas.

Di mana mereka sedang menjalani rutin yang sama, tiba-tiba muncul seorang pegawai polis di hadapan pintu kelas. "Assalamualaikum, di dalam ini ada tak pelajar bernama Hilal Ahmad?" tanya pegawai itu. Semua murid memandang Hilal, lelaki itu terkejut dia tidak tahu apa yang dibuatnya sehingga polis terlibat.

"Mari sini kejap ya?" kata pegawai tadi. Hilal dengan rela hati keluar kelas. Dia hanya diam, tertanya-tanya mengapa pegawai ini mahu berjumpa dengannya. "Saya harap adik boleh dengar ini dengan tenang.. Ibu kamu Nur Amirah Binti Mohd Noor, adik kamu Muhammad Irsyad Bin Khairul Jaafar, Nur Tihani Binti Khairul Jaafar dan Amir Kamarul Bin Khairul Jaafar, telah meninggal dunia pada jam 10 pagi sebentar tadi.." katanya. Hilal terpegun, dia masih tidak faham.

Hilal bersuara, "Ma.. macam mana mereka.." kata-katanya tergagap. Dengan rasa berat hati pegawai itu dengan satu perkataan, menjelaskan semuanya,"Dilanggar..". Lelaki itu terkejut, tangisan turun dari wajahnya, tidak berkesempatan untuk berjumpa bersama mereka, malah ajal sampai dahulu. Hilal melutut sebelah kaki, tiada tenaga untuk berdiri, dia telah diberi tamparan yang hebat.

"Ayah dan Pak Ngah kamu sudah diberi tahu, mereka sedang dalam perjalanan. Saya akan bawa kamu ke balai buat sementara waktu." sambung pegawai tersebut. Polis itu kemudian berjumpa dengan Cikgu Azlina bagi berbincang beberapa perkara.

Asyraf dan Naufal bergegas ke arah Hilal. Mereka memeluk rakannya, dengan tangisan air mata yang membasahi bajunya. "Hilal semua ni ujian dari yang maha esa.." kata Asyraf, Naufal mengangguk, tidak terkata apa-apa. Pegawai tadi telah pun selesai berbincang bersama Cikgu Azlina. Pegawai itu kemudian memanggil Hilal untuk pergi bersamanya, lelaki itu mengambil begnya dan ikut polis itu dari belakang.

Dia kemudian menoleh belakang dan berkata, "Bye.." dan terus kembali bersama pegawai itu.

".. Hilal rindu korang semua.." katanya. Hilal kemudian keluar dari tandas, dia menoleh ke arah langit dan melepaskan hembusan nafas yang panjang. "Fu.. orait jom ke perpustakaan.." katanya dengan nada yang rendah. Dia berjumpa bersama rakannya, mereka kemudian bermain carrom sehingga habis waktu rehat.

Di kelas, Siti yang duduk di sebelah Hilal, menoleh ke arahnya, seperti biasa untuk belatih berfasih Bahasa Inggeris. "Hilal, kenapa kamu macam diam?" tanya perempuan itu. Hilal menggeleng, dia tidak mahu buat rakannya risau. "Hey, kalau ada apa-apa masalah, bagitahu aku." sambung Siti dengan nada yang lembut. Lelaki itu pelik, dia rasa begitu senang dan tenang ketika kata-kata itu keluar dari mulutnya, dia kemudian menceritakan semuanya.

Siti terkejut. Tidak sangka hari jadinya, pada masa yang sama adalah hari kematian 4 beranak itu. Hilal senyum, tetapi dalam senyuman tersebut, terdapat sedikit perasaan kecewa, bersalah, sedih dan marah yang tidak tertampil di wajahnya. "Saya tahu kamu sedih, dan mesti rasa kamu adalah punca semuanya.. tapi Hilal kau kena ingat.." Siti bersuara.

Hilal memandang ke wajahnya, matanya membulat. "Kehidupan ni memang macam ni, sejak zaman Nabi Adam a.s., beliau diberi cabaran yang hebat oleh Allah SWT. Yang maha esa tarik sesuatu dari kita, untuk beri sesuatu yang lebih besar dan menakjubkan. Seperti yang kau nampak, kau ada Asyraf, Naufal, Aniq, Haikal dan orang lain, termasuk aku. Jadi kau kene redha dengan semua ni." sambung Siti dengan senyuman yang lebar. Hati Hilal tersentuh. Dia berasa seperti beban yang dipikul selama 2 tahun diringankan.

KRINGG, kedengaran bunyi loceng. Kelas sesi seterusnya bakal bermula.

"Jadi.. Hilal, cheer up okey? Nak luah bagitahu je aku, hehe." kata Siti dan pulang ke mejanya. Hilal mengangguk. dia kemudian termenung dan tersengih. "Benda yang Siti cakap tu betul, aku dikurniakan anugerah yang hebat, malah terlalu banyak. Aku ada mereka semua, dan Allah SWT.. itu sudah pon cukup bagi aku.." bisiknya.

"Ummi, Hani, Kamarul, Irsyad, terima kasih sebab dah jaga dan teman Hilal."

Loceng telah pun berbunyi, murid-murid kini sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Kelihatan Hilal, sedang menyandar di pagar utama sekolah. Setelah beberapa minit, Siti tiba dan berjumpa dengan lelaki itu. "Hilal, kenapa menyandar situ, tak balik ke?" tanyanya. Hilal kembali ke posisi berdiri, dia kemudian bersuara, "Jom, aku nak bawak kau ke suatu tempat jap." kata Hilal sambil terus bergerak keluar sekolah. Siti secara tergesa-gesa mengejar rakannya. "HOI TUNGGU LA!" jerit perempuan itu.

Mereka menaik dan turun bas beberapa kali, dan kemudian berjalan kaki selama 15 minit. "Hilal, ni.." Siti tidak terkata apa-apa, di depannya adalah kawasan perkuburan, di mana 4 beranak itu ditanam. Hilal masuk ke dalam dengan tenang, manakala Siti masuk dengan perasaan segan. "Assalamualaikum." mereka memberi salam.

"Ummi, Irsyad, Hani, Kamarul, ni Siti." Hilal bersuara sambil duduk di batu sebagai kerusi. Siti turut duduk dan memperkenalkan dirinya.

Setelah bercerita berkenaan hidupnya di sekolah, dia kemudian cerita tentang rakan-rakannya. "Dan ini, Siti. Hahaha dia baru je kenalkan diri dia." katanya. Perempuan itu hanya merenung ke muka lelaki tersebut. Wajahnya kini terdapat senyuman nipis, menandakan perasaan sedih tetapi pada masa yang sama begitu lega kerana mampu meluahkan semuanya kepada mereka.

Setitik tangisan menurun ke wajah Siti selepas mendengar semuanya.

"Okey, jom balik." kata Hilal kepada rakannya sambil mengemas. Siti kemudian bersuara, "Hilal, thanks sebab bawak aku sini.." katanya dengan suara yang rendah. Lelaki itu tersenyum. Mereka kemudian pulang ke rumah masing-masing.

BERSAMBUNG...