Hari pertama kerja aku langsung tidak melihat Ariman. Hampa. Aku kira dengan jadi pekerja sambilan di pustaka Biru, peluang untuk melihatnya lebih cerah. Malangnya itu hanyalah imaginasiku saja.
"Cik Neera.. hai!" Seorang gadis menyapaku. Darahku hampir tersirap. Gadis dalam dompet Ariman. Gambar gadis inilah yang menjadi penguni dompet Ariman. Gadis itu senyum padaku. Akhirnya aku bersua muka dengan pemilik gambar itu!
"Saya Arisa, hari ni saya bertugas untuk guide kamu untuk kerja-kerja kamu di sini.. " ujarnya lagi.
" Oh.. baik cik Arisa.. apa yang perlu saya buat?" tanya ku dengan nada formal.
"eh.. tak perlu panggil cik.. cik.. panggil risa saja" tegurnya mesra. Aku tersengih dan mengangguk.
" Baik.. Risa" balasku dengan rasa sedikit kekok.
" Kamu.. start kerja hari ni kan? Mari.. saya terang sikit apa yang perlu kamu buat.. jom ikut saya.. bla..bla..bla.." Aku mengekori gadis yang ku kira amat sepadan dengan Ariman. Dia menerangkan satu persatu hal yang aku perlu buat sebagai pembantu di pustaka Biru. Sungguh mudah kerjanya. Hanya perlu susun-susun kembali buku-buku yang mungkin di biasanya di 'ganggu' oleh pengunjung. menghafal semua seksyen buku dan bantu pengujung mendapatkan buku yang mereka mahukan dan jika ada stok baru masuk, bertugas menyusun buku berkenaan ke dalam rak buku. Selebihnya kami bebas membaca buku-buku yang ada di Pustaka Biru.
"got it? mudah kan? bagi peminat buku.. kerja ini umpama heaven kan?" ujar Arisa selepas memberi penerangan ringkas tentang tugas aku sebagai pembantu perpustakaan. Aku angguk faham.
" ya.. saya rasa bertuah dapat kerja ni" balasku sambil mataku melilau melihat lautan buku di dalam perpustakaan itu. Aku memandang sekilas ke arah bilik di mana aku di temuduga tempoh hari dengan harapan dapat melihat kelibat Ariman. Tetapi hampa. Ketika itu masih belum ada seorang pun pengunjung di Pustaka Biru. Jam dinding baru menunjukkan pukul 9.30 pagi.
"hmmmm.. saya ada hal saya akan keluar sekejap lagi.. buat masa ni saya mahu kamu hafal semua seksyen rak-rak buku untuk memudahkan kamu membantu pengunjung yang datang. Kebanyakannya pengujung lebih suka mencari sendiri buku yang mereka mahu.. hinggalah mereka tidak jumpa buku itu dan akhirnya memerlukan bantuan kamu. Kamu di galakkan membaca buku-buku di sini... sebab dengan itu bila pengunjung minta bantuan kamu.. ia jadi lebih mudah sebab kamu tahu buku apa yang dia cari" Terang Risa lagi dengan panjang lebar. untuk yang kesekian kali nya aku angguk kepala. Tiba-tiba telephone Risa berbunyi dan dia segera menyambut panggilan itu..
"Hello.. Ari.. oh.. breakfast tempat biasa? okay.. hmmm? budak baru tu? ya.. aku tengah breef dia apa yang patut.. kejap lagi aku datang" Kata Risa pada pemanggilnya. Ari? Arimankah yang call Risa? Hatiku rasa di cucuk sesuatu! auchh!
Aku hanya terkebil-kebil menunggu Risa habis berbual di telephone. Dia ketawa mesra dan manja. Nadanya benar-benar seperti gadis menyambut panggilan telephone sang kekasih. Aku tiba-tiba rasa sangat bodoh kerana memohon kerja di pustaka Biru. Tidak lama kemudian Arisa selesai bercakap dan memutuskan talian.
" Kalau ada apa-apa yang kamu ingin tahu, kamu boleh tanya Diana, gadis yang jaga kaunter depan tu" ujar Arisa lagi sebelum beredar pergi. Aku menarik nafas panjang setelah Arisa pergi dari situ.
Cinta itu buta? Ah.. mungkin benar kata orang. Cinta itu buta.. kalau tidak masakan aku jatuh cinta pada kekasih orang. Kalau tidak tentu aku tak sebodoh ini dengan idea gila seperti ini. Aku sudah sah kalah teruk dengan gadis cantik bertubuh langsing itu, kalaulah aku ingin bersaing dengannya untuk merebut hati Ariman. Si gadis bernama Arisa itu bukan saja cantik dalam gambar yang ku lihat di dompet Ariman tempoh hari, malah dia - in person lebih cantik dari dalam gambar itu. Patutlah selama ini aku tak pernah melihat Ariman keluar dengan mana-mana gadis, rupanya dia bertapa di Pustaka Biru ini bersama gadis cantik itu. Akhirnya kerana idea gila ini, aku telah berkerja tanpa nafsu di Pustaka Biru. Tiap kali meratah hatiku sendiri melihat Ariman dan gadis itu.
Ariman.. Arisa.. hmmm. nama mereka berdua pun seirama dan sepadan. Bagai pinang di belah dua. Mujurlah aku hanya datang kerja dua kali seminggu. Sabtu dan Ahad. Kalau hari-hari maunya aku makan hati berulam jantung! Hinggalah aku bertemu sebuah buku yang amat menarik hatiku. Tiba-tiba aku rasa aku semakin suka membaca. Aku jarang habiskan baca apa-apa buku tapi buku yang satu ini sangat menarik bagiku.
Tajuknya : Aku Kaya Selagi Bersama Kamu .
Ia kisah yang mirip kisahku dengan ayah. Aku tersentuh dengan tulisan pengarang itu. Ia kisah hidup lelaki yang miskin tetapi kaya dengan kasih sayang keluarganya. Betapa pun keluarganya terlalu teringin untuk hidup mewah, akhirnya kemewahan tidak menjanjikan bahagia kerana akhirnya mereka bersengketa kerana harta. Mujurlah penghujung kisahnya membuat aku menarik nafas lega. Mereka akhirnya menyedari kekayaan yang sebenar adalah bila mereka saling menyayangi. Aku menitiskan air mata gembira bila membaca happy ending buku itu. Aku teringat ayahku. Terasa rindu mengigit tangkai hatiku. Ayah sudah satu minggu kerja luar Daerah. Alangkah baiknya kalau ayah luangkan sedikit masanya bercuti dan buat aktiviti gembira bersama. Kalaulah ayah ada masa untukku! hatiku tersayat pedih.
" Saya juga suka buku itu.. Cik Neera!" Sapaan Ariman membuat aku malu. Airmata yang masih tersisa ku kesat sepantasnya.
"Er..er.. Saya.." Aku tergagap.
" Maaf.. saya mengejutkan kamu?" Dia memberikan senyuman 'membunuh'nya lagi. Oh.. tuhan! Aku tak tahu di mana jantung ku saat ini. Adakah ia masih berdegup di dadaku ini?
"Er.. tak! Bukan begitu.. saya suka buku ini. Menyentuh perasaan dan banyak pengajaran" Kataku menahan malu.
" Saya tahu.. sebab itu saya bawa tisu.." Ariman menghulurkan tisu padaku. Oh tuhan.. sudah berapa lama dia memerhatikan aku tersedu-sedu membaca buku itu. Aku menyambut tisu itu dengan tersipu-sipu dan Ariman hanya tergelak lantas berlalu. Arisa memanggil Ariman dan mereka keluar bersama. Melihat pasangan itu pergi sambil jalan beriringan aku tanpa sedar menumbuk dadaku yang rasa seperti ada batu berat tersangkut di hatiku. Rasanya sungguh tidak selesa.
Kebelakangan ini Ariman kerap lepak di Pustaka Biru. Setiap hujung minggu bila aku datang berkerja, pasti ada dia dan Arisa. Sambil bergurau senda dengan Risa kekasihnya. Aku tetap juga memerhatikan gelagat mereka sekalipun hatiku terasa tidak menentu. Esoknya Ariman datang ke arahku. Tak ku duga dia menyerahkan beberapa buku padaku. Aku terpegun.
" Buku-buku ini semuanya hasil penulis yang sama. Saya yakin kamu juga akan sukakannya.." Kata Ariman padaku. Matanya memandang tepat ke mataku. Aku jadi sedikit gelabah. Cepat-cepat melarikan pandangan.
" Penulis yang sama?" Tanyaku sambil menatap salah satu buku itu. Mayang Setia? Oh.. aku hanya membaca buku itu tanpa cuba mengingat siapa penulisnya. Kali ini aku akan mengingat nama penulis buku itu baik-baik.
" Yup.. kamu patut baca bukunya yang lain.." Kata Ariman lagi. Dia senyum sebelum beredar pergi. Aku tak sangka Ariman adalah majikan yang baik hati. Ah! aku makin jatuh hati padanya. Dan sejak dari itu aku secara tak sengaja menjadi ulat buku. Aku bukan saja jatuh hati pada Ariman tapi ternyata aku akhirnya jatuh hati pada Pustaka Biru dan semua buku-buku di dalamnya!
*****