Chapter 27 - CHAPTER 22

Larry pulang selepas bertemu dengan Suhita. Larry membawa surat tersebut untuk ditunjukkan kepada Shene begitu juga kepada Jeremy dan Jenily memandangkan mereka berhak untuk mengetahui perkara ini sekaligus memudahkan perkara ini tidak berlaku sebarang salahfaham di kemudian harinya.

sudah pasti surat-surat yang sebelum ini juga telah dibaca oleh mereka tetapi ada sebahagian surat yang lainnya hanya dituju kepada Larry atau Shene lalu dibakar untuk mengelakkan sebarang bukti ditinggalkan dan menyukarkan pihak musuh untuk mengesan keberadaan mereka untuk seketika waktu.

Larry menuju ke kedai makanan untuk membeli barangan yang dikirim oleh Shene tadi petang. Larry seorang yang jarang ke luar rumah tetapi ia mempunyai ramai kenalan di kawasan tempat tinggal mereka kerana ia selalu membantu penduduk yang mengalami masalah dan membuatkannya begitu disenangi oleh semua orang tidak kira budak-budak sehinggalah orang tua. Larry juga merupakan calon pilihan menantu untuk ibu-ibu yang ingin mengahwinkan anak gadis mereka ke Larry.

" selamat datang ke kedai kami" jemput penjaga kaunter tersebut sambil melihat kearah Larry.

" ara Larry-san, kamu nak beli apa untuk hari ini? Shene yang suruh?" soal wanita yang berusia 60-an yang merupakan pemilik tokoh ini.

" tengah membeli beberapa barang yang Shene minta katanya dah nak habis stok dekat rumah," jawab Larry sambil melihat ke kertas yang ia ambil dari poket bajunya.

" ouh baiklah, kalau kamu perlukan apa-apa beritahu auntie atau Cristina" kata pemilik kedai itu sambil ia meneruskan kerja mengiranya.

Larry hanya menundukkan kepalanya sebagai tanda faham lalu mulai mencari barang yang ia perlu cari. setelah semuanya selesai ia membayarnya lalu pergi.

semasa ia dalam perjalanan pulang dimana berada di luar kawasan pekan, ia merasakan seperti ada yang mengekorinya tetapi ia tidak dapat melihat mereka dengan begitu jelas dimana ia merasakan mereka menggunakan magic untuk menghilangkan jejak atau pergerakkan mereka.

Jeremy hanya berjalan seperti biasa tetapi mengambil jalan yang berbeza dari arah ke rumahnya dimana ia membawa mereka ke arah bukit. tidak lama kemudian, orang-orang yang mengikutinya keluar menunjukkan diri mereka. Larry melihat jumlah orang yang mengekorinya.

" mereka mempunyai dalam 15 orang yang sepertinya ahli dalam pedang dan combat tetapi berkemungkinan ada mage dan assassin juga yang sedang bersembunyi jika dikira berkemungkinan jumlah mereka dalam 20 orang, nasib baik saya bawa mereka ke tempat seperti ini" bisik Larry di dalam hatinya.

" apa yang kamu nak?" soal Larry dengan lantang tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.

" kami ingin membunuh kau atau lebih dikenali sebagai Larry Lavender yang merupakan pembantu Harry Lavender Rita" kata salah satu ahli yang berkemungkinan ketua mereka.

" huh? mungkin kamu salah orang" kata Larry yang ingin menipu mereka.

" jangan nak tipu kami!" kata salah satu ahli kumpulan itu.

" Larry Lavender merupakan Mage yang begitu terkenal dalam 5 Kerajaan, tetapi jika saya ialah Larry Lavender sudah pasti penduduk pekan dan kampung akan mengetahui identiti saya.." tambah Larry untuk menipu lagi bukan kerana ingin lari tetapi untuk mencari lokasi mage dan assassin yang bersembunyi.

" jangan nak tipu, walau kau menukar warna rambut dan mengubah stylenya tetapi kau tak dapat menipu kami!" kata ketua ahli itu dan menghayunkan pedangnya lalu menyerang Larry.

" tch-" Larry mengelak dari serangan mereka dengan begitu mudah kerana ia sudah terbiasa akan pergerakkan mereka dan membuatkan mereka hilang fokus.

Larry menendang dan memukul kepala orang-orang itu menggunakan tangan serta kakinya . Larry sepertinya menjaga jarak diantara mereka semua untuk mengekalkan fokusnya jika ia diserang hendap oleh mage atau asassin.

Larry mengeluarkan jarum-jarum kecil dari pergelangan tanganya lalu ia melemparkannya ke arah orang-orang itu sewaktu mereka mengejarnya tanpa mereka sedari Larry telah menusuk jarum ke badan mereka. beberapa saat kemudian, semua orang-orang itu sepertinya tidak dapat bergerak dan mengalami masalah sistem tubuh mereka.

"tch- a-apa yang telah terjadi ?" soal salah satu ahli itu dengan nada yang kesakitan.

" jangan risau... selagi kamu tidak bergerak ia tidak akan membuat kamu kesakitan-" kata Larry yang berada di atas pokok yang berdekatan dengan orang itu tetapi kelihatan 3 orang secara tiba-tiba menyerangnya menggunakan pisau kecil yang dilemparkan kearah Larry.

Larry yang menyedari akan kal itu secara lansung mengelakkannya sekaligus ia diserang dari depan yang membuatkannya mengeluarkan pisau kecil dari pergelangan tanganya untuk menahan serangan tersebut. pada masa yang sama juga satu asassin menyerang Larry dari arah sisi kirinya menggunakkan jarum yang sederhana besar yang berisi racun.

Larry terpaksa menggunakkan kakinya untuk menendang jarum itu kearah berlainan yang membuatkan asassin itu terkejut.. Larry melemparkan jarum kecil kearah asassin yang berada di depannya lalu ia menolaknya, Larry secara laju menuju kearah asassin yang melempar jarum kearahnya.

" kau fikir kau boleh bunuh aku menggunakan trick murahan itu?" soal Larry yang berada di hadapan asassin itu dimana muka mereka terlalu dekat sekali yang membuat asassin itu panik tetapi Larry menusuk jarum kecilnya ke leher asassin itu.

" tinggal satu asassin-" perkataan Larry dipotong kerana bebola api menyerangnya.

Larry menjauhkan diri dari bebola api itu dimana ia turun ke bawah dan ia melihat 2 mage dan 1 asassin yang berada di arah kirin dan kanannya.

" kenapa tak gunakan magic kamu untuk menghilangkan magic saya?" soal salah satu mage itu sambil ketawa kecil.

" tak ada gunanya nak guna magic untuk orang lemah seperti kamu" balas Larry dengan selamba.

" nampaknya perangai kau masih tidak berubah ya Larry Lavender" mage itu membuka penutup kepalanya dimana wajahnya boleh kelihatan.

Larry yang melihat wajah mage itu seketika terdiam bukan kerana muka mage itu hodoh atau apa tetapi ia sepertinya mengenali mage itu.