"Larry... Larry..... Larry... LARRY!!" jerit tongkat Larry di telinganya.
" a-apa dia?" soal Larry yang baru tersedar dari lamunanya tadi.
" kau ni sempat lagi termenung dalam situasi yang sebegini " kata tongkatnya sambil melihat kearah mata Larry.
" maaf.. maaf.. saya berfikir akan sesuatu tadi" balas Larry untuk mengelakkan dirinya dimarahi oleh tongkatnya.
" iya..iya.. sekarang kita kena beredar dari sini sebelum orang kampung atau sesiapa nampak kita disini" kata tongkat sambil melihat kawasan sekeliling.
" ya.... tapi dimana perempuan itu tadi? adakah dia sudah berada disana?" soal Larry sambil membersihkan seluarnya lalu berdiri.
" maksud kau perempuan yang berada disebelah lelaki ni tadi?" soal tongkatnya.
" yang ini ka?" kata satu suara sambil meletakkan perempuan itu yang diikat tangan dan kakinya serta mulutnya ditutup oleh kain.
" arghh.. betul lah ni, dimana kau jumpa ni?" soal Larry yang tertuju kepada tongkatnya.
" saya jumpa dia di kawasan rumah. nasib baik 'barrier magic pelindung' tu masih aktif" tambah suara itu lagi.
" hmm...hmm.. baguslah kalau begitu kalau tak mesti Shene dah marah dekat aku nanti..." keluh Larry.
" tak perlu risau dia dah tahu dah..." kata suara itu.
Larry yang berasa hairan akan suara itu secara terus ia melihat kebelakang dan ya... Shene berada dibelakangnya dari mula tetapi ia tidak menyedarinya.. wajah Shene kelihatan tersenyum tetapi macam marah dan ingin menumbuk abangnya..
" abang tahu tak... yang abang dah melibatkan kita semua dalam masalah sekarang?" soal Shene dengan tersenyum paksa..
" erk... bukan salah abang..." balas Larry dengan ketakutan.
" jadi salah siapa?" soal Shene lagi..
" erk.... nah ini semua dalah mereka ni lah salah siapa lagi... mereka yang serang abang tadi" jelas Larry sambil menunjuk-nunjuk musuh yang ia kalahkan tadi.
" jadi kenapa yang satu ni terlepas?' soal Shene sambil menunjukkan jarinya kearah perempuan itu.
" itu..." Larry kedengaran sedikit ragu-ragu.
" sebenarnya kami tadi nak tangkap wanita tersebut tetapi memandangkan Fang menggunakkan magik tahap menengah tinggi yang berkemungkinan memerbahayakan penduduk dan kawasan sekitar, jadi kami terpaksa urusankan dia dahulu sebelum perempuan itu" jelas tongkat Larry sambil melihat kearah Shene lalu kearah wanita itu.
" Fang?" soal Shene lalu melihat kearah Larry yang menundukkan kepalanya.
" Larry... tolong jelaskan semua ini dari mula sampai akhir... secara detail...." kata Shene dengan nada yang serius.
Larry tidak mempunyai sebarang alasan mahupun peluang untuk melarikan diri dari soalan Shene....walau pada hakikatnya Larry ingin meninggalkan semua musuh mereka disitu tetapi Shene tidak bersetuju akan pendapat Larry.
" sebelum kita melanjutkan perkara ini kita kena alihkan tubuh-tubuh mereka ini kesuatu tempat" kata Shene sambil melihat mayat-mayat musuh mereka.
" tak perlulah dik lagipun mereka belum jadi mayat lagilah cuma denyut nadi mereka berhenti seketika nanti sedarlah tu mereka atau orang kampung rawat mereka" kata Larry.
" jangan berfikir sedemikian Larry, kau rasa jika kita biarkan mereka disini... semua masalah boleh selesai?" soal Shene
"takkan kita kena pindahkan mereka pula" soal Larry dengan keluhan.
" kita kena bawa mereka ke tempat dimana tiada orang perasan. kita kena padamkan ingatan mereka, pasang anti-magic terutamanya mengunci ingatan mereka tentang perkara ini agar para penyihir tidak dapat membaca memori atau fikiran mereka" jelas Shene kepada Larry untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah di masa yang akan datang.
tongkat Larry pun bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Shene. mereka pun memindahkan tubuh-tubuh musuh mereka menggunakan magic Larry iaitu small magic dengan mengecilkan badan mereka lalu disimpan kedalam beg yang Shene bawa.
Shene dan Larry membawa wanita itu dalam keadaan normal untuk dibawa ke suatu tempat di dalam hutan. tongkat Larry memerhatikan wanita tersebut dimana ia melilitkan dirinya di kawasan leher wanita itu.